Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pendekatan Mengajar

1.1 Konsep Pendekatan

Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah


yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi
masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara bagaimana
sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk
kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di
sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan
alasan.
Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati
sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk
mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya
mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini kerana, dengan
mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang
pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh
menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini dikhuatiri
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak
mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-
muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang
sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
efektif.
Terdapat pelbagai jenis pendekatan yang akan dihuraikan dalam tajuk ini. Setiap
pendekatan adalah berbeza dari segi konsep dan cara penggunaannya merujuk kepada
keadaan murid-murid. Kesan daripada penggunaan pendekatan yang sesuai ialah
murid-murid akan mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan cepat dan mudah. Tujuan menggunakan pendekatan yang sesuai ini ialah
supaya guru-guru dapat mencapai objektif yang diharapkan. Guru yang berkemahiran
ialah guru yang bijak menggunakan pendekatan yang tertentu di dalam pengajarannya.
2.0 Pendekatan dan Strategi Pengajaran Induktif

Pendekatan pertama yang akan dihuraikan di sini dikenali sebagai pendekatan


Induktif. Pendekatan Indukif ialah pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan
menafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya.
Maksudnya di sini ialah menggunakan pendekatan dengan mengemukakan contoh yang
khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid akan berfikir seterusnya akan
membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut.
Inilah yang dimaksudkan sebagai pengajaran Induktif dimana guru memberi contoh dan
menyoal murid tentang kefahaman mereka dan cuba membuat persamaan dengan
situasi lain. Sebagai contoh dalam matapelajaran Matematik dimana guru memberikan
contoh-contoh operasi darab kemudian murid-murid cuba bentukkan suatu kesimpulan
atau teori umum bagi sebagai penyelesaian masalah tersebut. Ringkasnya adalah
seperti berikut :

2x1=2
3x1=3
4x1=4 nx1=n
5x1=5 n = 1, 2, 3 ………
6x1=6

Di dalam pengajaran Induktif ini guru mengemukakan beberapa contoh yang


khusus dan diikuti dengan soal jawab untuk membimbing murid-murid memerhati,
mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap
contoh itu. Dengan cara ini murid mudah ingat dan faham dengan isi pengajaran guru
kerana dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah mengingati
dan mudah mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaan.

2.1 Jenis Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif ini mempunyai 5 jenis pendekatan yang boleh digunakan


oleh para guru semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
Pendekatan yang pertama ialah generalisasi. Membentuk satu generalisasi ialah suatu
teori yang digunakan bagi mudah memahami dan mudah diaplikasikan pada contoh lain.
Sebagai contoh ialah mencari ciri segitiga yang sama dengan segitiga lain iaitu
persamaan segitiga mempunyai tiga sisi, sudut pedalaman ialah seratus lapan puluh
dan sebagainya.
Pendekatan kedua ialah prinsip hasil ujikaji tertentu. Pendekatan ini merupakan
kaedah supaya murid membentuk satu prinsip hasil daripada ujikaji tertentu yang
dijalankan. Sebagai contoh mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda yang
dijatuhkan dari atas ke bawah. Dengan pendekatan ini guru menjalankan ujikaji
terhadap beberapa objek di mana tidak ada satu objek yang dijatuhkan terapung, pasti
semuanya terjatuh ke bawah. Oleh itu, murid akan memahami bahawa terdapat pusat
graviti di bawah bumi yang menyebabkan manusia boleh berjalan, berlari dan
sebagainya tanpa menyebabkan ia terapung-apung.
Ketiga ialah membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu.
Maksudnya ialah melalui pernyataan yang diberikan oleh guru, murid dapat memahami
bahawa contoh tersebut boleh digunakan dalam contoh lain yang sesuai. Sebagai
contohnya ialah semasa dalam pengajaran tatabahasa murid dapat mengaplikasikan
imbuhan “ber” dalam membuat karangan.
Keempat ialah membentuk suatu teorem. Melalui aktiviti-aktiviti induktif daripada
guru, murid-murid dapat membuat kesimpulan umum hasil daripada pemahaman
mereka. Sebagai contoh mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam
pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.
Kelima ialah mendapat satu teori hasil daripada satu urutan pemikiran. Guru
memberi contoh perlakuan Sejarah dimana kesan daripada pemerintahan pecah
perintah British di Tanah Melayu iaitu kesemua kaum tidak bersatu padu. Contoh lain
pula ialah memerhatikan tingkah laku manusia untuk mendapat hasil pembelajaran
seperti bagaimana apa yang telah dilakukan oleh seseorang yang telah berjaya dalam
pelajarannya.

2.2 Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif

Bagi menjalankan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlulah


memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif.
Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru
sediakan contoh-contoh yang sesuai bagi membantu murid membuat rumusan. Di
samping itu soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid membuat
kesimpulan yang berkenaan.
Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang
berkaitan dengan kesimpulan tetapi murid-murid dibimbing melalui soal jawab antara
guru dan murid untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang
diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama dan mudah untuk
membolehkan murid mengenalpastinya. Perlu diingat bahawa contoh-contoh khusus
yang diberikan mestilah sesuai dan mencukupi.
Selepas contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru-guru, murid-murid
juga digalakkan untuk memberi contoh-contoh yang serupa. Guru tidak harus
mengemukakan semua contoh sekaligus, tetapi seelok-eloknya mempersembahkannya
satu demi satu. Cara ini boleh menarik perhatian murid serta membolehkan mereka
mengenal pasti ciri contoh itu dengan lebih mudah lagi. Alat Bantu mengajar harus
disediakan untuk membantu murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria
murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh. Proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat iaitu
daripada contoh-contoh yang spesifik kepada kesimpulan umum.
3. 0 Jenis Pendekatan Deduktif

Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang


bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Ini bermaksud bahawa
guru memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid
dan mengajarkannya kepada murid sehingga murid faham, kemudia murid akan
mengaplikasikannya atau juga boleh digunakan sebagai proses menyelesaikan masalah
dalam Matematik.
Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan
kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau
peraturan yang telah diketahui. Maksudnya ialah daripada rumus, prinsip, hukum,
teorem atau peraturan tertentu tersebut, murid-murid dapat memahami sesuatu yang
baru, bermaksud mereka mungkin dapat idea yang baru bagi menyelesaikan sesuatu
permasalahan. Daripada idea atau pemahaman yang baru itu boleh juga dibentuk
rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang baru asalkan tidak lari daripada
konsep masing-masing.
Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif pada peringkat
awal. Murid dibimbing mengingat hukum, prinsip, teorem atau peraturan yang berkaitan
untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan
yang baru.

3.1 Jenis-jenis Pendekatan Deduktif

Seperti juga kaedah pendekatan yang ada pada pendekatan induktif,


pendekatan deduktif ini juga mempunyai jenisnya yang tertentu iaitu terdapat tiga jenis.
Jenis yang pertama ialah penyelesaian masalah iaitu guru hendaklah berusaha
memahamkan murid tentang sesuatu teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
tertentu supaya murid dapat menggunakan teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
tersebut bagi menyelesaikan masalah lain yang timbul tetapi mempunyai cara
penyelesaian yang sama asalkan tidak lari dari konsep asal. Sebagai contoh setelah
murid mempelajari imbuhan ‘ber’ mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan
menggunakan imbuhan ‘ber’.
Jenis yang kedua ialah membuat generalisasi baru iaitu setelah guru
mengajarkan kepada murid-murid tentang sesuatu teori, hukum, prinsip, teorem atau
peraturan tertentu sehingga mereka dapat menguasai konsep tersebut dan kemudian
membuat kesimpulan umum yang baru atau teori yang baru bersesuaian dengan
kefahaman masing-masing dan tidak lari dari konsep asal. Misalnya setelah murid
mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka diminta menggunakan rumus itu untuk
mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.
Jenis yang ketiga ialah membukti hipotesis. Jenis yang ketiga ini ialah setelah
murid belajar hipotesis sesuatu ujikaji, mereka juga boleh melakukan ujikaji lain bagi
membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip dan hukum yang telah dipelajari.
Misalnya setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus,
mereka diminta menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut
dalam sebuah segitiga ialah 180°.

3.2 Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif

Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih


dahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori
yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah
didedahkan. Generalisasi, prinsip atau teori yang disunakan untuk menyelesaikan
masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan.
Proses menyelesaikan masalah untuk membuktikan hipotesis tidak terhad
kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip atau teori yang telah dipelajari. Guru
sendiri tidak perlu menggunakan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara
membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga
mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.
4. 0 Jenis Pendekatan Penyerapan dan Strategi Kesepaduan

Kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum atau bersama, bukan terpisah.


Terbahagi kepada dua konsep iaitu konsep penggabungjalinan dan konsep penyerapan
dalam KBSR dan KBSM.

4.1 Konsep Penggabungjalinan dalam KBSR dan KBSM

Penggabungjalinan ialah suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di


dalam sesuatu pelajaran. Kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan melaksanakan
pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti membaca, menulis, menghurai, mengira,
mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya.
Konsep penggabungjalinan tidak terhad kepada penggabungjalinan kemahiran-
kemahiran bahasa dalam satu-satu mata pelajaran sahaja. Konsep ini juga meliputi
penggabungjalinan pelbagai kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran-mata
pelajaran lain. Pendekatan jenis ini mempunyai beberapa ciri.

4.1.1 Ciri-ciri Penggabungjalinan

Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata


pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Kemahiran-kemahiran tersebut mestilah saling
berkaitan antara satu sama lain. Ia boleh digabungjalinkan sama ada dua atau lebih
kemahiran yang ada dalam sesuatu pelajaran itu. Proses penggabungjalinan berlaku di
antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah
dipelbagaikan dengan cara yang menarik. Di antara pelbagai kemahiran yang
digabungjalinkan, salah satu kemahiran adalah fokus iaitu kemahiran utama manakala
kemahiran-kemahiran lain adalah kemahiran sampingan. Maksudnya di sini ialah dalam
konsep penggabungjalinan yang menghubungkaitkan antara satu kemahiran dengan
kemahiran-kemahiran yang lain ini terdapat banyak kemahiran di mana salah satu
kemahiran tersebut adalah kemahiran fokus atau kemahiran utama dan kemahiran-
kemahiran lain yang digabung adalah kemahiran sampingan.
Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran
yang digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Sebagai contoh dalam pelajaran
Matematik, semasa cuba menyelesaikan masalah berdasarkan petikan, kemahiran yang
digunakan ialah kemahiran membaca, berfikir dan menghitung. Terdapat tiga kemahiran
dan salah satunya adalah kemahiran fokus iaitu kemahiran menghitung iaitu kemahiran
yang diberi penekanan yang lebih. Organisasi kemahiran ini adalah fleksibel dan boleh
ditukar mengikut kesesuaian kehendak. Walaubagaimanapun kemahiran utama tetap
diberi penekanan yang lebih.
Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan
adalah saling dikukuh dan diterapkan antara satu sama lain. Maksud dikukuh antara
satu sama lain ialah kemahiran fokus dibantu dengan menggunakan kemahiran-
kemahiran sampingan yang ada.

4.2 Jenis Penyerapan

Selain terdapat kaedah penggabungjalinan, terdapat juga kaedah penyerapan.


Kaedah ini menghubungkan sesuatu mata pelajaran dengan satu atau lebih mata
pelajaran yang lain. Kaedah ini seolah-olah kaedah penggabungjalinan tetapi kaedah
penyerapan adalah lebih besar kegunaannya daripada kaedah penggabungjalinan
kerana mengaitkan mata pelajaran lain.
Sebagai contoh mata pelajaran Sains boleh diserapkan unsur-unsur keagamaan
dengan melihat kehebatan Tuhan mencipta alam. Selain itu boleh juga dikaitkan dengan
mata pelajaran Kajian Tempatan tentang kaedah tertentu yang digunakan untuk
mengkaji cuaca iaitu dengan tolok hujan.
Seperti juga kaedah penggabungjalinan, kaedah penyerapan juga mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Terdapat beberapa ciri yang dapat memberi gambaran serba
sedikit tentang perbezaan konsep antara kaedah penggabungjalinan dan kaedah
penyerapan.

4.2.1 Ciri-ciri Penyerapan

Ia mengandungi beberapa unsur pengetahuan daripada pelbagai pelajaran


samada mata pelajaran Matematik digabungkan dengan mata pelajaran Pendidika Islam
dan Kajian Tempatan atau boleh juga dihubungkan dengan mata pelajaran yang lain.
Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata
pelajaran. Bilangan mata pelajaran digunakan dalam proses penyerapan adalah
fleksibel dan tidak terhad jumlahnya. Walau bagaimanapun, guru harus memastikan
gabungan yang dibuat dapat membantu murid memahami isi kandungannya.
Seperti juga kemahiran fokus, organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung
kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap
diberi penekanan yang lebih.
Proses penyerapan boleh berlaku secara serentak dengan proses
penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti
penggabungjalinan pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.

4.2.2 Strategi Pelaksanaan Konsep Penyerapan

Terdapat beberapa strategi pelaksanaan bagi kaedah ini. Yang pertama ialah
penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran ke dalam
mata pelajaran kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu. Maksudnya di sini ialah boleh
dilakukan penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran ke
dalam satu mata pelajaran atau penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata
pelajaran kepada mata pelajaran yang lain. Misalnya unsur-unsur isi kandungan
daripada mata pelajaran Geografi dan Kokurikulum diserapkan dalam mata pelajaran
Matematik.
Boleh juga dilakukan penyerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur
isi kandungan daripada beberapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran yang lain.
Misalnya, nilai-nilai murni seperti cintakan negara bersama unsur-unsur mata pelajaran
Sejarah, Geografi diserapkan dalam mata pelajaran Matematik.

Anda mungkin juga menyukai