Anda di halaman 1dari 55

Muhd Aizat Nazifa Elorine

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Pelopor dan prinsip

Wolfgang kohler.

Wolfgang Kohler (1887-1967)


Terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal. Menjalankan kajian ke atas 5 ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan. Antara dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju penyelesaian.

Kohler dan pembelajaran celik akal


Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2 batang buluh di dalam sangkar Sultan. ( tiap 1 buluh tidak cukup panjang untuk sampai ke pisang itu). Tidak lama kemudian, Sultan menyambung kedua-dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang tersebut. Kajian lain (Kohler) Mulanya, pisang digantung di atas sangkar Sultan. Sultan tidak berjaya mencapai pisang tersebut. Kemudian, Sultan menggerakkan sebuah kotak yang terletak di sudut sangkar sehingga kotak itu berada di bawah pisang tergantung. Sultan pun melompat daripada kotak itu lalu mencapai pisang tersebut.

Prinsip pembelajaran celik akal Kohler


Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah dengan cara yang agak mendadak. Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara.

Jerome Seymour Bruner (1915-sekarang)

Tokoh utama revolusi kognitif. Beliau sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan.

Pembelajaran adalah satu proses sosial aktif.


Pembelajaran berlaku mengikut 3 langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

(ii) Pembelajaran berlaku mengikut tiga langkah: Enaktif (berasaskan tindakan). Bagi memudahkan pemahaman murid, amat penting untuk mereka menimba pengalaman yang konkrit, misalnya: memegang dan memanipulasi objek maujud. menyentuh objek yang hidup, dan sebagainya; lkonik (berasaskan imej). Murid-murid berkebolehan untuk mewakilkan bahan secara grafik atau mental, misalnya: membuar pengiraan secara mental; dan

Simbolik (berasaskan bahasa). Murid-murid berupaya menggunakan logik, kemahiran berfikir aras tinggi dan sistem simbol, misalnya: memahami perumpamaan kata seperti "Bapa borek, anak rintik" dan sebagainya.

Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat.
Persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep, (mempercepat atau melambat). Murid lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri.

Pembelajaran penemuan Bruner


Konsep mengetahui adalah satu proses.

Apabila murid diberi situasi agak kompleks, mereka akan berusaha untuk mencari penyelesaian.
Apa itu pembelajaran penemuan? Pembelajaran ini menggalakkan murid menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif. Guru bermula dengan sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum.

R . M Gagne

Robert M. Gagne telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain.
Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.
Peringkat pembelajaran Gagne : a) Pembelajaran Isyarat b) Gerak Balas c) Rangkaian Motor d) Pertalian bahasa e) Disriminasi f) Konsep g) Hukum h) Penyelesaian masalah.

(a) Pembelajaran Isyarat


Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat.

Contohnya, apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumah dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak suka diganggu.
Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamat sejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

(b) Pembelajaran Gerak Balas


Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !. Ali akan mengulang tingkah laku itu lagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

c) Pembelajaran Rangkaian Motor


Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

(d) Pembelajaran Pertalian Bahasa


Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

e) Pembelajaran Diskriminasi
Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f) Pembelajaran Konsep


Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

g) Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi

h)

Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne


Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut: a. Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.

b. Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancang pengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

David Ausubel (1918-kini)

Banyak mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance organizers. Ia adalah satu unit pengajaran yang dgunakan sebelum pengajaran langsung. Ia juga memudahkan pembelajaran khususnya aspek pemahaman dan mengingat kembali.

Advance organizers
Advance organizers diklasifikasikan sebagai satu kaedah deduktif. Bermula dengan sesuatu yang umum dan berakhir dengan khusus Guru perlu menyusun maklumat supaya murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.

Ausubel dan pembelajaran bermakna.


Prinsip pembelajaran bermakna : Bagi memastikan kita akan menyampaikan bahan baru dengan berkesan, terlebih dahulu, kita perlu meningkatkan stabiliti dan kejelasan struktur kognitif murid murid kita. Kurikulum biasanya disusun mengikut urutan di mana setiap unit pembelajaran yang berikutan adalah berhubungkait dengan yang sebelumnya.

derivative subsumption.
Ini memerihalkan situasi pembelajaran di maklumat baru yang kita pelajari adalah satu contoh konsep yang kita pelajari. Sebagai contoh: Katakan murid-murid kita telah mempelajari konsep "rumah". Mereka tahu bahawa sebuah rumah biasanya mempunyai bumbung, dinding, bilik-bilik seperti bilik tidur, bilik dapur, ruang tamu, dan sebagainya. Kemudian, mereka belajar mengenai pangsapuri yang mungkin belum pernah mereka lihat. Namun, pemahaman mereka mengenai pelan lantai pangsapuri tersebut akan bergantung kepada konsep mereka tentang rumah. Mereka tidak perlu membuat sebarang perubahan atau pengubahsuaian terhadap konsep sedia ada.

Correlative subsumption. Katakan kita perkenalkan rumah igloo yang belum pernah mereka jumpa di negara kita. Bagi memahami maklumat baru ini, murid-murid tadi perlu mengubah atau mengubahsuaikan konsep "rumah" untuk merangkumi kemungkinan rumah diperbuat daripada ais, bukannya sahaja kayu atau simen.

Rumusan
Proses kognitif boleh mempengaruhi pembelajaran. Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang menentukan apa yang akan/tidak dipelajari.

Pembelajaran melibatkan proses hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan.
Pengetahuan biasanya disusun sistematik. Proses mengitegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari.

Implikasi Teori Kognitif terhadap P&P


Murid perlu diberi peluang untuk menemui perhubungan. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam P&P. Guru perlu sedar murid mungkin berada dalam model pembelajaran yang berbeza. Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang padan dengan tahap kognitif mereka.

Teori Pembelajaran Konstruktivis

Teori pembelajaran konstruktivis adalah satu falsafah pembelajaran yang berasaskan premis bahawa lanjutan daripada refteksi pengalaman kita, kita boleh membina makna tentang dunia kita.
Dengan kata lain, kita boleh menjana model mental masingmasing untuk memahami dunia di mana kita berada. Justeru, pembelajaran adalah satu proses di mana kita mengubahsuaikan model mental kita untuk mengakomodasi pengalaman baru kita. Teori pembelajaran konstruktivis boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu kognitif dan sosial

Pelopor dan Prinsip


Jean Piaget (1896 -1980)

Jean Piaget adalah seorang ahli biologi dan ahli psikologi yang terkenal atas sumbangan beliau dalam bidang perkembangan kanakkanak dan pembelajaran. Teori Piaget berasaskan kepada premis bahawa kanakkanak yang sedang membesar sering membina struktur kognitif, iaitu peta mental, skema atau jaringan konsep bertujuan untuk memamahi serta memberi respon terhadap pengalaman fizikal dalam persekitaran mereka.

Teori kognitif- Piaget Perkembangan kognitif kanak-kanak : Skema(schema)

Model

tingkah laku asas Pengubahsuaian diri dalam alam sekitar Merujuk kebolehan dan pengalaman Dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat yang diwarisi Ditonjolkan aksi,bahasa,pemikiran,pandangan ,idea Tingkah laku berubah pembelajaran

Adaptasi(adaptation) Saling berkait Saling mempengaruhi Pengalaman dan pembelajaran Perhubungan dalaman dan luaran Mengadaptasi keperluan-proses perubahan Mengubahsuai diri-perubahan pemikiran Kuasa penggerak dalaman

Asimilasi(assimilation) dan akomodasi(accomodation) Menyesuai diri Mencapai kepuasan diri Bergantung keputusan struktur cognitif Pengalaman yang ada,mana-mana situasi Sikap akan membentuk tindakan Mengurus dan memberi tafsiran

Piaget dan Konstruktivis Kognitif Tahukah anda bahawa prinsip-prinsip asas teori pembelajaran konstruktivi kognitif yang dipelopori oleh Piaget terdiri daripada dua aspek, iaitu: Proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu Peringkat yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut.

Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif


Peringkat Sensorimotor (Sejak lahir -2 tahun) Mengikut kebiasaan, bayi dan kanak-kanak kecil akan menggunakan deria dan kebolehan motor untuk menimba pengalaman daripada persekitaran mereka. Oleh itu, jikalau mereka tidak boleh lihat atau sentuh sesuatu objek, mereka tidak akan mencari objek tersebut.

Peringkat Pra operasional (2-7 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak yang berada di prasekolah akan menggunakan simbol seperti bahasa untuk mewakili objek sebenar

Peringkat Operasional Konkrit (7-11 tahun)


Kanak-kanak yang berada di peringkat sekolah rendah mula berfikir secara logik. Mereka boleh menyelesaikan tugas berkaitan dengan pengabadian. Walaupun objek diubah kedudukan ataur disusun semula, mereka faham bahawa tiada perubahan telah berlaku. Mereka boleh faham konsep pembalikan. Contoh: kanak-kanak boleh selesaikan operasi berikut: 4 + 6 = 10 10-6=4

Peringkat Operasional Formal (11 tahun ke atas)


Kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu-satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

Lev Vygotsky (1896 - 1934)


Menurut Vygotsky, pemikiran, bahasa dan proses penaakulan berkembang melalui interaksi sosial. Berbanding dengan Piaget yang percaya bahawa proses kognitif kanak-kanak adalah mengikut peringkat, Vygotsky mengesyorkan bahawa kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Mengapa? Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya.

Vygotsky dan Konstruktivis Sosial Teori pembelajaran konstruktivis yang diasaskan oleh Vygotsky mengatakan bahawa murid-murid kita biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial

Zon Perkembangan Proximal


Menurut Vygotsky, tahap perkembangan murid-murid kita boleh dibahagikan kepada dua bahagian, 1. tahap perkembangan sebenar; 2. tahap perkembangan berpotensi. Oleh itu, zon perkembangan proximal merujuk kepada jarak antara tahap perkembangan sebenar (yang ditentukan oleh kebolehan menyelesaikan masalah secara individu) dan tahap perkembangan berpotensi (yang ditetentukan oleh proses menyelesaikan masalah dengan bimbingan orang dewasa yang lain ataupun rakan sebaya yang lebih berkebolehan

Konsep Perancah (scaffolding)


Perancah merujuk kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa (misalnya, guru) dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan yang berfokus dan interaksi yang bersifat positif

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVIS TERHADAP PNP


Guru hendaklah memberi penekanan kpd kaedah menyelesaikan masalah secara hands on Guru hendaklah merancang dan melaksanakan strategi2 pengajaran spt soalan-soalan terbuka dan dialog yg meluas agar berpadanan dengan respon pelajar serta menggalakkan mereka untuk menganalisis, mentafsir, dan meramal maklumat yang diterima

Implikasi Teori Kognitif dan Konstruktivis

Aspek Kurikulum
Kurikulum yang disediakan di sekolah iaitu bermula dari pra-sekolah,sekolah rendah hingga sekolah menengah. Kurikulum hendaklah berasaskan pengetahuan dan pengajaran yang sistematik dan terancang.

Aspek Pengajaran
Guru hendaklah merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar. Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai serta latihan pengukuhan yang dapat membantu pelajar memahami isi kandungan mata pelajaran yang diajar oleh guru mereka.

Aspek Penilaian
Penilaian dijalankan oleh guru bagi menguji tahap kemajuan dan kemampuan murid dengan tajuk yang diajar oleh guru. Guru haruslah menjalankan penilaian yang sistematik dan bukan berasaskan ujian piawai yang berasaskan gred semata-mata.

RUJUKAN
Choong Lean Keow.(2008).murid dan alam belajar.kuala lumpur:kumpulan budiman sdn. Bhd. Halizah Hamzah.Joy N. Samuel.Rafidah Kastawi.(2008).perkembangan kanak-kanak.kuala lumpur:kumpulan budiman sdn. Bhd.

Sekian Terima Kasih..

Anda mungkin juga menyukai