Anda di halaman 1dari 9

MTE3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

PENGINTEGRASIAN LIMA TONGGAK 5 Teras Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Matematik merupakan satu subjek yang sangat penting kepada kita. Ini kerana, melalui matematik kita mampu untuk mempelajari yang betul dalam pengiraan. Matematik juga perlu kerana terdapat pelbagai perkara yang sebenarnya menggunakan matematik sebagai aplikasi dalam kehidupan seharian. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, terdapat 5 teras utama yang perlu kita ketahui iaitu matematik sebagai penyelesaian masalah, penaakulan dan pembuktian dalam matematik, matematik sebagai alat komunikasi, matematik sebagai penghubung dan matematik sebagai perwakilan. Teras yang pertama iaitu matematik sebagai penyelesaian masalah merujuk kepada penerangan mengenai bagaimana kita menggambarkan matematik itu. Lazimnya, apabila kita menyebut tentang matematik, kita menganggap matematik sebagai alat yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, apabila diutarakan soalan matematik, kita akan membayangkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tentunya, setiap orang akan mempuyai bayangan yang berbeza tentang cara untuk menyelesaikan masalah matematik itu. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik ini dapat berjalan dengan lancar, teras yang pertama ini sewajarnya diwujudkan di dalam kurikulum sekolah. Dalam buku How to Solve It yang dikarang oleh George Polya (1945) ada menyatakan mengenai model peyelesaian masalah yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam menyelesaikan semua masalah matematik. Model ini sangat mudah digunakan kerana ianya adalah ringkas dan senang difahami.

1 TAN CHUAN HENG 680607-13-5107 SAINS 1 / PPG 2011

MTE3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Berikut adalah gambar rajah model Polya:

Rajah 1: Model Polya

Antara strategi penyelesaian masalah lain yang boleh guru ajarkan kepada murid adalah, melihat semula, jadual, gambar rajah, memudahkan, mencari pattern kepada soalan. Hal ini akan menjadikan murid lebih faham dan mampu untuk menggunakan pelbagai strategi dalam menyelesaikan masalah matematik. Selain itu juga, hal ini akan membantu murid untuk menjadi lebih positif terhadap perkara-perkara yang melibatkan penyelesaian masalah dalam matematik.

2 TAN CHUAN HENG 680607-13-5107 SAINS 1 / PPG 2011

MTE3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Seperti yang tercatat di dalam standard penyelesaian masalah NCTM, menyelesaikan masalah matematik ini akan membina pengetahuan matematik yang baru dalam diri pelajar. Pemilihan permasalahan yang sesuai akan membantu pelajar untuk menggunakan konsep dan prosedur yang telah dipelajari sebagai panduan untuk mereka menyelesaikan masalah tesebut. Sebagai contoh, prosedur untuk

menyelesaikan permasalahan dalam persamaan akan menjadi lebih berguna sekiranya diaplikasikan di dalam dunia sebenar. Selain itu juga, apabila murid mula memperkembangkan strategi-strategi penyelesaian masalah, mereka akan mula menghubungkaitkan perkara lama dengan yang baru. Ini akan membolehkan minda mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Sebenarnya, kemahiran penyelesaian masalah matematik ini perlu diajar di sekolah rendah dan menengah. Jadi, jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah ini akan memberi banyak manfaat kepada pelajar. Seterusnya, teras kedua dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah mengenai penaakulan dan pembuktian. Teras yang kedua ini sepatutnya tidak diajar di sekolah menengah sahaja, malahan hal ini sepatutnya telah didedahkan di peringkat sekolah rendah lagi. Ini kerana, penaakulan dan pembuktian ini juga sebenarnya akan digunakan pada kehidupan sebenar nanti. Penaakulan dan pembuktian ini seharusnya dimasukkan ke dalam kurikulum matematik. Di sekolah rendah, pelajar bolehlah didedahkan dengan asas penaakulan dan pembuktian sahaja, namun apabila mereka berada di sekolah menengah, perkara yang lebih kompleks perlulah diajar. Contohnya, mereka telah pandai untuk menggunakan pelbagai aplikasi lain dalam penaakulan dan pembuktian ini ketika di sekolah menengah. Menurut NCTM, terdapat 4 standard utama yang sangat penting dalam penaakulan matematik ini. Ia adalah mengecam penaakulan sebagai perkara penting dalam matematik, membuat dan menyiasat masalah matematik, memperkembangkan penaakulan dan bukti dalam permasalahan dan memilih dan menggunakan pelbagai cara penaakulan.

3 TAN CHUAN HENG 680607-13-5107 SAINS 1 / PPG 2011

MTE3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Selain itu juga, terdapat juga proses berulang dalam menyelesaikan masalah penaakulan ini. Gambar rajah di bawah menunjukkan proses-proses tersebut:

Mencari dan mengenalpasti masalah

Mencari formula

Mencari bukti dan pengesahan

Terbukti dan pengesahan

Rajah 2: Proses berulang penyelesaian masalah

4 TAN CHUAN HENG 680607-13-5107 SAINS 1 / PPG 2011

MTE3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Contoh soalan: Perkara yang perlu disiasat: Segi empat sama yang bertindan.

Rajah 3: Contoh soalan penaakulan

Dua segi empat sama 6cmx6cm adalah bertindan seperti yang ditunjukkan di atas. Bucu segi empat kedua berada di pusat segi empat pertama. (seperti yang ditunjukkan) Soalan: 1. Apakah kemungkinan nilai kawasan berlorek? Berikan penjelasan mengenai jawapan anda.

Rajah di atas menunjukkan contoh soalan yang boleh digunakan untuk menguji penaakulan dalam matematik seperti menyelidik, meneka, memberi alasan yang kukuh (sama ada dengan bukti secara formal atau tidak) dan juga penaakulan ruang atau penaakulan induktif. Penaakulan ruang ini yang digunakan untuk memanipulasikan objek dengan jelas sangat perlu diajar di sekolah menengah.

5 TAN CHUAN HENG 680607-13-5107 SAINS 1 / PPG 2011

MTE3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Penaakulan induktif atau anggapan umum ini seringkali disalah gunakan oleh pelajar sewaktu meneka sesuatu menjadi benar. Ini kerana penaakulan induktif dibuat daripada contoh-contoh yang ada dalam soalan. Jadi, kesilapan yang ada pada contoh tersebut akan menjadikan jawapan yang diberikan murid juga adalah salah. Di dalam kelas guru sepatutnya memberi tunjuk ajar yang betul serta memberitahu pelajar mengenai kekuatan penaakulan induktif ini. Dalam pelbagai software geometri sebagainya, pengguna akan menyiasat mengenai pelbagai kumpulan objek yang akan membawa murid kebada kemahiran melukis pula. Namun, seringkali berlaku kesilapan dengan penggunaan teknologi, jadi adalah menjadi tugas seorang guru untuk mengajar pelajar supaya mereka dapat membezakan antara penaakulan induktif dam deduktif. Jadi, jelaslah bahawa guru seharusnya menggalakkan penemuan-penemuan baru dalam konsep penaakulan dan pembuktian ini supaya mereka dapat memahami konsep penaakulan. Seterusnya, teras yang ketiga dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah matematik sebagai komunikasi. Ini kerana, dalam matematik, penggunaan simbol dan perkataan ini akan membawa maksud kepada apa yang akan disampaikan. Melalui komunikasi, idea matematik dapat menjadi satu objek yang boleh diuji kerelevanannya dalam aplikasi, diperbincangkan dan dibuat perubahan supaya idea tersebut boleh diterima munurut logik dan sebab-sebabnya. Proses komunikasi membantu membina idea-idea matematik dan seterusnya dikongsi bersama oleh ahli komuniti yang turut serta dalam proses tersebut (NCTM 2000). Pelajar akan menyatakan hasil dapatan mereka setelah menyelesaikan sebarang permasalahan matemati secara lisan atau bertulis. Inilah yang dikatakan matematik sebagai satu komunikasi. Kemudian, apabila orang lain mendengar penerangan rakan mereka mengenai penjelasan yang diberikan, maka orang-orang tersebut akan membuat penilaian secara kritikal mengenai idea tersebut.

6 TAN CHUAN HENG 680607-13-5107 SAINS 1 / PPG 2011

MTE3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Dalam membincangkan mengenai idea dan konsep matematik ini, interaksi antara semua orang, sama ada guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar akan meningkatkan pemahaman mereka. Semasa mereka diminta untuk berfikir memberikan respon, berbincang, memberi penjelasan, menulis, membaca dan bertanyakan persoalan mengenai matematik, mereka akan memperolehi dua kelebihan tersirat iaitu mereka berkomunikasi untuk belajar matematik serta mereka belajar berkomunikasi secara matematik (NCTM 2000). Komunikasi dalam matematik ini sama juga seperti dalam subjek bahasa iaitu mencakupi aspek pembacaan, lisan dan penulisan. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan pembacaan, lisan atau perbincangan serta penulisan akan meningkatkan pemahaman pelajar dalam pembelajaran matematik (Siegel & Judith 1998). Hal ini juga mencakupi cara guru memberi penerangan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mahir dalam memberitahu pelajar mengenai bahasa matematik dan mesti mengenal segala kosa kata matematik serta kefahaman terhadap definisi dan kesesuaian penggunaannya. Terdapat empat prinsip utama komunikasi yang telah ditetapkan oleh NCTM mengenai kebolehan yang sepatutnya ada pada pelajar bermula dari prasekolah sehingga ke sekolah menengah. Prinsip-prinsip tersebut adalah mengorientasi dan menguatkan pemikiran matematik mereka menerusi komunikasi, menyampaikan idea dan hasil pemikiran matematik dalam struktur yang koheran dan jelas pada guru, rakan sekelas dan orang lain, menganalisis dan menilai pemikiran dan strategi matematik yang digunakan oleh orang lain dan yang terakhir adalah penggunaan bahasa matematik untuk menyampaikan idea matematik dengan lebih jelas. Prinsip-prinsip yang dinyatakan ini adalah menjadi keperluan untuk pelajar-pelajar supaya konsep komunikasi ini dapat mereka gunakan dalam matematik. Jadi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi ini sememangnya merupakan bahagian yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pelajar boleh menyampaikan idea mereka, mengembangkan pemikiran serta memahami konsep dan

7 TAN CHUAN HENG 680607-13-5107 SAINS 1 / PPG 2011

MTE3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

idea matematik. Kaedah penulisan juga boleh digunakan bagi memberi penjelasan, sebab musaba dan menganalisis suatu permasalahan matematik. Kemudian, teras yang ke empat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik pula adalah berkaitan dengan matematik sebagai satu penghubung. Penyelidik pendidikan ada menyatakan bahawa kefahaman matematik adalah dibina berdasarkan pengetahuan sedia. Maksudnya, kita belajar matematik berdasarkan perhubungan antara idea-idea baru dengan idea-idea yang sedia ada dalam minda. Merujuk pada NCTM, terdapat 3 jenis perhubungan yang membina pengetahuan matematik iaitu perhubungan antara pelbagai konsep dan idea dalam matematik, perhubungan antara pelbagai benda yang berkaitan dengan matematik dan perhubungan matematik dan konteks-konteks lain sama ada dalam akademik mahupun dunia luar. Selain itu juga, menurut NCTM terdap 3 standard utama perhubungan dalam matematik bermula dari prasekolah hingga sekolah menengah. Yang pertama adalah mengenal dan menggunakan perhubungan antara semua idea matematik. Kemudian, mereka perlulah menggunakan konsep-konsep ini dengan menghubungkaitkan dengan matematik. Seterusnya adalah memahami bagaimana idea-idea dalam matematik saling berhubung-kait dan yang terakhir adalah mengenal dan menggunakan konsep matematik dalam konteks lain. Perkara ini adalah sama dengan menggunakan matematik dalam bidang-bidang lain. Pelajar yang mampu menghubung kaitkan pelbagai konsep matematik adalah mereka yang memahami matematik dengan mendalam. Hubungan-hubungan seperti itu akan menjadikan pelajar tersebut sangat mahir dalam penyelesaian masalah matematik. Jadi, di sini dapatlah dijelaskan bahawa perhubungan dalam matematik ini akan menjadikan pelajar lebih memahami perkara-perkara baru yang berkaitan dengan matematik. Selain itu juga, mereka akan belajar sesuatu yang lebih bermakna. Akhir sekali, penggunaan teknologi dalam matematik juga menjadi teras dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini kerana, penggunaan teknologi akan membantu murid untuk belajar matematik. Contohnya, penggunaan komputer,
8 TAN CHUAN HENG 680607-13-5107 SAINS 1 / PPG 2011

MTE3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

kalkulator, software, internet dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan murid celik ilmu. Selain itu juga, penggunaan teknologi juga dapat meningkatkan kemahiran murid untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Ia juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan pelajar dalam bidang-bidang lain selain matematik. Jika teknologi tidak digunakan, kita akan ketinggalan kereana banyak negara yang telah maju dalam penggunaan teknologi dalam matematik ini. Kepentingan lain yang dapat dilihat adalah negara dapat melahirkan pakar-pakar teknologi dalam matematik. Jadi, wajarlah teknologi dalam matematik ini diterapkan sejak sekolah rendah lagi. Guru seharusnya bijak memainkan peranan supaya murid dapat belajar dengan lebih baik lagi. Di sini, saya ingin nyatakan bahawa pihak kerajaan sepatutnya menyediakan lebih peluang dan sumber teknologi untuk pelajar. Ini adalah untuk memberi kefahaman yang menyeluruh dalam matematik dengan adanya teknologi sebagai bantuan. Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa setiap teras dalam pengajaran dan pembelajaran matematik ini banyak memberi manfaat kepada pelajar. Ianya juga dapat membantu pelajar supaya mereka dapat memahami matematik secara menyeluruh serta dapat menggunakannya dalam kehidupan harian.

9 TAN CHUAN HENG 680607-13-5107 SAINS 1 / PPG 2011

Anda mungkin juga menyukai