Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

Bil. 1.O PENGENALAN Tajuk Muka Surat 1

2.O

JENIS STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4

KAEDAH TEORI KECERDASAN PELBAGAI Konsep dan Definisi Potensi Dan Kecerdasan Manusia Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3 3 4 5 6

2.2 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4

KAEDAH KONTEKSTUAL Definisi dan Konsep Teori Kontekstual Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual

6 6 7 89

10

2.2.5

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual

10

2.3

KEMAHIRAN BERFKIR

12

2.4

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

12

2.5 2.5.1 2.5.2 2.5.3 3.0

KAEDAH PENGAJARAN INTEGRASI Definisi dan Konsep Tujuan Dan Kaedah Yang Digunakan Peranan Guru Dalam Kaedah Pengajaran Integrasi.

13 13 13 14

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani Tahun 5 dan tema pergerakan kreatif

15

4.0 5.0 RUMUSAN RUJUKAN 28 29

1.0

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi kesemua aspek dalam domian pembelajaran iaitu kognitif, afektif, sosial, pskomotor dan emosi. Melalui matapelajaran Pendidikan Jasmani, pelajarkan mendapat ruang untuk dirinya mencuba dan mengalami pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe, 2005). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berupaya menyediakan kanak kanak untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berurutan. Secara ringkasnya, matapelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan berupaya menyediiakan kanak kanak untuk mengamalkaan gaya hidup yang sihat dan aktif dengan menyelitkan skop skop pengajaran dan pembelajaran menerusi pengalaman yang rapi dan pelbagai. Secara rngkasnya, Pendidikan jasmani dan kesihatan adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar ( Colfer, 1986). Pendekatan dalam Pendidikan Jasmani masa kini adalah tertimpu kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan Jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong aktiviti aktiviti berunsur kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan jasmani dan kesiahtan sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan insan kanak kanak. Dengan kata lain, matapelajaran Penddikan Jasmani dan Kesihatan adalah merupakan satu matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain pskomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang seimbang dan menyeluruh dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif ( Aishah Abu Samah, 1993).

2.0

JENIS STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi membantu mereka menjadikan pengajaran dan pembelajaran mereka menjadi lebih menarik dan berkesan. Namun, sebelum mengetahui akan strategi yang ingin digunakan, guru juga perlu faham tentang maksud strategi mengajar dan perbezaannya dengan teknik mengajar. Strategi merupakan suatu susunan pendekatan pendekatan dan kaedah kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Manakala teknik pula adalah cara bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan situasi situasi tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi yang ingin diciptakan. Ianya lebih dikenali sebagai suatu prosedur untuk guru mencapai objektif pengajaran. Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk melaksana dan mengelola aktiviti pembelajaran bagi menghasilkan suatu output yang segera dan maksimum pada waktu pengajaran berlangsung. Secara khususnya, teknik merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepatkan proses penanggapan pelajar. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap

pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu: 1. 2. 3. Tujuan am (learning goal) Objektif pelajar (specific objective) Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. 4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar.
2

5.

Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.

Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Seorang guru perlu bijak dalam memilih strategi strategi yang ingin digunakan agar sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar di dalam kelas tersebut. Hal ini adalah kerana pemilihan strategi yang tepat akan menghasilkan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang seronok, berkeyakinan serta mencapai objektif yang ingin disampaikan dengan mudah dan berkesan disamping berjalan lancar kesemua aktiviti yang dijalankan. Strategi strategi yang dimaksudkan ialah kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, kemahiran belajar secara kritis dan kreatif, pembelajaran akses kendiri, kaedah pengajaran integrasi. Berikut merupakan maklumat asas tentang kemahiran kemahiran yang digunakan dalam sebuah rancangan pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam aktivti dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2.1

KAEDAH TEORI KECERDASAN PELBAGAI

2.1.1 Konsep dan Definisi

Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Pada tahun 1904, Alfred Binet seorang psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan Skala 1905. Skala 1905, untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak. Manakala, William Stern (1912) telah memperkenalkan konsep darjah kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus. Mengikut sesetengah pendidik, kecerdasan bukan serupa dengan umur, tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah, termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian.
3

2.1.2 Potensi Dan Kecerdasan Manusia

Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan jika dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu. Ianya dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya. Potensi dan kecerdasan manusia boleh ditinjau dari aspek-aspek jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial seperti yang diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan .

KECERDASAN-KECERDASAN Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Kecerdasan Linguistik

kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.

Kecerdasan Logikal-matematikal

kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta mengamati dunia visual.

Kecerdasan Visual-spatial

kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual

Kecerdasan Muzik

kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.

Kecerdasan Tubuh Kinestetik

kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.

Kecerdasan Interpersonal

kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.

Kecerdasan Intrapersonal

kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri.

Kecerdasan Spritual

ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.

2.1.3

Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Paendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.

menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.

meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.

meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

meningkatkan profesionalismegurudan menggalakkan inovasi dan penyelidikandalam pengajaran dan pembelajaran.

mewujudkan kolaboratif disekolah. mempelbagaikan penilaian.


5

2.1.4 Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah

2.2

KAEDAH KONTEKSTUAL

2.2.1 Definisi dan Konsep Matlamat Membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstualdalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif Guru berupaya: Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalambilik darjah dengan yakin dan berkesan. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

Definisi Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini

menyediakanpembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on.


6

2.2.2 Teori Kontekstual Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut: 1. Konteks pembelajaran yang pelbagai Budaya Sosial Psikologi Fizikal

2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran Bilik darjah Makmal Tempat kerja Kehidupan harian

3. Kepelbagaian disiplin ilmu Matematik Sains Komunikasi Teknikal dan Vokasional Kemanusiaan

Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan konteksual juga

merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.

2.2.3

Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi REACT

a) Relating (Menghubungkait):

Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanakkanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.

b) Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Experiencing (Mengalami): Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta

melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan semasa bermain hoki bersama kawan-kawan di rumah.

c) Applying (Mengaplikasi): Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja. Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

d) Cooperating (Bekerjasama): Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat dan

bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah. Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di padang. Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

e) Transferring (Memindahkan): Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini

menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permaianan.

2.2.4 Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik dan Sains secara abstrak.

2.2.5

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual

Perlaksanaan ini memerlukan:

Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran Sejarah, tajuk darurat guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi.

10

Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian.

Kemahiran Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu ia dapat membantu mereka menyelesaikan masalah. Contohnya, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru akan menanyakan soalan yang akan mendorong minda murid menggunakan ensiklopedia sebaga rujukan mereka.

Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio.

Kesimpulan

Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.

Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan konteksual
11

merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

2.3

KEMAHIRAN BERFKIR

Pendekatan seterusnya ialah pendekatan kemahiran berfikir. Pendekatan ini amatlah penting dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan kerana ianya selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ngn melahrkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial. Kemahiran berfikir adalah salah satu unsur utama yang harus diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat kepada pelajar. Sebenarnya, kemahiran berfikir ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran befikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan sesuatu idea asli atau baru dan tulen. Contoh pengajaran dan pembelajaran yang boleh dibuat ialah guru mengajar pelajar tentang peraturan dalam permainan hoki. Guru akan membuat perbincangan dan meminta pendapat pelajar tentang kesalahan kesalahan yang mudah dibuat oleh pemain sewaktu perlawanan bermula. Secara tidak langsung, murid akan mengetahui corak peraturan hoki dengan baik sambil menghafal kesalahan kesalahan mudah yang sering dibuat oleh pemain hoki ketika berada di gelanggang perlawanan.

2.4

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

Pendekatan pembelajaran akses kendiri pula merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada pelajar. Pelajar belajar sendiri sesuatu topik pelajaran dibawah pengawasan dan bimbngan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai pelu disediakan kepada pelajar unutk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing masing. Pembelajaran akses kendiri mampu mennghasilkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka kerana pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut minat, keperluan, tahap dan gaya pembelajaran masing masing. Pendekatan ini juga mampu memotivasikan
12

pelajar ke arah sikap kendiri. Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan ini ialah guru mengajar pelajar tentang pemakanan yang sihat. Guru menyediakan modul bertulis kepada pelajar dan meminta pelajar menghasilkan sebuah piramid makanan menggunakan modul tersebut. Pelajar dikehendaki mematuhi kesemua arahan guru dan melakukan aktiviti mengikut urutan langkah yang ditunjukkan di dalam modul tersebut. Hasil langkah kerja haruslah ditunjukkan kepada guru pada akhir pembelajaran dan guru hendaklah sentiasa mengawasi keadaan kelas sepanjang melakukan aktiviti tersebut. Penilaian hasil kerja dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

2.5

KAEDAH PENGAJARAN INTEGRASI

2.5.1 Definisi dan Konsep

Adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasakan fungsinya. Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang kanak-kanak.

Konsep kaedah ini adalah kaedah yang berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah.

2.5.2 Tujuan Dan Kaedah Yang Digunakan

Tujuan kaedah ini dijalankan ialah untuk mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari.Kaedah ini turut membantu murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah saling kait dan bukit unit-unit yang tersendiri.

Ia menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik. Proses ini memntingkan nilai sosial di mana murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

13

2.5.3 Peranan Guru Dalam Kaedah Pengajaran Integrasi.

Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran di mana murid dapat melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, kebolehan, keperluan, personaliti dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan.

Menstuktur dan membimbing penerokaan kanak kanak haruslah menggalakkan mereka berinisiatif. Menyediakan bahan bahan yang sesuai untuk membina, mengguna, memanipulais, mencuba, meneroka dan memerah otak. Belajar bersama murid murid.

Berikut merupakan contoh rancangan pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru di sekolah dalam menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran ke atas murid di sekolah bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

14

Anda mungkin juga menyukai