Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.

Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan


sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Menghormati guru amalan mulia.
Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa
kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca, menulis
dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita
menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan kepada kita agar
terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.
Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana
hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga, memberi
nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di sekolah.
Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup
mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara suka rela demi
memastikan kita berjaya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian,
Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah
dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti
akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan seperti
dimurahkan rezeki dan sebagainya.
Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus
mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita terus
mendapat keberkatan daripada Allah.
Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada
rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan
seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.
Sekian ,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai