Anda di halaman 1dari 2

SAJAK "ORANG TUA" OLEH :PUSPA RANI A/P MUNUSAMY Sajak Nampakkah kau wanita tua di tepi jalan

mukanya comot rambutnya kusut membawa bersamanya beg usang berjalan ke sana ke mari tanpa suatu destinasi. Nampakkah kau lelaki tua di hujung jalan kemejanya kotor seluarnya rabak duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan di restoran mamak untuk mengalas perut yang kosong. Nampakkah kau darah berlumuran di jalan raya mayat si tua dibiarkan di situ dan di bilik mayat pula tiada siapa datang menuntutnya. Nampakkah ia sepertimu mereka juga dicipta oleh-Nya tetapi bezanya mereka diabaikan ditinggalkan oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi nampakkah kau? Penyajak menggesa pembaca berfikir bahawa warga tua ialah insan yang sama seperti kita, iaitu sebagai makhluk ciptaan Ilahi. Hanya nasib mereka begitu malang angkara anak-anak derhaka dan jahil yang tidak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa. Penyajak mahu pembaca memiliki kesedaran yang sama. Seorang lelaki tua di hujung jalan pula berpakaian compang-camping kelihatan terjelepuk kelaparan di sudut sebuah tangga. Dia hanya berharap dapat mengutip sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan sebuah restoran mamak untuk mengisi perutnya yang berkeroncong. Di sebatang jalan raya pula kelihatan darah keluar daripada mayat seorang warga tua yang terbabit dengan nahas. Mayat si tua tidak dipedulikan. Di hospital, tiada waris yang muncul. Maksud Penyajak mengajak pembaca (kau) merenung nasib seorang wanita tua yang dilihatnya di tepi jalan dalam keadaan fizikal (penampilan diri) yang tidak terurus. Wanita tua itu menggalas sebuah beg buruk sambil merayau tanpa arah tujuan yang khusus.

Tema Kesengsaraan yang dialami oleh warga tua akibat diabaikan.

Persoalan 1) Keprihatinan terhadap nasib warga tua 2) Mengenang jasa ibu bapa 3) Kasih sayang sesama masyarakat

Gaya Bahasa Gaya Bahasa 1) Repetisi 2) Sinkope 3) Peribahasa 4) Bahasa puitis 5) Asonansi - pengulangan vokal a 6) Aliterasi - pengulangan konsonan m Nilai murni 1) Keprihatinan 2) Mengenang budi 3) Kasih sayang Pengajaran Kau, mu.

Contoh Nampakkah kau mengalas perut. mukanya comot rambutnya kusut. tiada siapa datang menuntutnya. Membawa bersamanya beg usang.

1) Kita hendaklah prihatin terhadap nasib warga tua. 2) Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa. 3) Kita hendaklah menyayangi warga tua.

Anda mungkin juga menyukai