Anda di halaman 1dari 1

Buat yang bertanyakan tentang cara untuk mendengar radio online, di sini ingin

dikongsikan sedikit maklumat kepada yang bertanya, juga sebagai informasi untuk
semua. Di Malaysia, selain daripada stesyen radio berdaftar yang menggunakan
frekuensi radio, terdapat beberapa lagi radio yang menggunakan internet sebagai
medium penyampai atau lebih dikenali sebagai radio online. Antaranya, Nasyidfm
dan Jiwangfm. Ikim.fm dan hotfm juga mempunyai radio online mereka sendiri
sebagai altenatif kepada mereka yang tak punya radio.
Untuk mendengarnya, anda tak perlu untuk terus ke website setiap radio tersebut. Gunakan sahaja perisian winamp
kerana ia lebih ringan dan memudahkan anda mendengar (tak perlu buka IE, mozilla). Anda juga boleh gunakan
media player lain tetapi untuk mudahkan proses mendengar, gunakan sahaja winamp.
Pertama sekali, run winamp di komputer anda. Pastikan komputer mempunyai capaian internet (kalau tak, masakan
anda dapat baca posting ni ya?). Di winamp, klik pada add>add url. Satu tetingkap akan muncul.

Taipkan address radio pilihan anda. Sebagai contoh, cuba dengarkan ikim.fm ini:
http://210.48.148.126:8181/ikim?MSWMExt=.asf (Copy dan pastekan ke ruang open url seperti di atas.)
Tekan butang Open dan kemudian butang play. Winamp akan membuat connecting ke server radio tersebut. Jika
anda tidak mendengar apa-apa ini bermaksud server tersebut sudah mencapai had pendengar yang ditetapkan. Anda
akan bernasib baik jika dapat mengakses ke server radio tersebut untuk mendengar siaran.
Berikut adalah url bagi radio-radio online pilihan:
IKIM.fm - http://210.48.148.126:8181/ikim?MSWMExt=.asf
1. Nasyid.fm - http://host-1.nasyidfm.net:8000
2. Kedahfm - http://60.51.214.210:8000/ (best dengar ceramah agama pukul 2 ptg)
3. HOTfm - http://rs9.radiostreamer.com:10000/
4. FLYfm - http://rs9.radiostreamer.com:11000 fly fm
5. Jiwang.fm - http://radio.jiwang.cc:8080/
6. Selangorfm - mms://nyeng.mmu.edu.my/rms (susah untuk dapat)
7. Rangkaian Nur Islam (RTBrunei) - mms://202.160.15.86/nur-Islam
Selamat mendengar. Harap dapat turunkan komen sebagai maklum balas anda mengenai informasi ini. Syukran..

Anda mungkin juga menyukai