Anda di halaman 1dari 16

1.0.

PENGENALAN Pada awal proses pengajaran lima minit yang awal pelbagai jenis alat dapat

digunakan asalkan bersesuaian dengan isi pelajaran. Kaedah pemikiran dan teknik dalam pembelajaran melalui kaedah lima minit merupakan satu teknik pembelajaran dan pengajaran alternatif yang dapat menggalakkan penerokaan terhadap sesuatu bahan pembelajaran baharu dan pelajar juga dapat melakukan sesuatu yang terbaik dalam bahasa pada masa akan datang di samping meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang bidang yang berkaitan. Berdasarkan kepada penyataan di atas pengkaji telah pun memfokuskan kajian tindakan ini kepada aspek kemahiran guru dalam mengendalikan induksi set dalam pengajaran Perdagangan. Tidak dapat dinafikan, terdapat berbagai-bagai cara dan strategi dalam menarik minat pelajar untuk belajar. Namun begitu, guru yang kreatif dapat mengaplikasikannya dengan cara yang tersendiri selagi tidak bertentangan dengan objektif dan juga bertujuan untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0

PERNYATAAN MASALAH Menurut Mak Soon Sang (1996: 203), induksi set merupakan bahagian

permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama mengadakan induksi set ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Di antara cara-cara yang biasanya diamalkan dalam induksi set ialah penggunaan bahan bantu mengajar, situasi, motivasi, teknik menyoal, ulangkaji topik yang berkaitan, ingatan kembali pelajaran dahulu, pemanasan mental dan sebagainya. Walau bagaimanapun, induksi set ini hanya digunakan untuk membina aliran fikiran pelajar sahaja dan bukan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa diperuntukkan bagi menguruskan induksi set hendaklah pendek iaitu tidak melebihi lima minit dalam waktu pelajaran. Berdasarkan kajian tindakan ini, induksi set difokuskan untuk menarik minat serta perhatian pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Oleh itu, pengajaran guru telah dimulakan dengan induksi set iaitu aktiviti yang dijalankan oleh guru ialah dengan cara bersoal jawab dengan pelajar dan juga menggunakan bahan rangsangan seperti bahan grafik dan bahan-bahan maujud yang lain. Bentuk aktiviti yang dianggap mengandungi unsur kemahiran berfikir dalam induksi set ialah guru mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar, menyoal kefahaman pelajar

berdasarkan bahan yang ditayangkan dan juga menceritakan semula isi bahan yang telah dibaca.

3.0

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk : 1. Mengenalpasti keberkesanan induksi set yang dapat menarik pelajar atau sebaliknya dalam pengajaran dan perhatian

pembelajaran.

2. Melihat kekreatifan dan keupayaan guru dalam menyajikan bahan bantu mengajar yang dapat membantu menarik minat pelajar. 3. Mengkaji sama ada guru dapat mengaitkan induksi set ini dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan melihat kekuatan dan kelemahannya. 4. Melihat tindak balas atau maklum balas pelajar terhadap induksi set tersebut dan dapat mewujudkan motivasi dalam kalangan pelajar atau sebaliknya. 5. Menilai aspek-aspek kredibiliti guru dalam mengendalikan induksi set.

4.0

FOKUS KAJIAN Kajian in akan lebih berfokus kepada keberkesanan penggunaan set induksi

yang kreatif dalam pengajaran Perdagangan tingkatan 4 Sina. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian terhadap mata pelajaran Perdagangan dengan lancar sekaligus menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari Perdagangan secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan Perdagangan. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.1

Objektif Umum : Meningkatkan minat dan pemahaman murid dalam matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4 dengan set induksi yang kreatif.

5.2

Objektif Khusus : 1. Meningkatkan minat murid dalam matapelajaran Perdagangan dengan penggunaan set induksi yang menarik 2. Mengenalpasti keberkesanan set induksi yang kreatif dalam meningkatkan pemahaman murid dalam matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4 3. Mengenalpasti kekerapan guru menggunakan set induksi dalam p & p Perdagangan 4. Mengkaji aktiviti set induksi yang kreatif dalam menarik perhatian murid.

6.0

PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah penggunaan set induksi yang kreatif dapat meningkatkan minat murid dalam matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4 dengan lebih berkesan? 2. Adakah penggunaan set induksi yang kreatif dapat meningkatkan penguasaan dan pemahaman asas murid dalam matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4? 3. Sejauh manakah guru-guru matapelajaran Perdagangan Tingkatan menggunakan set induksi yang kreatif dalam setiap p & p mereka? 4. Adakah guru dapat menggunakan set induksi kreatif sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan?

7.0.

KUMPULAN SASARAN Kajian ini secara khasnya dijalankan ke atas pelajar sekolah SMA Telok

Kemang untuk pelajar tingkatan 4 Ibnu Sina. Pengkaji telah menyelidik untuk mengetahui keberkesanan kemahiran induksi set yang kreatif digunakan oleh guru dalam pengajaran Perdagangan bagi menarik minat pelajar. Kajian ini berfokus kepada kemahiran induksi set dan tempat bagi menjalankan kajian ini ialah di dalam bilik darjah. Aspek yang difokuskan ialah mengenalpasti sama ada induksi set dapat menarik minat pelajar atau sebaliknya dan juga melihat bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan dapat merangsang naluri ingin tahu pelajar serta pelajar dapat memberikan maklum balas yang positif.

8.0.

METODOLOGI KAJIAN Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan dengan sempurna. 8.1 Instrumen kajian Dalam kajian ini, beberapa kaedah akan digunakan dalam

pengumpulan data seperti : a) Tinjauan Masalah Salah satu kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi murid dan tahap penguasaan asas

Perdagangan di kalangan mereka ini ialah melalui kaedah tinjauan. Kaedah ini sangat membantu penyelidik untuk fokus kepada kumpulan murid-murid yang bermasalah dalam proses p & p dan mengenalpasti sikap dan mencari punca pelajar-pelajar tersebut gagal menguasai asas Perdagangan dengan baik. Samaada tinjauan dibuat sendiri oleh penyelidik atamupun ia boleh dilakukan oleh guru-guru sekolah yang mengajar di kelas tersebut.

b) Sesi Temubual Dalam kajian ini, kaedah temubual akan dijalankan untuk mengumpul maklumat secara terus daripada kumpulan sasar. Temubual dijalankan secara tidak formal. Hasil maklumat daripada temubual akan dijadikan panduan asas bagi merangka kaedah intrumetasi bagi kajian ini. Pada kebiasaanya, temubual boleh dilakukan samaada terus kepada kumpulan sasaran yang ingin 6

dikaji atau terhadap faktor-faktor persekitaran seperti guru yang mengajar, ibu bapa atau rakan-rakan. c) Pemerhatian Pemerhatian akan dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk mengenalpasti tahap sebenar penguasaan asas Perdagangan di kalangan pelajar-pelajar

tingkatan 4 Sina dengan penggunaan set induksi yang kreatif. Selain itu, kaedah ini akan dapat memberi gambaran tentang keberkenasan kaedah pengajaran oleh guru di dalam kelas. Samaada minat terhadap mata pelajaran Perdagangan tadi adalah kerana faktor guru atau faktor-faktor lain. d) Soal Selidik Borang soal selidik digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap pernyataan minat responden terhadap aktiviti yang melibatkan penggunaan set induksi kreatif dengan menggunakan skala pengukur Ya dan Tidak. Borang soal selidik akan disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid mengenai minat mereka terhadap mata pelajaran Perdagangan sebelum dan selepas aktiviti penggunaan set induksi kreatif dijalankan.

9.0

PELAKSANAAN KAJIAN Maklumat dalam kajian ini didapati melalui penilaian para pelajar,

pemerhatian melalui senarai semak. Penyelidik telah menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga melalui pemerhatian secara langsung. Kaedah pemerhatian dilakukan dengan pemerhatian secara langsung dan dicatatkan dan dibincangkan serta dijadikan laporan penuh. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini data yang diperolehi amat besar kesahannya. Para informan ketika kajian ini terdiri daripada 15 orang pelajar dari tingkatan 4 Ibnu Sina. Para informan diberikan borang penilaian yang mengandungi penilaian terhadap pengajaran guru yang bertujuan untuk menilai dan melihat persepsi informan terhadap kemahiran yang digunakan oleh guru iaitu guru mengaplikasikan kemahiran induksi set dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9.1 RUANG LINGKUNGAN KAJIAN Ruang lingkungan kajian memfokuskan kemahiran yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran fokus guru ialah kemahiran induksi set. Kemahiran permulaan pengajaran atau induksi set adalah penting kerana permulaan ini bermakna kemahiran menyediakan tempat atau meletakkan idea-idea di hadapan pelajar bagi menarik minat mereka untuk mempelajari topik yang akan diajar oleh guru. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam membentangkan sifat-sifat topik itu atau menyematkannya di dalam fikiran pelajar, memotivasi dan merangsang mereka serta mencantumkan 8

apa-apa yang hendak diperkenalkan kepada yang lazim dan pengetahuan yang sedia ada pada pelajar. Sampel yang terlibat ialah para pelajar 4 Ibnu Sina, iaitu mereka berperanan menjadi guru dan pelajar. Dalam interaksi guru dan pelajar, biasanya keadaan atau fokus lebih diutamakan kepada guru. Guru memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9.2 KAEDAH MENGUTIP DATA Setelah tindakan dirancang dan dilaksanakan, penentuan serta penilaian mesti dijalankan. Pemantauan dibuat oleh para pelajar 4 Ibnu Sina dalam memberikan pandangan dan kritikan yang membina. Alat instrumen yang digunakan ialah senarai semak iaitu berdasarkan borang penilaian bagi membuat penilaian terhadap pengajaran guru dan guru itu sendiri. Borang penilaian itu dibahagikan kepada para pelajar dan mereka diminta menilai berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

10 10.1

DAPATAN KAJIAN ANALISIS PEMERHATIAN Tujuan dijalankan pemerhatian dalam kajian ini ialah untuk mendapatkan

maklumat tentang perlakuan pengajaran guru. Pemerhati ditugaskan memerhatikan pengajaran guru dengan mencatatkan item-item tertentu dalam borang yang disediakan. (sila lihat lampiran). Pemerhatian dilakukan sebanyak dua kali dalam masa dua minggu. Dalam pengajaran itu, guru menekankan kemahiran induksi set dalam menarik perhatian pelajar pada permulaan pengajaran. Pada minggu pertama, guru telah mengajar pelajar berkaitan dengan subtopik yang bertajuk keperluan dan kehendak. Guru telah memaparkan keadaan kanak-kanak kebuluran 9

di Somalia yang diambil di dalam surat khabar dan merupakan induksi set guru dalam menarik minat pelajar. Selepas guru memaparkan gambar kanak-kanak tersebut, guru bersoal jawab dengan pelajar. Guru menggunakan penyoalan sebagai satu strategi untuk menimbulkan minat dan asas pemahaman, merangsang dan mendorong pelajar, menarik pelajar yang mendiamkan diri dan untuk mengawal bilik darjah. Guru bertanya soalan kepada pelajar berdasarkan gambar kanak-kanak kebuluran tersebut bagi menarik minat dan perhatian pelajar. Contoh soalan, apakah yang kamu faham berdasarkan gambar kanak-kanak yang terdapat dalam akhbar tersebut? Berdasarkan soalan pertama ini pelajar menunjukkan minat untuk menjawab soalan tersebut. Hal in demikian kerana jawapannya adalah berdasarkan kefahaman pelajar berkaitan dengan cerita tersebut. Sementara itu, soalan kedua pula, apakah yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku dan apakah tindakan anda sekiranya diberi peluang ke Somalia? Berdasarkan soalan tersebut juga, pelajar dapat memberikan jawapan yang relevan dan bernas iaitu guru dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam memberikan idea dan pendapat. Dalam sesi pengajaran kedua, pada minggu seterusnya guru mengajar subtopik yang bertajuk faktor-faktor pengeluaran. Dalam induksi set guru telah memarparkan beberapa gambar berkaitan faktor-faktor pengeluaran kepada pelajar dan menguji pengetahuan sedia ada pelajar iaitu apakah faktor-faktor pengeluaran yang telah pelajar lihat berkaitan kehidupan disekelilingnya. Guru meminta pelajar membuat penerangan di hadapan kelas bagi menggambarkan faktor-faktor pengeluaran yang terdapat di persekitaran mereka.

10

i.
BIL 1 2 3 4 5 6

Penilaian pertama terhadap pengajaran guru


PENILAIAN TERHADAP PENGAJARAN GURU Guru memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik perhatian saya Guru selalu memulakan pengajaran dengan set induksi yang kreatif Adakah set induksi mempunyai perkaitan dengan objektif pelajaran? Adakah guru mengaitkan set induksi dengan pengetahuan sedia ada murid? Adakah set induksi dapat mewujudkan motivasi dalam kalangan murid? Saya amat berminat dengan set induksi yang digunakan oleh guru saya BILANGAN RESPONDEN 15 15 15 15 15 15 PERATUS Ya Tidak 70 71 86 86 100 100 30 29 14 14 -

ii. Penilaian kedua terhadap pengajaran guru


BIL 1 2 3 PENILAIAN TERHADAP PENGAJARAN GURU Guru memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik perhatian saya Guru selalu memulakan pengajaran dengan set induksi yang kreatif Adakah set induksi mempunyai perkaitan dengan objektif pelajaran? 4 5 6 Adakah guru mengaitkan set induksi dengan pengetahuan sedia ada murid? Adakah set induksi dapat mewujudkan motivasi dalam kalangan murid? Saya amat berminat dengan set induksi yang digunakan oleh guru saya 15 15 15 BILANGAN RESPONDEN 15 15 15

PERATUS Ya Tidak 100 100 100

100 100 100 -

Dalam penilaian pertama menunjukkan bahawa induksi set yang digunakan oleh guru dapat menarik perhatian pelajar iaitu sebanyak 80 peratus penilai bersetuju 11

dengan perkara tersebut berbanding dalam gelungan kedua sebanyak 100 peratus penilai bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelajar. Contohnya, dalam penilaian pertama dan kedua guru telah menggunakan bahan bantu mengajar iaitu petikan daripada surat khabar, memaparkan ungkapan dan lakonan. Seterusnya, keberkesanan guru dalam menyajikan bahan pelajaran yang bermakna menunjukkan 71 peratus penilai bersetuju dengan perkara tersebut dalam penilaian pertama. Sementara itu, dalam gelungan kedua pula, sebanyak 100 peratus. Hal ini demikian menunjukkan bahawa dalam penilaian kedua guru dapat menyajikan bahan yang bermakna di samping menunjukkan peningkatan dalam pengajaran guru.

8.0

REFLEKSI

12

Berdasarkan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam induksi set telah berjaya menarik minat pelajar kerana dapat merangsang pelajar untuk belajar dan mengetahui isi pelajaran. Hal ini demikian, telah menimbulkan rasa ingin tahu pelajar terhadap apa-apa yang bakal diajar oleh guru. Dalam gelungan pertama dan kedua penggunaan akhbar dan sesi lakonan telah menggalakkan penyertaan pelajar, di samping memberikan pengajaran dan motivasi. Walaupun guru hanya menggunakan cara manual sahaja menunjukkan pelajar juga berminat dengan pelajaran tersebut serta memberikan perhatian sepenuhnya. Oleh itu, bahan bantu mengajar yang menarik amat penting dalam merangsang pelajar untuk belajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu mencapai objektif pengajaran di samping memberikan suasana belajar yang menyeronokkan kepada pelajar. Selain itu, induksi set ini dapat mewujudkan motivasi dalam diri pelajar jika guru kreatif mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Tanpa motivasi proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting kerana manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan keinginan supaya terus berusaha dan belajar. Berdasarkan kajian tindakan ini, guru memotivasikan pelajar dengan mempaparkan berita yang dapat memberikan pengajaran kepada pelajar. Selain itu, motivasi melalui peneguhan iaitu kata-kata yang positif diberikan kepada pelajar yang memberikan respon dan jawapan yang betul. Tiak dapat dinafikan motivasi merupakan perkara yang penting dan perlu ada dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek guru pula, komunikasi amat penting dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui komunikasi yang berkesan juga dapat menggalakkan penyertaan 13

dan kefahaman pelajar terhadap arahan dan penyampaian guru. Guru juga komited terhadap tugasnya kerana komunikasi yang tidak berkesan akan menyebabkan pelajar akan hilang tumpuan dan perhatian di dalam kelas. Guru mestilah mampu menyampaikan pengajaran dan menerima pendapat pelajar dengan baik. Selain itu, aspek peneguhan yang amat penting yang digunakan oleh guru bagi mengubah tingkah laku pelajar dengan sempurna. Pelajar yang dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian yang seperti dijangkakan perlu diberi pujian atau bentuk-bentuk penghargaan yang lain. Hal ini demikian dapat mendorong pelajar untuk terus belajar dan menyukai pelajaran sepenuhnya. Contohnya, bagus, baik dan sebagainya. Guru juga boleh mempelbagaikan bentukbentuk pengukuhan seperti galakkan secara gera-geri dan gerak isyarat seperti isyarat bersetuju iaitu mengangguk-anggukkan kepala, senyum dan sebagainya dan juga menepuk-nepuk bahu tetapi melihat juga kepada kesesuaiannya. Seterusnya, bentuk galakkan dengan cara menggunakan jawapan pelajar seperti dilakukan dengan cara mengulangi, mengaitkan, menggunakan jawapan mereka untuk perkembangan pelajaran dan sebagainya serta galakkan dengan cara memberi ganjaran seperti hadiah, bintang dan sebagainya.

8.1.

KESIMPULAN 14

Rumusan daripada penyelidikan yang dijalankan terdapat perubahan dalam amalan pengajaran guru dan tingkah laku guru. Induksi set merupakan aspek yang penting di dalan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sebagai satu proses yang penting dan perlu diberi perhatian oleh guru dalam memberikan kefahaman kepada pelajar. Guru perlu tahu objektif mengadakan induksi set itu sendiri iaitu menarik perhatian pelajar kepada pelajaran baharu yang akan disampaikan, menarik minat dan merangsang naluri ingin tahu pelajar, mengubah dan membina aliran dan tumpuan fikiran pelajar daripada pelajaran sebelumnya kepada pelajaran baharu,

mencadangkan cara melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang dilaksanakan dan dapat mengaitkan isi pelajaran baharu dengan isi pelajaran lepas serta pengetahuan sedia ada pelajar.

LAMPIRAN ( SENARAI SEMAK)

15

Nama : PENILAIAN TERHADAP PENGAJARAN GURU BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. PERKARA Guru memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik perhatian saya Guru selalu memulakan pengajaran dengan set induksi yang kreatif Adakah set induksi mempunyai perkaitan dengan objektif pelajaran? Adakah guru mengaitkan set induksi dengan pengetahuan sedia ada murid? Adakah set induksi dapat mewujudkan motivasi dalam kalangan murid? Saya amat berminat dengan set induksi yang digunakan oleh guru saya YA TIDAK

Komen atau cadangan : _________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

16

Anda mungkin juga menyukai