Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan

Alam sekitar merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada manusia dan telah menjadi sumber kehidupan dan memberi manfaat kepada berjuta-juta hiudpan di dunia sejak awal kejadian alam ini lagi. Kolam boleh dikatakan terdapat di mana-mana sahaja. Di kebun-kebun bunga, di hutan lipur, di bandar-bandar raya, kawasan-kawasan ladang dan kawasan perkampungan ada kolam. Terdapat juga kolam yang terletak di atas bukit-bukau dan gunung-ganang. Kolam asli terbentuk apabila tempat-tempat berongga pada muka bumi dipenuhi air hujan. Untuk menampung air tempat-tempat berongga ini mestilah mempunyai lapisan tanah liat atau batu di bawahnya yang menahan air daripada meresap ke dalam tanah. Ada juga kolam-kolam terbentuk apabila sungai-sungai mengubah arah alirannya. Tetapi kebanyakan kolam adalah dibuat oleh manusia. Pada masa-masa lampau, hampir-hampir semua kampung dan ladang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kolam di mana lembu, kerbau boleh minum airnya. Kebanyakan kolam mini hanya berupa lubang-lubang yang digali dalam tanah dan dilapis dengan tanah liat. Kolam moden di kebun-kebun bunga atau di taman-taman lipur selalunya berlandaskan konkrit atau plastik.

Kolam Semulajadi Sumber: Kg. Sg. Setol, Serdang, Kedah.

Kolam Buatan Manusia Sumber: Kolam Buatan di Lot 20C Kg Terap batu 12 Serdang, Kedah Darul Aman Semua kolam berair tenang. Hanya angin yang meriakkan permukaannya. Selalunya kolam mini cukup dangkal untuk membolehkan sinar matahari mencecah dasarnya. Ini membolehkan tumbuh-tumbuhan hidup di dalam kolam. Sebenarnya kolam menjadi tempat kediaman bagi banyak flora dan fauna dan menjadi tempat manusia melepaskan lelah selepas letih bekerja dan tempat untuk menenangkan jiwa bila berhadapan dengan tekanan hidup. ( Terry Jennings , 1987 ) 1.1.Tumbuh-Tumbuhan Di kolam Tumbuhan air mengeluarkan oksigen yang diperlukan oleh haiwan yang hidup di kolam. Terdapat juga ikan seperti ikan emas bertelur dicelah-celah tumbuhan kolam. Selain itu tumbuhan juga menjadi tempat persembunyian ikan yang lemah dan kecil. Ikan-ikan ini dapat lari bersembunyi di celah tumbuhan air jika ikan atau haiwan yang mengancam menggangunya. Kolam kekal yang mendapat banyak sinar matahari mempunyai banyak sepsis tumbuhantumbuhan yang hidup di dalamnya. Selalunya tumbuhan-tumbuhan air yang kecil, yang dinamakan alga dengan selaput hijau dan ada juga alga seperti kapas hijau. Rumpai air juga banyak terdapat di dalam kolam yang terdedah kepada sinar matahari. Setengah-setengahnya seperti rumpai itik dan pakis air yang kecil dan terapung-apung di permukaan air. Rumpai air yang lainnya berakar di dasar kolam. Rumpai kolam milfoil air tumbuh seluruhya di bawah air. Kaki gagak air, bistortad amfibia dan arrowhead mempunyai setengah-setengah daunnya di

bawah air dan setengah-setengah lagi di permukaan air. Teratai mempunyai daun-daun yang terapung.

Teratai di pinggir kolam Sumber: Kolam terbuka selalunya mempunyai tumbuhan-tumbuhan pinggir. Ini termasuklah rumput purun, gelagah, buluh air, meadowsweet, purple loosestrife, yellow flag irises, jerumbai forget-me-nots dan plantain air. Tanah lumpur di sekeling kolam mempunyai sedges, rumpun purun, rumput-rampai dan kingcups. Pokok-pokok seperti alder, poplar kelabu dan willows juga tumbuhan di sekeliling kolam.

Lumut dan Rumpai Air Sumber: Kg. Batu 18, Sg. Terap, Serdang, Kedah. 3 jenis alga bentik yang kita dapat ialah Synedra nuapens, Fito 1 dan Spirogira. Alga bentik juga memainkan peranan penting dalam ekosistem kita kerana alga hijau menjalankan proses fotosintesis dengan memerangkap tenaga cahaya matahari untuk menghasilkan

karbohidrat daripada air dan karbon dioksida. Alga ini mempunyai kemampuan untuk menukar bahan tak organik kepada bahan organik, jadi ia dikenali sebagai pengeluar utama. Selain itu, dalam jaringan makanan, alga menjadi asas kepada sistem ini kerana ia memerangkap tenaga suria daripada matahari yang merupakan sumber unggul tenaga untuk manjalankan proses fotosintesis. Ia menjadi makanan utama kepada pengguna primer untuk mendapatkan tenaga dan nutrien. Di samping itu, alga merupakan sumber makanan utama kepada protozoa dan ikan. Protozoa dan ikan mendapatkan makanan supaya mereka boleh mendapatkan tenaga untuk meneruskan kehidupan dam melakukan pembiakan supaya populasinya tidak pupus 1.2 Haiwan Di Kolam 1.2.1 Haiwan Kecil Banyak haiwan kecil tinggal di kolam. Ada setengah-setengahnya terlalu kecil dan hanya dapat dilihat dengan mikroskop. Mereka memakan bakteria dan alga paling kecil di dalam air. Kutu air, bunga span karang air tawar, kepah pea menyedut alga daripada air. Banyak haiwan memakan tumbuh-tumbuhan yang lebih besar. Nimfa mayfly, siput air dan katak yang baru menetas dan berudu kodok memakan tumbuh-tumbuhan. Begitu juga dengan voles, atau tikus air yang selalu disamakan. Haiwan yang memakan bahan-bahan tumbuhan dinamakan herbivor. Herbivor ini pula menjadi makanan haiwan yang lebih besar dan garang. Haiwan yang garang ini dinamakan karnivor. Karnivor di dalam kolam termasuklah kumbang air, labah-labah air, nimfa pepatung dan pepatung jarum, pari air dan stickleback. 1.2.2 Ikan Banyak kolam mempunyai ikan di dalamnya. Kolam di taman-taman lipur atau di kebunkebun bunga mungkin menjadi tempat kediaman ikan emas. Lain-lain kolam mungkin ikan seperti kalui, talapia, tench, rosch, ikan dan perch. Kebanyakan ikan yang hidup di kolam lebih bulat ada dan berisi daripada ikan-ikan yang tinggal di anak-anak sungai.

Itik sedang makan ikan kecil di kolam buatan Sumber: Kolam Buatan di Lot 20C Kg Terap batu 12 Serdang, Kedah Darul Aman Salah satu daripada ikan kolam yang selalu didapati ialah stickleback atau disebut tiddler. Kadangkala ikan kecil ini dimasukkan ke dalam kolam untuk memakan jentik-jentik, agas dan nyamuk. Ikan-ikan, seranga ini juga memakan cacing dan ikan kecil. 1.2.3 Beberapa Jenis Burung Air Biasanya burung air dapat dilihat sepanjang tahun. Burung moorhen biasanya terdapat di kebanyakan kolam yang besar dan kecil. Di situ juga ia memakan tumbuhan-tumbuhan air dan haiwan air yang kecil. Sarang burung moorhen diperbuat daripada tumbuhan-tumbuhan air yang sudah mati. Sarangnya selalu dibuat dicelah-celah rumput purun atau buluh air. Sejenis lagi burung air biasa di kolam besar ialah burung coot. Seperti burung moorhen, burung coot juga mempunyai bulu yang hitam. Tetapi, burung coot lebih besar daripada moorhen dan mempunyai dahi serta paruh berwarna putih. Jari kaki burung coot yang besar mempunyai kulit yang longgar atau copeng di sekeliling tepinya. Ia membolehkan burung coot berenang dengan baik dan berjalan di atas lumpur tanpa teng.gelam. Burung coot memakan tumbuhan-tumbuhan air dan haiwan yang kecil. Jenis yang kurang didapati ialah burung raja udang dan burung pucung. Burung-burung ini kadangkalanya melawat kolam, termasuk yang ditaman-taman bunga untuk menangkap ikan. Burung pucung juga menangkap voles dan katak digigi air.

1.2.4 Itik dan Angsa Beberapa jenis itik mengunjungi kolam. Itik yang selalunya didapati ialah itik mallard. Itik mallard jantan mempunyai kepada berwarna hijau dan leher putih. Itik mallard betina pula berwarna coklat legap. Itik mallard membuat sarang dicelah-celah buluh air atau dibawah belukar rendah di tepi kolam. Itik betina bertelur di dalam kolam sarang ini. Telurnya berwarna hijau pucat. Setelah menetas, anak itik berbulu halus mula belajar berenang. Itik mallard mencari makan dipermukaan air. Ia memakan tumbuh-tumbuhan air yang terapung dan serangga-serangga kecil serta siput air. Itik pula menyelam dalam air untuk mencari tumbuh-tumbuhan air dan haiwan kecil. Itik jambul jantan mempunyai bulu hitam dan putih. membolehkannya berenang dengan baik. Betinanya berwarna coklat. Semua itik mempunyai kaki selaput ini bermakna jari kakinya bercantum dengan selaput yang

Itik sedang berenang mencari makanan di dalam kolam Sumber: Kolam Buatan di Lot 20C Kg Terap batu 12 Serdang, Kedah Darul Aman Angsa juga mempunyai kaki selaput. Angsa tinggal di kolam baik di kota mahupun di desa. Angsa betina membuat sarang yang besar daripada ranting-ranting kayu, rumput dan buluh air. Telurnya mengambil masa hamper enam minggu untuk menetas. Pada mulanya anak angsa yang kecil berwarna kelabu. Ia bertukar menjadi putih atau kelabu gelap bila semakin membesar.

1.2.5 Katak dan Kodok Katak dan kodok biasa terdapat di kolam. Kodok kelihatan serupa dengan katak tetapi kaki belakang kodok lebih pendek dari pada kaki belaka katak. Kulit kodok pula kasar dan menggerutu sedangkan kulit katak adalah licin. manakala katak melompat. Katak dan kodok bertelur di dalam kolam. Telur katak dan berudu terapung-rapung di dalam air tidak lama kemudian telur itu menetas menjadi berudu kecil. Berudu katak menjadi habuan ikan, burung air dan lain-lain. Di darat, katak memakan cacing, serangga, ulat, labahlabah dan lintah bulan. Kodok memakan cacing, siput, kutu kayu, beluncas, kumbang dan lainlain serangga. Kodok amat mahir menangkap serangga. Ia memerhatikan mangsanya untuk beberapa saat. Kemudian ia menjelirkan lidahnya untuk menangkap serangga itu. Katak dan kodok yang sudah cukup membesar kembali ke kolam tempat kelahirnya untuk bertelur. 1.2.6 Bengkarung Air, Sibur-sibur dan Pepatung Air Banyak kolam ada bengkarung air. Haiwan ini sejenis amfibia. Ini bermakna bengkarung air menghabiskan sebahagian hidupnya di darat dan sebahagian lagi di dalam air. Ada tiga jenis bengkarung yang selalu didapati iaitu bengkarung licin, Krista dan palmat. bengkarung ini ialah cacing dan lintah bulan. Sibur-sibur (pepatung) adalah serangga yang besar dan cantik. Setengah-setengahnya berukuran 6 hingga 8 sentimeter panjang. Semua sibur-sibur mengembangkan sayapnya semasa berehat. Ia boleh terbang laju dan melayang-layang di udara. Ia juga boleh terbang ke belakang. Ia memakan serangga yang terbang yang ditangkapnya dengan kaki sambil berterbangan di udara. Kebanyakan sibur-sibur betina bertelur dalam air. Telur yang menetas terdapat makhluk yang kelihatan garang yang dinamakan nimfa. Nimfa ini mempunyai rahang yang kuat. Nimfa menangkap berudu, anak ikan dan haiwan kecil. Pepatung jarum adalah versi kecil sibur-sibur. Ia juga mempunyai dua pasang sayap lutsinar. Pepatung jarum adalah pemburu yang terbang, menangkap dan memakan lain-lain serangga Makanan Kodok selalunya berjalan berlaha-lahan,

1.2.7 Kumbang Air, Kepinding Air, Labah-labah Air dan Siput Air. Beberapa jenis kumbang air tinggal di dalam kolam. Kumbang ini memakan ikan,

berudu dan lain-lain makhluk air yang kecil. Larva kumbang merupakan pemburu yang ganas. Ia membesar sepanjang 6 atau 7 sentimeter. Larva ini memakan banyak berudu dan ikan kecil. Kumbang yang dewasa memerangkap udara di bawah kotak sayapnya yang keras. Kumbang ini terbang setelah hari gelap dan boleh berpindah dari sebuah kolam ke kolam yang lain. Ayak-ayak sebenarnya adalah kepinding. Kepinding hanya boleh makan makanan secair dengan menghisap melalui bulunya yang tajam. Ayak-ayak berenang dengan pantas di dalam air. Selalunya ia berenang terbalik. Ayak-ayak memakan cecair daripada berudu, ikan kecil dan lain-lain makhluk air yang kecil. Labah-labah air ialah satu-satunya labah-labah yang menghabiskan seluruh hayatnya di dalam air. Ia boleh membuat sarangnya di dalam air. Sarang ini seperti tiub berbentuk loceng. Selalunya sarang ini dibuat di antara daun-daun tumbuh-tumbuhan air. Sarang ini digunakan untuk mencari makanan, berehat dan bertelur. Labah-labah air memakan serangga, udang air tawar dan juga ikan kecil. Ada banyak jenis siput air di dalam kolam. Siput air mempunyai cengkerang coklat atau kehitam-hitaman, yang tirus pada hujungnya. Cengkerang itu meliputi badan siput yang lembut. Apabila bergerak, siput melungsur dengan kakinya yang merupakan sejalur otot. Siput air mempunyai dua tentakel. Tentakel ini mengadungi mata siput dan lain-lain organ deria. Siput air adalah herbivor, sungghuhpun ada jenis siput yang juga memakan bangkai haiwan. 1.3 Hubungan Ekologi Hayat tumbuh-tumbuhan dan haiwan di kolam berkaian antara satu sama lain dengan apa yang dinamakan rantai makanan. Semua rantai makanan ini bermula dengan tumbuh-tumbuhan yang dipanggil sebagai pengeluar. Pengeluar dimakan oleh herbivore. Herbivor pula menjadi makanan kepada karnivor. Selain daripada herbivor mahupun karnivor, sesetengah haiwan di dalam kolam adalah pembangkai. Pembangkai juga mengadakan makanan untuk karnivor di dalam kolam. Hal saling bergantung ini disebut juga simbiosis dan cara ini membolehkan tumbuhan dan haiwan saling bantu- membantu dalam persekitaran kolam.

Habitat di kolam boleh dibina rantai makanan dan siratan makanan seperti berikut: Tumbuhan kolam Tumbuhan kolam Tumbuhan kolam Tumbuhan kolam berudu itik ikan jentik-jentik Rantaian Makanan Berudu ikan ular memerang ikan ikan itik

Tumbuhan kolam

itik

ular

Jentik-jentik Siratan Makanan Rumpai air Rumpai air Rumpai air ikan ikan kecil kumbang air burung raja udang ikan besar katak ular

memerang

Ikan Rumpai air ikan kecil Kumbang air

ikan besar burung raja udang katak ular helang

Rumput Rumput Rumput

belalang pepatung ulat kodok

kodok kodok

belalang rumput ulat pepatung kodok

1.4 Ancaman Bagi Hidupan kolam Air membantu untuk melindungi tumbuh-tumbuhan dan haiwan kolam. Ia menahannya daripada menjadi terlalu panas dan terlalu sejuk. Ia membolehkannya untuk diminum, bernafas dan bergerak dengan bebas. Banyak haiwan kolam hanya dapat mencari makanan dan membiak di dalam air. Sungguhpun kebanyakan tumbuhan-tumbuhan dan haiwan air tidak boleh hidup di tempat-tempat lain selain daripada di dalam kolam. Ikan, lintah, siput air, nimfa dan larva misalnya, tidak boleh hidup di luar air. 1.4.1 Pembuangan Sampah Sarap Kelakuan manusia yang suka membuang sampah sarap dengan sesuka hati menyebabkan kolam menjadi cetek. Ini berlaku atas sebab bahan yang dibuang akan tenggelam ke dasar kolam. Lama-kelamaan, bahan ini menjadi banyak dan termendak di dasar. Secara langsung telah mengubah kedalaman kolam dan pencemaran tanah berlaku di kawasan kolam. Ini bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah sarap dan bahan buangan ini boleh menyebabkan pencemaran tanah berlaku di sekitar kolam. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran

menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu atau tidak subur. Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti tebus guna tanah, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam kolam, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal telah menyebabkan dasar kolam tercemar dan menjadi cangkat. 1.4.2 Lapisan Minyak Kehadiran lapisan minyak di permukaan kolam boleh membunuh hidupan akuatik terutama ikan. Lapisan minyak di permukaan kolam boleh menghalang kadar resapan oksigen ke dalam air. Jadi menyukarkan hidupan akuatik terurama ikan menjalankan proses respirasi. Keadaan ini juga menyebabkan cahaya matahari tidak dapat menembusi air.Tanpa kehadiran cahaya matahari, fitoplankton dan tumbuhan akuatik tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. 1.4.3 Kemusnahan Alam Di Sekitar Kolam Kesan yang paling jelas akibat pencemaran kolam ialah ialah keindahan dan keselamatan alam akan musnah sama sekali. Kolam yang telah musnah akibat perbuatan manusia bukan boleh diperbaiki dalam masa yang singkat. Ini memusnahkan keindahan di dalam dan sekitar kolam serta ekosistem di kawasan kolam berkenaan. Jika kolam dimusnahkan, burung air boleh terbang ke kolam lain. Sesetengah haiwan seperti katak, kodok dan bengkarung air mungkin dapat menyelamatkan dirinya. Tetapi mungkin tidak ada kolam di tempat-tempat yang berhampiran yang dapat ditujunya. Tetapi kebanyakan haiwan air tidak boleh terbang. Haiwan ini tidak dapat melepaskan dirinya apabila kolam kering ataupun ditimbus. Haiwan-haiwan ini juga tidak dapat melepaskan dirinya jika bahan-bahan kimia ladang beracun atau sampahsarap dicampakkan ke dalamnya. menjaga kolam yang masih ada. 1.4.4 Pencemaran Air Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang Sudah banyak kolam, haiwan dan tumbuh-tumbuhan kolam yang telah dimusnahkan. Kita hendaklah

dibuang dalam sungai dan kolam akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air, hidupan akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air khasnya di dalam kolam di mana airnya kelihatan bertakung. Air yang tercemar kelihatan keruh, berbau busuk, beracun dan terdapat banyak sampahsarap. Pencemaran air akan menyebabkan keracunan dan mendatangkani kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius (Zawiyah Ahmad, 2003). Sesetengah pantai, sungai dan tasik dan kolam tidak sesuai untunk ramai bersantai kerana bahan buangan bekas kegunaan seharian mencemari kawasan itu. Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak. Suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak justeru mengganggu ekosistem hidupan terganggu secara perlahan-lahan. Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di kolam, sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air secara langsung akan mempengaruhi kualiti air. Hal ini memberi kesan negatif terhadap flora dan fauna bagi hidupan di kolam. 1.5 Langkah-Langkah Pencegahan Bagi Menghalang Kepupusan Hidupan Kolam Masalah kepupusan sumber-sumber semulajadi semakin hari semakin ketara dan jika tiada tindakan pemuliharaan yang adalah dikuatiri ia mampu menjejaskan kehidupan generasi akan datang. Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu isu yang diberi perhatian yang serius melalui program-program yang berterusan. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan banyak kesan sampingan yang lain akan berlaku. Kesan-kesan ini akan menggangu ekologi alam sekali gus akan menggangu hidupan air tawar seperti di kolam. Jika pencemaran berlaku berterusan

hidupan lain di muka bumi ini akan mendapat pelbagai kesan positif. Disebabkan itu jugalah, semua anggota masyarakat diseru agar menjaga dan memulihara alam sekitar dengan sebaik mungkin. 1.5.1 Menyemai Semangat Cintakan Alam Sekitar Untuk menyemai semangat cintakan alam bukanlah satu perkara yang mustahil. Setiap individu boleh melakukannya tidak kira sama ada warga tua, belia, remaja atau pelajar sekolah. Apa yang penting ialah kemahuan dan keinginan kearah itu. Jika ada keinginan dan minat, segalanya boleh dilakukan dengan mudah. Untuk menyemai semangat cintakan alam, sejak kecil lagi anak-anak hendaklah didedahkan dengan pendidikan mengenai alam sekitar. Di sekolah-sekolah telah ditubuhkan persatuan dan kelab berkaitan alam sekitar. Misalnya Kelab Keceriaan Sekolah, Kelab Pertanian dan Kelab Kembara. Anggota masyarakat pula bolehlah menyemai semangat cintakan alam dengan samasama menyertai setiap program yang berkaitan dengan alam sekitar. Masa lapang yang terluang boleh diisi dengan membaca dan menikmati alam sekitar yang sihat (Suziana Che Wil , 2007) 1.5.2 Penguatkuasaan Undang-undang Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar pihak berkuasa. Pihak kerajaan juga sangat prihatin terhadap masalah berkaitan dengan masalah alam sekitar buktinya dengan menubuhkan Rancangan Tindakan 1988 bagi meningkatan keberkesanan tapak pelupusan. Oleh sebab faktor kewangan dan kepakaran teknikal yang terhad, kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan agar operasi pembuangan terbuka ditukarkan kepada tapak pelupusan sanitari secara berperingkat. Pemilihan lokasi tapak pelupusan perlu diberikan perhatian secara serius pada peringkat awal perancangan. Untuk menjamin keberkesanan, proses pemilihan tapak perlu memenuhi beberapa kriteria, iaitu dengan meminimumkan risiko kepada kesihatan awam, meminimumkan kesan persekitaran dan memaksimum mutu perkhidmatan berkaitan dengan pertimbangan sosial. Selain itu, kerajaan harus menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar dengan lebih tegas, dan mengetatkan undang-undang itu dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sisa-

sisa toksik ke dalam kolam atau sungai. Bahan-bahan bertoksik ini boleh mendaratkan hidupan di kolam ataupun sungai. Perbuatan membuang sisa-sisa toksik seperti ke dalam sungai, kolam atau tasik adalah tidak boleh dimaafkan dan hukuman yang setimpalnya harus dikenakan. Oleh itu, kerajaan harus menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab ini dengan seberatberatnya supaya mereka tidak berani untuk melakukan kesalahan ini. Hukuman seperti dendaan wang, penjara atau penarikan lesen patut dikenakan agar mereka berasa gerun akan hukuman yang berat itu. 1.5.3 Kitar semula Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran yang semakin buruk ini ialah mengadakan kempen kitar semula bagi bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti plastik dan lain-lain. Proses kitar semula ialah proses mengubah bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak digunakan lagi kepada bahan-bahan baharu yang berguna dan bernilai di pasaran. Sebagai contoh, botol-botol kaca yang terbuang dibersihkan, disteril dan digunakan semula. Dengan ini, bukan sahaja dapat mengurangkan masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak boleh reput ini, malah dapat menjimatkan sumber-sumber semulajadi yang digunakan untuk menbuat botol kaca baru. Oleh itu, masalah pembuangan bahan-bahan tidak boleh reput ke dalam kolam dapat diatasi dengan mengitar semula bahan-bahan tersebut menjadi bahan baru. Kerajaan harus mempergiat kempen kitar semula di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula supaya rakyat lebih senang untuk mengitar semula dan memberikan semanggat kepada orang ramai untuk mengitar semula. Pengurusan sisa pepejal merupakan sistem yang dirancang dan ditadbir berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan, pengangkutan, pemulihan dan pelupusan akhir terhadap semua bahan pepejal yang tidak dikehendaki daripada sumber domestik, komersial, industri dan klinikal yang boleh menjadi punca kepada pencemaran air dan persekitaran hidupan Pengurusan sisa pepejal merupakan sistem yang dirancang dan ditadbir berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan, pengangkutan, pemulihan dan pelupusan akhir terhadap semua bahan pepejal yang tidak dikehendaki daripada sumber

domestik, komersial, industri dan klinikal yang boleh menjadi punca kepada pencemaran air dan persekitaran hidupan. 1.5.4 Kempen Menjaga Alam sekitar Semangat yang jitu diperlukan dalam menjayakan setiap kempen sama ada yang dijayakan oleh pihak kerajaan atau swasta. Dalam melancarkan setiap kempen, pihak berkenaan mestilah memantau akan keberkesanan kempen-kempen tersebut kepada masyarakat setempat. Kewujudan kempen yang lebih banyak boleh memberikan kesedaran kepada semua masyarakat. Mereka akan menyedari bahawa penjagaan alam sekitar adalah sama pentingnya dengan menjaga diri mereka sendiri. Jika semua pihak boleh memberikan kerjasama ini, maka satu hasil yang baik akan dapat dicapai. Jika kempen-kempen ini Berjaya masyarakat boleh dididik dalam hal-ehwal mengurus kehidupan harian dengan mesra alam. Di samping boleh bergaul dengan masyarakat yang lain, mereka juga mengambil kesempatan itu sebagai aktiviti riadah dan senaman. Tahap kesihatan diri sendiri dan hidupan di persekitaran dapat ditingkatkan. 1.6 Penutup. Seperti yang kita sedia maklum, kursus HBPE3203, Kajian flora dan fauna adalah kursus yang berkaitan dengan kajian habitat dan ekosistem khususnya di kolam. Kepentingan flora dan fauinan diberikan penjelasan dan huraian jelas tentang kepentingan ekologi tentang hidupan di kolam serta hidupan yang mendiami sistem air ini, bagaimana hidupan di habitat ini beradaptasi, juga berkaitan dengan sistem ekologi hidupan air tawar di kolam. Namun pengetahuan teori semasa kuliah dijangkakan tidak mencukupi untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dan mungkin terdapat sebilangan pelajar yang masih kurang kesedaran tentang sistem ekologi ini. Oleh itu para pelajar perlu menjalankan kerja lapangan dimana melalui kerja lapangan ini, para pelajar diajar untuk lebih praktikal. Semasa dilapangan, pelajar telah diajar agar lebih mesra kepada alam sekitaran.

Semoga pada masa hadapan generasi muda yang mendapat pendedahan mengenai flora dan fauna hidupan di kolam mini, dapat meneruskan usaha kearah pembangunan dan melalui kehidupan lestari. Masyarakat yang bertamadun bukan sahaja dilambangkan dengan bangunan pencakar langit, kilang-kilang, pertumbuhan ekonomi yang membanggakan tetapi juga pandai menghargai keindahan kolam, tasik dan sungai serta kehijauan hutan supaya dengan memerhati dan mengamati alam sekitar dapat memberikan ketenangan jiwa serta jauh dari kesibukan dan tekanan kerja. Kolam-kolam yang terdapat di persekitaran kediaman dengan flora dan faunanya yang unik mampu menyediakan ketenangan yang tidak ternilai harga.

Bibliografi Hasnul Faizal Hushin, Norazhan Che Lah dan Shaifol Bahary Sulaiman .(2009). HBHE3203 Pendidikan Luar.Kuala Lumpur. Open University Malaysia. Pustaka Asas Kanak-Kanak. Hidupan Di Air. Hong Kong. Time-Life Books. Terry Jennings. (1987 ). Saintis Muda Menyelidik Hidupan Kolam. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Suziana Che Wil. (2007). Pemuliharaan Harta Awam dan Alam Serkitar. Pustaka Segar. Zawiyah Ahmad. (2003). Pencemaran Alam Sekitar. Seri Kembangan. Pustaka Cita Tinggi. http://www.rense.com/general72/size.htm (09/02/2010) http://en.wikipedia.org/wiki/Extraterrestrial_life (09/02/2010) http://en.wikipedia.org/wiki/Anaerobic_organism (10/02/2010) Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai