Anda di halaman 1dari 19

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

15

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menjelaskan maksud kurikuum 2. Menghuraikan maksud pembelajaran sains 3. Menganalisis keperluan kurikulum sains sekolah rendah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 4. Mengenalpasti persamaan kandungan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan luar negara 5. Mereka bentuk rancangan pengajaran sains sekolah rendah

PENGENALAN
Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul dari usaha manusia untuk hidup. Manusia mencari pengetahuan baru sejajar dengan kepentingan dengan kehidupannya. Anugerah Allah pencipta manusia memberi akal fikiran kepada manusia untuk memikirkan bahawa kehidupan mereka dibumi ini wajar diteruskan sebaik mungkin. Dengan kewajaran meneruskan kehidupan tersebut maka tiada jalan lain yang difikirkan oleh manusia adalah menyediakan segala keperluan yang sesuai dengan kehendak mereka. Fikiran ini di bentuk berasaskan kepada pemikiran sains. Pemikiran sains atau usaha membina pengetahuan sains terbina dari dari kaedah iaitu secara belajar dengan alam dan menerusi pengajaran langsung. Dengan itu kursus ini mengutamakan pembentukan pengetahuan sains dari sumber pengajaran langsung . Pengajaran langsung bermaksud pengajaran yang terbina berasaskan pembentukan kurikulum dan menerusi aktiviti persekolahan formal seperti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

16

ISI KANDUNGAN
Pengajaran dan pembelajaran sains
Kajian alam yang mencetuskan idea kepada manusia membentuk ilmu yang dikenali sains. Sains bidang mengenai kefahaman tentang hukum dan konsep tertentu yang mempunyai aturan dan hubung kait tertentu. Dengan ini menjadikan sains adalah satu yang kompleks. Keadaan ini menimbulkan usaha para guru atau penyelidik pendidikan sains untuk menjadi pengajaran sains mudah dan menarik dalam penyampaian kefahaman konsep mengenai sains kepada pelajar. Dengan itu pengajaran sains melibatkan pengajaran guru, pembelajaran pelajar dan kurikulum sains. Pengajaran adalah aktiviti penyampaian ilmu yang menjadi tugas para guru. Guru terlatih

mempunyai kemahiran professional yang berupaya mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran sains dengan kaedah pengajaran. Dua perkara penting di sini adalah penguasaan ilmu sains dan kaedah pengajaran.

Apakah yang dimaksud dengan pengajaran guru? Apakah yang dimaksud dengan pembelajaran murid? Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran sains?

Pembelajaran akan memberi makna kepada pelajar sekira dijalankan secara aktif. Dalam hal ini peranan pelajar hendaklah diaktifkan dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran. Teori kontruktivisme amat menekan kepada pembinaan pengetahuan menerusi peranan individu khususnya pelajar dalam membina makna kepada pengetahuan baru secara penglibatan aktif. Satu prinsip yang kerap diberi penekanan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan

latar,pengalaman tertantu yang perlu dikaitkan dengan pembinaan pengetahuan baru. Mereka bukan umpama tin kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan. Pengalaman bermakna kepada pelajar memerlukan perancangan yang teliti supaya dapat melibatkan pelajar secara aktif.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

17

Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh melibatkan pelajar secara aktif? Senaraikan sekurangnya tiga aktiviti tersebut.

Apakah yang dimaksud dengan kurikulum?

Kurikulum Sains Sekolah Rendah


Bagi tujuan perbincangan maka di bawah subtopik ini dipaparkan sebahagian petikan dari dokumen Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2003. Bahan ini boleh diakses di http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=190&Itemid= Namun begitu bermula tahun 2010 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Anda hendaklah mendapatkan dokumen ini. Namun sebahagian petikannya dipaparkan kepada anda.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

18

Apakah matlamat kurikulum Sains sekolah rendah?


Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.

Apakah objektif kurikulum sains sekolah rendah?


Kurikulum Sains untuk sekolah rendah membolehkan murid: 1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. 2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling. 3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah. 4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. 5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

19

6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni . 8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi. 9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup. 11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.

Apakah kemahiran-kemahiran nilai yang ingin diterapkan menerusi kurikulum ini?


Merujuk dokumen kurikulum tersebut, kemahiran yang ingin diterapkan adalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah diutamakan dan digunakan dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan, projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Proses Sains?


Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti yang berikut:

Kemahiran Proses Sains

Penerangan

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

20

Memerhatikan

Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bauuntuk mengumpulkan maklumat tentangobjek dan fenomena.

Mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan cirri atau sifat sepunya.

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Membuat inferens

Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Meramal

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Berkomunikasi

Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan Data Mendefinisikan secara operasi Mengawal pembolehubah

Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz,isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa. Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat hipotesis

Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

21

perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara yang berikut: a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. b) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. c) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. d) Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. e) Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Berfikir ?


Dokumen tersebut menyatakan bahawa berfikir merupakan proses menggerakkan minda secara sedar untuk mencapahkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan memberi makna kepada kehidupan sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai dengan menekankan aktiviti pembelajaran secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancangkan wajar mampu mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

22

Kemahiran Berfikir Kritis


Mencirikan

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir Kritis Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Membandingkan dan membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Mengumpulkan dan mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Membuat urutan

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Mengesan kecondongan Menilai

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu. Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan buktiatau dalil yang sah.

Membuat kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

23

Apakah perkaitan kemahiran proses sains dengan kemahiran berfikir?


Dalam dokumen tersebut menjelaskan bahawa kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran berfikir menggalakkan minda seseorang murid untuk berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir menjamin keupayaan pembelajaran yang lebih berkesan.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Berfikir

Pembelajaran Berkesan

Jadual di bawah dipaparkan perkaitan di antara Kemahiran Proses Sains dengan Kemahiran Berfikir yang boleh dijadikan panduan bertujuan memberi impak kepada pembelajaran.

Kemahiran Proses Sains Memerhatikan

Kemahiran Berfikir Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan

Mengelaskan

Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens

Menghubungkaitkan

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

24

Membandingkan dan membezakan Menganalisis Membuat inferens Meramalkan Menghubungkaitkan Membuat gambaran mental Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan

Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan data

Membandingkan dan membezakan Menganalisis Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan Menilai Menghubungkaitkan Menganalogikan Membuat gambaran mental Menganalisis Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Menganalisis Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjanakan idea Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan Semua kemahiran berfikir Semua kemahiran berfikir

Mendefinisi secara operasi

Mengawal pembolehubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Berkomunikasi

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

25

Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan kemahiran-kemahiran tersebut?

Dokumen tersebut turut memberi gambaran bagaimana pelaksanaan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan meneliti kepada hasil pembelajaran sesuatu topik dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian. Petikan berikut akan menjadi panduan.

Pengajaran dan Pembelajaran yang berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik
Merujuk dokumen kurikulum tersebut telah menjelaskan bahawa kurikulum sains ini menekankan pembelajaran kurikulum ini, hasil berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan

pembelajaran yang

pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasaan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murnidan sikap saintifik. Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang memberteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta penerangannya.

Contoh 1:

Hasil Pembelajaran Membandingkan dan membezakan haiwan berdasarkan cirri

Kemahiran Berfikir Membandingkan dan membezakan

Penerangan: Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang kepelbagaian, persamaan dan perbezaan ciri haiwan dipelajari melalui aktiviti membandingkan dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang ciri haiwan.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

26

Contoh 2: Hasil Pembelajaran Mengawal pemboleh ubah untuk mengkaji faktor yang menyebabkan pengaratan. Kemahiran Proses Sains Mengawal pemboleh ubah

Penerangan: Sebelum hasil pembelajaran ini, murid telah membuat membuat pemerhatian, membuat inferens, membuat hipotesis dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan pengaratan. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan ini, murid perlu berpandukan hipotesis yang telah dibuat, menentukan apakah pemboleh ubah yang terlibat, pemboleh ubah mana yang perlu dimanipulasikan dan pemboleh ubah mana yang perlu diukur. Contohnya pemboleh ubah yang perlu dimanipulasikan adalah kehadiran air manakala pemboleh ubah bergerak balas adalah karat yang diperhatikan.

Kandungan kurikulum sains sekolah rendah


Anda diminta menyemak dokumen tersebut. Modul ini perlu dibaca bersama dengan kurikulum sains sekolah rendah yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah. Kandungan pengetahuan mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4, 5 dan 6 dalam lima tema seperti berikut:

Menyiasat Alam Kehidupan Menyiasat Alam Fizikal Menyiasat Alam Bahan Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Menyiasat Dunia Teknologi

Bandingkan dengan kurikulum sains sekolah rendah luar negara


Anda wajar membuat perbandingan kurikulum negara kita dengan luar negara. Saya percaya boleh melakunya dengan menggunakan Internet. Namun sebagai contoh bandingkan dengan mencari persamaan kurikulum dari UK yang boleh diakses di laman:

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

27

http://www.cie.org.uk/docs/qualifications/cipp/primarycheckpoint/Primary%20Science%20Curric ulum%20Framework.pdf. Sebahagiannya dipetik sebagaimana di bawah:

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

28

Contoh kedua kuriklum sains sekolah rendah adalah boleh dirujuk di http://www.ncca.ie/uploadedfiles/curriculum/intro_eng.pdf Sebahagian petikannya dipaparkan di bawah:

Sediakan satu rancangan pengajaran sains sekolah rendah.

Lihat contoh di bawah sebagai panduan penghasilan RPH.

Mata Pelajaran Tingkatan

: Sains : 6H

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

29

Bilangan Murid Tarikh Masa Tajuk Isi Kandungan

: 40/40 orang : 14 September 2011 : 7.45 8.45 Pagi (60 minit) : Pelangi : i) Fenomena Sains Pembentukan Pelangi

Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengetahui secara umum tentang fenomena pelangi Objektif Hasil Pembelajaran : Mengajar berkenaan fenomena pembentukan pelangi : Pada akhir pembelajaran pelajar diharap dapat: 1) Menyatakkan kombinasi spektrum cahaya 2) Menyatakan proses pembentukan pelangi 3) Menentukan posisi yang tepat untuk mengamati pelangi

Kaedah Nilai ABM

: Menerang, mencatat, perbincangan dan nyayian : Mencintai alam sejagat, bertanggungjawab, kagum ciptaan tuhan : Buku rujukan, laptop, LCD, bahan internet, kertas mahjong, pen marker

LANGKAH/ MASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menayangkan video selama 5 minit. SET INDUKSI (5 minit) Pelajar melihat tayangan video yang dipaparkan oleh guru. Guru menyoal pelajar berkenaan dengan video yang ditayangkan

ABM: Video http://youtu.be/rZ sdQy2PrpA Laptop

CATATAN

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

30

iaitu: Soalan - Apakah yang anda faham berkenaan dengan fenomena yang ditayangkan sebentar tadi? Pelajar menjawab berdasarkan pengetahuan masing-masing. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pengajaran pada hari ini. Kemahiran proses sains Memerhati Kemahiran Berfikir
Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan

LANGKAH 1 (5 minit)

Pengenalan spektrum Cahaya

Guru menayangkan slide spektrum cahaya. Guru menerangkan kepada pelajar spektrum cahaya terdiri daripada 7 warna iaitu merah,jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu Pelajar mendengar penerangan guru.

ABM: Tayangan slide http://en.wikipedia .org/wiki/Rainbow

Kemahiran: Memahami Kaedah: Menerang ABM: Kertas arahan aktiviti Water hose Kaedah: Menerang Perbincangan Kemahiran: Konstruktivism Memahami

LANGKAH 2 (35 minit)

Proses pembentuka n pelangi

Guru membawa murid-murid ke padang sekolah untuk membuat simulasi pembentukan pelangi. Murid dibahagi kepada 4 kumpulan dan diberi senarai arahan aktiviti untuk memancutkan air mengikut posisi yang diminta oleh guru. Kumpulan A -matahari berada di sisi kiri, murid pancut air di bahagian tengah. Kumpulan B -matahari berada di sisi kanan, murid pancut air di bahagian

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

31

tengah. Kumpulan C -matahari berada di belakang, murid pancut air ke hadapan. Kumpulan D -matahari berada di depan, murid pancut air menghadap cahaya matahari. Murid diminta untuk memerhatikan dan mencatat kejadian yang berlaku semasa dan selepas pancutan air.

Mencatat Mengumpul maklumat Kerjasama antara ahli Membuat inferen Pembentangan

Murid berbincang dalam kumpulan berkenaan topik yang ditugaskan. Guru mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. Wakil pelajar tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masingmasing. LANGKAH 3 (10 minit) Posisi pengamatan terbaik pelangi Guru membawa murid balik ke kelas dan menayangkan slide yang menunjukkan proses pembentukan pelangi untuk aktiviti pengukuhan.

ABM: Laptop Kaedah: Memerhati Soal jawab Kemahiran: Mengumpul maklumat

Wakil murid diminta untuk menerangkan hasil dapatan daripada pemerhatian aktiviti kumpulan berdasarkan pemahaman daripada slide yang telah ditayangkan

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

32

PENUTUP (5minit)

Rumusan dan penerapan nilai

Guru merumuskan topik pelajaran mengulang semula topik yang telah dipelajari hari ini secara ringkas. Murid diminta menyanyikan lagu Pelangi bersama-sama, untuk menerapkan nilai bersama bahawa kagum dengan ciptaan tuhan. http://youtu.be/D--bdPhOJlg

ABM: Laptop Internet Kaedah: Nyanyian

RPH ini diubahsuai dari kerja kursus pelajar KRN 1013, Ee dan Pang . Refleksi:

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah yang dimaksud kurikulum ? 2. Huraikan maksud pembelajaran sains 3. Jelaskan kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran kurikulum sains sekolah rendah 4. Dengan bantuan internet, beri ulasan anda mengenai persamaan dan perbezaan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan kurikulum sains mana-mana negara lain. 5. Sediakan rancangan pengajaran sains bagi satu topik untuk tempoh 40 minit.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

33

Anda mungkin juga menyukai