Anda di halaman 1dari 11

KHUTBAH MINGGU KETIGA / 17 NOVEMBER 2017

“Hidupkan Amalan Ziarah”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,


Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat
sekalian supaya meningkatkan keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya,
sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa
dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Tajuk khutbah kita pada minggu ini ialah : “Hidupkan
amalan ziarah”.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,


Amalan ziarah merupakan amalan terpuji dan sangat
dituntut dalam Islam, bukan hanya khusus pada musim
perayaan sahaja. Amalan ziarah-menziarahi ini
bertujuan bagi mengeratkan hubungan tali
persaudaraan sesama kita umat Islam. Amalan ziarah-
menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan
yang sangat bermakna bagi kita sebagai umat Islam,
terutamanya dari sudut perpaduan umat. Namun,
amat mengecewakan serta mendukacitakan, masih ada
diantara kita yang mengabaikan amalan ziarah,
terutamanya menziarahi saudara yang terdekat,
sahabat-handai, jiran tetangga di luar musim perayaan.
Kebiasaan masyarakat kita memahami amalan ziarah-
menziarahi ini hanya bersifat musim atau menjadi
tradisi yang diamalkan sempena sambutan perayaan
sahaja, seperti perayaan Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan
Aidiladha (Hari Raya Haji). Akibatnya, amalan ini
semakin hari semkin terhakis dan diabaikan dengan
alasan sibuk dengan tugas harian. Amalan ziarah-
menziarahi antara amalan yang dilupakan. Mutakhir
ini, kebanyakan kita masing-masing terlalu sibuk dan
leka dengan televisyen, gajet, serta media sosial yang
secara tidak langsung telah menjauhkan kita dengan
amalan ini, perhubungan persaudaraan dan jiran
tetangga menjadi jauh dan saling tidak mengenali. Oleh
itu, marilah para jemaah sekalian kita hidupkan
kembali amalan yang mulia ini. Cubalah kita kurangkan
masa kita dengan peralatan gajet dan media sosial agar
kita boleh menghidupkan kembali amalan ziarah-
menziarahi dan menyambung silaturahim yang
mungkin sudah renggang. Terdapat banyak kelebihan
dalam amalan ziarah, antaranya ialah dapat
menghubung dan merapatkan lagi hubungan
persaudaraan sesama Islam dan sebagai salah satu
usaha untuk memperkukuhkan ikatan persaudaraan
sesama umat Islam yang semakin renggang pada masa
ini. Amalan ziarah-menziarahi juga adalah jalan atau
cara untuk mendapat kasih-sayang dan rahmat
daripada Allah S.W.T, seperti mana Allah berfirman
dalam surah Al-Hujurat ayat 10 :
…………………………………….…………………………………………..
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang
beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,


Ziarah boleh dierti sebagai lawat atau kunjung. Ziarah
ini boleh jadi sebagai adat semata-mata tetapi jika
dilakukan dengan etika, tatatertib dan adab yang betul
menurut Islam, maka ia akan menjadi ibadat. Ziarah
adalah ibadat yang digalakkan dan juga merupakan
salah satu sunnah untuk mengeratkan hubungan
silaturahim, dan Allah juga menjanjikan sebaik-baik
ganjaran iaitu Syurga kepada penziarah, sepertimana
Nabi S.A.W telah bersabda :
…………………………………………………………………………….
Ertinya : “Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau
menziarahi saudaranya kerana Allah, maka telah
berserulah seseorang kepadanya: “Engkau telah
melakukan kebaikan dan baik pulalah perjalananmu,
serta engkau dapat menduduki tempat dalam Syurga”.
(Hadis hasan, riwayat At-Tarmizi)

Dalam memenuhi tuntutan ziarah dan kunjung-


mengunjung, peliharalah adab dan tatatertib supaya
pelaksanaan tuntutan itu sejajar dengan kehendak
syariat. Letakkan niat ziarah kerana Allah untuk
mengeratkan lagi hubungan silaturahim tanpa mengira
pangkat dan darjat. Hendaklah memilih waktu yang
sesuai untuk berziarah sama ada menziarahi orang
sakit, jiran tetangga, saudara-mara, sahabat-handai
agar tidak mengganggu waktu istirahat mereka atau
waktu persiapan untuk keperluan ahli keluarga.
Mulakan kunjungan dengan bertanya khabar dan tidak
bercakap perkara-perkara yang tidak baik sehingga
menimbulkan rasa tidak senang kepada orang yang
dikunjungi. Serta jagalah akhlak dan perilaku diri serta
anak-anak daripada perangai yang tidak disenangi oleh
tuan rumah. Dalam amalan ziarah-menziarahi ini
sebaiknya raikanlah tetamu, seperti menjamu tetamu
dengan hidangan yang termampu oleh kita, bukan
dengan membazir dan berbangga. Dari Abu Syuraih Al-
A’dawi, ia berkata : Kedua mataku melihat Rasulullah
S.A.W, dan kedua telingaku mendengar ketika Baginda
bersabda :
…………………………………………………………………………………….
Ertinya : “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari
akhirat, hendaklah ia memuliakan tetamunya dengan
memberikannya hadiah”. Sahabat bertanya: “Apa
hadiahnya itu, wahai Rasulullah?” baginda menjawab:
“(Menjamunya) sehari semalam. Jamuan untuk tetamu
ialah tiga hari, dan selebihnya adalah sedekah”.
(Hadis riwayat Muslim)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Agama Islam menyeru umatnya agar sentiasa berusaha
bagi memperbaiki serta mempertingkatkan tali
silaturahim antara satu sama lain. Ia mampu
menghubungkan kembali ikatan persaudaraan yang
sudah lama terputus. Amalan ini membolehkan yang
jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang
bersengketa menjadi damai, dan yang rapat dirapatkan
lagi. Maka dengan menghidupkan amalan ziarah ini
akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat
mengeratkan hubungan sesama insan serta
menghubungkan tali silaturahim ini. Kita juga akan
dapat saling mengenali antara satu sama lain, hormat-
menghormati, saling bekerjasama dan tolong-
menolong sesama kita. Melaksanakan tuntutan ziarah
kerana Allah sangatlah digalakkan dan mempunyai
beberapa kelebihan, antaranya ialah sepertimana Nabi
S.A.W telah bersabda :
……………………………………………………………………………………
Ertinya : “Bahawasanya ada seorang lelaki menziarahi
seorang saudaranya di suatu desa yang lain, lalu Allah
memerintah seorang malaikat untuk mengawasinya di
sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah lelaki itu
melalui jalan itu, maka (malaikat itu) datang
menemuinya lalu berkatalah (malaikat itu) kepadanya:
“Kemana engkau hendak pergi?” lelaki itu menjawab:
“Aku hendak ke tempat saudaraku di desa ini”.
Malaikat bertanya lagi: “Adakah sesuatu kenikmatan
yang hendak engkau perolehi dari saudara engkau
itu?” ia menjawab: “Tidak, hanya sahaja aku
mencintainya kerana Allah”. Malaikat lalu berkata:
“Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk
menemuimu (memberitahukan kepadamu)
sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana engkau
mencintai saudaramu itu kerana Allah”.
(Hadis riwayat Muslim)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.


Amalan ziarah-menziarahi hendaklah diteruskan, ini
kerana ia membawa kita kepada perpaduan dan ikatan
persaudaraan sesama kita. Perpecahan boleh terjadi
kerana tidak adanya kesatuan sesama umat Islam,
tidak ada semangat untuk saling berkenal-kenalan
serta berkasih-sayang. Oleh itu, marilah para jemaah
sekalian, bermulalah dari diri kita sendiri untuk
menghidupkan amalan yang mulia ini, serta
menyuburkan perasaan kasih-sayang sesama kita.
Rasulullah S.A.W telah bersabda :
………………………………………………………………………………
Ertinya : “Sesiapa yang tidak menyayangi manusia,
maka Allah tidak akan menyayanginya”. (Hadis riwayat
Muslim)
Menghidupkan amalan ziarah-menziarahi ini dapat
memecahkan tembok yang menjadi penghalang untuk
memupuk perasaan kasih-sayang dan memberi
perhatian kepada golongan yang kurang bernasib baik,
yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Justeru
itu, marilah sama-sama kita meneruskan amalan yang
mulia ini kerana pasti ianya membawa kebaikan yang
sangat besar kepada semua. Allah berfirman dalam
surah Al-Hujurat ayat 10 :
…………………………………………………………………………………
Maksudnya : “Sebenarnya orang-orang yang beriman
itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Sekali lagi saya berpesan kepada diri saya sendiri dan
sidang Jumaat sekalian, marilah kita semua bertaqwa
kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahNya
dan meninggalkan segala laranganNya. Saya juga
berpesan agar sidang Jumaat sekalian mengutamakan
amalan yang berlandaskan nas Al-Quran dan As-
Sunnah serta meninggalkan segala bentuk amalan
syirik, bidaah, khurafat dan karut marut yang
memperbodohkan akal yang waras.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,


Akhlak yang buruk adalah bukti lemahnya iman
seseorang, semakin sempurna akhlak seorang muslim
bererti semakin kuat imannya. Sesungguhnya
hubungan antara iman dan akhlak merupakan
hubungan yang sangat erat. Orang yang sempurna
imannya ialah orang yang paling berakhlak, maka jika
semakin kuat imannya maka akan semakin baik
akhlaknya. Oleh itu, kita sebagai seorang muslim
hendaklah sentiasa berakhlak dengan akhlak-akhlak
yang mulia. Hal ini ialah sepertimana yang telah
diberitahu oleh Rasulullah :
………………………………………………………………………………
Ertinya : “Orang beriman yang paling sempurna
imannya adalah yang paling baik akhlaknya”. (Hadis
hasan sahih, riwayat At-Tarmizi)
Akhlak yang baik juga adalah salah satu penyebab bagi
seseorang untuk dapat masuk ke syurga Allah. Dimana
Rasulullah telah bersabda :
………………………………………………………………………………….
Ertinya : “tiada satu yang lebih berat dalam timbangan
seorang mukmin pada hari Kiamat melainkan akhlak
yang baik, dan sesungguhya Allah sangat membenci
orang yang suka bercakap kotor”. (Hadis sahih, riwayat
At-Tarmizi)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Marilah kita semua bertanggungjawab terhadap segala
amanah yang kita tanggung, sama ada amanah anak,
isteri kita, pekerjaan dan apa sahaja yang kita
diwajibkan menunaikannya. Semua amanah ini akan
ditanya oleh Allah pada hari Kiamat kelak. Marilah kita
menunaikannya sebaik mungkin dan janganlah kita
mengkhianatinya. Sesungguhnya, Allah berfirman
dalam surah Al-Ahzab ayat 56 :
…………………………………………………………………………………
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat
berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang yang
beriman hendaklah kamu berselawat dan salam keatas
nabi”.
Nabi saw bersabda dalam hadis yang sahih,
diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Anas bin
Malik ra :
…………………………………………………………………………………
Yang bermaksud : “barangsiapa berselawat ke atas aku
satu kali, maka Allah membalasnya (dengan
merahmatinya dan Allah memberi ganjaran pahala
kepadanya sebanyak) 10 kali dan (Allah)
menghapuskan dosa-dosanya”.

Anda mungkin juga menyukai