Anda di halaman 1dari 13

TAJUK KAJIAN

Meningkatkan Tumpuan dan Minat Murid Pemulihan Tahun Dua Dalam Mengenal Huruf Melalui Penggunaan Perisian Grafik Paint

ISU KEPRIHATINAN
Semasa mengikuti pengajaran, murid didapati tidak

mengenal dan mengingat huruf secara rawak sama ada


ditunjukkan kad atau diminta tulis. Murid akan melihat carta huruf di dalam kelas dan menyebut huruf satu persatu secara turutan. Murid juga hanya menyebut huruf tanpa mengenal bentuk

huruf kerana menghafal lagu nyanyian huruf abc.


Murid hanya kenal huruf a, c dan o ketika diminta menyebut huruf pada kad.

Masalah

ini

berlaku

kerana

murid

mempunyai daya tumpuan yang singkat.

Murid tidak boleh menumpukan perhatian


akan pengajaran guru.

Suka

berjalan-jalan

dalam

kelas

dan

mengganggu rakan-rakan lain kerana bosan

belajar seorang diri.

FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian terhadap masalah yang dihadapi,

fokus kajian ialah menarik perhatian murid untuk belajar


mengenal dan mengingat huruf secara turutan dan rawak. Penggunaan komputer ketika mengajar dapat menarik perhatian murid untuk belajar huruf. Selain itu, murid ini juga minat melukis dan mewarna.

Oleh itu,

penggunaan perisian grafik Paint dicadangkan

bagi membantu murid mengenal dan mengingat bentuk huruf yang berwarna-warni.

OBJEKTIF KAJIAN
Umum: Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran mengenal huruf murid pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) iaitu perisian Paint.

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:


Meningkatkan minat dan tumpuan murid dalam

mengenal dan menyebut huruf a hingga z


dengan menggunakan perisian grafik Paint.

Membantu

murid

mengenal

bentuk

dan

menyebut huruf a hingga z dengan betul

secara turutan dan rawak.

SOALAN KAJIAN
Adakah penggunaan perisian grafik Paint dapat meningkatkan minat dan tumpuan murid untuk mengenal dan menyebut huruf a hingga z

semasa mengikuti pengajaran?


Apakah murid boleh mengenal bentuk dan

menyebut huruf a hingga z dengan betul secara


turutan dan rawak berbantukan perisian Paint?

KUMPULAN SASARAN
Kajian tindakan ini melibatkan: Seorang murid perempuan berumur lapan tahun. Murid ini berada di kelas 2 Amanah iaitu kelas terakhir

dan merupakan murid pemulihan di Kelas Sinar Ilmu


sebuah sekolah di daerah Sepang.

Dikategorikan

sebagai

LINUS

tegar

disebabkan

ketidakupayaan murid dalam mengenal huruf.

Latar belakang murid: Berbangsa Melayu-Bajau. Tinggal bersama ibu kandung dan bapa tiri. Cara ke sekolah: berjalan kaki. Tidak mengikuti pendidikan awal di prasekolah atau tadika,

Murid ini mempunyai daya tumpuan yang singkat. Sukar memberikan respons apabila dipanggil atau disoal. Pencapaian akademik responden tidak memuaskan dan gagal

dalam ujian yang dijalankan.


Bersendirian dan selalu dibuli dalam kelas.

Berminat dalam aktiviti melukis dan mewarna. Berminat untuk belajar menggunakan komputer.

Bersemangat untuk belajar membaca walaupun masih tidak


mengenal huruf.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai