Anda di halaman 1dari 6

Penyakit Kulit dan Pencegahannya

Penyakit Kulit - Penyakit kulit yang dibahas disini adalah penyakit kulit yang tidak berbahaya atau dalam arti kata lain tidak akan menimbulkan dampak buruk terhadap kelangsungan hidup orang terkena penyakit tersebut, namun cenderung lebih kepada rasa gatal-gatal yang dialami oleh si penderita atau mungkin juga barakibat rasa malu atau kurang percaya diri. Berikut adalah beberapa jenis penyakit kulit yang dimaksutkan, sekaligus akan dibahas juga cara pencegahannya. 1. Kudis Kudis adalah penyakit kulit yang menular, penyakit ini dalam bahasa ilmiah disebut scabies, memiliki gejala gatal, dan rasa gatal tersebut akan lebih para pada malam hari. Sering muncul di tempat-tempat lembab di tubuh seperti misalnya, tangan, ketiak, pantat, kunci paha dan terkang di celang jari tangan atau kaki. Cara Pencegahan penyakit kudis dapat dilakukan dengan mencuci sperai tempat tidur, handuk dan pakaian yan dipakai dalam 2 hari belakangan dengan air hangat dan deterjen. 2. Kurap Penyakit Kurap merupakan suatu penyakit kulit menular yang disebabkan oleh fungsi. Gejala kurap mulai dapat dikenali ketika terdapat baian kecil yang kasar pada kulit dan dikelilingi lingkaran merah muda. Kurap dapat dicegah dengan cara mencuci tangan yang sempurna, menjaga kebersihan tubuh, dan mengindari kontak dengan penderita. Kurap dapat diobati dengan anti jamur yang mengandung mikonazol dan kloritomazol dengan benar dapat menghilangkan infeksi. 3. Panau Panau atau Panu adalah salah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh jamur. Penyakit panau ditandai dengan bercak yang terdapat pada kulit disertai rasa gatal pada saat berkeringat. Bercak-bercak ini bisa berwarna putih, coklat atau merah tergantung warna kulit si penderita. Panau paling banyak dijumpai pada remaja usia belasan. Meskipun begitu panau juga bisa ditemukan pada penderita berumur tua. Cara pencegahan penyakit kulit Panau dapat dilakukan dengan menjaga kebersihan kulit, dan dapat diobati dengan obat anti jamur yang dijual di pasaran, dan dapat juga diobati dengan obat-obatan tradisional seperti daun sirih yang dicampur dengan kapur sirih dan dioleh pada kulit yang terserang Panau.

Page 1 Kit Tindakan Komuniti Terhadap Racun Perosak (Community Pesticide Action Kits - CPAK) Bertindak di peringkat tempatan!

AWAS!
Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!
Page 2
Penghargaan: Penerbitan modul ini telah dijayakan dengan sokongan dan bantuan dari: ASEAN Canada CUSO, Canada Evangelische Zentralstelle Fur Entwicklungshilfe e.V (EZE), Germany Humanistisch Instituut Voor Ontwinkkelingssamenwerking (HIVOS) Netherlands Organization for International Development Cooperation (NOVIB), Netherlands Maklumat untuk modul ini telah dipetik dari pelbagai sumber. Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Marion Moses, Pesticide Education Center, yang mana buku beliau bertajuk, Harvest of Sorrow-Farm Workers and Pesticides Bahagian I dan II merupakan bahan rujukan yang sangat berguna dalam menyiapkan modul ini. Penulis utama: Romeo F. Quijano dan Sarojeni V. Rengam Editor: Ronald Macfarlane Pasukan Editorial: Irene Fernandez, Jeyamary M. Anthony, Lyn Redoble, Berdy Steven, Agus Sugiartoto, Lolit Suplido dan Warsono Susunatur dan rekabentuk terbitan: Yanes Govindaraj Illustrasi: Allan Woong Terima kasih ditujukan khas kepada: Jennifer Mourin dan juga kepada Gregg Strong yang telah banyak membantu dalam menyiapkan draf awal sebahagian daripada modul-modul CPAK dan memberikan panduan sepanjang tahun-tahun pertama penyiapan modul-modul tersebut. Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali bahan kimia di IRRI, antara tahun 1967 hingga 1988. Dalam tahun 1987, beliau disahkan menghidap penyakit Parkinson dan telah dibuang kerja setahun selepas itu. Dia menerima takdir tersebut dan meninggal pada minggu pertama bulan September 1999. Diterbitkan bersama di dalam Bahasa Malaysia oleh: Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP), Penang dan Sustainable Development Network (SUSDEN) Terjemahan oleh: Jumat Majid Pulau Pinang June 2002

Page 3 KATA PENGANTAR

Kit Tindakan Komuniti Terhadap Racun Perosak (Community Pesticide Action Kits CPAK) diterbitkan bertujuan untuk membantu komuniti di kawasan pedalaman Asia dalam memikirkan masalah-masalah yang timbul akibat penggunaan racun perosak. Selain itu ia juga menggalakkan mereka untuk bekerjasama dalam usaha menangani sebahagian daripada masalah tersebut. CPAK diterbitkan oleh beberapa buah badan bukan kerajaan dan sosial yang beribu pejabat di beberapa buah negara ASEAN: Pesticide Action Network Asia dan Pacific (PAN AP), beribu pejabat di Malaysia Gita Pertiwi, Indonesia Pesticide Action Network Philippines, Filipina Tenaganita, Malaysia Terdapat sembilan modul yang masing-masing akan menyentuh pelbagai aspek: o Awas! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda o Memecahkan Kebisuan: Penggunaan Racun Perosak Di Ladang-ladang o Mengaut Keuntungan Dari Racun: Industri Racun Perosak o Racun Perosak Memusnahkan Dunia Kita o Wanita Dan Racun Perosak o Tinggalkan Racun Perosak: Pengenalan Kepada Pertanian Mapan o Meneruskan Pemantauan: Undang-Undang Berkaitan Racun Perosak o Bagaimana Untuk Mengatakan TIDAK! Kepada Racun Perosak: Pengorganisasian Komuniti o Memantau Racun Perosak: Panduan Aktiviti Pemantauan Oleh Komuniti Walau bagaimanapun, terdapat beberapa modul lagi dijangka akan diterbitkan pada masa hadapan. Modul-modul ini sebenarnya tidak mencukupi kerana ia tidak berdiri dengan sendirinya. Terdapat banyak bahan tambahan dalam pelbagai bahasa tempatan diperlukan. Anda mungkin ingin melengkapkan modul ini dengan Kartun Patung Drama Skrip radio Permainan Projektor sisip Gambar Pelekat Poster Pita video Perhatikan persekitaran anda untuk bahan yang sesuai digunakan. Banyak daripada bahan-bahan di atas boleh disediakan oleh komuniti sendiri. Anda juga boleh menghubungi Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP) untuk mendapatkan panduan. PAN AP akan berasa sangat gembira jika menerima sebarang maklum balas berkenaan dengan terbitan ini dan bagaimana anda telah menggunakannya. Marilah berusaha bersama-sama untuk menjauhkan dunia kita dari bahan toksik racun perosak.

Page 4

KANDUNGAN
Muka surat Kesan Racun Perosak Terhadap Kesihatan 1 Sesetengah Racun Perosak

dan Simtom-simptom Keracunannya

Page 5
1 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kesan Racun Perosak Terhadap Kesihatan


Pada awal pagi 9 Disember 1996, para pekerja di Malita, Davao del Sur, Filipina telah mencuba sejenis racun perosak baru di ladang koko mereka. Menurut mereka serangga perosak di kawasan tersebut telah lali terhadap jenis racun perosak yang lain. Oleh sebab itu mereka berpendapat bahawa telah tiba masanya bagi mereka untuk mencuba racun makhluk perosak yang lebih kuat. 22 orang pekerja mula menyembur racun perosak pada pukul 7.00 pagi tanpa mengetahui bahawa mereka sedang menggunakan sejenis racun perosak yang sangat merbahaya. Sejam kemudian, seorang daripada mereka telah jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Tiga jam selepas itu, pekerja yang lain mula merasa loya, muntah-muntah, pening dan penglihatan mereka mula kabur. Beberapa orang lagi turut jatuh pengsan. Kesemua pekerja tersebut telah dibawa ke hospital. Pekerja-pekerja dalam kumpulan kedua mula bekerja pada pukul 10.00 pagi pada hari yang sama. Tanpa mengetahui apa yang telah berlaku kepada pekerja-pekerja dalam kumpulan yang terdahulu. Hanya dalam jangka masa beberapa jam sahaja, mereka juga mengalami simtom-simtom yang sama. Kumpulan penyelamat telah pergi ke kawasan tersebut untuk membantu mereka, tetapi mereka juga turut mengalami keracunan. Keseluruhannya pada hari tersebut sahaja, seramai 50 orang telah dimasukkan ke hospital kerana keracunan racun perosak. 35 orang daripada mereka berada pada tahap yang kritikal

Kesan Akut Racun Perosak Terhadap Kesihatan


Semua racun perosak berpotensi untuk membahayakan kesihatan. Terdapat dua jenis keracunan serta-merta dan jangka panjang. Kesan toksik akut berlaku apabila kesan keracunan dapat dirasai dengan serta merta. Nama lain bagi kesan toksik akut adalah keracunan akut. Kesan toksik kronik berlaku apabila kesan keracunan dari racun perosak tidak berlaku dengan serta merta. Kesan jangka masa panjang ini mungkin hanya berlaku sebulan atau mungkin juga bertahun-tahun selepas pendedahan terhadap racun perosak. Sebahagian Daripada Kesan Akut termasuklah:
Sakit Kepala Pening Kepala Loya Sakit Dada Muntah Ruam Sakit Otot Peluh Keluar BerlebihanKekejangan Otot

Apa dia Scleroderma? Scleroderma ialah sejenis penyakit yang luar biasa, "chronic autoimmune disease". Penyakit ini telahpun menyerang 150,000 (1) hingga 500,000 (2) rakyat Amerika, khususnya kaum wanita yang berumur diantara 30 hingga 50 tahun. Kejadian ini berlaku pada anggaran 30 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk dan nisbah diantara perempuan

dengan lelaki pula ialah empat perempuan kepada seorang lelaki. Kesukaran Diagnosis Oleh kerana penyakit ini daripada jenis yang luar biasa dan tidak ramai Doktor yang pakar mengenainya, diagnosis yang tepat tentang penyakit ini sukar dilakukan dalam masa yang singkat. Pada peringkat awal, simptom penyakit ini menyerupai lain-lain penyakit "connective tissue diseases". Contohnya seperti penyakit Systemic Lupus Erythematosus, Polymyositis, Rheumatoid Arthritis (sebahagian daripada contoh-contoh penyakit). Keadaan ini menyebabkan pesakit terpaksa menanggung penderitaan yang begitu lama sehinggalah mereka dapat didiagnoskan dengan sahih mengidap penyakit ini. Jenis-jenis Scleroderma Terdapat dua jenis utama penyakit Scleroderma, iaitu "Localized" dan "Systemic". Jenis "localized" pula dipecahkan kepada dua jenis iaitu "Morphea" dan "Linear". Jenis ini hanya menyerang kulit (kadangkala tissu di bawah kulit) tetapi tidak menyerang lain-lain organ di dalam badan. Jenis "Systemic" Scleroderma Jenis "Systemic" pula menyebabkan "fibrosis" (scar tissue) berlaku pada kulit dan/atau organ-organ di dalam badan. "Fibrosis" akan menyebabkan kulit dan organ-organ yang kena serangan penyakit ini menjadi keras. Keganjilan ini menyebabkan penyakit Scleroderma lebih popular di kenali sebagai "penyakit yang mengubah manusia menjadi batu". Punca-punca Scleroderma Punca-punca yang menyebabkan penyakit Scleroderma masih belum diketahui hingga hari ini. Ada beberapa kes Scleroderma disahkan berlaku kerana pesakit telah terdedah kepada bahan kimia. Genetik, 'fetal cells" dan Virus mungkin juga menjadi penyebab kepada meningkatnya jumlah pesakit Scleroderma. Tidak berjangkit atau Cancerous Scleroderma Tidak diklasifikasikan sebagai penyakit mudah berjangkit (contagious). Ini bermakna anda tidak akan mendapat penyakit Scleroderma dengn berjabat tangan, berdakap, mengadakan hubungan seksual, berkongsi utensil makan, batuk atau selsema. Ianya juga bukan sejenis kanser. Simptom dan Rawatan Pada masa ini tidak ada jenis rawatan sahih yang boleh menyembuhkan penyakit Scleroderma. Bagaimanapun, terdapat rawatan terapi yang efektif bagi mengubati

simptom-simptom (tanda/pertanda penyakit) bagi penyakit Scleroderma. Kebanyakan simptom yang disenaraikan dalam web ini adalah daripada jenis "Diffuse Scleroderma". Ujian Klinikal Terdapat beberapa ujikaji terapi yang telah menampakkan kejayaan bagi merawat penyakit Scleroderma. Ini termasuklah "Stem Cell Transfusion" (BMT) dan Relaxin.

Anda mungkin juga menyukai