Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah salah satu daripada kursus wajib institut perguruan yang perlu disertai oleh semua guru pelatih sebelum menamatkan pengajian. Program BIG dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa seperti mana yang terkandung dalam pro forma kursus. Aktiviti program yang dijalankan terdiri daripada aktiviti luaran yang melibatkan penglibatan komuniti. Program BIG ini menjadi satu aktiviti yang dapat membentuk jati diri peserta sebagai seorang guru secara amnya yang diamanahkan untuk mendidik murid-murid menjadi seorang insan yang berguna kepada diri dan masyarakat. Program BIG ini juga melatih guru bagaimana untuk menghadapi situasi di luar bilik darjah dalam menghadapi segala kemungkinan yang boleh mengundang risiko. Program BIG ini diharap dapat menyuntik semangat dan iltizam untuk menjadi guru yang lebih berkesan, dinamik serta mampu menangani cabaran serta halangan. Melalui penyertaan dan penglibatan yang sepenuhnya daripada peserta, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai murni dan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai fokus utama dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dan berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan modal insan dan masyarakat yang menyumbang kepada kecemerlangan bangsa dan negara.

2.0 RASIONAL Berikut adalah rasional Program Bina Insan Guru ( BIG ) : i. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. ii. Mempamerkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti. iii. Memupuk sikap yang positif dalam tindakan kepada keadaan dan keperluan persekitaran serta dapat mengembangkn kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

3.0 OBJEKTIF Objektif Bina Insan Guru ( BIG ) ialah: i. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. ii. Menunjukkan komuniti. iii. Bertindakbalas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. iv. Menghayati keguruan. v. Merancang, melaksana, dan memimpin program, bekerjasama dan dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. vi. vii. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. viii. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan. ix. x. xi. Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan dalam masyarakat. Program ini diadakan dengan objektif : Membekalkan guru pelatih dengan cara pengendalian majlis rasmi secara berprotokol xii. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran dalam pengurusan majlis rasmi xiii. Membolehkan guru pelatih bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza xiv. xv. mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

xvi.

Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

4.0 REFLEKTIF PROGRAM Sebelum Taklimat telah diberi oleh En. Yusri kepada semua bakal guru pelatih PISMP Sem 4 untuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan tentang Program Bina Insan Guru (BIG) fasa ketiga khidmat masyarakat bagi Sem 4 tahun ini sejak semester lepas di Kem Seri Banai. Kami dimaklumkan bahawa adalah lebih sesuai dan mudah supaya melantik ahli jawatankuasa daripada kalangan pelatih. Menurut En. Yusri, semua pelatih yang terlibat akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Namun begitu, disebabkan masalah pihak pentadbiran dan pihak kewangan, kami terpaksa menjalankan aktiviti ini dengan sekaligus 16 kumpulan. Kami telah menggunakan kaedah demokrasi, iaitu undian. Selepas undian,
HAMSAWI BIN ABU TALIP dilantikkan sebagai pengerusi dan MOHAMMAD IRFAN BIN KHALIL sebagai naib pengerusi, manakala ASMA AZYYATI BINTI ABUSENIE telah dilantik

sebagai setiausaha. Saya pula dilantikkan sebagai ketua aktiviti. Selepas itu, kami telah menyerahkan catatan senarai ahli jawatankuasa kami kepada En. Yusri. Selepas itu, perjumpaan dan mesyuarat sering diadakan antara kedua-dua kumpulan kelas. Hal ini demikian untuk mengurangkan kekeliruan dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dalam proses penyedian. Untuk memudahkan perhubungan, setiausaha kami telah menubuhkan laman web melalui Facebook. Oleh itu, setiap ahli boleh mengadakan mesyuarat kecil tanpa perjumpaan dalam internet. Selepas perbincangan, kami telah memilih Kampung Kuala Jerlun sebagai tempat sosial kembara kami. Selepas perbincangan antara pengerusi kami dan En. Yusri, program khidmat masyarakat kami telah ditetapkan pada 11 Oktober sehingga 13 Oktober tahun 2013.

Semasa Pada hari Jumaat (11 Oktober 2013), kami telah pergi ke sekolah pada pukul 7.30 pagi. Selepas makan sarapan di kafe asrama, kami berkumpul di depan asrama blok perempuan P2 untuk menunggu bas. Sementara itu, AJK Peralatan menyemak peralatan yang hendak dibawa bersama. Kami tiba di Kampung Kuala Jerlun lebih kurang pada pukul 4 petang. Disebabkan lorong yang sempit dan bas tidak dapat masuk, kami terpaksa kami telah mengangkut barang dan peralatan dan berjalan kaki melalui lorong tempat kediaman sehingga ke Kampung Kuala Jerlun. Selepas sampai destinasi, pengerusi mengagihkan tugas. AJK makanan hendaklah bertempat di dapur dan mulakan menyediaan makanan. Kami telah dimintakan berkumpul di dewan. Pada pukul 6 petang, kami pun dibahagikan dan mengikut ahli keluarga angkat ke rumah mereka. Selepas kami dibahagikan, kami pun meluangkan masa menemani ahli keluarga kami masing-masing. Pada pukul 8 petang, kami berkumpul di dewan semula untuk makan malam yang telah disediakan penduduk kampung dan AJK makanan. Semasa makan malam, wakil pensyarah, En. Yusri dan En. Satar, serta wakil kampung telah memberi beberapa patah ucapan untuk merasmikan jamuan. Di samping itu, rakan-rakan kami juga telah mempersembahkan tarian dan nyayian untuk menghiburkan dan memeriahkan suasana. Pada hari keesokan (Sabtu 12 Oktober 2013), kami bangun awal dan berinteraksi dengan ibu bapa angkat kami dengan membantu mereka dalam kerja ataupun menyediakan sarapan. Selain itu, ibu bapa angkat kami juga menemani kami untuk berjalan-jalan di dalam kawasan kampung bagi kami mengenali kampung tersebut. Di samping itu, kami juga dijemput untuk menaiki bot pergi ke tengah laut untuk menangkap ikan. Hal ini telah menimba ilmu pengetahuan tentang kehidupan di dalam kampung nelayan.

Pada pukul 9 pagi, kami semua berkumpul di dewan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung. Kami pun dibahagikan kawasan pembersihan dengan mengikuti kumpulan masing-masing. Sepanjang aktiviti ini, kami bertungkus-lumus untuk membersihkan kawasan sekeliling kampung. Bagi pelatih lelaki, kami telah membuat kerja berat seperti mengangkat beg plastik sampah yang berat dan mencungkul semak-semai. Manakala, pelatih perempuan pula menyapu dan mengutip sampah-sarap yang berada di kawasan sekeliling kampung. Pada lebih kurang 12 petang, kerja kami pun sudah disiapkan. Pada masa yang sama, Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir telah tiba di Kampung Kuala Jerlun untuk merasmikan Program Anak Angkat dan Kembara Sosial kami. Suasana menjadi riuh-rendah semasa ketibaan beliau. Pada pukul 3 petang, majlis perasmian telah diselesaikan. Satu perlawanan futsal antara keluarga telah diadakan untuk mengerat silaturahim masing-masing. Kami pun balik ke rumah masing-masing dan menemani ibu bapa angkat kami. Pada pukul 5 petang, kami pun berkumpul di dewan untuk bersedia balik ke IPDA. Pada masa itu, kami pun bersalam dan mengambil gambar dengan ahli keluarga masing-masing sebagai kenangan. Selepas Pada awal pagi Ahad (13 Oktober 2013), kami kembali ke halaman IPDA. Pengerusi telah mengedarkan kertas refleksi kendiri dan kami dikehendaki menulis refleksi tentang apa yang dipelajari dan dialami sepanjang aktiviti khidmat masyarakat. Setelah tiba di IPDA, AJK Peralatan telah menyemak dan mengira bilangan peralatan sebelum kami pulangkan kepada setor gerko. Kami diminta supaya menghantar balik kertas refleksi kepada pengerusi selepas seminggu.

5.0 REFLEKSI KENDIRI Program BIG kali ini merupakan fasa yang keempat, iaitu Program Anak Angkat dan Kembara Sosial. Program ini telah dijalankan di dalam Kampung Kuala Jerlun selama tempoh 3 hari, dari 11 Oktober 2013 (Jumaat) sehingga 13 Oktober 2013 (Ahad). Bagi BIG kali ini, saya berasa amat gembira dan seronok, kerana saya telah menimba ilmu pengetahuan dan mendapat pengalaman baru yang banyak di dalam Kampung Kuala Jerlun bersama dengan ahli keluarga angkat saya. Disebabkan program ini, saya berpeluang mendapat pengalaman pertama saya untuk mendapat satu keluarga angkat. Keluarga angkat saya merupakan satu keluarga yang agak besar. Disebabkan saya seorang cina, adik-adik angkat saya agak takut pada saya dan tidak berani mendekati saya pada permulaan. Sebaliknya, walaupun kaum dan budaya kita berbeza, ibu bapa angkat saya melayani saya dengan amat mesra. Saya dapat berasa perasaan gembira dan perasaan kekeluargaan di dalam rumah ibu bapa angkat saya. Namun begitu, lama-kelamaan, adik-adik angkat saya sudah mula mengenali saya, mereka mula bercakap dan bermain dengan saya. Saya berasa amat gembira. Ibu bapa angkat saya melayani kami dengan mesra. Mereka cuba memahami kami sepanjang interaksi. Selain itu, mereka asyik melayani kami dengan homemade makanan mereka, antaranya termasuk keropok, kuih-muih, laksa, nasi lemak, leko dan sebagainya. Kami telah menjemu selera dengan kenyang bersama ibu bapa angkat kami. Selain itu, ibu bapa kami juga membawa kami berjalan-jalan untuk menerokai kampung mereka supaya kami dapat meningkatkan pemahaman tentang kampung mereka dengan mendalam. Sepanjang perjalanan, ibu angkat asyik memperkenalkan jiran-jiran kampung dan benda-benda yang terdapat di sekeliling kawasan kampung. Di samping itu, ibu angkat juga mengiring kami pergi ke sawah padi yang terletak di belakang rumahnya. Menuruti ibu angkat, terdapatlah banyak ikan puyu dalam air

sawah padi. Mereka sentiasa menangkap ikan puyu untuk memasak. Ibu angkat saya juga meminta jiran-jiran untuk membawa kami pergi ke laut untuk menikmati keindahan pemandangan laut pada waktu petang. Oleh itu, kami berpeluang untuk pergi laut dengan menaiki bot menangkap ikan sampai ke tengah laut. Angin di tengah laut agak kencang dan sejuk. Pemandangan di tengah laut amat indah, terutamanya semasa waktu matahari terbenam. Sebelum pulang ke IPDA, ibu angkat kami turut telah menyediakan mee goreng untuk kami supaya kami tidak berasa lapar dalam perjalanan balik ke IPDA. Saya berasa amat terharu pada waktu itu. Kami juga menghadiahkan cenderahati kepada keluarga angkat kami sebagai kenangan. Bagi saya, saya telah menghadiahkan satu jam perhiasan kepada keluarga angkat saya. Kesimpulannya, saya amat cintai akan keluarga angkat saya yang telah melayani saya dengan mesra serta mengajar pelbagai ilmu pengetahuan yang baru. Saya juga bersyukur dapat menyertai program ini yang banyak memberi pengalaman baru tentang kehidupan kampung nelayan dan petani sawah. Sekian, terima kasih.

6.0 PENUTUP Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak yang terlibat adalah amat diharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hasil daripada program ini diharapkan dapat melahirkan guru yang yang mampu untuk memimpin segala aktiviti berkaitan mengenai perancangan dan seterusnya melahirkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua bidang.

LAMPIRAN

KERTAS CADANGAN

BROSUR

SURATMENYURAT

GAMBAR AKTIVITI

Gambar-gambar

Perjalanan ke Kampung Kuala Jerlun.

Keadaan berkumpul di dewan.

Ajk makanan dan penduduk kampung sedang menyediakan makanan.

Rumah mak angkat saya.

Ahli keluarga angkat saya.

Menaiki bot.

Menaiki bot ke laut.

Pemandangan indah semasa matahari terbenam.

Mengambil gambar di rumah mak angkat saya.

Adik-adik kecil saya bermain di tepi pintu.

Ikan-ikan puyu yang ditangkap dari sawah padi.

Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir memberi ucapan.

Keadaan yang riuh-rendah semasa ketibaan Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir.

Menjemu selera dengan adik-beradik angkat sekalian sebelum pulang ke IPDA.

Mee goreng yang disediakan oleh mak angkat.

Gambar sekeluarga.

Anda mungkin juga menyukai