Anda di halaman 1dari 1

Pegawai Perhubungan Korporat

Sistem Television Malaysia Berhad, TV3,


Seri Pentas, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Datul Ehsan.
(PO Box 1124, 50736 Kuala Lumpur)

Melalui,
Guru Besar,

Tuan / Puan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TV3

Salam sejahtera. Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Seperti dimaklumi, TV3 merupakan sebuah Stesen TV swasta pertama dan sehingga kini menjadi
stesen tv no I paling popular di negara ini. Sehubungan itu, kami sangat berminat untuk mengadakan lawatan ke
tempat tuan. Untuk makluman tuan, ahli rombongan kami terdiri dari murid dan penjaga yang berpendapatan
rendah dan tinggal jauh di pedalaman Terengganu. Ada di antara kami tidak pernah menjejakkan kaki ke kota
besar seperti Kuala Lumpur dan tempat yang canggih seperti tempat tuan. Adalah sangat besar harapan kami
tuan dapat meluangkan masa menerima rombongan kami.

3. Rombongan kami dijangka tiba di tempat tuan pada 30 OGOS 2006, hari Khamis jam 8.00 pagi dengan
peserta seramai 40 orang. Walaubagai manapun, sekiranya terdapat keberatan, adalah diharapkan pihak tuan
memaklumkanya kepada kami melalui alamat di atas.

5. Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan
kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
( )
Penyelaras Lawatan,

Anda mungkin juga menyukai