Anda di halaman 1dari 1

Latihan penjodoh bilangan Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai. 1.

Sultan Mahmud Syah telah berkenan menganugerahkan _______________ pakaian kepada pegawainya yang banyak berjasa. ( sepersalinan, sebidang, sepasang ) 2. Kakak saya ada membeli beberapa _________ puding jagung. (biji, ulas, buah ) 3. Dari udara, juruterbang itu dapat melihat se ____________ pulau yang menarik di perairan negara itu. ( longgok, gugus, timbun ) 4. ____________ tikar yang terbentang di ruang tamu rumahnya menarik perhatian saya kerana cantik coraknya. ( sekeping, segulung, sebidang) 5. Pak Mahmud ada menanam beberapa ____________ serai di belakang rumahnya. ( ikat, tangkai, rumpun) 6. Kak Nah telah siap menampal selimut yang koyak itu dengan menggunakan ____________ perca kain dan __________ benang. ( secebis..selembar, sehelaisegulung, secariksebuku) 7. Puan Hasnah memasukkan beberapa ___________ cendawan dan menambahkan __________ garam ke dalam sup sayur itu. ( kuntum.sejemput, kaki..secubit, batang.segenggam) 8. Tukang jahit itu menggunakan ____________ benang saja untuk menjahit ________ baju kebaya untuk adiknya. ( segulung..sepersalinan, sebukusepasang, selembarsepotong) 9. Kak Nani menghias biliknya dengan mengubah ___________ bunga dahlia di dalam _________ pasu tembikar. ( seberkassebiji, sejambak.sebuah, sebatangsebutir) 10. Di dalam pinggan itu terdapat beberapa __________ pulut dan beberapa _________ daging rendang. ( ulas..tongkol, suap.iris, kepal.ketul)

Anda mungkin juga menyukai