Anda di halaman 1dari 8

1.

Definisi Sains Hijau Sains Hijau adalah aplikasi pemikiran mesra alam untuk disiplin saintifik. Ia

belajar tentang pemanasan global, pencemaran dan kesan lain pada sifat dan planet ini, serta apa yang boleh kita lakukan untuk memerangi mereka. Sains Hijau merupakan cabang sains yang meneroka isu-isu berkaitan dengan alam sekitar seperti pemanasan global, kesan rumah hijau, perubahan iklim, pemuliharaan, pembangunan mampan dan pencemaran udara. Sains hijau juga meneliti interaksi manusia dengan alam sekitar.

Adalah aplikasi pemikiran mesra alam untuk disiplin saintifik.

Aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi.

DEFINISI

Meneliti interaksi manusia dengan alam sekitar.

Menyediakan pendekatan bersepadu, kuantitatif, dan disiplin untuk kajian sistem alam sekitar

Merupakan cabang sains yang meneroka isu-isu berkaitan dengan alam sekitar.

1.2

Perkembangan Sains Hijau Konsep Sains Hijau telah wujud berabad-abad sejak dari dulu lagi.

Walaubagaimanapun, konsep ini baru menjadi sebuah bidang penyelidikan saintifik yang aktif pada dekad 1960-an dan 1970-an. Antara aspek yang mendorong perkembangan Sains Hijau adalah:

Keperluan sebuah pasukan berbilang disiplin yang besar untuk menganalisis masalah alam sekitar yang rumit.

Ketibaan undang-undang alam sekitar substantif yang memerlukan protokol-protokol penyelidikan alam sekitar.

Kesedaran awam terhadap keperluan untuk mengambil tindakan tentang masalah-masalah alam sekitar. Penerbitan mercu tanda buku alam sekitar Silent Spring Rachael Carson bersama-sama dengan isu-isu alam sekitar.

1.3

Objektif Sains Hijau Meningkatkan daya saing dalam Sains Hijau di persana antarabangsa. Memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar. Meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Sains Hijau.

Mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga.

Meningkatkan pembangunan ekonomi.

Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Sains Hijau.

Meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara.

Membantu pertumbuhan dalam industri Sains Hijau.

Menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

1.4

Kepentingan Sains Hijau

Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli.

Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan.

Memelihara ekosistem.

Meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Mengurangkan aktiviti manusia yang membawa kesan buruk kepada alam.

Mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah alam sekitar. Menjalakan aktiviti yang mesra alam dan tidak merosakkan alam.

Mengurangkan berlakunya bencana alam.

Meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

1.5

Contoh Aktiviti Sains Hijau Di Sekolah Banyak aktiviti berdasarkan Sains Hijau telah dilaksanakan di sekolah untuk

membina satu masyarakat yang berbudaya sains dan berteknologi hijau ke arah budaya yang menyokong perubahan positif melalui suasana dan persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk mengembangkan inovasi, penciptaan dan kelestarian. Antara contoh aktiviti Sains Hijau adalah:

Projek Hijau Lestari Aktiviti Tanam Pokok Pengumpulan Barang Kitar Semula

Pertandingan Rekacipta Sains Hijau

Aktiviti-aktiviti Sains Hijau

Ceramah Rahsia Sains & Alam

Kem bertemakan Go Green Projek Hijau Lestari

Taman Bumi Sains Hijau

Gambar-gambar di bawah menunjukkan aktiviti Sains Hijau di sekolah praktikum saya iaitu SJK (C) Pasir Pinji 2.

Gambar 1: Aktiviti Hiasan Taman Kitar Semula

Gambar 2: Tanaman pokok bunga murid.

Gambar 3: Taman kecil depan bilik darjah.

1.6

Kepentingan Sains Hijau Dilaksanakan Di Sekolah

Menyemai kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga alam.

Memberi pengetahuan kepada pelajar cara-cara melaksanakan aktiviti mesra alam.

Pelajar mempunyai kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan aktiviti mesra alam.

Pelajar terdedah dengan konsep Hijau Sains dan seterusnya mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.

Pelajar dapat mengabungkan konsep Sains bersama dengan konsep menjaga alam sekitar.

Program Sains Hijau yang dijalankan dapat dijadikan sebagai rutin untuk pelajar dalam sekolah.

Apabila rutin dipupuk, pelajar dapat menyesuaikan diri dan mengaplikasikan program Sains Hijau dalam kehidupan mereka.

Pengetahuan mesra alam disampai secara tidak langsung kepada keluarga pelajar dan komuniti pelajar itu berada.

Matlamat menjaga dan mesra alam dapat dicapai apabila semua orang mempunyai kesedaran dan pengetahuan mesra alam.

1.7

Langkah-langkah Kerajaan Mendorong Sains Hijau Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi mendidik dan

meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Sains Hijau dalam kehidupan kita. Program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan juga untuk mempromosi dan membangunkan SainsHijau tempatan supya dilaksanakan dengan berkesan dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Program-program ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan ialah

Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar Kempen Sains Hijau Kempen Cekap Tenaga di USM

Program Energy Month

Pertandingan Eureka

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan Dapur Suria

Kereta Solar

1.8

Saranan Kerajaan terhadap Perlaksaan Sains Hijau Di Malaysia

Mencipta atau membangunka n teknologi Sains hijau.

Tidak semestinya mencipta sesuatu yang kompleks. Produk mudah yang mesra alam untuk negara kita dihasilkan. Pelajar-pelajar digalakkan untuk mencipta sesuatu. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal. Ia harus boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport.

Penggunaan atau aplikasi teknologi hijau .

Sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh Bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan Contohnya, bawalah beg sendiri ketika membeli-belah.

Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga.

Mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Penjimatan tenaga dapat mengurangkan penjejasan alam. Jadikan amalan hijau budaya hidup. I Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anakanak supaya mengamalkan budaya hijau.

Ringkasnya, perubahan gaya hidup dan perubahan minda kita sebenarnya akan mengorak langkah ke arah penghayatan dan pengamalan Sains Hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai