Anda di halaman 1dari 1

MONALISA ANGELICA ANAK MODING

PISMP PEMULIHAN JANUARI 2011


EDU 3083
Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya
dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan
nilai profesion ini.
Saya merupakan guru pelatih yang menuntut di IPG Kampus Batu Lintang dari kursus
PISMP Pemulihan Januari 2011 telah menjalani PBS dan Praktikum 1, 2 dan 3 di
sekolah-sekolah yang berlainan. Program Berasaskan Sekolah merupakan suatu
program di mana saya telah diberi pendedahan awal berkenaan pengurusan sekolah
dan profesion keguruan selama satu minggu. Pengalaman sepanjang menjalani PBS
memberi peluang kepada saya untuk mengenali situasi sebenar sesebuah sekolah. Hal
ini sekaligus meningkatkan keyakinan saya untuk lebih bersungguh-sungguh dalam
menyediakan diri ke arah bakal pendidik yang serba boleh.
Pengalaman sepanjang menjalani praktikum bagi ketiga-tiga fasa pula mempunyai
peringkat tersendiri. Maksudnya, perbezaan yang ketara ditunjukkan pada peringkat
fasa 1 hinggalah ke fasa 3. Saya berpeluang untuk bergaul mesra dengan pihak
pengurusan sekolah seperti para guru, para staf sokongan dan juga pentadbir sekolah.
Selain daripada itu, saya mengenali budaya sekolah yang sebenar serta para murid
bersama ibubapa mereka. Keyakinan yang dahulunya agak kurang telah berjaya
dimantapkan kini. Kalau semasa fasa 1 saya masih ragu-ragu dalam dunia pengajaran
dan pembelajaran di sekolah, pada fasa 2 dan 3 pula saya telah menjadi lebih yakin,
berfikiran terbuka dan kreatif serta lebih berani untuk menyuarakan pendapat. Saya
telah banyak menjana ilmu-ilmu yang berguna untuk menjadi seorang guru daripada
guru-guru sekolah-sekolah praktikum. Oleh itu, saya mula yakin akan diri sebagai
penyebar ilmu serta bertindak sebagai pembentukkan nilai dalam setiap langkah
mahupun gerak geri di dalam mahupun luar sekolah. Contohnya, saya menjaga etika
pakaian walau dimana saya berada, tutur bahasa lebih sopan, tanggungjawab terhadap
sekolah, guru-guru, murid-murid serta masyarakat seperti menepati masa semasa
masuk kelas atau sekolah, penyediaan pelajaran yang menarik dan berkesan dan
sebagainya. Sungguhpun begitu, banyak yang masih perlu dipelajari supaya boleh
menuju guru profesional dan lengkap dari segala aspek keguruan.
Kedudukan guru profesional sangat penting mengingat proses mendidik oleh guru
menentukan masa depan anak bangsa. The mediocre teacher tells. The good teacher
explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires.

Anda mungkin juga menyukai