Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN

Pembelajaran koperatif telah diperkenalkan di peringkat institusi pendidikan


oleh Salvin (1984), Kagan (1988) dan Johnson and Johnson (1991). Ianya
berasakan kepada aktiviti berpasukan melalui struktur. Aktiviti dalam proses
pembelajaran koperatif berbagai-bagai bergantung kepada struktur yang
dipilih sama ada untuk pembentukan pasukan, kelas, penguasaan
pembelajaran, kemahiran berfikir, perkongsian maklumat dan kemahiran
komunikasi. Aktiviti berbeza nagi setiap struktur yang dipilih dan boleh
mewujudkan suasana bilik darjahyang ceria dan menyeronokkan. Manakala
aktiviti berpasukan pula dapat mewujudkan kerjasama dan keharmonian
terutama dalam bilik darjah yang mempunyai bilangan pelajar yang berbilang
kaum dan pelbagai status sosial. Di samping itu melalui pelbagai struktur
dalam pembelajaran koperatif dapat melahirkan pelajar yang mempunyai
daya fikir yang tinggi, tahap penguasaan emosi yang mantap dan dapat
membina hubungan sosial yang baik dengan rakan sebaya dan masyarakat.

Aktiviti dalam proses pembelajaran koperatif mengaplikasikan teori


kecerdasan pelbagai kemahiran berfikir, kemahiran komunikasi dan dapat
mengukuhkan kemahiran sosial. Struktur pembelajaran koperatif juga dapat
memupuk keyakinan diri pelajar dan keseronokan dalam pemnbelajaran di
samping memupuk semangat bekerjasama dan bantu membantu antara satu
sama lain. Pengalaman pembelajaran ini dapat membantu pelajar menangani
cabaran masa depan.

1
2.0 LATAR BELAKANG PEMBELAJARAN KOPERATIF

Matlamat pengajaran iadalah untuk meningkatkan pencapaian akademik dan


pembinaan kemahiran sosial pelajar melalui persekitaran pembelajaran yang
kondusif di mana pelajar memainkan peranan aktif dengan menggunakan
bahan resos yang banyak. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator.
Untuk tujuan itu guru seharusnya bijak dan mahir menguruskan tingkahlaku
pelajar.

John Dewey, 1619 yang menulis tentang Democracy and Education


mangatakan pendidikan sebagai makmal untuk pembelajaran yang sebenar
di mana pelajar terlibat dalam penemuan masalah sosial dan interpersonal
(small problem-solving groups). Manakala Herbert Thelen, 1954, 1960
mengatakan …the classroom should be a laboratory or miniature democracy
for the purpose of study and inquiry and interpersonal problems. Bagi
Johnson, D. & Johnson, R. 1987, 1994 yang membincangkan Experiential
Learning menyebut “ ….you learn best when you are personally involved in
the learning experience….” dan “ …. knowledge has to be discovered by
yourself….” . Seterusnya beliau menambah “…. Commitment to learning is
highest when you are free to set your own learning goals and actively pursue
them within a given framework”.

Spencer Kagan, 1993, 1998 yang mempelopori Structural Approach


pula menekankan tentang penggunaan struktur tertentu yang direka bentuk
untuk mempengaruhi pola interaksi pelajar dengan matlamatnya untuk
meningkatkan penguasaan akademik dan kemahiran sosial dengan memberi
pertimbangan kepada pelbagai kecerdasan dan pemikiran aras tinggi.

2
3.0 KEPENTINGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

3.1 Pencapaian akademik : kajian yang dijalankan oleh David and Roger
Johnson (1981), Robert Slavin (1983) menunjukkan pembelajaran
koperatif membantu meningkatkan pencapaian akademik tanpa mengira
tahap umur dan matapelajaran berbanding dengan pembelajarn individu.
Analisis 46 kajian kes yang dijalankan oleh Robert Slavin (1983)
menunjukkan 63% pencapaian akademik melalui pembelajaran koperatif,
33% menunjukkan perbezaan dan hanya 4% kejayaan dicapai melalui
cara pembelajaran tradisi.

3.2 Pembinaan kemahiran sosial : pembelajaran koperatif membantu


membina keyakinan diri pelajar dan menyediakan pelajar menghadapi
cabaran di alam persekolahan dan di luar alam persekolahan. Melalui
pembelajaran koperatif, pelajar dilatih bekerjasama, bertolak ansur dan
bertanggungjawab. Pembelajaran koperatif dapat menyemai kemahiran
interpersonal di kalangan murid-murid. Sifat-sifat dan kemahiran yang
terbina membantu mereka dalam menghadapi kehidupan dalam
masyarakat.

4.0 PENDEKATAN STRUKTUR (Spencer Kagan)

Berasaskan kepada definisi dan kegunaan pelbagai cara yang berbeza dalam
mengendalikan interaksi pelajar di bilik darjah yang disebut sebagai struktur.
Setiap struktur boleh diramal outputnya dari segi akademik, linguistik, kognitif
ataupun sosial. Struktur dapat menghuraikan pola interaksi individu dalam
bilik darjah dan tanpa kandungan atau isi. Pemilihan struktur yang sesuai
untuk tujuan penguasaan tertentu adalah penting. Penggabungan struktur
yang baik boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.

3
5.0 KONSEP UTAMA PEMBELAJARAN KOPERATIF

5.1 Pasukan

Pasukan yang baik adalah empat orang satu pasukan. Ini memudahkan
diadakan “ Pair work “ dan boleh mengelakkan “ odd man out “ dan “
Learning Pair “ dengan lebih banyak. Terdapat tiga jenis pasukan iaitu
haterogenous, homogeneous dan random.

5.2 Pengurusan koperatif

Melibatkan kemahiran : penyusunan bilik darjah, “quiet signal “, modeling


dan pengagihan bahan. Peraturan bilik darjah perlu ada dan diamalkan
untuk mengawal disiplin kelas. Antaranya guru boleh amalkan quiet signal
seperti hand up, stop talking, stop doing, stoplight cards dan quiet captain.

Simultaneous management

Matlamat Sequential Simultaneous

Pembentukan Nama pelajar dipanggil Pelajar serentak melihat


kumpulan. satu persatu. nama mereka di atas kad.

Pengagihan bahan. Guru atau pelajar Ketua bahan (Team


(material mengagihkan kepada Material Monitors)
distributed) pelajar. mengambil bahan dan
agihkan kepada ahli
setiap kumpulan.

4
Menjawab soalan. Semua pelajar menunggu Ahli dalam kumpulan
jawapan guru. sama menjawab soalan.
Guru sebagai fasilitator.

Pelajar kongsi Seorang pelajar sahaja Seorang pelajar mewakili


jawapan. yang dapat menjawab kumpulan menjawab
soalan dalam satu masa. soalan yang sama.

Pembentangan Satu kumpulan satu masa. Pembentangan dalam


projek. kumpulan dalam satu
masa serentak.

Jadual 1.1 Simultaneous management

5.3 Semangat kerjasama

Terdapat tiga cara membina semangat ingin bekerjasama dalam proses


pengajaran pembelajaran bilik darjah iaitu pembentukan pasukan
( teambuilding ), pembentukan kelas ( classbuilding ), tugas dan struktur
ganjaran ( task and reward structure-Grade ), pasukan ( Group Grade ).

5.4 Kemahiran kerjasama


Terdapat berbagai kaedah untuk mengembangkan kemahiran sosial
termasuk modeling, main peranan, pemerhatian, refleksi dan latihan-
latihan kemahiran sosial yang khusus.

5.5 Prinsip asas

5
4 prinsip utama (PIES)
P – positive interdependence
I – individual accauntability
E – equal participation
S – simultaneous interaction

P – Positive interdefendence

Kejayaan atau pencapaian individu mempengaruhi kejayaan atau


pencapaian kumpulan. Kejayaan setiap ahli pasukan bergantung kepada
kejayaan setiap individu. Jika seorang gagal, semua akan gagal. Positive
interdependence boleh mewujudkan motivasi di mana semua ahli buat
yang terbaik untuk kepentingan pasukan. Bimbingan dan sokongan ahli
pasukan sangat penting. Semua ahli pasukan mempunyai matlamat yang
sama.

Contoh : menghasilkan satu laporan


a) Ganjaran/penghargaan diberi berdasarkan sumbangan semua ahli
b) Tugas distrukturkan/diagihkan
c) Dipastikan semua individu mempunyai bahan keperluan yang
berlainan
d) Semua ahli pasukan memainkan peranan yang penting

I – Individual accountability

Mempengaruhi pencapaian. Berbeza bentuk bergantung kepada isi dan


kaedah pembelajaran koperatif. Mengutamakan “ Reward accountability
“ (gred individu – gred kumpulan ) dan “ task accountability “ (setiap
pelajar berakauntabiliti terhadap tugas bertanggungjawab).

E – Equal participation

6
Penglibatan pelajar dalam aktiviti berbanding dengan ahli lain dalam
kumpulan dilihat dari segi persamaan peluang untuk melibatkan diri dalam
aktiviti. Contohnya struktur yang melibatkan dua orang pelajar seperti
Time-Pair-Share, peluang berinteraksi adalah 50%.

S – Simultaneous interaction

Penglibatan pelajar aktif. Interaksi berlaku serentak dan ianya merupakan


satu cara meningkatkan keberkesanan PNP.

7
6.0 DOMAIN STRUKTUR KAGAN

Struktur Kagan dibahagikan mengikut domain tertenru iaitu:

a) Pembentukan kelas (class building)


b) Pembentukan pasukan (team building)
c) Penguasaan (mastery)
d) Kemahiran berfikir (thinking skill)
e) Kemahiran komunikasi (communication skill)
f) Perkongsian maklumat (information sharing)

6.1 Struktur Koperatif Kagan

Struktur koperatif Kagan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

a) Rally Robin
b) Round Robin
c) Rally Table
d) Round Table
e) One Stay, Three Stray
f) One Stray, Three Stay
g) Simultaneous Round Tables
h) Team Stand – N – Share
i) Numbered Heads Together
j) Simultaneous Numbered Heads Together.
k) Team Directed Numbered Heads Together
l) Team Jigsaw

a) Rally Robin
Langkah pertama, guru akan mengemukakan soalan kepada murid.
Langkah kedua, murid secara berpasangan akan bergilir-gilir
mengemukakan idea. Aplikasi yang digunakan ialah perkongsian
maklumat secara berpasangan. Domain aktiiti ini ialah penguasaan
Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Komunikasi.

8
b) Round Robin
Murid secara bergilir-gilir memberi respon secara lisan terhadap tajuk atau
soalan yang dikemukakan oleh guru dalam bentuk kumpulan. Langkah
yang di ambil ialah guru akan mengemukakan tajuk atau soalan kepada
murid. Setiap murid akan mengemukakan pendapat secara lisan bergilir-
gilir dalam masa yang ditentukan. Aplikasi yang digunakan ialah ketika
memulakan pelajaran atau aktiviti. Perkongsian maklumat antara ahli
dalam kumpulan dapat dijalankan dan aktiviti ini adalah sesuai untuk
semua mata pelajaran.

c) Rally Table
Melalui aktiviti ini murid secara bergilir-gilir akan memberi respon secara
bertulis terhadap persoalan yang dikemukakan oleh guru. Langkah yang di
ambil ialah guru mengemukakan sama ada soalan, masalah ataupun
tugasan kepada murid. Kemudian murid akan menulis jawapan pada
kertas yang disediakan secara bergilir-gilir. Selapas itu murid akan
membandingkan jawapan dengan pasangan dalam kumpulan dengan
menggunakan struktur Round Robin.

d) Round Table
Murid secara bergilir-gilir akan memberi respon terhadap soalan atau
masalah yang dikemukakan oleh guru secara bertulis dalam bentuk
kumpulan. Langkah yang dijalankan ialah guru kemukakan soalan
ataupun masalah yang mempunyai beberapa penyelesaian atau beberapa
fakta, langkah atau prosedur. Dalam kumpulan, setiap murid bergilir-gilir
mencatatkan respon pada kertas yang diedarkan. Satu fakta bagi setiap
pelajar bagi setiap pusingan.

e) One Stay, Three Stray


Tiga orang ahli kumpulan bergerak ke kumpulan berdekatan dan seorang
ahli tinggal untuk memberi maklumat kepada tetamu iaitu tiga orang ahli
kumpulan lain. Proses ini akan berlaku pada setiap pusingan. Apabila
Team Tour selesai, ahli-ahli kumpulan akan menerangkan apa yang
didapati hasil dari lawatan tersebut.

9
f) One Stray, Three Stay
Perkongsian maklumat selepas Round Robin atau Think – Pair – Square.
Langkah yang dijalankan ialah guru kemukakan persoalan untuk setiap
kumpulan. Salah seorang murid iaitu seorang wakil mengikut nombor bagi
setiap kumpulan akan melawat kumpulan lain. Kemudian murid tadi
melaporkan atau menerangkan apa dilihat atau didengar daripada
kumpulan lain. Variasi, aktiviti ini boleh juga ditukar di mana seorang
pelapor dari satu kumpulan melaporkan hasil perbincangan kepada
kumpulan dilawati.

g) Simultaneous Round Tables


Murid dalam kumpulan secara serentak mencatat respon dan
mengedarkan kertas jawapan mengikut pusingan jam untuk ahli kumpulan
menambah idea atau memberi respon tambahan. Aplikasi lain ia juga
sesuai untuk soalan atau masalah yang memerlukan jawapan dari
berbagai-bagai aspek, jenis atau prosedur. Satu kertas jawapan bagi satu
aspek atau jenis.

h) Team Stand – N – Share


Setiap kumpulan akan berdiri untuk berkongsi maklumat atau jawapan
untuk kelas. Setiap kumpulan mempunyai satu senarai fakta atau idea
untuk dikongsi bersama ahli kumpulan. Apabila seorang murid dipanggil
mengemukakan idea, murid lain semak atau tambah maklumat dan jika
sama, mereka boleh duduk.

i) Numbered Heads Together


Ahli kumpulan sama-sama memastikan semua ahli memahami dan boleh
menjawab soalan atau masalah yang dikemukakan. Langkah yang boleh
diambil ialah guru akan kemukakan soalan dan menentukan masa untuk
mendapatkan jawapannya. Setiap murid akan menulis jawapan masing-
masingdan kemudian murid akan berbincang dalam kumpulan untuk
mendapat kepastian jawapan. Kemudian, murid disebut nombor akan
mewakili kumpulan masing-masing akan memberi respon.

10
j) Simultaneous Numbered Heads Together.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kelemahan struktur
Numbered Heads Together. Penglibatan murid minima kerana hanya
seorang pelajar sahaja memberi respon pada satu masa. Oleh itu guru
sukar untuk menentukan sama ada murid dalam kumpulan tahu
jawapannya jika seorang sahaja murid dari satu kumpulan memberi
respon. Untuk memperbaiki langkah ini, murid bagi setiap kumpulan
mengikut nombor akan memberi respon secara serentak.

k) Team Directed Numbered Heads Together


Murid akan bekerjasama membentuk soalan dan disemak oleh
keseluruhan kelas. Soalan boleh dibentuk berdasarkan bahagian-
bahagian tertentu dalam satu petikan. Langkah yang diambil ialah guru
mengedarkan petikan kepada setiap kumpulan. Kemudian, guru akan
menentukan tugas setiap kumpulan berdasarkan bahagian daripada
petikan. Setiap kumpulan akan membina soalan. Selepas selesai, setiap
kumpulan bergilir-gilir ‘ lead the class in a round of Numbered Heads
Together ‘.

l) Team Jigsaw
Setiap kumpulan akan menjadi kumpulan pakar bagi satu tajuk, aspek
atau fakta. Kemudian setiap ahli dalam kumpulan pakar akan berkongsi
maklumat dengan kumpulan lain. Langkah yamh dijalankan ialah setiap
kumpulan disediakan sebahagian daripada petikan untuk dihayati dan
difahami. Setelah kumpulan menguasai bahan tersebut, ahli kumpulan
akan sampaikan dan terangkan kepada kumpulan lain.

11
6.2 IMPLIKASI MODEL SOSIAL DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.

Mewujud keseimbangan dan pengintegrasian koperatif dalam


menghadapi pelbagai situasi. Jika fasilitator bijak mengawal
perkembangan aktiviti, maka akan berlakunya pembelajaran koperatif
yang positif. Murid akan menghabiskan lebih banyak masa dalam
usaha untuk menyelesaikan tugas akademik. Selain itu, pengurusan
kelas oleh guru tidak ada unsur paksaan. Ia juga membantu
pembentukan tingkah laku secara formal berasaskan perbezaan
kebolehan dan nilai individu. Aktiviti ini dapat memastikan semua murid
memberi sumbangan kepada pasukan masing-masing. Berbagai-bagai
aktiviti boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif pendidikan
berbanding kaedah tradisi. Proses pembelajaran dilaksanakan secara
beransur-ansur.

12
7.0 MODEL PERSONAL

Model personal bermula daripada perspektif individu itu sendiri. Guru cuba
untuk membentuk pendidikan supaya kita dapat memahami diri kita sendiri
dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pelajaran, berfikiran jauh,
lebih sensitif dan lebih kreatif. Model personal terbahagi kepada empat tetapi
kali ini hanya diberi penekanan kepada synectics sahaja.

Synectics
Synectics telah diaplikasikan dalam beberapa buah syarikat yang terlibat
dalam industri pembuatan. Dalam sesebuah syarikat, terdapat satu kumpulan
yang dikhaskan untuk mencipta barangan yang baru berdasarkan kekreatifan
mereka.

Kemudian William Gordon (1961) memikirkan bahawa kaedah ini amat


bersesuaian diaplikasikan kepada murid-murid. Beliau mengaplikasikan
kaedah ini agar digunakan dalam sekolah rendah dan sekolah menegah.
Kaedah ini dicipta untuk membantu manusia “break set” dalam penyelesaian
masalah, bidang penulisan dan memberi perspektif baru dalam sesuatu tajuk.
Sebagai contoh, murid akan diberi satu tajuk seperti ‘Penggunaan Telefon’,
sebelum ini murid hanya tahu penggunaan telefin sahaja. Tetapi kini, guru
akan menyuruh murid membuat satu karangan tentang keburukan dan
kelebihan dalam menggunakan telefon. Ini memerlukan murid menjadi lebih
kreatif. Begitu juga dengan karangan auobiografi, murid perlu membuat
metafora dan anologi bagi menghasilkan karangan yang lebih menarik untuk
dibaca. Murid perlu menyamakan diri sendiri sebagai objek tersebut dan
melambangkan diri sebagai tubuh badan alatan.

13
Kaedah ini juga dicipta untuk membantu manusia “break set” dalam
penyelesaian masalah, bidang penulisan dan memberi perspektif baru dalam
sesuatu tajuk. Synectics dikatakan boleh menyelesaikan sesuatu masalah
seperti dalam subjek Matematik dan Sains. Kiat boleh lihat dalam
matapelajaran Matematik terdapat satu tajuk iaitu ‘Problem Solving’. Ia boleh
diselesaikan dengan pelbagai cara iaitu guess and check, look for the pattern,
looking backwards, dan draw diagrams. Dengan adanya teknik-teknik seperti
ini, pelajar dapat berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah
tersebut.

Di dalam kelas ia diperkenalkan secara siri di dalam bengkel sehingga


mereka boleh mengaplikasikannya sendiri. Dengan ini, kaedah synectics
secara tidak langsung dapat membina keseronokan kerana pelajar belajar
menggunakannya secara berdikari dan usaha kerjasama bersama rakan.

14
7.1 IMPLIKASI MODEL PERSONAL

Dengan menggunakan model ini,synectics dapat mengeluarkan bakat


seseorang dan perasaan pelajar, secara tidak langsung guru boleh
mengambil peluang ini untuk menjadikan mereka sebagai kawan. Guru
boleh mengetahui bakat terpendam seseorang murid apabila guru
mendekati murid. Ini membolehkan guru membantu murid untuk
mengembangkan lagi bakat mereka yang selama ini tidak diberi
peluang.

Selain itu, kaedah ini dapat membantu guru untuk memupuk kerjasama
secara koloboratif dan koperatif di antara murid. Apabila guru
memberikan satu projek, seperti projek Matematik iaitu mencipta
sesuatu objek yang mempunyai pelbagai bentuk dengan kerjasama
dengan rakan-rakan akan terhasilah objek yang kreatif hasil daripada
perkongsian idea bersama-sama. Ini secara tidak langsung membantu
murid berfikir secara kreatif dan kreatis. Ini dapat memupuk
perhubungan erat sesama murid.

Guru juga dapat memupuk kesedaran peribadi , konsep kendiri dan


harga diri yang tinggi. Contohnya, apabila guru dapat mencungkil bakat
seseorang dan menggilap bakat tersebut, murid tersebut akan
mempunyai harga diri yang tinggi. Murid tahu kelebihan mereka
sendiri. Apabila murid lain melihat kejayaan rakannya, mereka akan
terfikir akan diri mereka sendiri. Mengapa mereka tidak berfikir
sebegitu? Mereka mula sedar mereka perlu berfikir untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif.

15
8.0 RUMUSAN

Melalui model pembelajaran sosial ini dapat disimpulkan bahawa


model ini menekankan tentang aspek koperatif dan struktur di dalam
pembelajaran oleh Spencer Kagan. Dalam model ini terdapat beberapa garis
panduan yang penting dalam memupuk nilai koperatif pembelajaran agar
murid tidak berasa cepat bosan dalam kelas. Guru boleh memilih pelbagai
aktiviti yang telah disarankan oleh tokoh tersebut dalam menarik minat murid
untuk mendalami matapelajaran tersebut. model ini amat sesuai bagi semua
tahap murid samada yang cemerlang, sederhana dan lemah kerana model ini
juga menekankan terhadap hubungan sosial di kalangan kanak-kanak. Ini
bermaksud kanak-kanak boleh berada di dalam kumpulan yang sama tetapi
terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian. Seterusnya mereka boleh
bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu topik tersebut. Model ini tidak
mendiskriminasikan murid dengan mengasingkan mereka mengikut tahap
pencapaian mereka dalam pelajaran. Selain itu, model ini juga boleh difahami
melalui konsep utama pembelajaran koperatif Kagan dan struktur koperatif
Kagan. Guru boleh memilih mana-mana satu daripada struktur tersebut untuk
dijadikan aktiviti bersama murid di dalam kelas.

Model sosial lebih mendorong murid menjadi kreatif. Guru seharusnya


mengaplikasikan kaedah ini di dalam kelas ataupun di dalam pembelajaran
dan pengajaran. Dengan ini murid akan berasa seronok kerana berjaya
mengeluarkan idea mereka sendiri. Mereka juga akan mula memahami orang
disekeliling mereka apabila mereka kerap kali menggunakan anologi dan
metafora dalam pembelajaran mereka.

16
REFLEKSI

Allhamdulillah, syukur saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini pada


tepat masanya. Walaupun terdapat sedikit komplikasi yang kami hadapi tetapi
berkat tunjuk ajar pensyarah pembimbing kami, Puan Haliza dan Puan Norani
tugas kami selesai dengan jayanya. Pada mulanya kami berasa yakin
dengan tugasan yang kami dapat, tetapi di akhir-akhir minit kami dikehendaki
menukar tajuk iaitu mengikut kembali sukatan pelajaran yang diberikan. Bagi
merungkaikan kekusutan, kami berjumpa dengan pensyarah pembimbing
kami , akhirnya saya memahami apa yang dikehendaki oleh tajuk tersebut.

Sebaik sahaja mendapat tugasan, saya bersama rakan saya iaitu Siti Mariam
Mhd Yusof dan Rosyati Mohd Rofee bergegas mencari bahan di
perpustakaan. Malangnya tiada buku yang kami jumpa, mungkin pelajar lain
sedang meminjamkannya. Maka sekali lagi kami berjumpa dengan pensyarah
pembimbing dan dengan pertolongan beliau kami dapat mencari bahan yang
diperlukan. Kami membahagikan tugas kami, saya akan membuat
perbentangan tentang model personal, manakala dua lagi rakan saya
menyiapkan tugasan model sosial. Apa yang memeranjatkan saya, tajuk saya
merupakan tajuk kecil yang tidak banyak memerlukan huraian. Saya hanya
perlu menukar bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Setelah kami berjaya
menyiapkan pembentengan, kami meminta Puan Haliza menyemak tugasan
kami, dan beliau telah membaik pulih tugasan kami. Sepanjang bersama
rakan seperjuangan, saya berasa seronok kerana mendapat kerjasama yang
sepenuhnya walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah.

Apabila saya membuat tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari. Bagi
tajuk saya iaitu model personal, saya begitu tertarik dengan kaedah synectics.
Kaedah ini dapat membantu murid berfikir secara kreatif dan secara tidak
langsung menjadi kreatif dengan sendirinya. Selain itu, kini saya mula sedar
akan penggunaan KBKK semasa di sekolah rendah dahulu. Ia dapat
membantu murid menjadi lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri disamping
menggalakkan murid menjana idea yang lain daripada lain.

17
Kemudian, bagi tajuk model sosial saya begitu tertarik dengan struktur
pembelajaran koperatif Kagan. Konsep utama kaedah ini terbahagi kepada
pasukan, pengurusan koperatif, semangat bekerjasama, kemahiran
bekerjasama, prinsip asas dan struktur . Kaedah ini dapat menyelesaikan
sesuatu masalah secara berkumpulan. Masalah akan lebih cepat diselesaikan
jika masing-masing bekerjasama untuk mengatasinya. Ini kerana setiap ahli
kumpulan mempunyai peranan mereka sendiri.

Seterusnya, saya sebagai guru dan juga sebagai pelajar dapat mengetahui
aplikasi pembelajaran secar koperatif mengikut Kagan. Beliau telah
menyatakan beberapa kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan apabila
mengajar murid-murid di sekolah nanti seperti Rally Robin, Round Table, One
Stray, Three Stay, Team Stand – N – Share dan sebagainya. Dengan ini
murid tidak lagi bosan apabila guru hanya menggunakan satu kaedah
pembelajaran sahaja.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada


golongan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan tugasan ini, terutamanya penghargaan kepada ahli kumpulan
saya yang sentiasa bekerjasama.

Nor Lina Binti Hud

18
REFLEKSI

Setelah ahli kumpulan mendapat tugasan ini kami telah berusaha mencari
maklumat seberapa banyak yang boleh tentang tajuk ini iaitu Model
Pembelajaran Sosial dan Model Pembelajaran Personal di Pusat Sumber Al
Ghazali. Di samping itu, kami juga ada membuat rujukan melalui internet dan
buku-buku yang berkaitan dengan model pembelajaran sebagai maklumat
tambahan kami bagi melengkapkan pembentangan kami nanti. Kami
mendapati bahawa guru pembimbing, Puan Noraini Mansur dan Puan Haliza
Hussein tidak lokek untuk memberikan tunjuk ajar dan rujukan panduan
kepada kami dalam menjayakan pembentangan kami.

Setelah mendapat tunjuk ajar daripada guru pembimbing matapelajaran kami,


kami telah membuat perbincangan untuk menyelesaikan dalam mencari
bahan rujukan untuk tajuk kami. Dalam masa yang sama juga, kami telah
membuat pembahagian tugasan untuk setiap individu dan saya telah
ditugaskan untuk membentangkan subtopik masing-masing. Saya telah
ditugaskan untuk membentangkan tajuk pendekatan struktur Kagan. Oleh
sebab tajuk ini merupakan permulaan pembentangan dan memerlukan
penerangan yang jelas sebelum melangkau kepada subtajuk seterusnya.
Selain itu, saya juga turut berjumpa dengan guru pembimbing kami untuk
berbincang tentang maklumat yang telah kami kumpul untuk pantauan
pensyarah. Guru kami juga turut memberikan beberapa rujukan dan petunjuk
yang amat berguna kepada kami dalam menyempurnakan tugasan yang telah
diamanahkan.

Kami bertuah kerana mempunyai masa yang agak lama bagi menyiapkan
tugasan tersebut sebelum giliran kami untuk membentangkan tajuk kami.
Kami telah memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan persiapan yang
terbaik untuk hari pembentangan kami nanti. Akhirnya tugasan tersebut
berjaya disiapkan dengan jayanya dengan bantuan daripada ahli kumpulan
saya yang lain iaitu Nor Lina bt Hud dan Siti Mariam bt Mhd Yusof. Mereka
telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini bersama
terutamanya semasa hari pembentangan.

19
Semuanya memberikan komitmen yang tinggi dan perhatian yang
menyeluruh terhadap pembentangan kumpulan kami. Seterusnya, masing-
masing tidak kekok dalam menyuarakan pendapat dan idea terhadap
penerangan yang penting.

Daripada tugasan yang telah kami lakukan ini, saya telah mendapat
pengetahuan yang bermakna dengan menitikberatkan kepada aspek koperatif
di dalam kelas.Saya mendapati bahawa Spencer Kagan menekankan tentang
penggunaan struktur tertentu yang direka bentuk untuk mempengaruhi pola
interaksi pelajar dengan matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan
akademik dan kemahiran sosial dengan memberi pertimbangan kepada
pelbagai kecerdasan dan pemikiran aras tinggi. Pendedahan ini telah
mengajar saya bahawa sikap koperatif adalah sesuatu elemen yang amat
penting dalam keharmonian kelas dan dapat menjamin kelancaran dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu terdapat juga beberapa konsep utama pembelajaran koperatif yang
boleh diikuti bagi membentuk kerjasama antara pelajar. Selain itu, ia juga
berkesan untuk individu itu sendiri dalam membina keyakinan diri sendiri. Bak
kata pepatah, kanak-kanak seperti kain putih, kitalah yang mencorakkannya
menjadi seperti apa yang kita mahu. Berdasarkan pengetahuan yang ada
ini, saya akan mempraktikannya di sekolah nanti untuk membentuk koperatif
baik di kalangan pelajar. Ini kerana kanak-kanak memang sukakan
pembelajaran secara koperatif kerana mereka dapat bergaul dan menimba
ilmu pengetahuan bersama rakan-rakan. Di samping itu juga, pembelajaran
akan menjadi lebih berkesan.

Rosyati bt Mohd Rofee

20
REFLEKSI

Alhamdulillah, syurkur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami dapat


menyiapkan tugasan mengenai model pembelajaran ini. Tajuk yang kami
peroleh ialah Model Pembelajaran Sosial dan Model Pembelajaran Personal.
Setelah memperoleh tugasan ini, saya dan ahli kumpulan yang lain iaitu Nor
Lina binti Hud dan Rosyati binti Mohd Rofee telah ke perpustakaan bagi
emncari dan mendapatkan bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan
ini. Kami berusaha mencari ke segenap pelosok Pusat Sumber Al-Ghazali
namun malangnya kami tidak menemui buku yang berkaitan dengan tajuk
yang kami perolehi.

Kami juga berusaha untuk mendapatkan bahan dengan melayari internet.


Namun, tidak juga memperoleh bahan yang dikehendaki. Tapi kami berjaya
mendapat bahan mengenai Six Thinking Hat yang kami perlukan ketika
menjalankan aktiviti untuk rakan-rakan selepas kami menghabiskan
pembentangan mengenai tajuk ini. Six Thinking Hat terbahagi kepada enam
iaitu Topi Hijau, Topi Hitam, Topi Putih, Topi Biru, Topi Kuning dan Topi Merah.
Setiap topi ini mempunyai maksud yang tertentu. Contohnya Topi Hitam
adalah merupakan pemikiran yang kritikal dan negatif serta selalu mencari
semua yang salah dan silap. Manakala bagi Topi Putih pula ia merupakan
pemikiran yang objektif dan mencari maklumat semata-mata.

Model Pembelajaran Sosial merupakan model yang menekankan


pembelajaran secara koperatif dan ia melibatkan penglibatan murid-murid di
dalam kelas ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ) dijalankan.
Melalui Pembelajaran Koperatif, murid-murid dapat membina dan
meningkatkan kemahiran sosial masing-masing. Melalui pembelajaran
koperatif ini, murid-murid akan dilatih untuk bekerjasama, bertolak ansur dan
bertanggungjawab ke atas tugasan dan kerja yang diberikan oleh guru sama
ada secara berkumpulan atau pun secara individu. Nilai-nilai murni yang lain
seperti hormat-menghormati dan tolong menolong juga dapat disemai oleh
guru ketika menjalankan aktiviti bersama-sama murid.

21
Konsep utama Pembelajaran Koperatif ada enam iaitu Pasukan, Pengurusan
koperatif, Semangat bekerjasama, Kemahiran bekerjasama, Prinsip asas dan
Struktur. Di dalam konsep pembelajaran ini saya tertarik dengan pendekatan
Struktur oleh Spencer Kagan. Pendekatan ini berasaskan kepada definisi dan
kegunaan pelbagai cara yang berbeza dalam mengendalikan interaksi di
kalangan murid di bilik darjah. Terdapat banyak struktur yang boleh dipelajari
di bawah topik ini seperti Rally Robin, One Stay Three Stray, Numbered
Heads Together dan beberapa lagi struktur lain yang menarik. Struktur-
struktur ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk diaplikasikan di dalam P&P
supaya pembelajaran menjadi semakin menyeronokkan dan dapat menarik
minat pelajar untuk belajar.

Namun berlainan pula dengan Model Personal kerana model bermula


daripada perspektif individu itu sendiri. Guru cuba untuk membentuk
pendidikan supaya kita dapat memahami diri kita sendiri dengan lebih baik,
bertanggungjawab terhadap pelajaran, berfikiran jauh, lebih sensitif dan lebih
kreatif. Di bawah model ini kami hanya perlu memberi penekanan terhadap
synetic sahaja walaupun model ini terbahagi kepada empat. Model ini juga
memberi banyak kelebihan kepada murid-murid kerana ia dapat membentuk
pemikiran murid supaya menjadi lebih kreatif dan kritis ketika berfikir serta
dapat membina pemikiran yang cerdas pada murid-murid.

Saya telah mendapat banyak ilmu dan informasi baru ketika mempelajari dan
membuat penerangan mengenai Model Pembelajaran Sosial dan Model
Pembelajaran Personal ini. Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan di dalam
model-model ini. Ia dapat membantu saya ketika mengajar kelak. Saya
berharap saya dapat membantu untuk melahirkan insan-insan yang
mempunyai kemahiran sosial dan sahsiah diri yang tinggi melalui pendekatan
yang terapkan di dalam P&P nanti.

Siti Mariam binti Mhd Yusof

22
23

Anda mungkin juga menyukai