Anda di halaman 1dari 4

Lampiran A

KERTAS KERJA PERMOHONAN DANA KEWANGAN KELAB BOLA SEPAK & FUTSAL TELOK KEMANG (TKFC) 2013

Lampiran A

KELAB BOLA SEPAK & FUTSAL TELOK KEMANG


1.0 PENDAHULUAN Ditubuhkan secara tidak formal hasil usaha dan inisiatif beberapa anak jati Telok Kemang yang meminati sukan bola sepak dan futsal. Wujud sejak tahun 90an. Diurus tadbir secara sukarela oleh beberapa orang anak jati Telok Kemang dengan sedikit panduan dan bimbingan daripada organisasi belia. 2.0 MATLAMAT 2.1 2.2 2.3 Menarik minat belia sekitar untuk mengembangkan bakat Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam diri setiap belia dan remaja. Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap belia dan remaja yangmeminati sukan bola sepak dan futsal di kawasan Telok Kemang. 2.4 2.5 Memupuk sifat kerjasama dalam diri belia agar dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Memberikan peluang kepada setiap individu menyumbang buah fikiran untuk merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Menambah bilangan ahli kelab 3.2 Memberi peluang kepada belia merasai pengalaman menyertai pertandingan. 3.3 Membentuk belia yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam komuniti. 3.4 Melatih para belia untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan. 3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti. 3.6 Melahirkan para belia dan remaja yang berupaya untuk mengeluarkan ideaidea bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kelab. 3.7 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 3.8 Melahirkan belia dan remaja yang seimbang dari segi intelek, sukan, emosi dan sosial.

Lampiran A
7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 7.1 8.0 Semua golongan belia dan remaja sekitar Telok Kemang

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN 8.1 8.2 Menyertai beberapa pertandingan futsal di sekitar daerah Port Dickson dan Seremban Perlawanan persahabatan 4 kali Januari hingga Ogos.

9.0

RANCANGAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN 9.1 9.2 9.3 9.4 Perlawanan persahabatan Klinik Bola Sepak Pemilihan pemain bola sepak untuk mewakili kelab ke Liga Port Dickson. Menganjurkan mini pertandingan bola sepak dan futsal tertutup

10.0

PENCAPAIAN 10.1 Pemain-pemain dari Kelab Bola Sepak Telok Kemang pernah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan dalam Pertandingan Bola Sepak Gerakan Desa Wawasan Peringkat Kebangsaan Tahun 2005. 10.2 10.3 Mara hingga ke peringkat suku akhir Liga Port Dickson Pemain-pemain dari kelab ini telah dipilih untuk menyertai beberapa kelab-kelab persendirian untuk Liga Piala Menteri Besar.

11.0

ISU/MASALAH 11.1 11.2 11.3 Sambutan golongan belia terhadap sukan bola sepak dan futsal di kawasan Telok Kemang semakin merosot Sumber kewangan yang terhad menyebabkan perlawanan persahabatan tidak dapat dilaksanakan Sumber kewangan yang terhad menyebabkan kelab tidak dapat menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan.

Lampiran A
12.0 BIL 1 2 3 4 5 6 7 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk aktiviti kelab ini : PERKARA Penganjuran bola sepak tertutup & futsal Klinik bola sepak Perlawanan persahabatan Jersi Penyertaan dalam liga (pengangkutan, makan & minum serta dobi ) Bola sepak (sepanjang tahun) Bola futsal JUMLAH KESELURUHAN KUANTITI 1 1 5 x RM 150 1 set Adidas JUMLAH (RM) 500.00 200.00 750.00 1000.00 1500.00 600.00 475.00 5025.00

5 x RM120 5 x RM95

Jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2013 ialah sebanyak RM5025.00. Untuk urusan penyaluran dana sila hubungi : Ahmad Anuar 019-2770631 Pengurus TKFC Yusma Hairi 013-6363657 Setiausaha TKFC

13.0

PENUTUP

Masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan prestasi pasukan bola sepak di kawasan Telok Kemang. Sokongan moral dan material yang berterusan sangat diharapkan. Pengalaman menunjukkan bahawa organisasi / pasukan yang cemerlang memiliki segala sumber dan fasiliti sukan terbaik. Usaha meningkatkan mutu pencapaian ini menagih dedikasi dan kerja sama semua pihak. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Y.B Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, . ( Setiausaha Kelab Bola Sepak & Futsal Telok Kemang. )

Anda mungkin juga menyukai