Anda di halaman 1dari 42

Kata Adjektif

Dikenali sebagai kata sifat Perkataan menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif Boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa perkataan Boleh terdiri unsur keterangan lain kata bantu atau kata penguat

KATA ADJEKTIF kata yang digunakan untuk menyatakan keadaan atau sifat bagi sesepatah kata nama atau sebaris frasa nama. Kata adjektif yang dikenali juga dengan nama kata sifat boleh didahului atau diikuti dengan kata penguat seperti sangat, amat, sungguh, terlalu, terlalu, banyak dan sebagainya.

Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan

Contoh Amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, sangat lain, lain sekali Contoh dalam ayat Adik saya tinggi Ali sangat pandai Orang muda itu baik sungguh Pendapatnya lain sekali

Anaknya masih kecil lagi Malam ini gelap benar Reka bentuk rumah itu sangat lain Hasil-mahsul negara itu amat banyak Buah pokok durian itu banyak sekali Suaranya masih sungguh merdu sekali

Dalam ayat di atas perkataan condong ialah kata adjektif yang berfungsi sebagai predikat Perkataan yang bergaris pula ialah bentuk kata adjektif yang menjadi inti frasa adjektif

Frasa Adjektif Keterangan Kata bantu masih Penguat sangat sangat tinggi pandai baik lain kecil lain sungguh sekali lagi Kata Adjektif Keterangan

masih

amat
sungguh

banyak
banyak merdu

sekali sekali

Berdasarkan makna, kata adjektif dapat digolongkan pada 9 jenis. KATA ADJEKTIF JARAK KATA ADJEKTIF SIFAT KATA ADJEKTIF CARA KATA ADJEKTIF UKURAN KATA ADJEKTIF PANCAINDERA KATA ADJEKTIF WARNA KATA ADJEKTIF PERASAAN KATA ADJEKTIF BENTUK KATA ADJEKTIF WAKTU

Jenis Sifat warna ukuran bentuk waktu jarak cara Pancaindera rasa

Contoh Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. Dekat, hampir, jauh Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau Buruk, hodoh, jelita, cantik

pandang Bising, senyap dengar Busuk, wangi, hangit, hapak bau Kesat, kasar, lembab, halus, licin

sentuh Adjektif perasaan

Takut, seram, benci, senang, gembira.

rindu,

marah,

Tip
Kata adjektif dikenali jika Kata adjektif menerangkan kata berkenaan didahului keadaan atau sifat sesuatu atau diikuti oleh kata nama atau frasa nama. penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.

Contoh: Saya sangat segan dengan awak Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi penerangan tentang warna Contoh perkataan: jingga, perang, hitam, putih biru, kelabu Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau. 2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. 3. Baju kesukaan saya berwarna kuning. 4. Kereta merah itu kepunyaan abang. 5. Dia memiliki mata berwarna biru.

WARNAMerah Kuning Hijau Hitam Biru Wanita itu memakai selendang sutera biru . Daun-daun pokok itu hijau dan buahnya lebat. Bendera kebangsaan negara baru itu merah , biru , kuning dan putih

Bola ini bulat . Bola ini warna merah . Buku itu tebal . Buku itu warna hijau .

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi penerangan tentang bentuk Contoh perkataan: lurus, bulat, bujur, bengkok, leper bundar, lonjong, buncit, tajam Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui. 2. Bentuk buah kelapa itu lonjong. 3. Mukanya bujur sirih. 4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. 5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

Bulat Empat persegi Bujur Tiga segi


Lelaki yang berperut buncit itu bapa saudara saya. Dua garisan yang lurus dan selari tidak mungkin bertemu. Bola yang dipegangnya lonjong

Bola ini bulat . Daun itu bujur .

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi penerangan tentang ukuran Contoh perkataan: tebal, gemuk, panjang, nipis, kurus pendek, tinggi, rendah, kecil Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca. 2. Anaknya masih kecil lagi. 3. Badannya semakin kurus. 4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. 5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

kecil besar Gajah besar . Arnab kecil Pembaris panjang itu dipatahkan oleh adik. Sekolah rendah itu akan ditutup tidak berapa lama lagi. Dia sudah selesai membaca buku yang tebal itu..

Jambatan Pulau Pinang sangat panjang. Pokok kelapa itu tinggi. Kamus itu sangat tebal. Pokok pisang itu rendah. Budak kerdil itu rajin belajar

ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama Contoh perkataan: kuat, pintar, nakal, keras, lemah sihat, bija,k cergas, jahat Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah. 2. Dia lemah dalam matematik. 3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. 4. Anak Pak Kamar bijak sekali. 5. Peserta itu berdiri dengan cergas.

Keadaan bijak rajin - basah, baik, bengis, rajin, jahat, sihat. Budak bijak itu menerima hadiah daripada pengetua sekolah. Orang jahat itu telah diberkas oleh polis semalam. Tubuh anak gadis Encik Karim sangat kurus . Kehidupan penyanyi terkenal itu amat sederhana Pemuda itu selalu ditegur kerana kelakuannya kasar

Keadaan 1. Permainan ragbi dianggap satu permainan yang agak kasar. 2. Hang Tuah seorang pahlawan yang berani. 3. Mereka semua takut akan hantu. 4. Budak baik itu sering mendapat pujian daripada guru sekolahnya

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna tentang waktu Contoh perkataan: kerap, awal, sering, jarang lewat, silam, baharu, dahulu, lampau Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini. 2. Dia berada di kampus sehari suntuk. 3. Kenangan silam sukar dilupakan. 4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. 5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

Waktu lama silam lambat lampau awal segera suntuk baharu Baju yang baharu itu berwarna-warni. Usah dikenang kisah-kisah silam itu. Makanan segera biasanya kurang berkhasiat.

Waktu 1. Mereka sangat gemar makanan segera. 2. Pelajar itu pergi ke sekolah awal pagi 3. Kita patut pulang sekarang kerana hari sudah lewat. 4. Dinosaur wujud pada zaman silam.

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna bagi jarak Contoh perkataan: nyaris, dekat, hampir, jauh Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. 2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. 3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

Jarak dekat jauh hampir nyaris Dia nyaris ditabrak oleh sebuah teksi. Peristiwa itu berlaku dekat dengan rumah saya. Kolam renang itu hampir dengan sekolahnya

Jarak 1. Rumah Alif dekat dengan sekolah. 2. Penunggang motosikal nyaris maut dalam kemalangan itu. 3. Tempat yang kita akan pergi itu amat jauh.

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada perasaan/emosi Contoh perkataan: kasih takut malu, sayang, hendak, geram, cinta, rindu, marah Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya. 2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. 3. Mereka amat rindu akan kampung halaman. 4. Kanak-kanak itu takut akan kucing. 5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

Perasaan sayang kasih benci, suka, segan, gembira, rindu, ragu. Dia amat sayang akan kedua-dua orang tuanya. Sultan gembira kerana dikurnia seorang putera. Budak kecil itu rindu akan ibunya yang sudah meninggal dunia

Perasaan benci, suka, segan, gembira, rindu, ragu. 1. Mereka semua amat kasih akan keluarga mereka. 2. Anak kecil itu sangat suka akan pengasuhnya. 3. Aminah amat benci dengan kelakuan buruk orang itu. 4. Pelajar itu segan untuk bertanya. Mari baca bersama

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi Contoh perkataan: pantas, deras, ligat, lambat gopoh, perlahan, laju, cermat, cepat Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju. 2. Siapa cepat dia dapat. 3. Gasing itu berpusing ligat. 4. Arus sungai itu sangat deras. 5. Dia cermat apabila berbelanja.

lincah pantas cepat, lambat, laju, deras, perlahan, gopoh, jelas, sering, selalu, kencang 1. Murid yang lambat itu telah dipanggil oleh pengetua. 2. Orang yang gopoh kerap membuat kesilapan. 3. Ramai orang berkelah di tepi sungai yang deras itu.

Pancaindera Masakan di restoran baru itu sangat lazat . Dia makan pisang yang kelat itu. Wajahnya masam ketika saya tiba ke rumahnya. Suara penyanyi itu lunak dan lantang

Contoh perkataan: manis, kelat, masam, masin payau, lazat, pahit, pedas Contoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar. 2. Semua orang suka makanan lazat. 3. Buah limau masam rasanya. 4. Saya tidak suka minum ubat pahit. 5. Kuih tradisional itu terlalu manis.

Contoh perkataan: comel, hodoh, molek Cantik, buruk, segak, jelita, baru Contoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya. 2. Kakaknya suka berpakaian cantik. 3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. 4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. 5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

Contoh perkataan: wangi, hanyir, harum, busuk, hancing, tengik, hapak, hancing Contoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya. 2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. 3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. 4. Setiap hari dia memakai minyak wangi. 5. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

Contoh perkataan: merdu garau mersik serak nyaring lembut mersik Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu. 2. Teriakannya nyaring sungguh. 3. Kebanyakan lelaki bersuara garau. 4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. 5. Alunan musik itu mersik.

Contoh perkataan: lembik kasar licin, halus kesat keras, keras.. sejuk panas lembut Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci. 2. Kulit mukanya sangat halus. 3. Kain yang kesat itu ialah kain lap. 4. Buku itu berkulit keras. 5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

KATA ADJEKTIF 1. Pokok di belakang rumah saya tinggi . 2. Air kopi yang dihidanginya sejuk . 3. Budak yang berusia tiga tahun itu bijak . 4. Malam Jumaat itu sungguh sunyi . 5. Buah limau yang dibeli oleh emak sangat masam .

6. Anak hartawan itu amat angkuh . 7. Buah cempedak di dusunnya banyak sekali. 8. Suara penyanyi veteran itu masih merdu . 9. Hidupnya bahagia , walaupun hartanya sedikit .

Gariskan Kata sifat yang ada:1. Rumah Ani besar. 2. Kasut baru saya berwarna hijau. 3. Telur ayam bujur. 4. Mata adik saya bulat. 5. Beg Ali berwarna merah

Gariskan Kata sifat yang ada:1. Suami wanita gemuk itu sangat bengis. 2. Pemuda itu segak dan bergaya. 3. Pokok itu kecil tetapi buahnya sangat lebat. 4. Ikan masin itu sudah berulat. 5. David Beckham pemain bola sepak yang lincah.

Anda mungkin juga menyukai