Anda di halaman 1dari 4

CONTOH Jawapan untuk KERTAS SOALAN Jan/08 HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 1.

Amalan pengurusan kesihatan diri dapat membantu menjamin tahap kesihatan berada didalam keadaan baik. Berikan EMPAT komponen utama amalan tersebut. 1. Pengurusan kebersihan tubuh 2. Pengurusan kebersihan pakaian 3. Pengurusan tahap kesihatan 4. Pengurusan P emakanan yg sihat 5. Pengurusan Berat Badan 6. Pengurusan tekanan (stress) 2. Penyimpanan makanan adalah merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi mengelak ianya tercemar. Berikan panduan bagaimana makanan kering dan basah perlu disimpan. (a) Makanan Kering Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan kulat. (b) Makanan Basah Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi banyak bakteria. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak atau makanan mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Titisan daripada air makanan mentah ini boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang. 3. Senaraikan LAPAN elemen keluarga sihat. 1. Mengamalkan nilai moral dan agama 2. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti senaman atau fizikal 3. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan keluarga 4. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang 5. Berkongsi masa lapang 6. Memupuk sokongan sosial 7. Mempunyai pendapatan yang mencukupi 8. Mempunyai keselamatan emosi 4. Jelaskan kitaran haid. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga 35 hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh haid ini berbeza antara individu. 5. Berikan EMPAT penjagaan asas yang perlu dilakukan oleh ibu yang berada dalam tempoh kehamilan. 1. Pemeriksaan Kesihatan Berkala 2. Amalan Senaman

3. Makanan Seimbang 4. Rehat, Istirehat 5. Sokongan

Emosi

6. Jelaskan maksud proses identiti kendiri dan penerokaan yang berlaku kepada remaja semasa berlakunya perubahan sosial mereka. Sebagai produk sosial (hasil proses sosialisasi), konsep kendiri dipelajari dari pengalaman yang berulang dan berterusan. Kita tidak dilahirkan dengan konsep kendiri. Kita mempelajari kemahiran sosial sama seperti kita belajar kemahiran menggunakan anggota fizikal kita. Pembelajaran sosial kita bermula di rumah. Apabila seseorang kanak-kanak didedahkan dengan masyarakat umum, dia akan mula belajar perlakuan sosial yang baru atau sekadar memperkukuhkan pembelajaran sosial yang dipelajari dalam keluarga. Contohnya, bersalam dengan orang yang lebih tua. 7. Berikan definisi delekuen juvanil. Delekuen juvenil merujuk kepada salah perlakuan yang bertentangan dengan peraturan dan undang undang yang dilakukan oleh mereka yang di bawah umur. 8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan? Perkahwinan ialah upacara yg membolehkan seseorg lelaki dan seseorg perempuan tinggal bersama atau cohabit untuk jangka masa yg lama dan mempunyai anak.

9. Jelaskan secara ringkas fungsi Enakmen Keluarga Islam.

10. Jelaskan peranan dan tanggungjawab suami dan isteri dalam sebuah rumah tangga. Suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Hubungan seksual dalam perkahwinan mesti berdasarkan rasa hormat, persefahaman dan persetujuan. Memupuk dan mengeratkan hubungan kasih sayang, saling mempercayai, bertolak ansur dan prihatin terhadap keperluan emosi, fizikal dan kesihatan pasangan amat penting. Isteri mempunyai tanggungjawab menjaga suami baik ketika sihat mahupun sakit. Kesetiaan kepada suami adalah ajaran setiap agama. Isteri mempunyai tanggungjawab untuk membimbing suami ke arah amalan yang baik dan menjauhi daripada perkara yang ditegah agama.

1. (a) Berikan contoh jenis keluarga yang terdapat di Malaysia. Keluarga nuklear Keluarga sekunder Keluarga extended Keluarga poligami (b) Jelaskan ciri-ciri DUA jenis keluarga yang telah dikenalpasti. Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan anak mereka. Keluarga sekunder merujuk kepada lain-lain bentuk keluarga selain daripada keluarga nuklear. Keluarga extended merujuk kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri serta anak mereka, ibu bapa serta adikberadik mereka. Keluarga poligami pula terdiri daripada beberapa keluarga yang diketuai oleh seorang suam i. (c) Bincangkan kebaikan dan kekurangan bagi DUA jenis keluarga. Keluarga Nuklear Kebaikan Keburukan
(i) Pasangan berdikari dalam menentukan gaya pengurusan rumahtangga mereka tanpa campurtangan orang lain. Mereka mempunyai privasi dan lebih terbuka dalam komunikasi atau perlakuan. Cara berfikir dan bertindak tanpa campurtangan ahli keluarga lain boleh membentuk keyakinan diri dan keserasian dalam penyelesaian masalah. (ii) Dari segi ekonomi, keluarga nuklear dapat berjimat cermat serta menguruskan perbelanjaan mengikut kemampuan. Tidak timbul rasa bersalah atau malu jika tidak memberi sumbangan seperti mana di dalam keluarga extended. (i) Keluarga nuklear memupuk sifat keindividuan dan boleh menjauhkan jalinan hubungan sesama ahli keluarga. Ahli keluarga nuklear terdedah kepada tekanan emosi apabila berlaku konflik dalam keluarga. Pasangan tidak mempunyai ahli keluarga lain yanglebih dewasa untuk menjadi tempat berkongsi perasaan atau masalah. (ii) Anak juga tidak ada tempat mengadu atau menumpang kasih jika berlaku masalah dengan ibu bapa. (iii) Ibu kepada keluarga nuklear yang tiada pembantu rumah terpaksa membuat kerja rumah secara bersendirian. Ibu yang baru lepas bersalin misalnya memerlukan sokongan emosi dan fizikal untuk penjagaan selepas bersalin.

2. Wlaupun dr segi ekonomi mereka kurang mewah jika pendapatan kurang ttp dgn bilangan ahli keluarga yg ramai mrk boleh saling membantu & menyokong. Perasaan tertekan dpt dkurangkn 3. Isu atau masalah dlm keluarga dpt dbincangkn bersama & jln penyelesaian dpt dcapai. Ikatan persaudaraan dpt dkekalkn krn mrk saling berhubungan. 4. Bg pasangan suami-isteri yg bekerja, ahli keluarga lain dpt mbantu mjaga kebajikan anak mrk. Ahli keluarga lain spt datuk & nenek dpt mengambil alih tugas ibu bapa utk mberi pendidikan sosial serta kerohanian kpd anak.

cenderung utk keluar dr rumah dan tidur d rumah rakan sebaya. Menimbulkn masalah sosial negatif yg lain jika anak terpengaruh dgn kehidupan yg tidak sihat. 4. Ahli keluarga yg tlh berumur akan menjadi model kpd anak2. Kanak2 mudah maniru pelakuan dan cara komunikasi. Dlm keluarga extended kemungkinan berlaku perkara yg berrtentangan dgn nilai baik yg mungkin ditiru oleh kanak2.

2. (a) Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu amalan yang perlu dipraktikkan dengan baik bagi menjamin kesejahteraan keluarga. Berdasarkan kenyataan di atas, kenalpasti elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga. 1. Mengamalkan nilai moral dan agama 2. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti senaman atau fizikal 3. Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan keluarga 4. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang 5. Berkongsi masa lapang 6. Memupuk sokongan sosial 7. Mempunyai pendapatan yang mencukupi 8. Mempunyai keselamatan emosi (b) Jelaskan objektif pendidikan kesihatan keluarga. 1.Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspe k pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat. 2.Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat dan negara pun sihat. 3.Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs). 4.Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan memahami

Kebaikan

Keluarga Extended Keburukan


1. Ruang privasi agak kurang antara suami isteri atau individu lain dlm keluarga. 2. Bg keluarga yg berpendapatan rendah, ahli keluarga yg ramai membataskn kemampuan hidup yg lebih selesa. 3. Ruang rumah yg terhad jg bolehmbawa masalah kpd ahli keluarga ini. Masalah ini menimbulkan emosi yg tidak sihat di kalangan anak. Mrk

1. Sokongan emosi dan sosial lebih baik dlm keluarga extended. Apb berlaku konflik dlm keluarga atau masalah kesihatan, ahli keluarga yg lain dpt mbantu. Dlm kes ibu selepas bersalin misalnya, sokongan ahli keluarga yg lain dpt meringankn beban ibu di samping mberi sokongan emosi. Tahap kesihatan mental dpt terpelihara.

maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki.(Conttrell, Girvan & Mckenzie, 2002). (c) Bincangkan bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum dapat dilaksanakan. 1.Amalan Cara Hidup Sihat bukan shj diamalkan dlm bilik darjah semasa subjek PK /PJK tetapi diamalkan dgn warga sekolah & ahli keluarga d rumah. 2.Dsekolah, seseorg pelajar bertanggungjawab dan mempunyai berperanan ke arah mcapai status kesihatan yg positif. Drumah , mrk utk mbantu ahli keluarga memastikan suasana rumah adalah sihat. Mrk bukan setakat mempelajari ilmu Kesihatan semata-mata utk lulus tetapi perlu mngamalkan apa yg dipelajari di sekolah & dirumah. 3.P&P PK keluarga perlu dilihat secara holistik dalam membina jasmani, emosi, rohani, intelek & sosial seseorg pelajar krn tidak langsung dsentuh dlm mata pelajaran lain selain PK. 3. (a) 1. P. 2. P. 3. P. Berikan TIGA peringkat dalam proses kehamilan awal: dari minggu pertama - minggu ke 14 pertengahan: dr minggu ke 15 - minggu ke 28 akhir dr minggu ke 29 - minggu ke 40 ketiga-TIGA peringkat kehamilan

Perubahan Perubahan buah dada

Keterangan Bulan ke 4 kelahiran, buah dada akan mbesar. Bhgian puting & sekeliling puting (aerola) mjadi gelap. Ibu perlu mgunakan baju dlm yg sesuai utk mnampung saiz buah dada yg telah berubah.

Pening dan mabuk

Mabuk morning sickness berlaku di sekitar bulan ke 3 hamil.Berlaku bukan shj pd waktu pagi malah tdk mngira masa. Mabuk yg mlampau mnyebabkan ibu muntah.

Kerap kencing Bengkak kaki

Berlaku apbila kandungan makin mbesar kerana kandungan menekan pd pundi kencing. Biasa blaku pd peringkat pertengahan kehamilan. Berat ibu btambah akan mjejaskan kaki & pgelangan kaki.

4. (a) Senaraikan aspek penting dalam pengurusan kesihatan diri. (a) Pengurusan Kebersihan Tubuh (b) P engurusan Kebersihan Pakaian (c) Pengurusan P emakanan yang Sihat (d) P engurusan Tahap Kesihatan (e) Pengurusan Berat Badan (f) Pengurusan Tekanan (stress) (b) Jelaskan dengan terperinci TIGA aspek penting dalam aspek pengurusan kendiri.
a) P engurusan kebersihan tubuh Membersihkan tubuh badan menjadi rutin harian yg perlu dikalukan. Mandi 2x sehari. Bersihkan tubuh dgn sabun dan air bersih utk membuang kotoran & kuman bg menjauhkan jangkitan penyakit kulit spt kudis & badan berbau. Tangan - Bersihkan tgn dgn sabun & air bersih setiap kali selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih. Rambut dibersihkan dgn syampu yg sesuai dgn jenis kulit kepala samada berminyak / kering. Kutu rambut / masalah kulit kepala antara masalah kesihatan yg biasa berlaku. Penjagaan mulut termasuk gigi penting. Gosok gigi mggunakan berus gigi yg sesuai dan ubat gigi. Pastikan mulut dan gigi dibersihkan setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Gunakan floss utk membuang sisa makanan pd celah gigi. Dptkan pemeriksaan 2x setahun. Guna alat pelindung gigi jika terlibat dlm sukan lasak. Tubuh memerlukan rehat yg cukup utk memulihkan tenaga dan minda. Dptkan tidur yg cukup dan berkualiti. Kanan2 dan remaja memerlukan masa tidur yg lebih panjang berbanding dgn org dewasa. Pastikan tubuh dinersihkan sebelum tidur. b) P engurusan kebersihan Pakaian Negara kita mpunyai kadar kelembapan yg tinggi. Tubuh kita cepat berpeluh. Adalah penting utk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita perlu membersihkan dan menjemur bantal, selimut, cadar utk mengelak pembiakan hama. c) Pengurusan Tahap Kesihatan Penyakit kardiovaskular spt jantung dan strok adalah pembunuh senyap. Penyakit ini dikenalpasti sbg salah satu drp 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh mengurus tahap kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital utk mengetahui tanda2 awal sesuatu penyakit spt pemeriksaan tahap glukos darah spy dpt ketahui samada diri berisiko utk mendapat penyakit diabetis. d) P engurusan Pemakanan yang Sihat Adalah amat penting utk memakan makanan yg seimbang bg mendapat semua jenis zat yang diperlukan. Makanan seimbang terdiri drp komponen karbohidrat,

(b) Jelaskan tersebut.

a) Peringkat Awal (first trimester) bermula drp terbentuknya embrio hingga kehamilan mencecah 3 bulan. Plasenta yg berupa gumpalan salur darah yg melekat pd lapik uterus mbawa masuk oksigen & zat makanan. Hasil buangan akan keluar melalui tali pusat. Minggu ke 5, embrio telah menunjukan tunas anggota tubuh spt kaki, lengan & bonjolan utk jantung. Apabila janin mcapai usia 2 bulan, Organ dalaman telah terbentuk. Bulan ke 3 fetus telah terbentuk dgn sempurna & mula mbesar dgn cepat. b) Peringkat P ertengahan ( second trimester) kehamilan memasuki bulan ke 4 hingga bulan ke 6. Bulan ke 4, dengupan jantung bayi boleh dikesan menerusi alat stethocope. Beratnya 300 gm. Bulan ke 5, (28 minggu) mata bayi sudah boleh dibuka. Bayi boleh bergerak dgn aktif. Si ibu boleh mengesan tendangan / pergerakan bayi. c) P eringkat Akhir (third trimester) kehamilan memasuki bulan ke 7 hingga bulan ke 9. Berat bayi kian bertambah dan pergerakan semakin aktif. Inggu ke 38. kepala bayi berada pd kedudukan bawah & bersedia utk dlahirkan. Bulan ke 9 (40 minggu) bayi akan turun ke bawah abdomen bg tujuan kelahiran. (c) Proses kehamilan juga turut melibatkan perubahan fizikal si ibu. Bincangkan perubahan ini.

protein, lemak, vitamin dll. Pengambilan makanan seimbang akan memberi tenaga, membina badan, mencegah penyakit. Tiga waktu makan utama ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pengambilan sarapan pagi utk memberi tanaga bg memulakan kerja. Makan mengikut keperluan pengambilan jumlah makanan perlu sesuaibdgn jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga. Kanak2 dan remaja yg sedang membesar dan aktif secara fizikal memerlukan jumlah makanan yg byk. Begitu jg petani, nelayan, buruh penggunaan tenaga mrk tinggi. e) P engurusan Berat Badan Obesiti salah satu risiko utk mendapat penyakit diabetis, jantung, darah tinggi dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang bersenam. Kecergasan fizikal meliputi segala aktiviti yg menggerakkan anggota fizikal spt menjalankan kerja rumah dan membersihkan kawasan rumah. Akt fizikal memerlikan tenaga yg berupa pembakaran lemak dalam tubuh. Pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yg disimpan di dlm badan utk mengelak badan drp berlebihan berat. Akt fizikal akan meningkatkan high density lipoprotein (HDL) atau lemak darah berkepadatan tinggi yg baik utk melindungi jantung. Ia adalah bahan darah yg dpt memungut kolesterol dan membantu membuangnya dari badan melalui hati. Ia dikenali sbg kolesterol baik. f) Pengurusan Tekanan (stress) Tindakbalas fizikal, emosi, dan mental terhadap perubahan dan cabaran. Stress boleh dialami di rumah, sekolah dan tempat kerja. Stress yg sedikit boleh menjadi motivasi kpa kita. Stress yg serius mungkin cenderung utk terlibat dlm penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kita mesti belajar hidup dgn stress krn ia sebahagian drp kehidupan. Belajar mengurus stress dpt menjauhkan kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja yg bijak dpt membantu mengurangkan stress. Amalkan pemikiran dan komunikasi yg positif. Dapatkan bantuan jika tidak mempu menguruskan t ekanan diri.

(b) Senaraikan TIGA faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga. 1. Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan 2. Konflik Peranan dan Tanggungjawab 3. Kemiskinan (c) Bincangkan TIGA faktor penyumbang kepada keruntuhan keluarga. Berikan contoh untuk setiap faktor. 1. Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan Kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsi an bijak dimana pasangan saling mempercayai, hormat menghormati, bertolak-ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa jua tanggungjawab. 2. Konflik Peranan dan Tanggungjawab Keadaan menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan rumahtangga. Tekanan boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri akan berpisah dan mengakhiri ikatan sebuah keluarga. 3. Kemiskinan Kemiskinan adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun sesebuah negara diiktiraf sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya ditafsir berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan sebagai di bawah garis kemiskinan (di negara kita pendapatan di bawah garis kemiskinan ialah RM687 untuk bandar dan RM698 untuk luar bandar).

(c) Berdasarkan pemahaman anda bincangkan bagaimana kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh badan dapat diterapkan.
Keluarga memainkan peranan penting dlm memberi kesedaran, pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh. Ibubapa sbg model terbaik dlm penjagaan kesihatan. Masy turut memainkan peranan. Jika masy melihat mandi pagi sbg satu nilai kesihatan, maka amalan ini menjadi budaya ahli-ahlinya. Individu bertanggungjawab ke atas kesihatan mrk apabila meningkat dewasa. Klinik Kesihatan atau Hospital Staf klinik kesihatan ibu dab anak turut meminkan peranan. Ibu-ibu diberi nasihat dan tunjuk cara bagaimana penjagaan kesihatan yg baik. Cth: dlm penyediaan makanan seimbang kpd kanak2 Sekolah PJK di peringkat sekolah rendah memberi pengukuhan dan kesedaran ini. Pasukan Kesihatan Sekolah dari pejabat kesihatan daerah yg berdekatan turut menjalankan lawatan secara berkala ke sekolah utk menjalankan pemeriksaan berkala kpd pelajar. Program Doktor Muda yg dperkenalkan ke sekolah2 rendah turut mempromosikan amalan penjagaan kesihatan di kalangan pelajar. Kempen Cara Hidup Sihat melalui KKM utk penjagaan kesihatn secara menyuluruh dan berterusan meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, mental, dan sosial seseorang.

5. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keruntuhan rumah tangga. Keruntuhan rumahtangga merujuk kepada keadaan satu unit organisasi keluarga yang terlerai daripada ikatan sama ada secara sah atau tidak. Keruntuhan yang sah dimeterai oleh undang undang dengan bukti bahawa pasangan berkahwin telah bercerai. Keruntuhan yang tidak sah merujuk kepada pasangan yang berpisah secara tidak rasmi.

Anda mungkin juga menyukai