Anda di halaman 1dari 6

Program Pintar Pemantapan Ilmu PMR

1.0 Pendahuluan.
Kejayaan dan kecemerlangan pelajar merupakan harapan dan masa depan bagi ibu-bapa, guru, sekolah dan negara. Segala usaha mereka selama berada di sesebuah sekolah akan dinilai melalui peperiksaan yang akan mereka lalui (PMR). Jesteru itu, untuk menghadapi peperiksaan seharusnya mereka ini dibekalkan dengan motivasi dan persediaan yang secukupnya dari segala sudut terutamanya bagi pelajar yang miskin tetapi baik dalam bidang akademik. Untuk mencapai tujuan murni ini, para pelajar harus mampu memperlihatkan kecemerlangan dan keunggulan dalam apa jua bidang yang diceburi. Yang terpenting para pelajar mestilah menunjukan kecemerlangan akademik dan personaliti yang unggul.

Namun cabaran hebat masa kini telah menyebabkan para pelajar jemu belajar, luntur semangat juang, hilang tumpuan, mudah putus asa dan pelbagai implikasi nagetif yang membimbangkan. Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Hutan Kampong telah mengambil alternatif untuk menganjurkan satu program motivasi peningkatan kecemerlangan akademik kepada pelajar tingkatan tiga bagi memantapkan lagi persediaan pelajar tersebut dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagai bekalan untuk mereka menempuh alam peperiksaan. Program ini dinamakan sebagai Program Kecemerlangan Pintar Pemantapan Ilmu PMR. Bengkel Kecemerlangan yang dianjurkan mampu membina kejituan belajar, kekentalan semangat juang, minat yang tinggi seterusnya menghasilkan kecemerlangan gemilang para pelajar.

2.0 Matlamat. Mengenalpasti potensi yang ada pada diri pelajar terutamanya pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi dijadikan sumber dorongan untuk ia berkembang secara positif ke arah pembentukan insan yang menyeluruh dari segi kesempurnaan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.0 Objektif.
Program ini diharap dapat membantu pelajar : a) Meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam diri pelajar. b) Menyedarkan pelajar akan potensi diri mereka dan bersedia menggunakannya secara maksimum. c) Menggalakkan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah mempertingkatkan diri

Program Pintar Pemantapan Ilmu PMR

dari segi akademik dan sahsiah. d) Mengaplikasikan teknik menjawab peperiksaan berkesan dalam peperiksaan Percubaan PMR. e) Membina Sistem Belajar (kemahiran mengingat ,menyediakan kaedah ulangkaji yang efektif, pengurusan masa yang optimum).

4.0

Kumpulan sasaran.
122 orang pelajar tingkatan tiga

5.0 6.0 7.0

Tarikh pelaksanaan.
10 12 Julai 2012

Tempat
Pendang Lake Resort, Pendang.

Pelaksanaan Program
Ceramah teknik menjawab soalan Bengkel teknik menjawab soalan Ceramah motivasi Bengkel LDK Riadah

8.0 Modul Bengkel Pintar


MODUL 1 : SISTEM BELAJAR MEMBINA MATLAMAT SEBELUM BELAJAR SEMASA BELAJAR SELEPAS BELAJAR

Program Pintar Pemantapan Ilmu PMR

MODUL 2 : RADAS OTAK VISUALISASI AKRONIM HUBUNGAN/CERITA BUNYI SEAKAN

MODUL 3 : RADAS BUKU BRAINSTORMING NOTA EFEKTIF, PADAT & RINGKAS PETA MINDA (TONY BUZAN) ULANGKAJI BERKESAN

MODUL 4 : RADAS JAM


ANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JADUAL PENGURUSAN MASA JADUAL PENGURUSAN SUBJEK

AGENDA BERTINDAK

BUDAYA BARU KECERIAAN KELAS

9.0

Rasional Modul

MODUL 1 : SISTEM BELAJAR Kandungan modul ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan belajar dan mempunyai matlamat. Peserta akan dibimbing untuk menetapkan matlamat yang jelas, realistik serta mampu dicapai. Peserta juga akan didedahkan tentang hal-hal yang harus berlaku sebelum, semasa dan selepas belajar.

MODUL 2 : RADAS OTAK

Program Pintar Pemantapan Ilmu PMR

Dalam modul ini peserta akan diterangkan tentang potensi akal yang dikurniakan Allah serta kebolehan-kebolehannya. Latihan-latihan dalam modul ini akan membuatkan peserta sedar keupayaan akal sendiri yang belum digunakan. Seterusnya, kebolehan ini digunakan secara kreatif untuk memudahkan pelajar mengingati nota subjek-subjek tertentu.

MODUL 3 : RADAS BUKU Aspek yang ditekankan dalam modul ini adalah cara mengambil, mencatat dan membina nota yang ringkan dan efektif. Peserta juga akan dilatih untuk mempraktik Peta Minda gaya Tony Buzan termasuk membuat Peta Minda, membaca dan rasional Peta Minda sebagai cara mengingat paling efektif di dunia.

MODUL 4 : RADAS JAM Dalam modul ini, peserta akan dilatih untuk membina jadual waktu yang berkesan berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan semasa bagi memperbaiki kelemahan dan mengekalkan kecemerlangan sekaligus. Peserta akan dilatih untuk membina jadual dengan pengurusan masa dan pengurusan subjek.

AGENDA BERTINDAK Peserta akan dibimbing untuk membina budaya baru pembelajaran berdasarkan pengisian keseluruhan program ini dari sudut akademik, hubungan dengan Tuhan, ibubapa, guru dan rakan.

10.0 Kewangan
10.1 Perbelanjaan Penginapan RM30 x 122 orang x 3 hari 2 malam Makan/ minum RM 10 x 122 orang x 3 hari Bahan kursus RM15 x 122 orang Bayaran penceramah RM 100 x 22 jam Sewa pengangkutan RM 800 x 3 buah bas RM 17410.00 10.2 Peruntukan a) Sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Kedah RM9890.00 (makan, bahan kursus RM 7320.00 RM 3660.00 RM 1830.00 RM 2200.00 RM 2400.00

Program Pintar Pemantapan Ilmu PMR

dan Bayaran penceramah/fasilitator) b) Kutipan daripada pelajar + Sumbangan PIBG sekolah RM 7520.00

11.0 Sumber Tenaga


a) Guru Bimbingan dan Kaunseling b) Guru-guru tingkatan tiga c) Jurulatih khas

12.0 Penutup
Harapan besar agar program ini dapat membantu meningkatkan kualiti pencapaian pelajar SMK Hutan Kampong khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR 2012. Usaha pihak sekolah ini perlu diteruskan di rumah masingmasing dengan pemantauan waris pelajar berkenaan agar menunjukkan prestasi membanggakan dalam Peperiksaan PMR sebenar selepas program ini.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(NUR AMALIN TEH BT ABDULLAH) Kaunselor SMK Hutan kampong

( KU AZIZAN B KU BAHARUM) PK Pentadbiran b/p : Pengetua SMK Hutan Kampong

TENTATIF PROGRAM PINTAR PEMANATAPAN ILMU PMR PENDANG LAKE RESORT, PENDANG, KEDAH.
10 Julai 2012

Program Pintar Pemantapan Ilmu PMR

Masa 12.00 pm 1.00 pm 1.30 pm 2.00 pm 4.15 pm 5.15 pm 6.30 pm 8.00 pm 9.00 pm 11.00 pm

Aktiviti Bertolak ke Pendang Pendaftaran/Taklimat Ice breaking Ceramah 1 Membina matlamat Minum petang/Solat Asar LDK 1 Makan Malam/ Solat Ceramah Maghrib Ceramah 2 Sistem Belajar Tugasan / Tidur

11 Julai 2012
5.30 am 7.00 am 8.00 am 8.45 am 10.45 am 11.00 am 12.30 pm 2.00 pm 4.00 pm 6.30 pm 8.00 pm 9.00 pm 11.00 pm Ceramah Subuh/Solat Subuh Senaman Sarapan Ceramah 3 Peta Minda Minum pagi Ceramah +LDK 2 Peta Minda Makan Tengahari/ Rehat/ Solat Ceramah 4 Kemahiran Mencatat Nota Aktiviti outdoor ( fasilitator ) Makan Malam/ Solat/ Rehat Ceramah Agama Ceramah 5 Pengurusan Masa Rehat/ Tidur

12 Julai 2012
5.30 am 7.00 am 8.00 am 8.45 am 10.45 am 11.00 am 12.30 pm 2.30 pm Ceramah Subuh/Solat Senaman Sarapan Ceramah Masalah Sosial Remaja Minum pagi Penilaian Makan Tengahari/ Berkemas/ Solat Bertolak balik ke sekolah

Anda mungkin juga menyukai