Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN INDIVIDU

NAMA NO MATRIK PROGRAM : GON CHAI FONG : DB100489 : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF SAINS) SEMESTER KOD KURSUS NAMA KURSUS : SESI 2010/2011 : BBR 36903 : KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS NAMA PENSYARAH : EN GHAZALLY SPAHAT

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains BBR 36903

VANDALISME

LOKASI TARIKH MASA KAMERA NAMA F-STOP EXPOSURE TIME SPEED DIMENSIONS IMAGE QUALITY

: YONG PENG : 2-11-2013 : 6:47 PAGI : SAMSUNG PL120 : VANDALISME : f/5.2 : 1/60 sec : ISO-80 : 4320 x 3240 : 14MP

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains BBR 36903

Sejak akhir-akhir ini, masalah sosial yang melibatkan remaja berlaku di negara kita. Salah satu masalah sosial yang selalu melibatkan remaja yang masih berada di bangku sekolah adalah kes vandalisme. Isu vandalisme pada zaman kini didapati semakin bertambah dan serius dari sehari ke sehari. Kes vandalisme di negara kita telah mencapai tahap kritikal dan menunjukkan kecenderungan untuk terus menular sekiranya masalah ini tidak tidak diatasi dengan segera. Fenomena ini amat membimbangkan semua lapisan masyarakat kerana remaja merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan negara kita. Justeru kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara dapat dikekalkan. Apakah yang dimasudkan dengan vandalisme? Menurut Websters Third New International Dictionary vandalisme bermakna merosakkan atau membinasakan harta benda awam secara sengaja. Harta benda awam itu termasuklah telefon, bangku-bangku di taman rekreasi, kerusi maja di sekolah serta kemudahan-kemudahan di luar sekolah. Contoh-contoh vandalisme yang lain adalah seperti mencabut gagang telefon, mencabut papan kerusi kayu, mencabut mentol lampu-lampu perhiasan dan mencabut zink bumbung pondok menunggu bas. Selain daripada itu, kita juga dapati jambatan yang telah dicat dengan yang bukanbukan serta ditulis dengan kata-kata lucah. Keadaan yang sama didapati di tandastandas awam. Vandalisme yang berlaku sememangnya mempunyai sebab-sebab tertentu. Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kes vandalisme di kalangan remaja. Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya vandalisme. Pelajar-pelajar sentiasa bergaul dengan rakan-rakan sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Pengaruh rakan-rakan sebaya seperti ini adalah kuat. Kalau hubungan pelajar dengan ibu bapa tidak erat, maka pelajar ini cenderung untuk mengikut pengaruh rakan-rakan sebaya. Rakan sebaya terdiri daripada pelbagai jenis. Ada antara mereka yang bertanggungjawab dan rajin belajar. Sebaliknya, terdapat juga golongan yang kurang bertanggungjawab, tidak komited, tidak berwawasan dan lebih tertarik kepada keseronokan. Golongan remaja mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya melalui meniru perbuatan, nilai dan sikap seta tingkah laku rakan mereka. Sekiranya pelajar berkenaan dipengaruhi oleh golongan rakan sebaya yang tidak bertanggungjawab serta berakhlak kurang sopan, dia juga akan memiliki tabiat yang kurang sihat. Biasanya mereka akan melakukan vandalisme ini merupakan remaja dalam kumpulan. Apabila mereka berkumpul bersama, pelbagai idea yang tidak baik

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains BBR 36903

seperti menconteng atau merosakkan harta benda awam akan tertimbul. Selain itu, kita dapati mereka merosakkan kemudahan awam semata-mata untuk menyeronokan sendiri, menarik perhatian orang lain dan menunjuk kebolehan mereka. Media massa juga boleh menyebabkan berlakunya vandalisme. Paparan adegan-adegan negative dari filem-filem dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme akan mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Remaja mudah mengikut dan meniru sikap negatif melalui media massa. Mereka mungkin terdorong untuk melakukan perkara yang sama apabila menonton rancangan sebegitu. Tambahan pula, permainan video tentang pergaduhan secara tidak langsung boleh membentuk sikap remaja yang suka merosakkan harta benda awam. Oleh itu, pihak media massa seharusnya menapis filem-filem atau rancangan sebegini terlebih dahulu sebelum disiarkan di kaca televisyen. Pada zaman globalisasi ini, ibu bapa jarang berada di rumah atau terlalu sibuk menghabiskan masa di pejabat atau menghadiri pelbagai majlis sosial juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam kes vandalisme. Hal ini telah menyebabkan remaja kekurangan kasih sayang, layanan dan perhatian ibu bapa. Justeru itu, remaja lebih gemar untuk menghabiskan masa dengan rakan-rakan di luar rumah. Situasi seperti ini memang akan menyebabkan anak-anak dipengaruhi oleh kawan-kawan di luar. Ini boleh menyebabkan anak-anak itu terlibat dalam aktiviti vandalisme. Selain itu, golongan remaja yang berasal daripada keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif, kekurangan bimbingan dan kawalan daripada ibu bapa juga merupakan faktof yang mendorong remaja terlibat dalam kes vandalisme. Faktor-faktor dalaman remaja seperti emosi dan tekanan ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Remaja yang pemikiran kurang matang dan tidak mahir mengawal emosi dan tekanan diri mereka senang dipengaruhi oleh kawan sekelilingnya. Ketika berasa marah mereka akan merosakkan harta benda awam. Ini berpunca dari hasrat untuk membalas dendam, menunjukkan rasa tidak puas hati atau rasa kekecawaan terhadap sesuatu perkara. Kita dapati, sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang tentulah akan memberi kesan yang mendalam terhadap sesuatu yang dilakukan. Oleh hal demikian vandalisme yang berlaku memberi banyak kesan yang dapat dilihat dari segi emosi dan fizikal. Kesan-kesan vandalisme bukan setakat dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling negara juga memberi impak yang teruk akibat perbuatan yang

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains BBR 36903

menyusahkan semua pihak. Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan tetapi membawa kerosakkan yang kekal dan perbuatan ini akan mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Apakah kesan-kesan vandalisme terhadap individu, masyarakat dan negara? Vandalisme telah mendatangkan kesan yang mendalam terhadap sesebuah negara. Kita dapati remaja merupakan bakal pemimpin sesebuah negara pada masa akan datang. Mereka juga akan mencorakkan identiti dan mentadbir negara kelak. Sekiranya, masalah vandalisme ini tidak dapat diatasi dengan sempurna maka negara kita akan dipandang serong oleh negara lain disebabkan oleh kelemahan dalam pentadbiran. Selain itu, setiap tahun pihak kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk membaiki pulih dan menganti baru harta benda awam yang telah dirosak. Hal ini disebabkan oleh kegiatan vandalisme yang dilakukan oleh para remaja. Secara langsung ekonomi negara kita juga akan terjejas. Tambahan pula, tindakan membaiki kemudahan awam ini telah membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut sebenarnya boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain. Seperti kebajikan orang tua atau kanakkanak. Hal ini sudah tentu dapat memberi lebih banyak manfaat kepada semua rakyat. Selain itu, vandalisme juga akan menjejaskan imej negara di mata dunia secara tidak langsung. Hal ini telah meninggalkan kesan yang ketara kepada industri pelancongan. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang utama Keluaran Dunia Negara Kasar (KDNK) Industri pelancongan Berjaya menjana ekonomi negara dan menyediakan banyak peluang bekerja kepada rakyat. Masalah vandaslime telah menyebebkan sebahagian pelancong berpandangan negatif apabila mereka melihat kemudahan-kemudahan atau tempat-tempat yang telah rosak dan diconteng. Mereka juga akan membuat andaian bahawa rakyat di negara kita tidak menghargai kemudahan yang disediakan dan tidak berdisiplin. Akhirnya, pelancong luar tidak mahu mengungjung ke negara kita kerana keadaan sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin. Kes vandalisme yang berlaku di negara kita semakin bertambah dari semasa ke semasa. Fenomena ini telah menjejaskan usaha pihak kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Sebagai contoh, penyediaan kemudahan prasarana pendidikan dan pelancaran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam karangan remaja dan melahirkan remaja

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains BBR 36903

cemerlang tidak mencapai matlamat yang disasarkan sekiranya remaja terus melibatkan diri dalam kes vandalisme. Di samping itu, usaha melahirkan modal insan yang berkemahiran turut terbantut kerana remaja lebih suka menyertai aktiviti yang tidak berfaedah seperti vandalisme atau ponteng berbanding dengan aktiviti yang berfaedah. Mereka juga tidak gemar memanfaatkan masa mereka untuk menimba ilmu menerusi pembacaan mahupun membabitkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Masalah vandalisme yang berlaku juga menimbulkan kesan yang buruk kepada masyarakat. Sebagai contoh, jika telefon awam di kawasan kediaman anda telah dirosakan, maka penduduk kampung akan menghadapi masalah sekiranya berlaku kecemasan. Secara langsung hal ini akan menyebabkan mereka kehilangan hak untuk menikmati kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Selain itu, imej dan keceriaan kawasan tempat tinggal akan terjejas berikuti dengan masalah vandalisme yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kita dapati, remaja merupakan asset negara yang berikut berharga dan menjadi penentu kapada masa depan sesebuah negara. Kes vandalisme yang sering dilakukan oleh remaja telah mendatangkan kesan yang buruk ke atas individu itu sendiri. Kehidupan mereka akan dipersiakan kerana membuang masa tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah. Jika masalah ini masih berterusan, maka perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti meropak atau membunuh. Di negara kita, semua lapisan masyarakat kurang mengambil berat tentang masalah vandalisme. Terdapat sesetengah pihak yang tidak mempedulikan perbuatan ini kerana menganggap vandalisme sebagai fenomena sementara yang akan terhenti sendiri pada masa akan datang. Adakah pendapat ini benar? Vandalisme akan berlaku secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras gejala yang kian menular ini supaya perbuatan vandalisme tidak terus berleluasa dari semasa ke semasa. Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah melalui Pendidikan Moral. Remaja boleh didedahkan kepada nilai kesyukuran dan berterima kasih kerana diberikan kemudahan-kemudahan awam itu, misalnya perhentian bas yang disediakan itu memberikan perlindungan daripada hujan dan pancaran matahari yang terik. Kalaulah zink itu dicabut, apakah akan terjadi kepada diri anda, kawan-kawan anda atau saudara-mara anda semasa menunggu bas di pondok itu? Selain itu, nilai

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains BBR 36903

menghargai perlu diterapkan supaya remaja dapat menghargai sesuatu barangan yang berguna walaupun bukan kepunyaan kita. Nilai tanggungjawab bersama juga perlu dihayati. Andai kata nilai ini terdapat pada diri kita, maka setiap daripada kita akan cuba menjaga harta benda awam itu dengan baik. Selain itu, dalam pengajaran mata pelajaran lain, guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni tersebut. Sebagai contoh, seseorang guru bahasa boleh menggunakan sebuah cerita mengenai seorang kanakkanak yang sedang memungut pembalut gula-gula di perhentian bas untuk dimasukkan ke dalam tong sampah. Dalam cerita yang sama, boleh ditonjulkan bagaimana seorang kanak-kanak yang lain cuba menegur kawannya yang cuba menconteng sesuatu di dinding perhentian bas. Guru boleh mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan bilik darjah, mengecat dinding tandas yang telah diconteng atau kerusi meja mereka yang ditulis dengan berbagai-bagai perkataan yang tidak senonoh. Selepas itu, beri soal jawab tentang pentingnya menjaga harta benda awam dengan baik. Pengajaran Pendidikan Agama dan Moral ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat menghayati nilai-nilai di sekolah. Apabila ini berlaku, maka kecenderungan untuk merosakkan harta benda akan berkurang. Sebaliknya, mereka akan bersikap lebih bertanggungjawab terhadap telefon awam, kemudahan-kemudahan di taman rekreasi, tandas awam, perhentian bas dan sebagainya. Di samping itu, ceramah-ceramah mengenai kepentingan menjaga harta benda awam dengan baik perlu diadakan oleh pihak sekolah atau badan bukan kerajaan dari semasa ke semasa. Tujuan ceramah-ceramah ini ialah untuk menimbulkan kesedaran kendiri pelajar tentang betapa pentingnya kemudahan-kemudahan itu bagi diri mereka. Dengan cara ini, pelajar-pelajar bukan sahaja dilarang atau diingatkan supaya jangan merosakkan harta benda awam tetapi mereka juga disedarkan tentang akibat tindakan mereka itu. Penglibatan pelajar dalam gerak kerja yang menarik dan bermakna perlu digalakkan oleh pihak sekolah. Penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti pasukan berunifrom akan mengukuhkan disiplin kendiri. Apabila ini berlaku, kecenderungan untuk merosakkan harta benda sekolah serta harta benda awam akan dapat dikurangkan.

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains BBR 36903

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan. Ibu bapa tidak wajar melupakan tanggungjawab mereka dalam membentuk anak-anak menjadi insan yang berbudi luhur dan berdisiplin. Ibu bapa yang sedar tanggungjawab mereka perlu menegaskan kepada anak-anak mereka supaya menghargai kemudahan-kemudahan awam di sekolah atau di luar sekolah. Di setengah-setengah negara yang miskin, mereka tidak dapat menikmati faedah-faedah kemudahan awam itu. Dengan itu, mereka perlu bersyukur dan menjaganya dengan baik. Di samping itu, setiap individu haruslah memainkan peranan bagi mengelakkan diri sendiri daripada terlibat dalam kegiatan vandalisme. Di peringkat sekolah, pelajar perlu bijak memilih rakan supaya tidak terpengaruh oleh ajakan negatif. Dalam rumah tangga pula, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada dengan betul kerana anak-anak akan mencontohi segala perbuatan dan gelagat ibu bapa mereka. Sementara itu anggota masyarakat pula harus menegur setiap perbuatan vandalisme. Selain itu, setiap anggota masyarakat juga memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah vandalisme. Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak-anak mereka agar mereka tidak melakukan perbuatan yang salah ini. Di samping itu, masyarakat juga haruslah berganding bahu dalam menangani masalah ini supaya tidak terus berleluasa. Masyarakat perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan janganlah memandang perbuatan ini dengan sebelah mata. Jika melihat remaja melakukan perkara-perkara negatif seperti merosakkan harta benda awam. Mereka hendaklah mempunyai sikap menjaga tepi kain orang jika ingin membendung masalah seumpama ini. Selain itu anggota masyarakat perlu memainkan peranan penting dengan memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme dan kesannya kepada orang ramai akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Badan bukan kerajaan di negara kita juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah vandalisme. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengelakkan masalah vandalisme berlaku terutamanya berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing-masing. Setiap persatuan yang bukan badan kerajaan

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains BBR 36903

dan juga Rukun Tetangga telah diberi satu kawasan untuk dijaga dan di selenggara. Maka berharap agar jenayah ini berkurangan dari semasa ke semasa. Selain daripada badan bukan kerajaan, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah vandalisme. Pihak kerajaan telah menguatkuasaan dan melaksanaan undang-undang di dalam negara kita. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991, sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerjakerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan tegas ini perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan mereka. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen antivandalisme dan menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh remaja. Secara kesimpulanya, para remaja perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi supaya berupaya membezakan yang baik daripada yang buruk. Semua lapisan masyarakat juga perlu berkerjasama untuk membasmi masalah vandalisme yang kian berleluasa dalam kalangan remaja sekarang. Walaupun isu vandalisme ini dilihat sebagai perkara biasa, namun ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada masa akan datang. Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan dan tidak dapat digunakan lagi, maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga. Imej negara juga akan dipandang rendah akibat daripada perbuatan salah laku ini. Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini perlu bekerjasama dan bertindak segera untuk menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal dikemudian hari.

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains BBR 36903

BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng (2000). Siri Diploma Perguruan: Bimbingan dan kaunseling II. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamaruddin Haji Husin (1995). Siri Pengajaran dan Pendidikan Utusan: Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd http://twoohiok.wordpress.com/2010/02/19/peranan-keluarga-dalam-menanganigejala-sosial/ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0619&pub=Utusan_Malaysi a&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm http://www.politie.nl/onderwerpen/vandalisme.html http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/vandalisme.html http://abihulwa.blogspot.com/2011/01/isu-sosial-kenali-vandalisme.html http://www.scribd.com/doc/173727615/Scintific-Skills http://smp.townplan.gov.my/blog/?p=5179

Anda mungkin juga menyukai