Anda di halaman 1dari 20

TAJUK 5:

Teori Dan Proses Pembelajaran


1.0 Konsep
1. Perubahan tingkah laku tetap yang dihasilkan melalui pengalaman.
2. Pembelajaran sebenar yang berlaku dalam satu persekitaraan.
3. Satu proses berterusan di mana terdapat perubahan tingkah laku yang nyata pada
seseorang individu pada akhir proses ini.
4. Contoh: seorang murid yang tidak boleh mengira dapat mengira selepas melalui
proses pembelajaran.

Tiga jenis
pembelajaran

Pembelajaran Pembelajaran bukan Pembelajaran tidak


formal formal formal
kurikulum pembelajaran berlaku secara
rasmi. tambahan. tidak disedari.
diikuti oleh Menambahkan lagi Di muzium,
sesebuah input yang diberikan pameran,
Negara. kepada murid-murid. konferens dsb.
Contoh: seminar,
taklimat, ceramah.

Rajah 1: Tiga jenis pembelajaran.

1.2 Teori Pembelajaran Behavioris


Teori ini menganggap pembelajaran sebagai satu perubahan tingkah laku yang
kekal. Terdapat empat jenis teori pembelajaran di bawah teori ini.

1.2.1 Teori Pelaziman Watson

- Tingkah laku adalah suatu turutan gerak balas terlazim terhadap rangsangan dan
persekitaran.
- Rangsangan tersebut boleh dilihat dan diukur secara objektif.
- Watson mengatakan tujuan psikologi yang utama ialah untuk meramal dan
mengawal tingkah laku manusia.
1.2.2 Teori Pelaziman Klasik Pavlov

- Sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan
telah mengalami sesuatu yang berkaitan.
- Contoh, apabila seekor anjing terdengar bunyi loceng dan melihat bekas dengan
makanan, air liur haiwan itu keluar. Sekiranya Pavlov menukar menukar nada bunyi
loceng dan mengeluarkan bekas yang tidak ada makanan, anjing tersebut masih
akan mengeluarkan air liur.
- Andaian ini bergantung kepada pengalamannya yang lampau.
- Maka, proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara
RANGSANGAN (R) dan GERAK BALAS (G).
- Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan
mendatangkan pembelajaran.
- Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan antara dua rangsangan pelaziman.

1.2.3 Teori Pelaziman Thorndike

- Terdapat kaitan yang rapat antara rangsangan tindak balas.


- Ganjaran/peneguhan positif mendorong manusia melakukan sesuatu gerak
balas/tindak balas.
- Denda/peneguhan negatif menghalang manusia dari melakukan gerak balas/tindak
balas.
- 3 hukum pembelajaran telah dihasilkan:
1. Hukum Kesediaan
 Pelajar bersedia belajar (rangsangan→motivasi)
Pembelajaran berkesan dan memuaskan.
 Pelajar belum bersedia belajar atau dipaksa belajar (tanpa rangsangan)
→ pembelajaran tidak berkesan.
2. Hukum Latihan
 Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
apabila murid-murid melakukan latihan berulang kali.
 Contoh, guru memberi banyak latihan untuk memperkukuhkan sesuatu
konsep matematik.
3. Hukum Kesan
 Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika
terdapat kesan yang menyeronokkan/memuaskan selepas sahaja sesuatu
gerak balas dihasilkan.
 Contoh, jika pujian diberikan selepas sahaja murid menjawab soalan
dengan betul, akan menyebakan dia berasa seronok dan suka menjawab
soalan-soalan guru pada masa-masa lain.

1.2.4 Teori Pelaziman Operan Skinner

- ‘operan’ membawa maksud ‘bertindak ke atas’.


- Pelaziman operan ialah apabila organisma menghasilkan sesuatu gerak balas
kerana organisma itu mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya.
- Contoh, seorang budak yang mengemaskan bilik tidur jika dia tahu dia akan
dibelanjakan ais krim/seekor anjing menghulurkan kaki depannya sekiranya ia
ketahui bahawa tingkah laku itu akan diikuti dengan makanan.
- Dalam pelaziman klasik, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan
mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala,
dalam pelaziman operan, organisma mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak
kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang diberikan.

1.3 Teori Pembelajaran Kognitif


Pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat
diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Penumpuan pada cara
pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan,
kategori pembelajaran dan resepsi. Pelajar mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif
diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Terdapat lima teori pembelajaran di
bawah teori ini.

1.3.1 Teori Pembelajaran Kohler

- Kohler telah menggunakan cimpanzi dalam sangkar untuk mendapatkan pisang


yang digantung di tempat yang tinggi.
- Cimpanzi dikatakan memperolehi celik akal apabila dia cuba menggunakan buluh
untuk mendapatkan pisang tetapi tidak berjaya.
- Kemudian cimpanzi itu telah cuba menyusun peti-peti yang berlainan saiz untuk
mendapatkan pisang yang digantung di tempat yang tinggi.
- Kohler mengatakan bahawa cimpanzi itu telah mencapai celik akal apabila dia telah
melihat perkaitan antara peti dengan pisang.
- Ciri-ciri pembelajaran celik akal ialah seperti berikut:
1. penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba.
2. murid-murid mesti diajar untuk melihat unsur-unsur berkaitan yang boleh
digunakan dalam persekitaraannya.
3. murid-murid mesti diajar tentang alternatif-alternatif lain dalam sesuatu
penyelesaian masalah.
4. pengalaman lalu murid-murid menolong mereka dalam proses penyelesaian
masalah.
- Implikasi teori Kohler dalam bilik darjah ialah guru tidakboleh memberi terlalu
banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan untuk
mengalakkan pemikiran celik akal di kalangan murid-muridnya.

1.3.2 Teori Pembelajaran Piaget

- Proses perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada dua, iaitu proses


penyerapan dan proses pengubahsuaian.
- Proses penyerapan  proses seorang kanak-kanak menerima rangsangan dari
luar, kemudian memproses dan menafsir mengikut pengalaman sedia adanya.
- Proses ubahsuai ialah tindakan menyeragamkan keperluan diri seorang kanak-
kanak itu apaila berhadapan dengan satu hakikat atau pengalaman baru.
- Kedua-dua proses ini menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian
dan hasil penyelesaian itu akan mengembangkan lagi kebolehan kognitif.
- Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif berlaku berperingkat-peringkat.
Peringkat yang lebih awal adalah peringkat yang paling mustahak dan menjadi asas
kepada perkembangan kognitif seterusnya.
- Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak adalah seperti berikut:
1. peringkat deria-pergerakan (0-2 tahun)
 kanak-kanak yang baru dilahirkan mengenali alam sekeliling secara kabur
sahaja kerana otak mereka masih belum berupaya berfungsi sepenuhnya.
 Peringkat ini, kanak-kanak belum menguasai lambang bahasa untuk
menamakan benda-benda di sekelilingnya.
 Kanak-kanak mengetahui alam sekelilingnya melalui deria dan pergerakan
badannya.
2. peringkat olahan (2-6 tahun)
 kanak-kanak mula membina satu orientasi reflektif dan bahasa digunakan
sebagai ganti gambaran lambang benda-benda.
 Kanak-kanak mahir dan amat gemar bertutur, berimaginasi, berfantasi dan
menempatkan diri mereka di dalam dunia pura-pura.
 Penghujung peringkat ini merupakan kemuncak kebolehan untuk
berimaginasi dan mencipta berbagai-bagai benda.
3. peringkat pengolahan konkrit (6-12 tahun)
 perkembangan secara intensif keupayaan mengabstrak lambang bermula
dan kanak-kanak mencipta struktur logik yang menerangkan pengalaman
fizikal.
 Kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan,
nombor, berat dan padatan.
 Perkembangan mental kanak-kanak berterusan dan penguasaan jumlah
pengetahuan danpemikiran bertambah banyak.
 Mempelajari pelajaran akademik yang asas seperti membaca, menulis dan
mengira.
 Mula berubah daripada pengolahan konkrit kepada pengolahan secara
formal.
4. peringkat pengolahan formal (12 tahun ke atas)
 kebolehan mengurus unit yang bermakna, membina sistesis dan kebolehan
membuat penyeluruhan semakin bertambah.
 Struktur kognitif kanak-kanak melibatkan penaakulan konseptual seperti yang
dilakukan oleh orang-orang dewasa.
- implikasi teori ini ialah isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepda abstrak, daripada
dekat ke jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru,
daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan otot-otot individu.

1.3.3 Teori Pembelajaran Maklumat Gagne


- mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari perekitaran luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam
stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya
kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
- Pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah
penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru,
demi memudahkanproses pembelajaran baru berlaku.
- Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapa fasa yang biasa dialami
oleh mansia dalam sesuatu proses pembelajaran, iaitu:
1. fasa motivasi
 motivasi merupakan suatu dorongan semula jadi yang wujud dalam diri
manusia.
 Mendorong individu melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu tujuan ertentu
yang dapat memberikan kepuasan kepadanya.
 Motivasi akan menjadi lebih berkesan dan lebih mudah digunakan apabila
wujudnya angkaan dan harapan.
2. fasa kefahaman
 individu perlu didorong untuk memberikan perhatian kepada apa yang sedang
dialami dan dipelajari.
 Untuk memastikan pemerhatiannya dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan
sempurna, individu tersebut harus mempunyai kebolehan untuk
mendiskriminasikan persepsinya.
 Individu itu harus berupaya membezakan sesuatu secara berkesan, walaupun
yang dibezanya hampir-hampir serupa.
3. fasa penyimpanan
 segmen yang menyimpan segala rangsangan yang telah dikodkan dalam stor
jangkan pendek.
 Biasanya terdapat juga rangsangan-rangsangan yang telah dikodkan,
dipanjangkan ke dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod seperti itu boleh
disimpan lebih lama dan dikeluarkan semula pada masa hadapan apabila
diperlukan.
4. fasa penahanan
 bahagian yang berkeupayaan menerima dan menyimpan sebanyak mana
maklumat atau data yang diperoleh.
5. fasa ingatan kembali
 melibatkan keupayaan mencari dan mengingat semula data-data yang telah
tersimpan dalam stor jangka panjang.
 Pengalaman-pengalaman yang telah dikodkan boleh dikeluarkan semula
melalui sesuatu rangsangan,sama ada dari luar atau dalam.
6. fasa generasi
 keupayaan menggunakan pembelajaran yang tersimpan dalam stor ingatan
jangka panjang untuk keadaan atau konteks yang seakan-akan serupa, atau
yang dipersepsikan sebagai seakan-akan sama.
 Dalam hal ini, pembelajaran boleh dipindahkan daripada keadaan khusus
kepada keadaan umum melalui proses generalisasi tersebut.
7. fasa prestasi
 menggambarkan keupayaan pelajar setelah berlakunya sesuatu pembelajaran.
 Biasanya,kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran dapat diketahui
melalui tingkah laku yang dicerminkandaripada kadar pembelajaran yang
diperoleh.
8. fasa maklum balas
 pengetahuan yang menunjukkan prestsi seseorang sesudah melalui proses
pembelajaran.
 Maklum balas seperti ini tidak sahaja menjadi pengukur kepada prestasi
seseorang pelajar tetapi juga berfungsi sebagai peneguh yang menentukan
darjah kepuasanyang dirasai oleh individu tersebut.
 Peneguhan ini penting kerana jangkaanindividu terhadap proses pembelajaran
mereka dapat ditentukan oleh hasil yang telah dicapai.
- implikasi teori ini ialah menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa,
mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan, membimbing pelajar membezakan
ciri-ciri penting, mengenal pasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum,
dan menggunakan prinsip, hukum dan teorem untuk menyelesaikan masalah.

1.3.4 Teori Pembelajaran Konsep Bruner

- Peringkat pembelajaran berubah dalam tiga turutan: enaktif, ikonik dan simbolik.
- Peringkat enaktif melibatkan pembelajaran melalui tindakan manipulatif, tidak
melibatkan bahasa.
- Bahan wujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk memperolehi pengertian.
- Contoh: kanak-kanak kecil menyentuh apimengetahuinya panas, lecur.
- Pembelajaran ikonik mencapai peringkat sanggup membentukkan penanggapan
(persepsi) dan membina gambaran dalam mental.
- Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan tajam, sudah tahu bahan itu beleh
melukakan tangan jika terkenakannya.
- Peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula
dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan
penaakulan abstrak.
- Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor-sensori
(enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea abstrak
(simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian.
- Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk menddahkankanak-kanak memperolehi
pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian
konkrit dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol.
- Implikasi ialah, memupuk motivasi intrinsik pelajar, membimbing pelajar menyusun
konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki, membangkitkan naluri ingin tahu
pelajar dengan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah induktif, menyusun isi
pelajaran secara sistematik mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar, dan
memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.

1.3.5 Teori Pembelajaran Resepsi Ausubel

- berdasarkan resepsi dan penemuan.


- Resepsi dikatakan sebagai pembelajaran penerimaan.
- Mengikut Ausubel, pembelajaran berlaku melalui penerimaan (resepsi). Guru perlu
menyampaikan bahan pembelajaran kepada murid secara tersusun, berperingkat
dan lengkap.
- Murid menerima bahan yang paling berguna kepada mereka. Ausubel menamakan
kaedah ini sebagai kaedah pengajaran pendedahan.
- Pendekatan pendedahan Ausubel merangkumi empat ciri utama. Pertama,
pendekatan ini memerlukan interaksi yang baik dan lancar antara guru dengan
murid. Kedua, menggunakan contoh yang sesuai. Ketiga, pendekatan ini adalah
deduktif. Keempat, ia adalah berperingkat. Urutan langkah-langkah mesti diikuti
dalam menyampaikan bahan pembelajaran.
- Ausubel mengatakan bahawa pembelajaran bermakna adalah lebih penting
daripada teknik hafazan/hafalan.

1.4 Teori Pembelajaran Sosialis


Menggabungkan teori peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam
pembelajaran. Teori ini menekankan pembelajaran melalui proses pemodelan, iaitu
pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori pembelajaran social terdiri
daripada teori permodelan Bandura.

1.4.1 Teori Permodelan Bandura

- dihuraikan dalam rajah berikut:

Peniruan

Peneguhan Pemerhatian

Penyimpanan

Rajah 2: Teori Permodalan Bandura


1. Peniruan Secara Langsung
 Proses peniruan ini dilakukan secara langsung iaitu dengan memerhatikan
tingkah laku model.
 Model boleh berada di depan mata atau wujud dalam khayalan individu
seperti ibu bapa, guru atau pemimpin.
2. Peniruan Secara Tidak Langsung
 Dibuat oleh murid-murid selepas melihat gambar, filem, televisyen,
mendengar radio ataupun mendengar huraian.
 Contoh, kanak-kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan
keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model-program melalui
program tersebut.
3. Peniruan Melalui Proses Elistasi
 Seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah
mengetahui cara-cara melakukan tingkah laku tersebut.
 Contoh, timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong
rumput setelah melihat Chong membantu ibunya.
4. Peniruan Sekat Lakuan
 Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu, tetapi tidak
digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain.
 Contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising semasa kelas
pendidikan jasmani di padang sekolah tetapi tidak boleh meniru tingkah laku
ini di dalam bilik darjah.
5. Peniruan Tidak Sekat Lakuan
 Seseorang individu akan terus amalkan peniruan dalam apa jua situasi.
 Proses peniruan terus berlaku walaupun keadaan tidak mengizinkan.
 Contoh, Ahmad yang menyertai satu kumpulan gang menyimpan rambut
panjang semasa cuti sekolah terus menyimpan rambut panjangnya semasa
sesi persekolahan bermula.

1.5 Teori Pembelajaran Humanis


Menekankan keunikan dan individualiti seorang murid. Setiap individu adalah unik dan
mempunyai emosi, cita-cita peribadi serta perhubungan yang khusus dengan orang lain. Ia
fokus kepada kehendak afektif dan perbezaan individu dalam pembelajaran. Terdiri
daripada teori-teori Carl Rogers dan Abraham Maslow.

1.5.1 Carl Rogers

- mementingkan konsep kendiri positif di mana murid-murid perlu


menampilkan tingkah laku yang baik supaya dia disenangi orang lain.
- Konsep kendiri yang positif terbina daripada kasih sayang,
pujian, layanan, serta perhatian daripada ibu bapa, guru atau idola.
- Mengikut Rogers, murid yang mempunyai konsep kendiri yang
tinggi bersifat optimistik, terbuka menerimakritikan, suka relaks dan mudah
berinteraksi.
- Sebaliknya, murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah
menampilkan tingkah laku yang kurang baik kerana tidak mengendahkan perasaan
orang lain.
- Ia berpunca daripada kegagalan, kekecewaan, penyingkiran
dan murid-murid ini bersifat tidak puas hati, cepat merajuk, peismistik dan pasif.

1.5.2 Abraham Maslow

- manusia akan memenuhi keperluan-keperluan asas seperti keperluan fisiologi,


keperluan keselamatan sebelum memenuhi keperluan-keperluan tinggi seperti kasih
sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri.

1.6 Teori Pembelajaran Konstruktivis


Fokus kepada aspek pembinaan ilmu dan cara-cara pengajaran oleh guru yang
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan murid-muridnya. Teori ini banyak
menekankan pengaplikasian kemahiran berfikir dan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah.
Ia adalah berdasarkan teori Vygotsky. Tema utama kerangka teori Vygotsky ialah interaksi
social memainkan peranan penting dalam pembangunan kognitif seorang kanak-kanak.
Setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak akan muncul dua kali iaitu pada
asas sosial (antara manusia) dan pada asas individu (dalam diri manusia).
Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivis
- ia menggalakkan murid bertanya dan terdapat perbincangan intelektual antara
murid-murid dan guru.
- Guru banyak menggunakan proses inkuri dengan mengelolakan aktiviti-aktiviti kajian
dan eksperimen di mana terdapat banyak aktiviti sosial.
- Kebanyakkan aktiviti konstruktivis dijalankan secara pembelajaran koperatif.
- Hasil pembelajaran adalah aspek yang paling penting dalam teori ini.
- Ia memberi peluang kepada murid-murid untuk membina pengetahuan baru.
- Murid-murid terlibat dengan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
- Murid-murid sendiri yang mencari hubungan antara soalan dan jawapan kepada
penyelesaian masalah.

1.7 Proses Pembelajaran Mengikut Hierarki Gagne


Proses pembelajaran mengikut hierarki Gagne dapat dirumuskan dalam rajah bawah:
Input pelbagai rangsangan dari persekitaran

Rangsangan selektif dan penting sahaja dipilih oleh organ deria dari persekitaran
Rangsangan terpilih akan diproses dalam otak dan diberi makna, ditafsir, diterima

Akibat proses peneguhan, pengalaman dari rangsangan ini akan kekal dalam ingatan

Rangsangan ini mengaplikasikan pengetahuan baru dalam situasi yang


sepadan/sama

Perubahan tingkah laku (pembelajaran sebenar berlaku bila murid dapat


mengamalkan tingkah laku yang beru dengan rangsangan baru ini)

Rajah 3: Proses Pembelajaran Gagne

1.7.1 Kesediaan belajar

- kesediaan belajar  satu tahap di mana seorang individu bersedia untuk melakukan
sesuatu tingkah laku dan dapat membuatnya dengan baik.
- Terdapat tiga jenis kesediaan belajar:
1. kesediaan afektif
 merupakan kesediaan yang penting kerana ia melibatkan emosi dan
perasaan seseorang.
 Merupakan tahap kesediaan emosi seorang untuk menghadapi sesuatu
situasi.
 Bila murid ada kedediaan afektif, mereka tidak merasa takut/bimbang dan
tertekan.
 Apabila seorang kanak-kanak bersedia daripada aspek afektif, ia merujuk
kepada aspek sikap, keinginan, ketekunan, perasaan dan minat murid-
murid untuk menerima pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
2. kesediaan kognitif
 apabila seorang kanak-kanak bersedia daripada aspek kognitif, dia sudah
bersedia daripada aspek mental untuk melakukan sesuatu kerja, dia akan
dapat berfikir, menaakul, menganalisis, membina konsep serta dapat
menyelesaikan sesuatu masalah dengan sempurna.
 Untuk memenuhi keperluan kesediaan kognitif kanak-kanak, guru mesti
memastikan bahawa pengajarannya berkesan. Oleh itu, guru perlu
mengadakan pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan
bahan yang berkaitan dengan kehidupan.
3. kesediaan psikomotor
 merujuk pada penguasaan kemahiran berpusat kepada tindakan fizikal.
 merangkumi penguasaan kemahiran motor kasar dan halus.
 Kemahiran psikomotor dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti berikut: bermain
dengan bola, menulis dan mewarna, serta bermain di taman pra-sekolah
untuk kanak-kanak pra-sekolah.

1.7.2 Pengamatan

Satu proses di mana otak menerima maklumat melalui deria, dan menyusun semula
maklumat yang diterima dan memberi makna kepadanya. Dalam peringkat pertama,
manusia menerima maklumat daripada rangsangan persekitaran melalui derianya. Dalam
peringkat kedua, otak akan mentafsir rangsangan tersebut dan buca memberi makna
kepadanya. Peringkat ketiga pula, otak melalui proses mentalnya akan mentafsir
meklumat tersebut dan membuat tanggapan atau membina konsep terhadap rangsangan
tersebut. Setiap orang murid mesti mempunyai organ deria yang sihat, jika organ deria
tidak dapat menerima rangsangan dengan berkesan, proses pengamatan turut terjejas.
- faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan mengamati murid-murid ialah:
1. penumpuan – penumpuan dan motivasi intrinsik yang tinggi dapat
meningkatkan kebolehan pengamatan murid. Apabila murid tunjuk
penumpuan tinggi, guru boleh mengukuh tingkah laku ini dengan pujian.
2. pengalaman – pengalaman yang banyak meningkatkan kebolehan
pengamatan murid. Ia juga bergantung kepada jenis pengalaman murid
samada mereka mempunyai pengalaman langsung atau pengalaman
tidak langsung.
3. pengumpulan susunan objek – cara-cara objek disusun dapat
mempengaruhi persepsi dan pengamatan murid. Oleh itu, cara guru
melukis gambarajah dan mengolahkan tulisan di papan kapur adalah
sangat penting dalam mempengaruhi pengamatan murid-muridnya.
4. tugasan spesifik – pengamatan juga dibantu oleh tugasan atau arahan
yang jelas dan spesifik. Jika arahan guru jelas, maka murid dapat
memfokus dengan lebih cepat kepada sesuatu tugasan yang diberikan.
5. jangkaan – jangkaan yang jelas dapat mempercepatkan pengamatan
seseorang (apa yang dijangka oleh kita memberi fokus kepada perkara
yang akan diamati.)
6. hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang – perhubungan
latar hadapan-belakang adalah asas kepada semua bentuk persepsi.
Faktor yang menyumbang kepada hubungan latar hadapan dengan
belakang ialah warna, saiz dan kehebatan rangsangan.

1.7.3 Penanggapan

Satu proses pembentukan konsep di mana otak akan menukar realiti objektif kepada
proses mental yang disusun secara keseluruhan dalam bentuk konsep. Konsep boleh
ditakrifkan sebagai idea spesifik tentang peristiwa dan fenomena sama ada wujud atau
abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Fungsi konsep yang utama ialah untuk
menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi satu kelompok objek atau idea. Proses
pementukan konsep dipengaruhi oleh pengalaman murid. Faktor-faktor yang
mempengaruhi penanggapan pembentukan konsep ialah
1. pengalaman – guru mesti mengajar murid-murid untuk melihat sesuatu
perkara/konsep dan untuk mencari ciri-ciri yang sama antara objek yang berlainan.
2. kecerdasan – murid yang mempunyai keupayaan mental yang tinggi senang
melihat perkaitan antara dua konsep dan senang membuat penyelesaian.
Kecerdasan mental dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.
3. imaginasi – murid yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi mempunyai
keupayaan untuk menganalisis secara mental segala maklumat yang didengari
atau dialami oleh mereka.
4. penguasaan bahasa – lebih tinggi penguasaan bahasa seorang murid, lebih cepat
pengamatannya mengenai sesuatu konsep.
5. contoh-contoh yang jelas – contoh-contoh yang jelas yang disampaikan oleh guru
dengan menggunakan pendekatan induktif dan deduktif dapat mengukuhkan lagi
kefahaman murid mengenai sesuatu konsep.

1.7.3.1 Hukum Pragnanz


Merujuk kepada prinsip-prinsip asas yang menentukan pengasingan pandangan
manusia kepada bentuk-bentuk yang berlainan. Ia merujuk kepada ciri-ciri organisasi
(penyusunan) dan bentuk keseluruhan (konfigurasi). Manusia sentiasa mengatur
pengamatan dalam corak yang tertentu dengan menyusun semula rangsangankepada
bentuk-bentuk yang lebih ringkas, teratur, dan lengkap daripada keadaan yang sebenar.
Prinsip-prinsip tersebut ialah, prinsip kedekatan, prinsip latar bentuk, prinsip kesamaan,
prinsip simetri, prinsip lekapan, prinsip nasib sama, prinsip terangkum dan prinsip
kesinambungan naik.
1. Prinsip Kedekatan
 Rangsangan-rangsangan yang terletak dekat antara satu sama lain akan
berkumpul bersama dalam bidang pengamatan.
 Ini bermaksud elemen-elemen yang berdekatan akan cenderung untuk
terkumpul bersama oleh otak manusia.
2. Prinsip Latar Bentuk
 Kecenderungan manusia ialah untuk mengamati bentuk yang lebih nyata dan
jelas terlebih dahulu.
 Bentuk yang lebih nyata iaitu komponen pertama akan diamati terlebih dahulu
dan komponen kedua akan menjadi latar belakang.
 Walaupun demikian, pengamatan ini boleh ditukar ganti dan bentuk kedua
boleh diamati terlebih dahulu oleh seseorang.
3. Prinsip Kesamaan
 Objek yang lebih kurang sama akan terbentuk dalam kumpulan yang sama.
 sebab pengamatan manusia berkecenderungan untuk mempersepsi
rangsangan dalam pola yang bermakna dan tersusun.
4. Prinsip Simetri
 Berasaskan kepada konsep otak  lebih mudah untuk melihat bentuk yang
bersimetri, manakala adalah lebih susah untuk melihat bentuk yang tidak
bersimetri.
 Implikasi prinsip ini kepada gurusupaya guru menyediakan alat bantuan
mengajar yang kemas dan teratur untuk menarik perhatian murid-murid.
5. Prinsip Lekapan
 Berasaskan fakta  otak manusia cenderung untuk melengkapkan sesuatu
yang tidak lengkap.
 Ia berkaitan dengan kebolehan individu untuk mempersepsikan keseluruhan
satu objek walaupun objek itu sendiri tidak terbentuk keseluruhannya.
 Otak manusia akan mengamati sesuatu bentuk sebagai lengkap kerana ia
tidak mahu melihat sesuatu yang putus atau tidak bersambung.
6. Prinsip Nasib Sama
 Berasaskan fakta bahawa elemen akan terkumpul sama sekiranya elemen-
elemen tersebut bergerak serentak atau bergerak dengan cara yang sama.
 Implikasi kepada guru ialah supaya mengajar konsep-konsep yang saling
berkaitan terlebih dahulu.
7. Prinsip Terangkum (termasuk keseluruhan)
 Jika terdapat bentuk kecil dalam bentuk lebih besar, otak manusia akan
cenderung melihat bentuk yang besar terlebih dahulu.
 Implikasi prinsip ini kepada guru ialah dalam penyediaan alat bantuan
mengajarnya di mana guru harus berhati-hati apabila menyediakan tulisan
dan gambar rajah di papan kapur atau dalam persembahan Power Point.
 Guru harus memastikan warna ‘font’ dan warna latar belakang serta warna
gambar rajah dalam slaid tidak bercanggah.
8. Prinsip Kesinambungan Naik
 Menerangkan bahawa objek yang terletak pada garisan yang lurus atau pada
garisan yang lengkung yang ada kesinambungan mudah terkumpul.
 Implikasi prinsip ini kepada guru ialah beliau mesti mengajar konsep-konsep
yang berkaitan secara urutan dalam tempoh masa yang singkat.

1.7.4 Ingatan dan Lupaan

- ingatan ialah satu proses mental di mana pengalaman bermakna disimpan dalam
otak dan dikeluarkan kembali apabila dperlukan untuk menyelesaikan masalah.
- Terdapat tiga peringkat dalam proses ingatan iaitu:
a) Pengekodan → otak mengubah input deria → kod-kod yang boleh diproses dan
dirakam.
b) Penyimpanan → bentuk kod disimpan dengan teratur supaya mudah ingat.
c) Ingat kembali → pengalaman bermakna, maklumat dipanggil semula supaya
masalah dapat diselesaikan.
- dua jenis kod dalam proses ingatan iaitu kod imaging (gambaran mental disimpan
dalam otak, rangka gambar) dan kod simbolik maklumat disimpan dalam unit-unit
yang lebih kecil, rangka bahasa).
- Terdapat tiga jenis ingatan:
a) Ingatan Sensori – rangsangan dari persekitaran diterima melalui organ deria
manusia. Ia akan diproses serta merta melalui perhatian dan pengiktirafan. Otak
juga akan menyingkirkan maklumat yang tidak penting dan hanya menghantar
maklumat yang penting dan releven sahaja kepada ingatan jangka pendek.
b) Ingatan Jangka Pendek – maklumat yang diterima daripada ingatan sensori akan
disimpan dalam ingatan jangka pendek untuk waktu yang singkat (paling lama,
satu minit). Otak akan mengekodkan maklumat yang bermakna dan mudah
diingat iaitu dalam bentuk kod bahasa dan kod simbolik. Jika maklumat tidak
diproses, ia akan hilang selepas 15 saat. Satu cara untuk meningkatkan ingatan
jangka pendek ialah melalui proses “chunking”. Sebagai contoh, 123456789
dipecahkan kepada tiga unit kecil; 123 456 789 supaya otak dapat meningati
nombor ini dengan lebih senang.
c) Ingatan Jangka Panjang – maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka
pendek akan dihantar ke ingatan jangka panjang untuk diproses dan disimpan
untuk masa yang lama. Maklumat ini akan dipanggil semula sebagai tindak balas
ke atas situasi-situasi yang diperlukan. Ia juga akan mengalami proses lupaan
kalau ia tidak digunakan.
- lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat atau mengeluarkan kembali satu
pengalaman yang telah dialami. Proses ini berlaku apabila maklumat jangka pendek
tidak diberi perhatian.
- Terdapat lima jenis lupaan:
a) Lupaan Usangan – berlaku bila maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka
panjang dilupai kerana jarang digunakan. Ini bermakna kod-kod maklumat yang
disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula.
b) Lupaan Gangguan – berlaku akibat gangguan yang telah berlaku akibat
pembelajaran baru atau pembelajaran yang lama. Gangguan proaktif ialah
pembelajaran lalu yang mengganggu pembelajaran yang kini. Contohnya,
pembelajaran memandu kereta di bahagian kiri di Amerika Syarikat mengganggu
pengalaman memandu kereta di bahagian kanan di Malaysia. Gangguan
retroaktif pula berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak difahami
dengan baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu,
pembelajaran yang baru akan mengganggu pembelajaran yang lama.
Contohnya, pembelajaran huruf ‘d’ mengganggu penulisan huruf ‘b’.
c) Lupaan Terdesak – lupaan yang berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit
ataupun sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, ia sengaja ditolak ke otak
tak sedar sebagai mekanisma helah bela diri represi/supresi.
d) Lupaan Kebimbangan dan ketakutan – disebabkan oleh keadaan yang
tertekan seperti individu yang bimbang, ataupun semasa murid berada dalam
dewan peperiksaan.
e) Lupaan Ledakan Maklumat – maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari
dan yang tidak berkait antara satu sama lain boleh menyebabkan proses lupaan.
Fikiran murid buntu dan menyebabkannya panik dan melupai fakta-fakta yang
penting.

1.7.5 Pemindahan Pembelajaran

Maksudnya proses pembelajaran yang berlaku dalam satu-satu situasi dan digunakan
dalam situasi lain dikenali sebagai pemindahan pembelajaran. Pemindahan pembelajaran
juga dikenali sebagai generalisasi atau pengaplikasian satu konsep yang telah dipelajari
pada situasi yang berlainan. Kemahiran menggunakan sesuatu pengetahuan/kecekapan
yang diperolehi daripada satu perkara kepada keadaan yang lain. Terdapat dua jenis
pemindahan pembelajaran:
1. pemindahan pembelajaran positif – Pembelajaran dalam situasi A membantu
pembelajaran dalam situasi B. Contohnya, kemahiran yang diperolehi dalam kelas
tulisan digunakan untuk menghasilkan satu lukisan.
2. pemindahan pembelajaran negatif – pembelajaran dalam situasi A mengganggu
pembelajaran dalam situasi B. Contohnya, individu yang sudah biasa menulis
dengan tangan kanan akan mengalami kesukaran untuk menulis dengan tangan kiri
apabila tangan kanannya mengalami kecederaan.
Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran ialah,
a) motif
 seseorang mesti mempunyai tujuan atau sebab untuk lakukan pemindahan
pembelajaran.
 Murid mesti mempunyai motivasi untuk melakukan sesuatu kerja atau tugasan.
 Ini bermakna guru mesti memberikan tugasan yang dapat menarik minat murid
untuk menyempurnakan kerja tersebut.
b) kemahiran
 murid mesti mempunyai kemahiran yang relevan dalam melakukan sesuatu tugas.
 Untuk melakukan sesuatu tugasan dengan sempurna, murid perlu
mengaplikasikan kemahiran tertentu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Contoh, dia memerlukan kemahiran koordinasi jari dan tangan
dalam membuat jaringan gol dalam permainan bola jaring.
c) Kefahaman
 Proses pemahaman mesti berlaku. pembelajaran dalam situasi pertama mesti
diteguhkan. Kalau tidak, pemindahan pembelajaran negatif akan berlaku.
 Jika pembelajaran dalam situasi pertama tidak difahami oleh murid, maka adalah
amat sukar untuk murid membuat pemindahan kepada situasi yang lain.
d) Kesamaan
 Seorang murid belajar melihat mesti lihat kesamaan antara dua situasi
pembelajaran yang berbeza.
 Hanya dengan memenuhi syarat ini, pemindahan pembelajaran berlaku dengan
berkesan.
 Murid-murid harus diajar untuk melihat kesamaan antara dua situasi
pembelajaran.
 Contohnya, pembelajaran Alam dan Manusia dan Bahasa Melayu. Murid-murid
harus sedar bahawa topik pencemaran dalam Alam dan Manusia.

1.8 Implikasi Teori Dan Proses Pembelajaran Ke Atas


Pengajaran Dan Pembelajaran
- guru perlu mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan
pembelajaran.
- Guru boleh membangkitkan tingkah laku positif di kalangan murid-muridnya dengan
menggunakan teknik-teknik peneguhan negatif dan positif.
- Guru juga boleh mengadakan pelbagai ransangan di dalam bilik darjah untuk
mewujudkan kesan pembelajaran yang positif bagi murid-muridnya.
- Guru harus memberikan peluang kepada murid-muridnya untuk menikmati kejayaan
secara berperingkat-peringkat.
- Guru boleh merancang objektif pengajaran yang realistik supaya semua murid-murid
dapat menguasai kemahiran yang diajar.
- Guru perlu menstrukturkan isi pelajaran dalam bentuk sistematik dan tersusun supaya
murid-murid dapat menguasai konsep-konsep yang disampaikan oleh guru dengan
senang.
- Guru perlu menyampaikan gambarajah dan tulisan serta alat antuan mengajar/bahan
pembelajaran berdasarkan hokum-hukum Pragnanz.
- Guru juga perlu mengajar murid-muridnya untuk melihat perkaitan dan perbezaan
antara konsep-konsep yang berlainan.
- Guru juga mesti memberikan peneguhan positif dan bersifat penyayang untuk
meningkatkan konsep kendiri murid-murid mereka.
- Guru juga perlu menjadi seorang ‘role model’ yang baik supaya murid-murid dapat
meniru semua nilai-nilai positif yang ditonjolkan oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai