Anda di halaman 1dari 17

PENDAHULUAN Sesetengah daripada golongan pendidik menganggap bahawa istilah

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran adalah mempunyai definisi yang sama sahaja walaupun pada hakikatnya konsep bagi setiap istilah -istilah itu adalah berbeza sama sekali. Bagi seseorang yang bergelar guru, sukar untuk membezakan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Seseorang pendidik perlulah jelas dengan konsep keempat-empat istilah tersebut sepaya mereka tidak tersalah erti dan silap dalam merancang rancangan pengajaran harian yang menyebabkan objektif pembelajaran yang hendak dicapai tidak berjaya disempurnakan. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat -empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru supaya ilmu pedagogi yang dimuridi dapat diamalkan dalam bilik darjah dan seterusnya dapat melaksanakan proses Pembelajaran dan guruaran dengan sempurna. KONSEP STRATEGI

Mengikut Kamus Dewan, strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Strategi juga memberi erti kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Menurut Mok Soon Sang di dalam bukunya Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran, dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan. Secara amnya, strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik mengajar sahaja. Maka, di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut :

Penentuan pendekatan berdasarkan objektif murid dan tahap pemahaman murid

Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.

Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan konsep pengajaran

STRATEGI PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif ialah sejenis pembelajaran kolaboratif yang spesifik. Dalam pembelajaran koperatif, murid-murid bekerjasama dalam kumpulan kecil sewaktu menjalankan aktiviti yang berstruktur. Mereka mempunyai akauntabiliti ke atas kerja mereka, dan kerja kumpulan mereka dibuatkan pentaksiran. Murid-murid dalam kumpulan bekerja secara bersemuka dan belajar bagaimana untuk bekerja dalam kumpulan sebagai satu pasukan.Sewaktu bekerja dalam kumpulan kecil, murid-murid boleh berkongsi kekuatan mereka dan juga dapat mengembangkan kemahiran mereka yang lemah. Kemahiran interpersonal murid-murid dapat dikembangkan. Murid akan belajar bagaimana menangani konflik. Bila kumpulan-kumpulan koperatif dibimbing oleh objektif yang jelas, murid-murid yang terlibat dengan pelbagai aktiviti dapat memahami pelajaran yang diterokai.Sebagai jaminan pembelajaran koperatif boleh berlaku, tiga perkara adalah perlu. Pertamanya, murid perlu merasa selamat, tetapi dicabar. Keduanya kumpulan hendaklah cukup kecil agar semua ahli dapat menyumbang. Ketiganya tugasan yang perlu dibuat bersama mestilah jelas.Juga, kumpulan kecil dalam pembelajaran koperatif menyediakan: Penglibatan aktif murid Guru kadangkala menjadi murid, dan murid mengajar Menghormati setiap ahli Projek dan persoalan memdatangkan minat dan mencabar Kepelbagaian dialu-alukan, dan setiap sumbangan dihargai Murid memmuridi kemahiran menangani konflik bila ia muncul Ahli menggunakan pengalaman lampau dan pengetahuan mereka Matlamat dikenalpasti dengan jelas dan digunakan sebagai pedoman Alat kajian seperti kemudahan internet disediakan Murid diberikan autoriti ke atas pembelajaran mereka sendiri

Kaedah Pembelajaran Pasukan Murid adalah satu kaedah yang digunapakai oleh kebanyakan pembelajaran koperatif. Semua kaedah koperatif berkongsi idea yang murid-murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran

ahli pasukan selain diri mereka sendiri. Tambahan kepada idea menjalankan kerja secara koperatif, kaedah Pembelajaran Pasukan Murid memberikan penekanan kepada matlamat pasukan dan kejayaan pasukan yang hanya boleh dicapai jika semua ahli dalam pasukan belajar. Dengan kata lain, tugas murid-murid bukanlah melakukan sesuatu sebagai satu kumpulan tetapi belajar sesuatu sebagai satu kumpulan. Tiga konsep utama dalam semua kaedah Pembelajaran Pasukan Murid ialah ganjaran pasukan, akauntabiliti individu, dan peluang yang saksama untuk menang. Pasukan boleh memperoleh sijil atau lain-lain jenis ganjaran jika mereka capai tahap suatu kriteria yang ditetapkan. Akauntabiliti individu bermaksud bahawa kejayaan pasukan bergantung kepada pembelajaran individu setiap ahli kumpulan. Akauntabiliti merujuk kepada aktiviti ahli kumpulan dalam membantu satu sama lain dan memastikan semua ahli kumpulan bersedia untuk mengambil kuiz atau sebarang jenis pentaksiran tanpa bantuan ahli pasukan. Peluang yang saksama untuk menang bermaksud murid menyumbang kepada pasukan masing-masing melalui penambahbaikan ke atas prestasi mereka yang lepas. Ini dapat memastikan murid yang berpencapaian tinggi, sederhana, dan rendah dicabar dengan saksama untuk melakukan yang terbaik, dan sumbangan dari semua ahli kumpulan dihargai.

Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri ialah kaedah mengajar yang menganggap semua murid boleh belajar jika disediakan keadaan-keadaan pembelajaran yang sesuai. Secara khususnya, pembelajaran masteri ialah suatu kaedah di mana murid tidak meneruskan pembelajaran yang berikutnya selagi murid tidak menunjukkan kecekapannya dalam pelajaran sekarang. Kurikulum pembelajaran masteri umumnya terdiri daripada topiktopik kecil yang tersendiri yang mana semua murid memulakannya bersama-sama. Murid yang tidak dapat melengkapkan satu topik dengan memuaskan akan diberikan pengajaran tambahan sehingga mereka berjaya. Manakala murid yang menguasai topik itu lebih awal akan melibatkan diri dalam aktiviti pengayaan sehingga seluruh kelas boleh maju bersama-sama. Pembelajaran masteri mempunyai banyak unsur tutorial yang berjaya dan menunjukkan sifat berdikari dalam diri murid yang berjaya. Dalam persekitaran pembelajaran masteri, guru mengarahkan pelbagai teknik pengajaran berasaskan kumpulan, selalu mendapatkan maklumbalas menggunakan ujian

diagnostik, formatif serta membetulkan kesilapan murid secara berkala. Penilaian yang dilakukan oleh guru adalah condong ke arah ujian rujukan- kriteria berbanding ujian rujukan-norma.Pembelajaran masteri boleh dilaksanakan sebagai pengajaranberkumpulan yang mengikut kadarkelajuan guru, memberi tutorial secara seorang-seorang, atau mengikut kadar- kelajuan sendiri dengan berbantu bahan pengajaran yang telah diprogramkan. Ia mungkin melibatkan pengajaran guru secara langsung, kerjasama dengan rakan sekelas atau pembelajaran berdikari. Ia memerlukan objektif pembelajaran yang jelas didefinisikan, juga yang diorganisasikan ke dalam unitunit kecil dan berurutan. Dalam pembelajaran masteri terdapat banyak unsur pengajaran individu walaupun pengajaran itu disampaikan secara dalam kumpulan di mana bagi murid yang berkebolehan dan bermotivasi boleh maju ke hadapan sementara interaksi guru dimaksimumkan kepada murid yang sangat-sangat memerlukan bantuan guru. Kaedah pembelajaran masteri boleh dikembangkan dengan berkesan bila anda menentukan bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran itu dihubungkan dengan perbezaan individu muridmurid. Perkara utama dalam pembelajaran masteri ialah Ambil masa anda iaitu ambillah sebanyak mana masa yang diperlukan untuk belajar dengan mantap. Masa yang diperlukan untuk belajar mestilah dipadankan dengan aptitud. Tiada murid dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran ke perkara baru sehingga perkara asas dan perlu diketahui terlebih dahulu dikuasai. Dicadangkan supaya satu ujian-pra dan kajian semula dijalankan pada awal tahun persekolahan berkaitan dengan perkara-perkara yang penting, fakta asas, kemahiran, atau konsep yang diperlukan untuk menjamin kejayaan akan datang. Di hujung sesuatu unit pengajaran atau setiap dua minggu, ujian dijalankan untuk mengetahui apa yang telah murid muridi dan belum dimuridi. Bagi membaiki kesilapan murid, terutamanya selepas satu ujian diagnostik selesai, pengajaran hendaklah diulang. Bila telah diketahui poin atau bahagian mana yang tidak dikuasai murid dan anda mengajarnya semula, tidak mustahil setiap murid boleh memperoleh gred A di akhirnya. Murid-murid sepatutnya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kumpulan belajar. Bahanbahan pembelajaran alternatif sepatutnya disediakan kepada murid-murid. Anda hendaklah membuatkan murid-murid merasakan bahawa mereka dinilai melalui prestasinya. Mereka mesti diperihalkan prosesproses spesifik untuk mereka atasi kesusahan dalam menguasai pelajaran berkenaan.

Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya, dengan membuat pengubahsuaian kadar kelajuan murid itu belajar dengan rutin pembelajarannya. Murid-murid boleh diajar dan boleh belajar. Di sekolah-sekolah kini yang mengamalkan cepat-cepatlah menyebabkan pendidikan di sekolah tidak menyediakan cukup masa untuk pembelajaran yang mendalam, mengingat, mengulang dan seumpamanya kecuali hanya memaklumkan. Keadaan ini akan melahirkan pembelajaran yang ce tek. Ini jelas berlaku di mana hanya selepas beberapa bulan selepas peperiksaan, kebanyakan isi kandungan pelajaran itu tidak dapat diingat semula.

Unsur terpenting sekali dalam pembelajaran masteri adalah: 1. Tentukan dengan jelas apakah yang akan dimuridi dan bagaimanakah ianya akan dinilai 2. Benarkan murid-murid belajar pada kadar kelajuan masing-masing 3. Menjalankan pentaksiran ke atas kemajuan murid dan juga menyediakan maklumbalas yang sesuai atau membuat pembetulan/menambahbaik ke atas murid yang belum menguasainya. 4. Menguji supaya kriteria akhir pembelajaran itu telah dicapai

Pembelajaran Kontekstual

Sebahagian besar murid di sekolah tidak mampu membuat hubungkaitan antara apa yang mereka muridi dan bagaimana ilmu itu boleh digunakan. Murid-murid mengalami kepayahan untuk memahami konsep akademik seperti matematik, jika diajar secara abstrak dan stail syarahan, sedangkan mereka perlu memahami konsep itu yang sangat berkaitan dengan tempat kerja atau dalam masyarakat. Bagaimanapun, telah ramai guru mendapati murid-murid akan faham bila hubungkaitan dibuat di antara maklumat atau pengetahuan baru dengan pengalaman yang mereka sudah ada, atau dengan pengetahuan yang mereka sudah kuasai. Juga bila murid diajar mengapa mereka memmuridi konsep-konsep tersebut dan bagaimana konsep-konsep itu boleh digunakan di luar bilik darjah. Murid-murid juga belajar dengan lebih berkesan bila mereka dibenarkan bekerjasama dengan murid-murid lain dalam kumpulan atau pasukan.

Mengikut teori pembelajaran kontektual, pembelajaran berlaku apabila murid memproses maklumat baru atau pengetahuan dengan cara yang ia dapat memberi permaknaan kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dalam dunia dalaman mereka sendiri iaitu ingatan, pengalaman, dan tindakbalas). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sebegini beranggapan bahawa fikiran secara semulajadi mencari makna dalam konteks, iaitu yang ada hubungan dengan persekitaran semasa seseorang itu, dan ia mencari perhubungan yang memberikan makna dan kelihatan berguna. Berdasarkan ini, pembelajaran kontekstual memberikan fokus ke atas pelbagai aspek persekitaran pembelajaran, sama ada bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat kerja, atau ladang. Pembelajaran kontekstual menggalakkan guru untuk memilih mereka persekitaran pembelajaran yang menerapkan sebanyak mungkin pengalaman yang berbeza (sosial, budaya, dan psikologikal). Dalam persekitaran sebegini, murid-murid akan menemukan hubungan yang bermakna antara idea abstrak dan penggunaan yang praktikal dalam konteks dunia sebenar; konsep-konsep akan disebatikan melalui proses penemuan, pengukuhan, dan membuat kaitan. Terdapat beberapa strategi yang berasaskan pembelajaran kontekstual yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk menjayakan pembelajaran iaitu: Menghubungkait, Mengalami, Menggunakan, Bekerjasama, dan Pemindahan.

Menghubungkait: Iaitu pembelajaran yang mempunyai konteks dengan pengalaman hidup, atau menghubungkan dengan pengalaman tersedia murid dengan konsep baru. Oleh itu peranan guru bawa perhatian murid-murid kepada pemandangan, kejadian, dan keadaan semasa setiap hari. Kemudiannya maklumat baru mesti dihubungkaitkan dengan suasana hari-hari supaya pengetahuan baru itu boleh diserap atau satu masalah untuk diselesaikan. Contohnya, kejadian hujan boleh dijadikan contoh bagaimana hubung kait persekitaran yang sedia ada seperti air, suhu, angin, awan dan perubahan suhu memain peranan dalam memahami sains dalam kejadian hujan secara konkrit.

Mengalami: Mengalami pembelajaran dalam konteks penerokaan, penemuan, dan merekacipta adalah jantung bagi pembelajaran kontekstual. Bagaimana termotivasi sekalipun murid kerana mengikuti pengajaran seperti menonton video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, semuanya merupakan pembelajaran yang secara relatifnya pasif berbanding pembelajaran di mana murid dapat memanipulasikan peralatan dan bahan dan lain-lain bentuk kajian yang aktif. Contohnya, menyukat suhu air panas menggunakan jangka suhu.

Menggunakan: Menggunakan konsep dan maklumat ke dalam konteks yang berguna selalunya menunjukkan kepada murid bayangan masa depan (pekerjaan) atau ke suasana yang tidak biasa. Selalunya pengalaman kontekstual ini diperolehi melalui pengalaman sebenar seperti membuat lawatan, dan menjalankan amali di institusi-institusi. Contohnya, menggunakan jam randik menyukat tempoh masa yang diambil untuk berjalan dalam jarak 100 meter.

Bekerjasama: Bekerjasama pembelajaran dalam konteks perkongsian, merespons, dan berkomunikasi dengan murid-murid lain - adalah strategi pengajaran dalam pembelajaran kontekstual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu murid memmuridi bahan yang diajar, ia juga selaras dengan fokus dunia sebenar. Majikan inginkan pekerja yang boleh berkomunikasi dengan berkesan, yang boleh berkongsi maklumat dengan rela, dan yang boleh bekerja dalam pasukan dengan selesa. Contoh mendapatkan maklumat dan melaksanakan projek tanaman jagung.

Pemindahan: Pembelajaran dalam konteks pengetahuan sedia ada, atau pemindahan, ialah menggunakan dan membina pengetahuan baru di atas pengetahuan yang murid sudah ketahui. Pendekatan ini adalah hampir sama dengan menghubungkait kerana ia mementingkan sesuatu yang sudah biasa. Kebolehan menyelesaikan masalah dalam diri murid-murid akan berkembang jika anda memastikan murid membina pengalaman baru di atas apa yang mereka sudah ketahui.

Pengajaran Sains Berkesan Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan murid yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad murid. Dalam bahasa yang mudah, murid berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, murid lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani. Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada: a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran, b. Keperluan bahan pengajaran c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran d. Kemahiran berkomunikasi. Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Ini termasuklah: 1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari. 2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah 3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah 4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah. 5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah. 6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah. 7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah. 8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah. 9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah.

10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah. 11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga turut mempunyai saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru berkesan. Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi, faktor murid juga boleh mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam sebuah kelas tetapi murid yang mengikuti pengajarannya tidak tahu peranan mereka sebagai murid yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya akan sia-sia sahaja.

Syarat Utama Mengajar Sains Dengan Berkesan Terdapat beberapa syarat utama yang perlu diketahui oleh seorang guru untuk menghasilkan pengajaran sains berkesan,. Syarat tersebut ialah:` 1. Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang guru. 2. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap muridnya. 3. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan. 4. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain. 5. Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain. 6. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur. 7. Menyedari dan mengetahui harapan para murid di bawah bimbingannya. 8. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para muridnya. 9. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan murid. 10. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan murid. 11. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan murid. 12. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua murid.

13. Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan murid. 14. Mempunyai sikap suka mendengar. 15. Mempunyai sikap humor ketika bersama murid. 16. Mempunyai daya penarik yang menakjubkan. 17. Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif. 18. mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar. 19. Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar. 20. Mempunyai kepakaran berkomunikasi. 21. Mempunyai pengetahuan tentang kemanusiaan. 22. Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya jika diberi bimbingan yang mencukupi. 23. Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan kemahiran yang berkaitan tugasannya. 24. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa kejayaan boleh dicapai setelah berusaha. 25. Selalu berdoa untuk diri dan muridnya. 26. Sentiasa bertawakal kepada Allah. Langkah-langkah Pengajaran Sains Berkesan: Secara ringkas, langkah yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru untuk memastikan ia menghasilkan pengajaran yang berkesan ialah: a. Persediaan pengajaran b. Menyatakan tajuk pengajaran c. Menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran, apakah yang diperolehi selepas pengajaran-pembelajaran d. Melakukan aktiviti pengenalan pengajaran (Set Induksi)

e. Mempersembahkan bahan pengajaran f. Membuat kesimpulan pengajaran g. Mengadakan aktiviti pengukuhan Persediaan Pengajaran 1. Sediakan tajuk pengajaran 2. Sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai: a. b. c. d. e. f. g. Apakah konsep penting dalam tajuk Apakah isi-si penting Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh murid berkaitan tajuk Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah) Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan Contoh yang berkaitan kesimpulan yang disampaikan

3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang: 1. Induksi set 2. Kaedah interaksi 3. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan Kemahiran Proses Sains
Memerhati Mengelas Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Berkomunikasi Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsir maklumat Mendefinisikan secara operasi Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen

Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Seorang guru boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada murid yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran guru mengenai kaedah yang akan digunakan. Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan digunakan, iaitu: 1. Kaedah Heuristik Dalam kaedah ini, murid dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. Peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai. 2. Kaedah Induktif. Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. Kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa. 3. Kaedah Deduktif. Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu murid bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh. 4. Kaedah Dogmatik Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. Latihan diberi untuk murid menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat. 5. Kaedah projek. Murid dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan guru. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai.

6. Kaedah Amali. Murid menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai. 7. Kaedah Lawatan. Guru mengatur supaya murid melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah) dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah. 8. Kaedah Sintesis. Murid bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui. berdasarkan data yang ada, murid merumus kesimpulan. 9. Kaedah Topik Guru membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan. 10. Kaedah Simulasi Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, guru menetapkan peranan dan situasi untuk murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini, murid berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai murid sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan.Keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang dimainkan itu. 11. Kaedah Cerita Guru membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat dan motivasi murid. 12. Kaedah Perbincangan Guru membimbing murid untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian. 13. Kaedah Modular Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, murid dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir

pembelajaran murid mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan. 14. Kaedah Soal jawab Guru mengemukakan soalan untuk dijawab oleh murid di mana jawapan itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.

Semua kaedah yang disebutkan di atas, dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran proses sains di kalangan murid dalam aspek-aspek sains berikut: 1. Melakukan eksperimen 2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen 3. Membuat pemerhatian/pengamatan 4. Mengenal pasti perubahan 5. Mengenal pasti perbezaan 6. Mengenal pasti kesamaan 7. Membuat perbandingan 8. Mencatat data 9. Mengolah/memproses data 10. Meramal berdasarkan data 11. Mengingat kembali fakta 12. Membuat kesimpulan 13. Mentafsir data dan maklumat 14. Membuat hipotesis 15. Membuat inferens 16. Membuat laporan (berkomunikasi)

17. Menggunakan konsep 18. Memberi alasan/sebab 19. Melukis rajah 20. Melabel rajah 21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul 22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul 23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul

Analisa Video Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tema : Menyiasat Alam Bahan Tajuk : 1) Sifat bahan Kemahiran : 1.1) Memahami sifat bahan 1.1) Memahami sifat bahan

Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1) Mengelaskan bahan berdasarkan kebolehan cahaya menembusinya. Durasi : 30 minit Kaedah : Kaedah Soal Jawab Strategi :

Anda mungkin juga menyukai