Anda di halaman 1dari 21

IKAN HIASAN TAHUN 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEMUDI

PENGENALAN KEPADA AKSESORI AKUARIUM

Kelengkapan dan aksesori akuarium


1. -

Bekas Juga dikenali sebagai akuarium yang mana merupakan tempat untuk meletakkan ikan hiasan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum memilih akuarium, iaitu :
Jenis ikan hiasan yang hendak dipelihara. Saiz dan kuantiti ikan hiasan.

Lokasi untuk meletakkan bekas atau akuarium tersebut.

Kelengkapan dan aksesori akuarium


2. Pam dan penapis air - Pam air berfungsi untuk mengitar pergerakan air yang terdapat di dalam akuarium. Udara yang sentiasa bergerak akan mengekalkan suhu air di dalam akuarium. - Penapis air digunakan untuk menapis air daripada kotoran di dalam akuarium. - Penapis yang asas biasanya dibuat daripada gantian kapas. Kotoran seperti habuk dan mendakan halus akan terlekat pada gantian kapas tersebut.

Kelengkapan dan aksesori akuarium


3. Lampu - Diletakkan di dalam akuarium untuk mencantikkan lagi pemandangan di dalam akuarium. - Sesetengah lampu juga boleh membekalkan sumber cahaya untuk proses fotosintesis kepada tumbuhan akuatik.

Kelengkapan dan aksesori akuarium


4. Tumbuh-tumbuhan - Tumbuh-tumbuhan juga merupakan aksesori tambahan yang boleh digunakan untuk mencantikkan lagi pemandangan sesebuah akuarium. - Terdapat dua jenis tumbuh-tumbuhan iaitu:
1. Tumbuhan Akuatik 2. Tumbuhan Tiruan

Kelengkapan dan aksesori akuarium


-

Tujuan meletakkan tumbuhan akuatik ke dalam akuarium adalah untuk:


-

Mencantikkan pemandangan akuarium. Membekalkan oksigen kepada ikan Sumber makanan kepada ikan Tempat ikan hiasan bertelur

Kelengkapan dan aksesori akuarium


5. Pasir, Batu dan Kayu Buruk - Boleh dijadikan sebagai aksesori untuk mencantikkan pemandangan didalam akuarium ikan hiasan

Kelengkapan dan aksesori akuarium


6. Model - Aksesori tambahan yang digunakan untuk mencantikkan lagi pemandangan akuarium.

JOM LAKUKAN AKTIVITI.

LANGKAH PENYEDIAAN AKUARIUM

1. Sediakan semua aksesori akuarium

2. Bersihkan akuarium sebelum memasukkan aksesori kedalamnya

3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan seperti pasir, batu dan kayu. Kemudiannya, tuskan semua bahan tersebut dengan penapis atau bekas yang sesuai

4. Masukkan pasir, batu dan kayu buruk ke dalam akuarium dengan berhati-hati

5. Masukkan pam dan penapis air ke dalam akuarium.

6. Masukkan air dan larutan antiklorin ke dalam akurium

7. Letakkan tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan ke dalam akuarium

8. Letakkan dan pasangkan lampu di bahagian bawah penutup akuarium

9. Hidupkan suis alat penapis dan lampu

10. Akuarium yang sedia untuk dimasukkan ikan hiasan

Anda mungkin juga menyukai