Anda di halaman 1dari 2

Pergerakan Bahan Merentasi Membran Sel Wudhu dan tayammum Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak

mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. 6:5

Penerangan Biologi Osmosis adalah suatu proses pergerakan molekul air dari kawasan berkepekatan molekul air tinggi (hypotonik) ke kawasan berkepekatan molekul air yang rendah (hypertonik). Kuman adalah suatu mikroorganisma yang halus terdiri daripada bakteria dan protozoa yang berbahaya kepada manusia. Penyingkiran kuman daripada anggota badan manusia adalah dengan cara membasuh menggunakan air supaya anggota badan sentiasa bersih. Kaedah lain bagi memastikan mikroorganisma tidak berfungsi ialah dengan mewujudkan medium yang hipertonik pada mikroorganisma. Ini akan menyebabkan air di dalam mikroorganisma berkenaan keluar ke persekitaran luar. Keadaan ini akan menyebabkan mikroorganisma berkenaan dipasifkan, dilemahkan atau dimatikan akibat kehilangan air.

Perkaitan Al Quran dengan Biologi Manusia yang berkeadaan junub berpotensi mendapat penyakit akibat daripada tubuh badan yang berpeluh. Peranan perpeluhan adalah bagi mengeluarkan toksin dan urea yang terkandung di dalam badan. Manusia yang keluar dari tandas tanpa membersihkan diri menggunakan air juga berpotensi mendapat pelbagai penyakit. Bagi orang yang sakit samada disebabkan kecederaan atau kesukaran untuk mendapatkan

air, Allah telah memerintahkan menggantikan air dengan debu tanah yang bersih. Debu tanah dapat membantu manusia membunuh mikroorganisma dengan mewujudkan medium hipertonik pada persekitaran luar mikoorganisma atau kuman tersebut. Kaedah bertayammum hanya pada muka dan tangan adalah kerana anggota tangan adalah anggota paling banyak dihinggapi kuman secara sentuhan. Muka adalah bahagian paling banyak disentuh oleh tangan. Ini menjelaskan kenapa anggota tangan dan muka merupakan bahagian yang paling penting untuk dibersihkan.

Anda mungkin juga menyukai