Anda di halaman 1dari 4

LOGO KRS

Pengertian Logo

Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala tidak sihat . Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia . Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan diri serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan renal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

IKRAR KRS "Kami anggota Kadet Remaja Sekolah mengikrarkan akan mengabdikan diri dalam seluruh kehidupan kami kepada Allah dan memperjuangkan Deenul Islam dan berjanji akan menepati undang-undang Kadet Remaja Sekolah"

Lagu KRS

Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan ilmu, iman dan amal

Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan

Remaja, sahutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang, remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja, hayatilah budaya Ilmu, iman dan amal Kekalkan di hati, dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah

1. Warna hijau melambangkan : a. Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk b. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS

2. Cogan kata KRS "ILMU IMAN AMAL" a. ILMU: Asas keintelektual dan keterampilan ahli KRS b. IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri c. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin.

Anda mungkin juga menyukai