Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu program yang dirangka khas bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini merupakan salah satu kemestian yang perlu dipenuhi oleh guru pelatih untuk diiktirafkan dengan Ijazah Perguruan Malaysia. Segala pengisian program adalah selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan golongan guru yang seimbang dan harmonis serta dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada agama, bangsa dan negara berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan, raja dan negara.

Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi model kepada masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari pelbagai aspek sama ada jasmani, emosi, rohani ataupun intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping mempamerkan ketrampilan diri yang berkualiti. Program Bina Insan Guru bagi guru pelatih PISMP Semester 3 2013 pada kali ini akan diadakan dengan tujuan dan matlamat untuk melahirkan insan guru melalui pengisian- pengisian yang telah direncana berdasarkan kepentingan dan rasional tertentu.

2.0 RASIONAL

Program yang akan diadakan ini adalah demi memenuhi keperluan guru pelatih dalam melengkapkan diri dengan kemahiran- kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru sebelum melangkah ke alam pendidikan yang sebenar.

3.0 MATLAMAT Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang kompeten dalam aspek perancangan, pengendalian, pengurusan serta pelaksanaan serta dapat mempraktikkan kemahiran- kemahiran yang dimiliki dalam pengendalian majlis rasmi. Usaha ini diharapkan dapat menjadikan guru pelatih sebagai golongan yang berketrampilan sesuai dengan profesion perguruan yang diceburi.

4.0 OBJEKTIF Program ini diadakan dengan objektif : i. Membekalkan guru pelatih dengan cara pengendalian majlis rasmi secara berprotokol ii. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran dalam pengurusan majlis rasmi iii. Membolehkan guru pelatih bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza iv. v. vi. Mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

5.0 REFLEKTIF PROGRAM 5.1 KHIDMAT MASYARAKAT Sebelum Taklimat telah diberi oleh En. Sofi kepada semua bakal guru pelatih PISMP Sem 3 untuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan tentang Program Bina Insan Guru (BIG) fasa ketiga khidmat masyarakat bagi Sem 3 tahun ini sejak tahun lepas di Kem Seri Banai. Kami dimaklumkan bahawa adalah lebih sesuai dan mudah supaya melantik ahli jawatankuasa daripada kalangan pelatih yang tinggal di negeri yang dekat seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Menurut En. Sofi, semua pelatih yang terlibat akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan kelas kami dipilih untuk bergabung dengan kelas PSV2. Kemudiannya, semua pelatih diberi arahan supaya duduk dalam kumpulan-kumpulan untuk membincang tentang pemilihan ahli jawatankuasa masing-masing. Kami telah menggunakan kaedah demokrasi, iaitu undian. Selepas undian, Chng Shaw Ming dilantikkan sebagai pengerusi dan Leong Jiancheng sebagai naib pengerusi, manakala Cheng Si Mean telah dilantik sebagai setiausaha. Saya pula dilantikkan sebagai ketua aktiviti. Selepas itu, kami telah menyerahkan catatan senarai ahli jawatankuasa kami kepada En. Sofi. Selepas itu, perjumpaan dan mesyuarat sering diadakan antara kedua-dua kumpulan kelas. Hal ini demikian untuk mengurangkan kekeliruan dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dalam proses penyedian. Untuk memudahkan perhubungan, setiausaha kami telah menubuhkan laman web melalui Facebook. Oleh itu, setiap ahli boleh mengadakan mesyuarat kecil tanpa perjumpaan dalam internet. Selepas perbincangan, kami telah memilih Rumah Sejahtera Pokok Sena sebagai tempat khidmat masyarakat kami kerana rumah orang tua ini lebih dekat dengan IPG kita. Selepas perbincangan antara pengerusi kami dan En. Sofi, program khidmat masyarakat kami telah ditetapkan pada 6 Mac tahun 2013.

Semasa Pada hari Selasa, kami telah pergi ke sekolah pada pukul 7.30 pagi. Selepas makan sarapan di kafe asrama, kami berkumpul di depan asrama blok perempuan P2 untuk menunggu bas. Sementara itu, AJK Peralatan menyemak peralatan yang hendak dibawa bersama. Kami tiba di Rumah Sejahtera Pokok Sena lebih kurang pada pukul 9 pagi. Disebabkan lorong yang sempit dan bas tidak dapat masuk, kami terpaksa kami telah mengangkut barang dan peralatan dan berjalan kaki melalui lorong tempat kediaman sehingga ke rumah orang tua. Selepas sampai destinasi, pengerusi mengagihkan tugas. AJK makanan hendaklah bertempat di dapur dan mulakan menyediaan makanan. Kami telah ditugaskan membersihkan sebuah blok bangunan baru. Semasa membersihkan blok baru itu, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A hendaklah membersihkan sebelah kiri bangunan manakala kumpulan B hendaklah membersihkan sebelah kanan bangunan. Saya bertugas untuk

menghapuskan sarang labah-labah kecil. Selepas itu, saya pun menolong rakan-rakan untuk menyapu dan mengemopkan lantai. Dengan kerjasama rakan-rakan, kerja kami pun disiapkan pada masa yang singkat. Selepas itu, kami pun makan tengahari bersama-sama dengan warga emas. Selepas makan tengahari, ahli kumpulan PSV 2 melukis mural mereka pada sebuah dinding. Sementara itu, ahli-ahli lain mula mengemaskan peralatan

pembersihan. Selepas mural dilukiskan, kami menjalankan aktiviti berinteraksi dengan warga tua. Kami telah menyediakan sesi menyanyi lagu bersama-sama orang tua. Pada permulaan, kebanyakan orang tua yang pasif berasa malu dan enggan menyanyi bersama kami. Nasib baiknya, Chin Tze Chiann yang mahir menyanyi telah berjaya menghiburkan hati orang tua serta menyebabkan suasana bertukar menjadi meriah. Kami juga membuat persembahan sambil menyanyi lagu.

Lebih kurang pukul 3 petang, kami pun meninggalkan rumah orang tua. Pihak pengurus rumah orang tua berterima kasih kepada kami atas segala bantuan kami. Kami mengadakan sesi bergambar bersama pihak pengurus dan orang tua sebelum kami meninggalkan Rumah Sejahtera dengan bas sekolah.

Selepas Kami memunggah barang-barang ke bas dan kembali ke halaman IPDA. Semasa di atas bas, pengerusi telah mengedarkan kertas refleksi kendiri dan kami dikehendaki menulis refleksi tentang apa yang dipelajari dan dialami sepanjang aktiviti khidmat masyarakat. Setelah tiba di IPDA, AJK Peralatan telah menyemak dan mengira bilangan peralatan sebelum kami pulangkan kepada setor gerko. Kami diminta supaya menghantar balik kertas refleksi kepada pengerusi selepas minggu PBS dan cuti bulan Mac.

5.2 CERAMAH Sebelum Pada tahun lepas sebelum cuti akhir, En. Sofi telah memberi ceramah kepada semua bakal guru pelatih PISMP Sem 3 yang terlibat untuk memaklumkan bahawa aktiviti khidmat masyarakat dan ceramah yang bertema Keterampilan atau Etiket Sosial akan dijalankan bagi Program Bina Insan Guru (BIG) fasa ketiga ini. Ceramah tersebut akan bertempat di Dewan Ibn Khaldun. Seramai 164 pelatih turut serta dalam program ini. Para pelatih terdiri daripada lapan kumpulan. Kami semua telah mengadakan mesyuarat untuk pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa bagi program BIG. Kendy Anak David Singod telah dilantik sebagai pengerusi program BIG selepas kami menjalankan undian. Setiap

jawatankuasa kecil telah menerima tugas masing-masing. Saya telah diberi jawatan sebagai Ketua AJK Makanan.

Semasa Kami mendaftarkan diri di Dewan Zaba pada pukul 2 petang. Penceramah program BIG ialah Tuan Haji Abdullah bin Mat, seorang yang pakar dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Pengerusi dan Tuan Haji Abdullah memberikan ucapan sebelum ceramah mula. Tuan Haji Abdullah memberi ceramah yang bertemakan Guru dan Keterampilan Sosial/Etiket Sosial dengan menggunakan slaid PowerPoint yang berkualiti. Cara penyampaian ceramah beliau amat menarik dan tidak keluar daripada tema yang tertentu. Kami semua tertarik dengan lawak beliau. Jadi, tiada sesiapa tertidur dalam ceramah itu. Pada masa yang sama, kami telah mencatat isi-isi penting daripada ceramah beliau.

Selepas Selepas tamat ceramah program BIG, kami menghadiahkan cenderahati kepada En. Rosli sebagai tanda penghargaan. Kemudian, kami dikehendaki menulis satu refleksi ringkas terhadap ceramah tersebut. Selepas penghantaran refleksi kendiri, kami mengambil makanan yang disediakan oleh kafe asrama sebelum meninggalkan dewan.

6.0 REFLEKSI KENDIRI Program Bina Insan Guru (BIG) bagi semester ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu khidmat masyarakat dan ceramah. Kedua-dua aktiviti bagi BIG semester ini telah banyak menimba ilmu pengetahuan saya. Selain itu, kedua-dua aktiviti ini juga amat bermakna. Pertama sekali, kami telah melibatkan diri dalam satu ceramah yang bertajuk Pengenalan kepada Ketrampilan Sosial / Etiket Sosial. Ceramah ini disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Mat. Melalui ceramah beliau, saya diberi kesedaran bahawa betapa pentingnya imej dan ketrampilan bagi seseorang pendidik. Sikap seseorang boleh jelas dinampak bukan sahaja daripada setiap pergerakan dan tingkah lakunya, malah termasuklah cara pertuturan. Sebagai seorang pendidik, kami merupakan pedoman dan model yang patut dicontohi oleh generasi yang muda. Oleh itu, imej kita amat penting. Melalui ceramah ini, Tuan Haji Abdullah telah banyak mengajar kami tentang tatasusila yang biasa akan kami gunakan pada masa yang akan datang, seperti cara memberi ucapan, cara bercakap dengan orang yang lebih tua, cara pemakaian yang sesuai dan kemas, penggunaan perkataan yang sesuai dalam majlis rasmi dan sebagainya. Semua ilmu pengetahuan ini amat berguna dan pasti akan memanfaatkan imej saya pada masa depan. Selain itu, kami juga terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat. Dalam aktiviti ini, kumpulan kami telah bekerjasama dengan kumpulan PSV 2. Kami diberi kebebasan untuk memilih tempat untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Setelah perbincangan antara kedua-dua kumpulan, kami membuat keputusan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di sebuah rumah orang tua yang terletak di Pokok Sena. Kami telah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah orang tua itu. Kami juga telah menjalankan aktiviti hiburan untuk mewujudkan interaksi dengan warga-warga emas. Namun begitu, ramai warga emas tidak mesra untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti bersama-sama dengan kami. Hal ini demikian kerana terlalu

peristiwa sedih dalam ingatan mereka. Disebabkan kesedihan itu, mereka tidak larat dan tiada mod untuk bermain dengan kami. Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, hati saya berasa amat sedih. Menurut pengurus rumah orang tua ini, rumah orang tua ini hanya membenarkan warga emas yang kehilangan anak ataupun berseorangan. Mereka tidak membenarkan anak-anak menghantarkan ibu bapa mereka ke rumah orang tua itu. Saya amat bersetujui dengan perbuatan pengurus itu. Selepas aktiviti ini, saya telah membuat keputusan dalam hati diri saya supaya saya mesti akan menyayangi ibu bapa saya dan tidak akan meninggalkan mereka walaubagaimanapun. Secara tuntasnya, saya amat menikmati Program BIG pada semester ini. BIG pada semester ini telah banyak memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan baru kepada saya, bukan sahaja untuk menjadi seorang guru yang baik, malah untuk menjadi seorang yang dihormati oleh masyarakat. Sekian, terima kasih.

7.0 PENUTUP Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada kami. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan kerana memberi bantuan dan sokongan untuk menjayakan Program Bina Insan Guru ini. BIG pada semester ini telah banyak memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan baru kepada saya, bukan sahaja untuk menjadi seorang guru yang baik, malah untuk menjadi seorang yang dihormati oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai