Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah alam sekitar. Penglibatan: untuk menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar. Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan nur hafizah jamasri 2012
Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip Pendidikan Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu: (i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam sekitar semula jadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan estetika. (ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari peringkat prasekolah dan disambung sehingga peringkat pendidikan formal dan bukan formal
nur hafizah jamasri 2012
(iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik dan seimbang. (iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan, nasional dan antarabangsa. (v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini dengan mengambil kira perspektif sejarah.
nur hafizah jamasri 2012
(vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan, nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan menyelesaikan masalah alam sekitar. (vii) Mengambil kira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar dalam plan pertumbuhan dan pembangunan. (viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang pengalaman pembelajaran dan mendapat peluang untuk membuat dan menerima keputusan bersama
(ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan, kemahiran penyelesaian masalah dan nilai yang jelas kepada semua peringkat umur dengan memberi penekanan khusus terhadap sensitiviti alam sekitar. (x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi masalah sebenar alam sekitar
(xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan keperluan untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah. (xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai dan pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar, belajar tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar