Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS GURU BESAR SJK (T) KUALA KANGSAR UJIAN 2 BAHASA MELAYU (PENULISAN) (1 JAM 15 MINIT) NAMA:____________________ KELAS:4

_______

Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 15 Minit ) ( 10 Markah ) Gambar di bawah menunjukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sebuah keluarga di halaman rumah mereka. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar dibawah.

Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 30 Minit ) ( 30 Markah ) Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan ditulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1.Tulis sebuah karangan yang bertajuk Aku sebuah basikal.

ATAU

2. Anda sebagai setiausaha Persatuan Sains di sekolah anda, ditugaskan untuk menyediakan laporan tentang lawatan sambil belajar ke Muzium Negara.Sediakan laporan itu selengkapnya.

ATAU

3.Andaikan bahawa abang anda yang telah dua tahun belajar di luar negara akan pulang bercuti ke tanah air.Tulis catatan tentang persiapan anda untuk menyambut kepulangan abang kesayangan anda. Tulis catatan itu selengkapnya.

Bahagian C ( Masa yang dicadangkan : 20 Minit ) ( 20 Markah ) Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sejak kecil lagi Amala memang suka memasak. Dia selalu membantu ibunya di dapur untuk membuat kek. Dia pandai menguli tepung supaya sebati. Di sekolah dia selalu membantu guru dan rakan-rakannya. Sekiranya rakanrakan tidak faham, dia kan menunjukkan cara penyelesaian. Amala seorang murid yang rajin, dia sering mengulang kaji pelajaran sebelum guru mengajar dalam kelas. Dia mudah menerima isi pelajaran yang disampaikan. Rakan-rakan suka mendampingi Amala kerana dia tidak sombong dan suka membantu. Amala juga sangat menghormati guru-gurunya. Dia selalu menegur guru-guru sekiranya berselisih ketika berjalan. Dia senyum dan mengucapkan selamat. Dia senyum dan mengucapkan selamat. Amalan ini sangat disukai oleh guru-guru di sekolahnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai