Anda di halaman 1dari 39

Melayu KEMAHIRAN MEMBACA(5.0-7.

0)
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

ALLVEN ATTNA ELORINE KAIT MOLLY PETER

KEMAHIRAN MEMBACA
Keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Pemahaman dan penakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

HASIL PEMBELAJARAN

MEMBACA KUAT DENGAN KELANCARAN INTONASI, GAYA PEMBACAAN YANG SESUAI


Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca

MEMBACA DAN MEMAHAMI MAKLUMAT YANG TERDAPAT PELBAGAI TEKS


Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. Mengenal pasti pelbagai genre penulisan Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.

MEMBACA, MENAAKUL DAN MENGHAYATI KANDUNGAN TEKS YANG DIBACA


Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat Membaca dan mengenal pasti perkataan , pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca.

Huraian sukatan pelajaran dan Hasil Pembelajaran Tahun 4

Hasil Pembelajaran
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai

Huraian hasil pembelajaran


Aras 1 i. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan Intonasi yang betul.

Cadangan aktiviti/Nota
Mendengar rakan membaca. Membandingkan bacaan yang didengar dari segi kelancaran, kefasihan, dan intonasi Contoh ayat tunggal : - Pegawai Kanan Syarikat Minda Bestari itu anak penoreh getah Kampung Tualang Tujuh Contoh ayat majmuk : - Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Biduanita Negara Puan Sri Saloma merupakan insan yang mempunyai bakat seni yang luar biasa.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang ii. Menerangkan makna betul dan memahami perkataan, frasa dan ayat. perkara yang dibaca.

Hasil Pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 2 i. Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Cadangan aktiviti/nota Contoh : 1. Permintaan terhadap kereta nasional semakin meningkat. (ayat penyata) 2. Berapakah jumlah pengguna kolam renang itu setiap hari? (ayat tanya) 3. Amboi, bijak sungguh anaknya! (ayat seruan) 4. Tolong kemaskan meja kamu. (ayat perintah) Mengadakan pertandingan membaca di sekolah. Contoh: membaca berita, membaca teks ucapan, dan membaca ramalan cuaca

Aras 3 i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. ii. Menjelaskan makna perkataan mengikut konteks.

Hasil Pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti/nota

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 i. Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Menjalankan aktiviti simulasi untuk tujuan membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. contoh : membaca perutusan 1. Bercerita.

ii. Menceritakan isi bahan yang dibaca.


Aras 2 i. Membaca lancar bahan sastera dengan gaya dan penyampaian yang menarik. ii. Menyatakan isi penting berdasarkan bahan yang dibaca.

2.Mengadakan teknik teater pembaca bagi tujuan melatih kelancaran, sebutan, intonasi, dan jeda yang betul berdasarkan skrip yang disediakan. 3.Menceritakan bahan sastera yang dibaca dengan perkataan sendiri.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadanagan aktiviti/Nota

Aras 3 Memilih teks pelbagai i. Membaca lancar teks laras. pelbagai laras bahasa Contoh : laras sains, laras dengan sebutan dan intonasi iklan yang betul serta gaya yang sesuai. Menggunakan Majalah Dalam Darjah (MDD) atau Akhbar Dalam Darjah (ADD) bagi tujuan membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai ii. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. Membaca dan memilih jawapan yang betul berdasarkan soalan pemahaman yang diberikan

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti/Nota

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 1 i. Merujuk kepada kamus untuk mencari makna dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan.

Berlatih menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan dengan cepat. Pertandingan secara makna perkataan menggunakan kamus. Membaca secara imbasan dengan meneliti prakata, kandungan, dan sinopsis pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk. Contoh bahan : ensiklopedi

Aras 2 i. Meneliti halaman kandungan dan sinopsis prakata untuk mendapatkan maklumat.

Aras 3 i. Meneliti glosari dan bibliografi

Membaca pantas secara imbasan glosari, bibliografi, dan kata pengantar untuk mendapatkan maklumat tentang sesebuah buku. Contoh bahan: buku rujukan ensiklopedia

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti/nota

7.0 Membaca, menaakul Aras 1 1. Bersoal jawab dan menghayati i. Membuat dan menyatakan menggunakan soalan kandungan teks yang dibaca andaian tentang sesuatu bercapah berdasarkan perkara sesuatu maklumat bagi 7.1 Membaca dan yang tersirat berdasarkan tujuan membuat menerangkan maklumat yang tersurat. andaian yang tersurat. maksud kandungan teks Contoh soalan : Pada yang tersurat dan tersirat. pendapat kamu, apakah kesudahan cerita ini? Aras 2 i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dibaca. Menggunakan teknik penyoalan (5W + 1H) untuk menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dibaca. Contoh : Cerita Si Tanggang -Soalan tersurat : Mengapakah Si Tanggang

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti/nota

Aras 3 Menggunakan LPG untuk i. Membuat kesimpulan membuat rumusan. tentang maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.

Huraian sukatan pelajaran dan Hasil Pembelajaran Tahun 2

Contoh huraian sukatan pelajaran (T2)

Hasil Pembelajaran 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai

Huraian hasil pembelajaran Aras 1 i. Menyebut perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding. Dan konsonan bergabung

Cadangan Aktiviti Membunyikan perkataan yang mengandungi diftong ,vokal berganding ,dan konsonan bergabung dengan betul Contoh: pulau,saat,nganga Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk yang ditunjukkan oleh guru atau rakan : 1.Letchumi bermain anak patung(ayat tunggal) 2.Ah Keong bercakap sambil tersenyum.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan majmuk berbilang subjek

Hasil Pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 2 i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca

Cadangan aktiviti/nota Mendengar contoh bacaan guru atau melalui pita rakaman Membaca ayat dengan intonasi yang betul Contoh : 1. Saya hendak ke sekolah 2. Adik kamu sakitkah? 3. Aduh, pedihnya mata saya! Murid berbincang secara berpasangan untuk mengecam ayat penyata dan ayat tanya dalam teks yang dibaca

Aras 3 i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik

Hasil Pembelajaran

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan aktiviti/nota

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca

Aras 1 i. Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan intonasi yang betul dan lancar

Guru menunjuk cara membaca dengan betul Contoh: 1.Cara duduk atau berdiri Jarak mata dan bahan Sebutan dan intonasi
Murid membaca teks yang diberikan secara beramairamai dan individu. Murid menonton tayangan video tentang cara membaca teks atau puisi Murid berbincang secara berkumpulan untuk mencari isi-isi penting daripada teks yang dibaca

ii.Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca

Aras 2 i. Membaca teks bukan sastera dan bukan sastera dengan sebutan ,dan intonasi yang betul serta gaya penyampaian yang sesuai ii. Menyatakan isi-isi penting teks yang dibaca

Hasil Pembelajaran

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya penyampaian yang sesuai. ii. Memberikan penjelasan tentang bahan sastera dan bukan sastera yang dibaca.

Cadangan aktiviti/nota

Membaca petikan yang diberikan atau dipilih sendiri. Murid menjelaskan isi kandungan bahan yang dibaca Contoh: - isi cerita - watak - perkara menarik/tidak menarik

Hasil Pembelajaran
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai jenis teks 6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet

Huraian Hasil Pembelajaran


Aras 1 i. Merujuk kepada kamus untuk meneliti ejaan yang betul.

Cadangan aktiviti/nota
x Murid membaca teks yang diedarkan. x Murid memilih perkataan yang salah ejaan secara berkumpulan. x Murid merujuk kepada kamus untuk mendapatkan ejaan yang betul. x Murid mengemukan hasil perbincangan kepada kelas x Membaca dan memahami teks yang diberikan. x Mencari makna yang sesuai mengikut konteks bagi sesuatu perkataan yang diberikan.

Aras 2 i. Merujuk kepada kamus untuk mencari makna per kataan yang betul dan tepat.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran


Aras 3 i. Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan.

Cadangan aktiviti/nota
Mencari maklumat berdasarkan sesuatu topik daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar, internet. Contoh : permainan congkak x - bilangan pemain x -bahan yang gunakan

Hasil pembelajaran 7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat

Huraian hasil pembelajaran Aras 1 i. Membaca perkataan dan frasa yang diberikan. ii. Menyatakan maksud perkataan dan frasa dalam ayat yang diberikan.

Cadangan aktiviti/nota Guru memperkenalkan beberapa contoh frasa yang sesuai. Contoh: 1. Gunakanlah saya 2. Jangan bising 3. Dilarang merokok Berbincang dengan rakan untuk mencari maksud perkataan dan frasa dalam ayat yang diberikan. Murid membaca beberapa ayat yang diberikan oleh guru. Contoh : Sila beratur untuk membeli makanan. Jimatkan air.

Aras 2 i. Membaca ayat yang diberikan. ii. Menjelaskan maksud ayat yang Diberikan.

Murid berbincang untuk memberi penjelasan

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 3 i. Membaca ayat dalam perenggan. ii. Menghuraikan maksud ayat dalam perenggan

Cadangan aktiviti/nota Membaca petikan yang diberikan. Menjawab soalan bercapah berdasarkan petikan untuk menghuraikan maksud yang tersurat dan tersirat.

Huraian sukatan pelajaran dan Hasil Pembelajaran Tahun 5

Hasil pembelajaran 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti/nota

Aras 1 Membaca secara i. Membaca perkataan, frasa luncuran untuk dan ayat yang mengandung mendapatkan idea ayat keseluruhan tentang teks. tunggal dan ayat majmuk Membaca secara dengan sebutan dan intonasi imbasan untuk yang betul. mengecam isi dalam perenggan. ii. Menerangkan makna Membaca secara perkataan dan maksud frasa mekanis (individu atau serta ayat. kumpulan) Merujuk kepada kamus untuk mendapatkan makna yang tepat.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 2 i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca. ii. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.

Cadangan aktiviti/nota Membaca teks yang diberikan dengan gaya penyampaian yang baik. Menyenaraikan isi-isi penting menggunakan borang pengurusan grafik. Contoh:

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 3 i. Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menghuraikan maksud ayat dalam teks.

Cadangan aktiviti/nota Menjalankan teknik SQ3R : Membaca secara luncuran Membina soalan-soalan untuk mengetahui isi tentang teks yang akan dibaca. Membaca secara pantas. Nota: Guru tetapkan masa bagi murid membaca. Contoh : 20 saat Membaca secara senyap.

Hasil pembelajaran 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Huraian hasil pembelajaran Aras 1 i. Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menerangkan teks yang dibaca secara ringkas.

Cadangan aktiviti/nota Mengamati bahan grafik dan teks prosa Contoh : brosur, iklan, peta, teks naratif, puisi Mengumpul maklumatmaklumat penting berdasarkan bahan yang dibaca. Menyampaikan maklumat yang terdapat dalam bahan yang dibaca.

Aras 2 Mengungkapkan puisi i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan dan bukan sastera dengan intonasi yang betul. sebutan Contoh : Pantun, Sajak, Syair dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. Menyatakan nilai ii. Menghuraikan maklumat daripada puisi yang yang diperoleh daripada dibaca.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 3 i. Membaca teks pelbagai laras degan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. ii. Memahami isi kandungan teks yang dibaca.

Cadangan aktiviti/nota Menyebut diksi yang sesuai dengan laras teks yang dibaca. Contoh : Laras Sains kondensasi pola Laras Matematik mengumpul semula membundarkan Laras Sastera Hikayat (bermaksud cerita) Menggayakan aksi sebagai penyampai berita atau pengulas sukan.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 1 i. Merujuk kepada kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.

Mencerakinkan perkataan mengikut abjad untuk mencari makna. Contoh : Permainan mencari makna perkataan dalam kamus secara kumpulan. (10 patah perkataan dalam masa 10 minit) Senaraikan makna perkataan. Menjalankan teknik imbasan untuk mencari maklumat dalam ensiklopedia dan makna dalam tesaurus. Cadangan: i. melihat indeks abjad untuk mencari makna/maklumat. ii. meneliti keterangan makna/maklumat. iii. membuat pilihan jawapan mengikut konteks.

Aras 2 i. Merujuk kepada ensiklopedia dan tesaurus untuk mendapatkan maklumat.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 3 i. Mengakses maklumat daripada laman w eb atau pelbagai sumber.

Cadangan aktiviti/nota Mengecam maklumat yang dikehendaki dan muat turun (download). Memilih laman web yang sesuai untuk mendapatkan maklumat berkaitan tajuk yang dikaji.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti/nota Membaca, meneliti dan menggarisi kata, frasa, ayat, dan peribahasa yang terdapat dalam sesuatu petikan. Menyatakan jenis genre yang dibaca Contoh : Laporan Puisi Naratif Peribahasa

6.2 Membaca dan mengenal Aras 1 pasti i. Mengenal pasti pelbagai genre penulisan. penggunaan kata, frasa, ayat, dan peribahasa dalam sesuatu genre.

Aras 2 i. Menyatakan perbezaan penggunaan laras bahasa yang terdapat dalam pelbagai genre.

Membandingkan sajak dengan pantun. Mengetahui penggunaan format yang betul dengan genre. Contoh: pantun (ada rangkap)

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 3 i. Menyatakan ciri-ciri penulisan genre.

Cadangan aktiviti/nota Menjelaskan ciri-ciri penulisan genre. Contoh : i. Surat tidak rasmi alamat pengirim, tarikh, kata-kata menghadap surat, pemerengganan, tandatangan. ii. Surat rasmi alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, tajuk, pemerengganan, penutup, tandatangan iii. Laporan tajuk, pemerengganan, tandatangan serta jaw atan pelapor, tarikh. iv. Syarahan kata alu-aluan, kata penegas, penutup. v. Cerpen cerita kanak-kanak lebih kurang 150 perkataan.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti/nota Murid membaca teks yang diberikan secara luncuran. Menyatakan isi-isi yang diperoleh daripada perenggan yang dibaca menggunakan teknik SQ3R. Mengecam ayat topik dalam perenggan, melalui bacaan imbasan dalam perbincangan.

6.3 Membaca dan mengenal Aras 1 pasti isi utama dan isi i. Membaca dan mengecam sampingan daripada teks. isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 2 i. Membaca dan mengenal pasti idea utama dan idea sokongan yang terdapat dalam teks.

Cadangan aktiviti/nota Membaca teks secara imbasan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan teks. . Berbincang dengan rakan untuk menyatakan ayat topik dan ayat huraian dalam sesuatu perenggan. Keterangan: Ayat topik - isi utama dalam perenggan. Ayat huraian - ayat keterangan yang menjelaskan lagi ayat topik dalam perenggan.

Huraian hasil pembelajaran Aras 3 i. Mengemukakan idea utama dan idea sokongan yang terdapat dalam bahan bacaan.

Cadangan aktiviti/nota Membaca teks secara imbasan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan teks. Membaca teks secara luncuran untuk mendapatkan maklumat. Mengenal pasti isi-isi penting dan isi-isi sokongan dalam teks. Melaporkan isi-isi penting dan isi-isi sokongan dalam teks.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti/nota

7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang Dibaca 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 1 i. Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat yang tersurat. ii. Menyatakan andaian yang dibuat secara ringkas.

Membuat inferens berdasarkan maklumat tersurat atau data yang terdapat dalam teks. Contoh : Masalah keracunan makanan di sekolah.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran Aras 2 i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.

Cadangan aktiviti/nota Memberikan penerangan berdasarkan bahan grafik. Contoh : rantai makanan

Maksud tersirat: Walaupun ular berbisa tetapi dapat dikalahkan dan dimakan oleh helang. Ular akan bertambah banyak dan mengancam kehidupan kerana bisanya, jika tidak dimakan oleh helang.

Hasil pembelajaran

Huraian hasil pembelajaran


Aras 3 i. Membuat kesimpulan tentang maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.

Cadangan aktiviti/nota
Berbincang untuk mencari isi-isi tersurat daripada teks yang dibaca. Contoh : komputer penting dalam Pembelajaran Menyenaraikan isi-isi tersirat Contoh : pengajaran menarik menarik minat Menyatakan kesimpulan bagi kumpulan masing-masing. Contoh:

Anda mungkin juga menyukai