Anda di halaman 1dari 3

Seorang lelaki bertanya saya berkenaan masalah menonton pornografi.

Saya juga pernah ditanya oleh seorang perempuan berkenaan masalah ketagihan ber'onani'. Saya berpandangan, selain perlunya kita mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah agar kita benar-benar merasakan bahawa Allah melihat setiap perbuatan kita, kita perlu juga 'menyibukkan' diri dengan amal-amal kebaikan. Sering terlintas di benak pemikiran saya bahawa, banyak dosa yang kita buat adalah kerna kita banyak masa lapang. Hingga syaitan mempunyai peluang untuk meracuni jiwa dan minda kita untuk melakukan dosa. Kalau kita banyak menyibukkan diri kita dengan perkara kebaikan, membaca AlQuran, menelaah hadith, membaca buku-buku yang meningkatkan ilmu kita, pergi ke majlis ilmu, bergaul dengan rakan-rakan soleh, menonton benda-benda baik di televisyen/komputer, keluar buat charity dan sebagainya, kita tak ada masa nak buat benda jahat, benda yang berdosa. Cuba anda sibukkan diri anda dengan kebaikan, anda akan perasan anda tidak ada masa untuk keburukan. Sehari dalam hidup kita ada 24 jam, dan 24 jam ini takkan bertambah apabila anda mengisinya. Bahkan semakin berkurangan. Allah SWT mengilhamkan kepada manusia keburukan dan kebaikan, maka pilihlah kebaikan. "Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya), serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya

kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." Surah Asy-Syams ayat 7-10. Bila kita mengisi masa dengan kebaikan, kita takkan pernah rugi. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." Surah Al-'Asr ayat 1-3. Jangan kata pornografi dan onani, kebanyakan perkara maksiat pun akan terkekang apabila kita banyak menyibukkan diri dengan perkara kebaikan. Kita akan sibuk kemudiannya berdepan dengan ujian hati pula, seperti riya', takabbur, 'ujub dan sebagainya apabila sibuk dengan perkara kebaikan - kerana itulah resminya hidup, penuh dengan ujian. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, kerana kita semua manusia, semua manusia punya dosa-dosa yang perlu dicucinya, namun harapan itu selalu ada, usaha, usaha, usaha dan usaha, jangan hilang percaya kita kepadaNya, Dia Maha Melihat, Dia akan mengira usaha kita, dan menyelamatkan hamba-hambaNya. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah

melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Surah Az-Zumar ayat 53.

Anda mungkin juga menyukai