Anda di halaman 1dari 6

KELENGKAPAN MEMELIHARA HAMSTER Penjagaan hamster tidak serumit penjagaan anjing mahupun kucing.

Tetapi, ada bebarapa kelengkapamn yang diperlukan untuk keselesaan hamster. Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Berikut adalah beberapa kelengkapan asas bagi seekor hamster : A. SANGKAR Ini adalah benda penting yang anda wajib beli. Justeru, sangkar sangat penting sebagai benda asas dalam memelihara seekor hamster. Terdapat beberaoa jenis sangkar yang boleh diperolehi dari kedai-kedai haiwan peliharaan. Ukuran sangkar yang sesuai bagi seekor hamster ialah minimum 25 cm x 30 cm dan cukup tinggi untuk menempatkan sebuah roda mainan yang besar. Semakin besar ukurannya, semakin baik sangkar tersebut. Saiz sangkar bergantung kepada saiz hamster dan jenis hamster yang anda beli. Jangan beli sangkar kecil untuk hamster jenis Syrian kerana jenis Syrian bakal membesar dan sangkar kecil tidaklah sesuai untuk hamster jenis ini. Untuk hamster jenis Roborovski pula tidak mengapa kerana saiz mereka kecil dan sangat comel. Perkara yang penting adalah pastikan hamster anda selesa dengan sangkar yang dibeli. Selalunya, apabila anda membeli sangkar, dalam sangkar tersebut sudah ada roda mainan hamster, bekas makanan, bekas isi air. Untuk memelih bekas minumana, anda dinasihatkan supaya memastikan pmuncungnya diperbuat daripada besi dan bukannya plastik. Ini kerana hamster hamster akan menggigit muncung bekas air plastik semasa hendak minum dan ia akan mengundang kerosakan kepada bekas air tersebut. Selain itu terdapat juga sebuah rumah kecil untuk hamster tidur.

Bahan yang disyorkan untuk sebuah sangkar hamster adalah seperti alasnya diperbuat daripada plastik. Bentuk sangkar sebaik-baiknya segi empat kerana hamster memiliki kecenderungan membuat sarang, menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut yang berbeza. Penutup sangkar dibuat dari batangbatang besi agar hamster dapat berlatih memanjat.

Penggunaan sangkar kayu adalah tidak sejenis sesuai kerana yang hamster adalah dan haiwan menggerit

mempunyai gigi yang tajam. Oleh itu, sangkar kayu akan mudah rosak kerana digerit atau digigit oleh hamster dan tidak selamat lagi untuk didiami. Akuarium juga boleh digunakan

sebagai sangkar alternatif. Sangkar seperti ini diperlukan untuk hamster yang bunting sehingga proses melahirkan anak. Jika menggunakan sangkar dengan jeriji besi, anak hamster yang baru lahir akan terkeluar jatuh dari sangkarnya. Tetapi, jika menggunakan akuarium sebagai sangkar, hanya botol minuman sahaja yang perlu disediakan di bahagian tepinya. Selain itu, bahagian atas sangkar perlu ditutup kerana hamster merupakan haiwan yang cukup licik dan mudah hilang dari sangkarnya.

B. BEKAS MAKANAN DAN MINUMAN Bekas makanan yang digunakan biasanya diperbuat daripada plastik. Untuk tempat minumnya pula, gunakan botol yang dapat mengeluarkan air jika hamster menjilat hujungnya. Bekas minuman yang berbentuk mangkuk atau terdedah tidak sesuai digunakan kerana mudah tumpah. Hamster termasuk dalam haiwan yang sukakan air dan bekas seperti ini boleh membahayakan hamster itu sendiri.

Contoh bekas minuman hamster

Contoh bekas makanan hamster

C. SERABUT KAYU Hamster memerlukan serbuk kayu untuk mengekalkan tahap kebersihan sangkar. Hamster kurang gemar badannya terkena air. Justeru, antara peranan serbuk kayu ini adalah untuk menyerap air kecing hamster. Ia juga berperanan menyerap bau-bau yang kurang enak yang ada dalam sangkar disamping menambahkan keselesaan hamster tersebut. Untuk serbuk kayu, selalunya kita menggunakan serbuk kayu berwarna putih. Akan tetapi, jika hamster kesayangan anda alah pada habuk kayu, anda juga boleh menggunakan tisu tandas yang telah dicarik-carik. Jika anda ke kedai haiwan, pasti anda akan lihat pelbagai jenis habuk kayu dijual di sana. Ada yang natural, ada yang berbau strawberry, apple dan sebagainya. Terpulang kepada citarasa anda dalam memilih jenis habuk kayu yang sesuai untuk hamster comel anda. Penggantian serabut kayu perlu dilakukan secara rutin. Untuk sangkar yang berukuran kecil dan sederhana, serabut kayu perlu diganti 3 - 4 hari sekali. Penggantian serabut kayu untuk sangkar yang besar boleh dilakukan semigggu sekali kerana pada dasarnya hamster adalah haiwan yang pembersih. Tetapi serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaik-baiknya diganti sekerap yang mungkin. Penggunaan kertas surat khabar sebagai alas hamster tidak digalakkan. Racun yang terdapat dalam dakwat yang digunakan dalam surat khabar boleh menyebabkan alahan kepada hamster. Ia juga akan menyebabkan bulu hamster kelihatan kotor.

Contoh serbuk kayu hamster

D. PERMAINAN Permainan yang biasa digemari oleh hamster ialah roda yang boleh berputar. Permainan ini amat murah dan mudah diperolehi tetapi saiznya perlu diberi perhatian. Jangan menggunakan roda berputar yang berdiameter kecil kerana ia akan menyebabkan luka yang serius pada belakang hamster. Permainan lain yang boleh digunakan ialah lorong-lorong yang diperbuat daripada plastik. Permainan ini memerlukan sangkar khusus atau sangkar yang lebih luas. Di samping itu, membersihkan permainan jenis ini memerlukan masa yang lebih lama. Sebagai haiwan penggerit, seekor hamster akan gembira jika mendapat permainan yang boleh digigit. Sediakan beberapa batang kayu yang dapat digigit sehingga habis. Batang kayu atau kadbod ini boleh dibeli atau dibuat sendiri.

Contoh permainan yang boleh disediakan untuk hamster

Anda mungkin juga menyukai