Anda di halaman 1dari 22

Bahan-bahan ( Untuk 6-10 orang )

250gm mentega 230gm gula kastor 250gm tepung naik sendiri / tepung kek (self raising flour) 6 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanila 2-3 sudu besar serbuk koko (diayak)

Cara-cara
1. Ayak tepung naik sendiri dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula kastor hingga kembang. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata setiap kali telur dimasukkan. Masukkan esen vanila. 3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan kacau rata setiap kali dimasukkan. 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko kepada satu bahagian tadi dan kacau rata. 5. Sediakan loyang / acuan yang telah disapu mentega / marjerin di sekelilingnya dan ditabur sedikit tepung gandum untuk elakkan kek melekat apabila masak. 6. Masukkan adunan warna asal berselang-seli dengan warna coklat ke dalam loyang / acuan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. P/S: Saya syorkan guna mentega (butter) brand Farmcows atau Golden Churn. Insya-Allah kek jadi sedap... :)

Kek Marble Susu Oleh:Nh WAny cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-Bahannya 250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi) 230 g gula halus (saya guna 150 g gula perang sahaja. rasa dia tak manis sangat sebab ramai yang review manis ikut sukatan asal) 2 camca teh ovalette 4 biji telur gred A 250g tepung halus* 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 60 g susu pekat manis 2 camca besar serbuk koko 2 camca besar susu cair 1 camca teh coklat emulco (saya pakai cappuccino paste) *Saya tambah lagi 130ml susu cair ke dalam adunan ini pada step ke-2 sebelum adunan dibahagi 2 Cara membuatnya 1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata. 2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati. 3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick. 4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka.. Nota saya : * saya tidak ada coklat emalco dan paste cappucino, jadi saya campurkan kopi bersama serbuk minuman koko, dijadikan pes. * kek ini saya tak bakar seperti resepi asal. Saya kukus selama 1 jam 15 minit.

Lembut, gebu dan lembab. Itu lah yang menarik hati saya untuk mencuba membuat kek marble trio resepi Mat Gebu. Tambahan pula komen komen dan gambar yang dipos semuanya mengujakan saya untuk mencuba. Saya memang suka makan kek yang plain dengan sedikit perisa jer. Terpaksa lah minta hubby mencarikan converter sebab saya beli mixer Kitchen Aid dari USA yang voltannya tak sama dengan tempat kita. Hari ini kiranya first time lah menggunakan mixer Kitchen Aid ini ... memang sangat memudahkan kerja. Saya berazam untuk cuba membuat kek yang lembab, gebu dan menepati selera saya. Selagi tak jumpa, saya akan terus mencari dan mencuba resepi resepi hingga berjaya. Kebetulan hari raya Aidil Adha kali ini, kami akan

menyambutnya di Nur Qaseh sahaja, jadi saya memikirkan kuih muih yang akan dimasak. Tahun ini kami membuat ibadah korban bersama rakan rakan alumni ETHICA di Penjara Kajang sebagai sokongan kepada Dato Hassan Sakimon, big boss Jabatan Penjara Malaysia. Memang kek ini sangat lembut, gebu dan lembab. Sebaik dipotong, secara tak sedar, dah hampir suku dari kek dah hilang. Hahaha hilang ke mana tu? Haa begitu lah sedapnya. Nak tahu bagaimana sedapnya, apakata cuba membuatnya sendiri dengan menggunakan resepi yang diberikan. Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya ..... KEK sumber: MARBLE Mat TRIO Gebu

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci ) 300 g mentega, pada suhu bilik (or unsalted butter) 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)* 1 camca teh serbuk penaik* 1 camca besar susu tepung* (*disatukan dan diayak) 5 biji telur Gred A 250 g gula kastor (boleh kurangkan) 1 camca besar Ovallate 30 g Gliserin 20 ml air 1/2 camca teh esen vanilla 1/2 camca teh strawberi emulco 1 camca teh coklat emulco

Cara cara 1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan. 2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain. 3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar). 4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata. 5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + vanilla essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan. 6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan. Nota: Kalau tak ada gliserin, boleh gantikan dengan 50 ml susu cair atau whipping cream.

Putar majerin hingga gebu

Masuk tepung yg diayak bersama susu & baking powder

Putar rata dan ketepikan

Telur diputar dg ovallete dan gula hingga gebu

Gebu macam adunan bahulu

masukkan adunan tepung dan kacau rata

bahagi dan warnakan

Masuk dalam acuan secara berselang seli

lorekkan mengguna chopstick

siap utk dibakar dlm oven yg telah dipanaskan

bila sejuk baru dipotong

Lembut, gebu dan lembab

enjoy ...

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )



300 g mentega, pada suhu bilik 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)* 1 camca teh serbuk penaik* 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak) 5 biji telur Gred A 250 g gula kastor 1 camca besar Ovallate 30 g Gliserin 20 g air 1/2 camca teh esev vanilla 1/2 camca teh strawberi emulco 1 camca teh coklat emulco

Cara-cara

1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.

3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.

4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.

5.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).

6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.

7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan. 8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

Anda mungkin juga menyukai