Anda di halaman 1dari 14

7.

Permasalahan Sosial Remaja Jelasnya, Know No dilihat lebih prolifik dalam berkarya apabila tampil dengan beberapa buah lagu yang berunsur kritikan terhadap permasalahan sosial remaja di Kuching (Sarawak). Antaranya seperti lagu Kuching Nospain (Lalok) yang memaparkan kegiatan anak-anak muda yang mula terjebak dengan pengaruh pil khayal . Kuching Nospain kisah si lalok nospain.. (ari-ari palak berayun) ............................. lalok..lalok lalok.. nospain...nospainnospainnospain . Masok kasut dah sik pat agik Jalan sebelah kasut sebelah nisik Tiba-tiba layan blues lalu cerita pasal love-love Ney ompuan maok, nya lalok Jalan ramie-ramei rama depan SP Tangga moto limpas, tangga macam pokok nanas . Sik pesanku, ko iboh kaco orang Ngreco sama dirik, boh gago ngan hal orang Bagi yang dah nikah ingat juak anak bini Lalok boleh tapi jangan nyakit dirik Kita ada akal sama-sama Tuhan berik. (Lagu/lirik: Know No)

Begitu juga dengan lagu-lagu lain seperti Ram Sigaramyang dihasilkan bukan sekadar untuk hiburan semata-mata, tetapi turut secara sinikal menyindir kesukaan remaja sekarang menonton bahan lucah. Akan tetapi, lagu ini diolah melalui pengalaman beliau yang dilarang oleh bapa ketika kecil dan masih dibangku sekolah menengah. Hal ini dapat kita lihat melalui rangkap berikut: Ram Sigaram Teringat aku cerita-cerita waktu darjah duak Tol lekak cerita gabankah, aku pun sik tauk juak Olah Cina ia pelik, terus tanyak bapak, apa polah sidak pak? (hahaha) Tetak bapak ku tek, Ko besar lak kumadah k. minak pesannya, Jangan ko madah kedak ia ngn kawan ko kat sekolah Tok juak, Dah ia bila ko nangga dak majalah Nok nama kita manusia, nak dengar tok nang susah, Makin-makin sekolah menengah (iblisnya) (Koat juak cukup sekolah) (Lagu/lirik: Maleck)

7.2

Kisah Percintaan Remaja Zaman remaja yang penuh warna-warni tidak lari daripada pengalaman pahit manis percintaan. Daripada keseluruhan lagu-lagu yang dipilih, 9 buah daripadanya memaparkan suka-duka percintaan mereka yang beraneka. Apa yang unik, dalam dialek Melayu Kuching (Sarawak) istilah kekasih biasanya disebut sebagai gerek. Lagu Matahari menceritakan tentang kesetiaan seorang jejaka yang begitu mencintai kekasihnya namun terpaksa menerima hakikat bahawa mereka berdua tiada jodoh untuk hidup bersama. Matahari .. Matahari Cepatnya tak hilang, Tinggal kamek sorg, Dalam kegelapan,. Matahari Sikkan kamek lupak,.. Saat indah kita, selamanya Sik pernah mek mintak, Kamek dapat lupak kitak, Gine pun sakit rindu, Kamek tanggung sorang ajak, Tapi yang pasti, Cinta mek kekal sampey mati, Kitak sinar hidup mek, Kitaklah MATAHARI. (Lagu/lirik: Know No)

Begitu juga dengan lagu Kamek Sayang Gerek Kamek,Second Hand, Sampey Bila-bila, Pelangi dan Lambung yang turut mengutarakan persoalan kesetiaan dalam percintaan. Kamek Sayang Gerek Kamek .. Malam nuntum apek dengar sidak bukak cerita Kamek gerek dengan bidadari dari syurga Mintak-mintak cinta kita kekal selamanya .. Boh kawen dolok dia gik masih nunggu, Boh kawen dolok dia gik nak merayu (Lagu/lirik: Know No)

Sampey Bila-bila .. Tapi bunga indah salu menjadi rebutan kumbang hancur hati dengar Epi dah jadi milik orang tapi aku sik kesah aku tetap jua akan nunggu maybe satu ari hatinya terbukak untukku padanya, kamek akan nunggu sampey bila-bilasayang padanya kamek akan nunggu sampey bila-bila jawapannya (Lagu/lirik: Know No) Second Hand Kamek sikkan balit agik Walau kitak bunuh dirik Sik guna balit ngan orang kedak ya Rosak dikejut budaya Dolok kenak kenja gilak Gerek dengan orang baru nak Barang second nang murah reganya Asal kitak pandey nawar (Lagu/lirik: Know No) Lambung Lambung ku namamu di atas awan biru.. Lambung ku namamu itu Melambung tergantung isi hatimu (Lagu/lirik: Know No)

Varisi tema dalam konteks percintaan remaja ini turut berlegar seputar percintaan anak-anak muda dan terkandung dalam beberapa buah lagu iaitu Kitak Polah Kamek Bahagia, I Want You (Kamek Mok Kitak) dan lagu Ingat Sik Kitak. Kitak Polah Kamek Bahagia .. Kenaklah kamek lambat nemu kitak dolok Kenaklah kitak muncul waktu kamek camtok Kamek sik duli, kamek sik kesah, Tetap juak mek nak madah Oh kitak, polah mek bahagia Oh kitak, hidup mek sempurna

Dengarlah apa kamek nak berkelaka Dengarlah janji manis kita selamanya (Lirik/lagu: Raja Mambang)

I Want You (Kamek Mok Kitak) Kitak permata ati yang sik kan dapat mek lupak Kitak penawar hati yang mek lamak tuk berlarak Kitak bagai pelangi, kitak bagai rembulan Kitak bagaikan sinaran yang terangi hidup kamek Kamek sayang ngan kitak, Kamek rindu ngan kitak, Kamek maok hidup bersama dengan kitak (Lagu/lirik: Raja Mambang) Lagu I Want You (Kamek Sayang Kitak) ini turut menggunakan campuran bahasa Inggeris akibat pengaruh lagu-lagu irama rap komersial luar dan dalam negara. Berbeza dengan sebuah lagi lagu karya Aizawa dan Kunna yang berjudul Ingat Sik Kitak dilihat lebih indah dan jelas sebutannya. Unsur-unsur puitis dalam liriknya disampaikan sepenuhnya dalam dialek Melayu Kuching (Sarawak) yang mengisahkan kisah percintaan mereka yang bermula dengan perkenalan di alam maya.

Ingat Sik Kitak Bila mek ingat kesah lamak kita bersama Sik ada benda buat kamek rasakan siksanya Kamek gembira saat kita senyum dan tertawa Ketawa indah saat kita sama kekal bahagia Ingat sik kitak, pertama kali kita bersua Semua tok tercipta kelaka dalam alam maya Kamek sik nangga tapi kitak ada Blur kamek waktu ia sik tauk kitak sapa Mek tanyak ngan kawan sapa Aizawa Nya madah sik tauk kelak-kelaklah tangga sama . (Lagu/lirik: Aizawa & Kunna/Farteen)

7.3

Dilema Remaja Remaja merupakan fasa yang penuh onak dan cabaran yang harus ditempuh dengan tabah dan azam yang kuat. Namun, sebagai manusia biasa, adakalanya mereka menghadapi dilema yang kuat akibat tekanan dan pengaruh persekitaran seperti dalam beberapa buah lagu yang dikenalpasti seperti lagu Aku, Teman, Layakkah Aku, Sukati Kupun dan Kisah Gelapku. Aku Aku pendendam, aku pengingat jasa Walaupun diam bukan erti kusuka Apa dayaku, hidup umpama mati Susah sakit semua kumpul di dalam ati ............ Mun dah semua ngangkat bakul Aku ngangkat tangan dari rasa angol Mun aku ilang jangan eran Dari sik da kawan nektok ngankuk bestfriend Mana rasa dengki madah biak ya nang eksen .. Bangga aku pohon mula dah berbunga Dahannya sik tahan bunganya jak macam-macam warna (Mati kita) kuatkan dahan lok siney datang buah mun kita sik nanam pokok dengar nasihat mun kita nak sihat, telan ubat pait, mun nak bait (tol) .. (Lagu/lirik: Know No) Gelodak jiwa remaja yang sedang tercari-cari arah hidup menghadapi pelbagai rintangan yang sangat menguji kekuatan mental dan semangat. Menerusi lagu Aku dan Layakkah AKu, Know No yang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam mengangkat irama rap versi dialek Melayu Sarawak menghadapi pelbagai rintangan, kecaman dan cemuhan daripada banyak pihak termasuk teman-teman beliau sendiri. Layakkah Aku Dindingku retak, tapi ney cahaya Matahari bersinar, di luar dalam aku kesejukkan kutanyak layakkah aku jadi kawan... Layakkah ku di sisinya layakkah jadi sorang anak Layakkah idup di dunia .. (Lagu/lirik: Know No)

Namun begitu, rakaman kehidupan anak remaja yang mementingkan keseronokan dan kegembiraan atau terjebak dengan hedonisme semata-mata hingga sanggup menggadaikan masa depan mereka turut diungkapkan melalui lagu karya Raja Mambang: Sukati Kupun Sik boh nak eran Mun palak ku dah nyamannang camtok Gaya orang bujang Sukati ku pun Kumulakan cerita dari ujung rambut sampey ujung kaki Kuluahkan semuanya dari ati ku sik duli Waima kupun mati Kttp dgn jiwaku yang nak ala-ala sik pandey lali . (Lagu/lirik: Raja Mambang) Atas keprihatinan dan tanggungjawab yang tinggi, pemuzik (rap) di Sarawak juga sudi menjadikan kisah dan pengalaman silam sendiri dengan menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk Kisah Gelapku. Dalam lagu ini, aktor yang terlibat akhirnya insaf dan sedar atas segala kesilapan yang dilakukan kerana terpengaruh perlakuan teman-teman serta menyeru para remaja yang lain agar berubah demi masa hadapan yang berjaya. Kisah Gelapku Tok kisahku, kisah suka senang perit hidupku Dolok gelap, Alhamdulillah ok dah aku Setelah ditunjokkan-Nya jalanlurus untukku Dolok jalan belok-belok, kaki mala berpangkak Bila nagga muka org lalu nak ngaruk palak Molah agik muka blur bila kenak kerepak Kenak kerepak sik jerak juak .. Aku tok nang jenis, sorang sik mok nok ngalah Ada jak nak dipolah orang aku mok polah Sampey semua benda jaik yang aku nok molah Bukan dapat apa kenak aku sik mike suma ya, Nektok ku dah tauk bukan untung molah kedak ya Sik da perubahan mun ku masih kedak ya, .. Nektok ku dah mulakan hidup baruku Hidup bebas sik da benda ya dalam gik hidupku Harap-harap aku akan terus idup macam tok Senang juak nangga cermin Palak ku bersongkok Rasa yakin, rasa senang Okey dah aku nektok

Sik perlu agik aku nak tundok palak bertapok2 Sik da merah agik mata cuma wuduk di muka Senang ati mak bapak aku nangga aku kedak ya, Sik perlu nak ngrepak aku jak keja nya Tapi masih juak sikit salah silap aku ya Aku bukan sapa-sapa Aku hanya manusia, yang menumpang di dunia Aku harap kawan-kawanku akan bantu sama, Bantu aku dan teruskan hidup aku kedak tok. Walau susah, walau senang kita masih sama pok, (ilek pok) Ada salah harap maap pada tak org semua Ku arap tak org terimak aku apa adanya Sama kita sama doa untuk masa depan kita (Lagu/lirik: Aizawa) 7.4 Tradisi, Budaya dan Jati Diri Dengan kesedaran bahawa tradisi dan kebudayaan itu penting dalam mengekalkan jati diri masyarakat Sarawak, Know No telah hadir dengan lagu Super Kenyalangnya sebagai pemangkin kepada usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam mengangkat bahasa ibunda (dialek Kuching Sarawak) dalam seni muzik kreatif seperti rap. Super Kenyalang (chorus) Aku bukan? (Superman, Spiderman Ultraman or Batman) Tapi aku hero irama rap Sarawak Tok aku madah siapa Super Kenyalang . BommAku terbang, lurus jak ke depan Sik noleh kerek kanan, Kak ya, bomm...kenak langgar belon Belon ya aeroplane, bukannya gelembung Sik da hal sakit dikit, nang aku begaut tek, Senang makei darat bah, malas pake laut eh, Tugas ku nyarik rap rapper berbakat Siboh jauh gilak carik nak dekat .. Bertingkat-tingkat semangat mula-mulanya Kenak tego sikit, pulang aku kenak ish nya Sik pa, asal semangat kuat ngangkat rap Sarawak, Jangan lidah bercabang macam lidah anak biawak, (ulang chorus) (Lagu/lirik: Know No)

Persoalan dan unsur tradisi ini turut dirakam melalui sebuah lagi lagu beliau yang berjudul Dayung. Lagu ini menggunakan unsur-unsur setempat seperti dayung, gunung Santubong, Sungai Rajang dan muara sebagai perlambangan yang puitis dalam membina jati diri anak Melayu Sarawak. Dayung Teruskan mendayung Moga-moga sampai ke hujung Dari Sungai Rajang kayuh lagi sampai Gunung Santubong Tak pernah kuhirau panas terik kilat menyabung Dari dulu lagi susah payah terus bersambung Inilah cerita yang kau dengar hingga ke hujung Datang tak bernajis bersih suci bak intan payung Kisah anak muda asal-usul di kaki Gunong Keahlian lagenda dan moden kini bergabung .. Dayungdayungdayungdayung.. Terus dayung..dayungdayungdayung Terus mendayung, hingga ke hujung Terus mendayung, tiada penat dan lelahnya Terus mendayung hingga muara semoga suatu masa tercapailah citacita. (Lagu/lirik: Know No)

Penerapan unsur simbolisme tempatan turut diaplikasikan dalam menonjolkan identiti setempat seperti lagu Pineapple Cityoleh Raja Mambang yang membangkitkan kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa bangga dan kepada bandar Sarikei yang terkenal dengan buah nenas sebagai identitinya. Pineapple City P.I.N.E.A.P.P.L.E.C.I.T.Y. P.I.N.E.A.P.P.L.E.C.I.T.Y. Pineapple city, Bandar nanas yang kita duduki Ada jak benda panas Semua nak dikongsi Ada cerita baru Ada cerita basik Siok ndak alah nak ditunjuk Sikda nya bertapok Tiap kali kuar umah benda ya semua Dah berjegar-jegar depan mata Nunggu tak orang jak gik nagga

Nunggu tak orang jak gik rasa bangga Skei taok sebenarnya dah sempurna Sempurna dengan segala harta benda Harta benda yang sentiasa kita dapat guna Pengidup masa depan, Anak-anak cicit kita P.I.N.E.A.P.P.L.E.C.I.T.Y. P.I.N.E.A.P.P.L.E.C.I.T.Y. .. (Lagu/lirik: Raja Mambang) Sementara lagu Penjual Kueh pula menerapkan unsur-unsur tradisi yang ketara iaitu melalui aktor dalam lagu ini yang menjual pelbagai jenis kuih tradisi seperti karipap, keria, celorot, pulut panggang dan cucur pisang. Know No dilihat cuba untuk menampilkan unsur ini dengan gaya yang begitu menarik sekali iaitu melalui penceritaan berdialog. Penjual Kueh Jual kueh, Karipap ada bang, Jual kueh, keria ada bang, Jual kueh, cucur pisang, cucur udang Pulut panggang celorot, kaw kaw Ada sorang kakak nunggah aku Nak meli cucur pisang duit ngak seringgit Aku berik duak puluh igek cucur pisang nya madah, Makaseh jang, kau sorang tinggal. Anak bujang baik hati, aku ada sorang anak nama Nurul Suriati binti Sazali, muka nang steady. Mun maok coba datanglah ari-ari. Kakya isok ari, aku datang lagi, Bak kandung duak bungkus cucur, Engkah sambal dekak nak nyimbor, Tiba-tiba kakak ia datang, Mbak anak ompuannya dari belakang Sekali ku nangga mukanya, Aduh, ancor-ancor .. (Lagu/lirik: Know No)

Makaseh pula merupakan sebuah lagu yang terkandung penghargaan yang Know No kepada masyarakat seluruh Sarawak yang menyokong dan menerima lagu-lagu yang telah dihasilkan oleh beliau. Namun, dalam lagu ini, beliau menegaskan bahawa lagu yang dihasilkan dalam dialek Melayu Kuching (Sarawak) harus tetap mengekalkan budaya dan tradisi masyarakat yang menjunjung maruah bangsa.

Makaseh Makasehlah kitak semua Kerana sudi dengar apa yang tlah dilagu ku tek Harapanku agar kitak semua teruskan sokongan pada pejuang-pejuang, muzik Sarawak . Bergema lagu aku sekitar Bandar Kuching Kudengar setiap kali handphonenya bordering Sik pernah kusangka Ada juak orang nak dengar Member-member kecik besar termasok orang tua . Syukurlah nektok orang open minded sikit Minda kita dah terbukak, bukan lagik sempit Dapat terimak muzik dari segala jenis irama Sekadar hiburan asalnya sik nyakit telinga Bukan kedak sidak sinun, penoh dengan sumpah seranah Orang kita penoh budaya dan bermaruah . Ku cuma Know No, sikok ikan dalam lautan, Sik cukup nafas berenang sekadar di pinggiran Terlalu jauh mun nak pergi ke laut seberang Bagi aku udah cukuplah k dengar tak orang Ati tersentuh mun dengar lagu dimain orang . (Lagu/lirik: Know No)

7.5

Kasih Ibu Persoalan kasih sayang terhadap ibu yang merupakan insan yang paling hampir dalam hidup remaja turut diungkapkan dalam lagu-lagu yang dipilih oleh pengkaji. Masih lagi seputar karya Know No iaitu lagu Teristimewa danSepertinya Dirimu (Ibu). Teristimewa Masih ingat time ya gik kecik, mungkin 5 karya pertama mek lukis untuk kitak mak dah besa mek jadi juruterbang pertama mbak duit dalam belon ambo di rumah kita along adik-adik pas ya kitak ngan bapak mek parking belon cun-cun depan rumah kita jak senyum tak suci ikhlas waktu nangga lukisan mek adik-beradik leput tetak ya kamek sik lalek berik dorongan sik penah polah mek patah semangat heh, setiap kali mek gugok kitak nolong ngangkat becerita setiap malam sampe mek dpt tdo

isok bgn awal ktk mesan sik bagus ngando bangun aher jangan araplah rezeki nak datang
cukup tido badan sehat ati pun senang terlalu besa jasa tak besa gunong bukan bandingan kitak wanita terulong, sikkan ada tandingan..

(chorus) Wanita yang istimewa (mak, lagu tok tok kitak!) Kasih sayang sik da tandingannya Wanita yang istimewa (mak, mek sayang kitak mak!) Kasih sayang sik da tandingannya ... (Lagu/lirik: Know No)

Lagu di atas menyelitkan pelbagai nasihat daripada si ibu yang akhirnya membentuk keperibadian si anak secara langsung sekaligus menggambarkan hubungan yang rapat dan mesra antara mereka. Ini menunjukkan unsur-unsur kekeluargaan masih rapat dan berakar tunjang dalam kalangan masyarakat Kuching Sarawak khasnya. Sepertinya Dirimu (Ibu) Seperti adanya, oh dirimu, menemanku waktu tidur seperti indah sang rembulan, cahyanya menyinar (miak kecik mpun sora) (chorus) Seperti adanya, oh dirimu, menemanku waktu tidur seperti indah sang rembulan, cahyanya menyinar Oh ibuku, masih ku ingat waktu kecil dahulu waktu peluh keringat membasahi tubuhmu kemana saja kau bawa aku dalam peluk dakapmu ceria selalu minum makanku muntah tangisku dan melatah dikau tak jemu
ibuku ko penawar dukaku senang susah riang mendengar kau bercerita

mungkin kerna itulah aku taksub dengan bahasa


"mak kenapa dinosour tak wujud lagi"?

"kenapa bintang di langit tak sebesar mentari "? engkau ibuku engkau juga ilmuku berbagai soalan diaju padamu tidak pernah kau jemu labah-labah hitam pergi panjat pokok jati, bila hujan dia lekas bersembunyi ibu kata kalau anak jati tak takut hujan jangan kau sembunyi jika datang rintangan.
(ulang chorus)

kini ku telah dewasa tidak lagi bermanja namun kisah silam kita masih segar minda
aku menangis engkau di sisi waktu aku gembira kau tentu rasa bahagia

ibu ingat tak waktu ikut ibu pergi pasar terpaksa naik bas kerana belum ada kereta
panas terik dan membakar dan kau payungkan aku

engkau bagaikan lilin terbakar suluhkan anakmu


namun aku tak seperti anak yang lain

tak perlukan robot boleh cakap untuk bermain


diberi gasing ku pusing dari pagi hingga ke petang

kalau dapat pistol aku senyum seorang mungkin sifat itu ku warisi dari dirimu sederhana dalam apa jua benda kau laku tepuk amai-amai sang belalang dan kupu-kupu aku ingin kau tahu dirimu ratu hidupku (ulang chorus) ibu oh ibu engkaulah ratu hatiku bila ku perlukan, kau senantiasa bersama ibu, oh ibu engkaulah ratu, engkaulah ratu hatiku (ulang chorus)
(Lagu/lirik: Know No)

7.6

Kritikan Politik Aspek terakhir yang dianalis ialah berkenaan dengan kritikan anak muda Kuching Sarawak terhadap wajah politik dari kaca mata mereka. Dan lagu Sik Ada Isik lebih berunsur kritikan yang keras. Sik Ada Isik (chorus) Hantu keritik, politik, sik sedar dirik, Janji ati puas, mala komen sik ada isik galik kubo dikpun boh dalam gilak takut tiba masanya mun sik dapat bukak .. (Lagu/lirik: Know No)

Rumusan Sebagai rangkuman, masyarakat Malaysia umumnya mendapati bahawa fenomena penerbitan lagu-lagu indie/underground yang banyak dimuatkan di laman sesawang you tube dalam dialek Melayu Kuching (Sarawak) merupakan satu trend baharu dan dicetuskan oleh generasi muda yang progresif terhadap persekitaran masyarakat. Hasil tinjauan dan pemerhatian ringkas pengkaji dalam kalangan penduduk sekitar Petra Jaya (Kuching) khasnya, mendapati bahawa lagu-lagu berirama pop rap ini begitu digemari dan diterima sepenuhnya. Begitu juga dengan masyarakat di Semenanjung Malaysia yang turut meminati lagu-lagu generasi baharu ini walaupun tidak memahami sepenuhnya maksud dalam dialek Melayu Kuching.

Kesimpulannya, semoga dengan adanya landasan baru ini, maka citra sosio-budaya masyarakat bumi Kenyalang akan dapat dirakam sekali gus bahasa atau dialek Melayu Kuching (Sarawak) akan mampu diketengahkan agar dapat mengeratkan lagi integrasi antara wilayah di negara kita. Dengan memahami budaya dan warisan antara kelompok masyarakat, maka kesepaduan itu akan dapat dipupuk dengan lebih mudah dan membina keharmonian sebuah negara bangsa yang lebih utuh.

10.0

Bibliografi Asmah Haji Omar, 2008, Dialek Melayu Sarawak dalam Susur Galur Bahasa Melayu (edisi no.2), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar, 2008, Susur Galur Bahasa Melayu (edisi no.2), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James T. Collins, 1987, Dialek Melayu Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Madzhi Johari, 1988, Fonologi Dialek Melayu Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Abdul Kadir, 2008, Pengkaedahan Penyelidikan Pengajian Melayu (edisi no. 2), Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Zainal Abidin Merjan, 1992, Daftar Kata Bahasa Malaysia Dialek Melayu Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai