Anda di halaman 1dari 19

KERTAS CADANGAN KARNIVAL SAINS TEMA : THE SCIENCE OF TODAY IS THE TECHNOLOGY OF TOMORROW PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN 4 PISMP SAINS 6 PISMP SAINS TARIKH: 30 JUN 02 JULAI 2013

TEMPAT: PUSAT SUMBER ZAABA IPGKSM BESUT, TERENGGANU. NAMA PENSYARAH : TUAN HAJI MAZLAN BIN MOHD. NOOR
Telah dibentangkan dalam Mesyuarat M3P Tarikh Catatan:

Setiausaha, Program Karnival, PISMP Semester 6, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu. __________________________________________________________________ Pengarah, Institut Pendidikan Guru , Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu. Melalui, Ketua Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu. Tuan/ Puan, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM KARNIVAL SAINS BERTEMAKAN THE SCIENCE OF TODAY IS THE TECHNOLOGY OF TOMORROW. Merujuk kepada perkara di atas, unit 4 dan 6 PISMP Pengajian Sains akan mengadakan Program Karnival Sains pada 30 Jun hingga 2 Julai 2013 yang akan bertempat di IPG Kampus Sultan Mizan. 2. Program ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti, sikap berdaya saing dan cuba jaya dalam kalangan guru pelatih terutama dalam pencetusan budaya rekacipta dan inovasi melalui bakat yang dimiliki guru pelatih. Ia juga merupakan satu platform perkongsian hasil kajian penyelidikan sains dan inovasi kepada seluruh warga IPGKSM. 3. Bersama-sama ini kami sertakan kertas kerja program tersebut sebagai rujukan kepada pihak tuan. 4. Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

16 Jun 2013

Sekian. Saya yang menjalankan tugas,

.......................... (NURUL SYAFIQAH BINTI BADRUDDIN) Setiausaha, Program Karnival Sains dan Teknologi, 5 PISMP Pengajian Sains, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

1. PENDAHULUAN

Karnival Sains yang bertemakan The Sciene of Today is the Technology of Tomorrow adalah satu aktiviti yang julung-julung kali di adakan di IPGKSM untuk mendedahkan guru pelatih tentang keunikan subjek Sains disamping mendedahkan guru pelatih tentang kesinambungan pengembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran Sains yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian Karnival Sains dan Teknologi ini mengetengahkan beberapa aktiviti menarik seperti Pameran Inovasi Sains, Kuiz Sains, Demonstrasi Magic and Science serta pertandingan Roket Air. Kini dengan lonjakan misi dan visi baru IPG, karnival Sains ini diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat terpendam guru pelatih dalam memperlihatkan kehebatan mereka dalam bidang Sains.

2. MATLAMAT

a. Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan konsep sains dan teknologi di kalangan pelajar. b. Membimbing pelajar kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri serta mencetus budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan terma tekanan udara di peringkat IPG. c. Meningkatkan daya kreativiti, sikap berdaya saing dan cuba jaya di kalangan pelajar. d. Mengembangkan bakat dan potensi pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PIPP dan memupuk kejelikitan, semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan pelajar. e. Melonjakkan nama IPGKSM di peringkat IPG sebagai pusat

perkembangan keintelektualan selaras dengan misi dan visi IPG. f. Di samping itu, program ini adalah bertujuan untuk menunjukkan perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional dalam Malaysia.

kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru

3. KUMPULAN SASARAN

I.

Semua warga IPGKSM.

4.BUTIRAN PROGRAM Tarikh: 30 Jun 2 Julai 2013 Masa : 3 hari Tempat : IPG Kampus Sultan Mizan

I. II. III.

5. TENTATIF PROGRAM

Tarikh

Tempat

Masa

Aktiviti

catatan

30 Jun 2013 Ahad

Dataran Arif

7.30-8.00 pagi Majlis Perasmian oleh Pengarah IPGKSM

1) Pameran Sains 2) Demonstrasi Sains dan Magis 3) Kuiz Sains

1 Julai 2013 Dataran Arif Isnin

9.00 pagi 2.00 petang

1) Pameran Sains 2) Demonstrasi Sains dan Magis 3) Kuiz Sains

2.30 -4.30 petang

Pertandingan Roket Air

2 Julai 2013 Selasa

Dataran Nik Arif

7.30 7.45 pagi

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

6. Anggaran kos roket air setiap pasukan

BIL. BAHAN 1. Botol minuman bergas 1.5L 2. 3. 4. 5. 6. 7. Paip PVC Plastic folio Selotape Gunting Benang anchor Plastic sampah nipis

KUANTITI 3

HARGA (RM) -

CATATAN

1 1

3.00 2.00

1 1 1

2.00 1.00

8. 9.

Binding tape Penebuk lubang

1 1

2.00 -

10.00 JUMLAH

Anggaran kos hadiah pertandingan roket air:

1. Hadiah pertama : Wang tunai RM 120 dan plaque (RM 20 ) 2. Hadiah kedua : Wang tunai RM 100 dan plaque (RM 20 ) 3. Hadiah ketiga : Wang tunai RM 80 dan plaque ( RM 20 ) Jumlah : RM 360.00

7. AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG :

EN. KAMARUDIN BIN HASHIM PENGARAH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

PENASIHAT : TUAN HAJI MAZLAN BIN MOHD NOOR

PENYELARAS :

ENCIK ZIKRI BIN AWANG

PENSYARAH PENASIHAT :

PUAN HAJJAH CHE ZAINI BINTI CHE CHIK ENCIK AZMAN BIN OMAR TUAN HAJI RASHID BIN MOHAMAD CIK HAJAH ROSHIDAH BINTI MAT ENCIK ZAKARIA BIN SULAIMAN

8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI NAZMI BIN ISA

NAIB PENGERUSI AHMAD FERDAUS BIN NORHASHIM

SETIAUSAHA NURUL SYAFIQAH BINTI BADRUDDIN

NAIB SETIAUSAHA FARINA NATASHA BINTI HAFIZI

BENDAHARI ROSAHDAN BIN MD AZIZ

NAIB BENDAHARI MOHAMAD IRFAN BIN RAFIE

AHLI JAWATANKUASA

AJK AKTIVITI UMMUL ZETTY BINTI YUSOFF HASYIMAH BINTI HASSAN NUR BADRUL BARIQI BIN IBRAHIM MUHAMMAD SAFWAN BIN SHUHAMI NG WAI MUN

AJK PERHUBUNGAN ABDUL MUIZZ BIN MOHD RASANI JESSICA ANAK BONGSAM KAVITHAA SENGALRAYAN AJK PUBLISITI MOHD ZULKIFLI BIN MOHD NOR NORHASNIDA BINTI ABD. RAHMAN MOHD KHAIRI BIN OTHMAN

AJK DOKUMENTASI AHMAD ASHRAF BIN ALMI EZZAH SYAHIRAH BINTI RAMLI SIVASEHARAN A/L GUNASEHARAN

AJK PERSIAPAN TEMPAT MOHAMAD HAZWAN BIN ARIFIN THIAN FANG MING MOHD NAQIUDDIN BIN ABD. LATIFF SALIHIN BIN AHMAD

AJK PERALATAN MOHAMAD IQBAL BIN ROSLI SITI QURRATUL AINI ULFA BINTI RODIN JAYA MOHAMAD HANIF BIN MAT DAUD KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM

AJK TUGAS- TUGAS KHAS WAN AIDA MADIHAH BINTI WAN AMRAN MUHAMMAD AIMAN BIN AGUS SALIM MOHAMAD ARIF BIN MD NOR JESSIE YEO CHI WEI

AJK HADIAH

ZORA FARHANES BIN ZOLKIFLI MAISARAH BINTI MANAS WINNIE TING SIEW LING

PENGACARA MAJLIS IZZUL SYAHMI BIN CHE RUSSLEE DHILEMON DOMINIC KAJAN PREMA A/P RAJENDRAN

9. BORANG PENYERTAAN

BIL

PERTANDINGAN

NAMA KUMPULAN

NAMA PESERTA ( UNIT )

NO KAD PENGENALAN

ROKET AIR

1. 2. 3. 4.

SYARAT PERTANDINGAN ROKET AIR

PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET AIR

1) TAJUK : Pertandingan roket air

2. TEMA: Penggunaan tekanan dalam menghasilkan tenaga

3. AKTIVITI: Pertandingan rekacipta roket air yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dengan menggunakan tekanan air dan udara secara optimum.

4. PERATURAN UMUM 1) Pertandingan ini terbuka kepada guru pelatih. 2) Hanya satu (1) pasukan terbaik sahaja yang terpilih sebagai pemenang 3) Setiap model roket air hanya boleh dibina dalam Sesi Pembinaan Roket Air (Water Rocket Making Session) sahaja. 4) Semua alat dan bahan keperluan untuk pembinaan model roket air semasa Sesi Pembinaan Roket Air (Water Rocket Making Session) termasuk botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter perlu oleh setiap pasukan 5) Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air yang hanya menggunakan bahan berasaskan plastik serta bahan lembut sahaja. 6) Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja. 7) Johan keseluruhan adalah ditentukan berdasarkan jumlah markah yang diperoleh daripada kategori sasaran dibawa

KAEDAH PENGHAKIMAN Kateogri Sasaran (Target)

1)

Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh di sasaran yang ditetapkan.

2)

Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah ditetapkan 100m. Walau bagaimanapun, panel hakim pada hari pertandingan berhak menentukan jarak baru di antara 50m dan 100m.

3)

Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh di sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air

dalam botol, tekanan udara dan sudut roket. 4) 5) Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja. 6) Tempoh pemasangan (setup) dan persediaan untuk pelancaran roket air adalah tidak melebihi 15 minit. 7) Jarak roket air yang jatuh dalam zon sasaran akan dinilai dan markah akan ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bullseye). 8) 9) Roket air yang jatuh di luar zon sasaran adalah dianggap gagal. Hanya percubaan terbaik sahaja akan diambil kira dalam pengiraan markah johan keseluruhan. 10) Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan). 11) Gambarajah berikut menunjukkan pelan dan dimensi tapak pelancaran dan zon sasaran.

SENARAI KEPERLUAN BAHAN DAN PERALATAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

2 BOTOL MINUMAN BERGAS 1.5L KULIT FAIL PLASTIK PLASTIK FOLIO SELOTAPE GUNTING BENANG ANCHOR BAG PLASTIC SAMPAH NIPIS (BIRU) BINDING TAPE PENEBUK LUBANG

10. PENUTUP

Diharapkan pelaksanaan Program Karnival Sains ini dapat dijalankan dengan lancar supaya IPGKSM dapat melahirkan guru yang kreatif serta inovatif malah berani mengharungi cabaran yang semakin rencam dalam kancah sistem pendidikan hari ini.

Disediakan Oleh :

......................................... (NURUL SYAFIQAH BINTI BADRUDDIN) Setiausaha, Program Karnival Sains, Semester 5 Pismp, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

Disemak Oleh:

........................................ ( ENCIK ZIKRI BIN AWANG ) Penyelaras Karnival Sains, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Melalui:

........................................ (PUAN HAJAH CHE ZAINI BINTI CHE CHIK) Ketua Jabatan Sains, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Diluluskan Oleh :

....................................... (EN.KAMARUDIN BIN HASHIM) Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu

Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan program ini.

Ulasan

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ _____________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai