Anda di halaman 1dari 45

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengertian Psikologi Pendidikan

Perkataan psikologi berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu “Pyche” bererti jiwa
dan “logos” bererti kajian terhadap sesuatu.Mengikut William (1960),psikologi ialah satu
cabang kajian saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia. Tingkah laku manusia
merupakan perlakuan ketara yang bertindak balas terhadap persekitaran dan segala
pemikiran serta perasaan di dalam diri seseorang. Seterusnya, pendidikan bertujuan
untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk menjadi insan yang
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi sumbangan dan
memupuk kesejahteraan masyarakat. Secara kesimpulannya, psikologi pendidikan
merupakan satu bidang kajian saintifik atas tingkah laku murid yang dapat membantu
guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta menambahkan
keberkesanan pengajaran guru.

Tujuan dapat dicapai sekiranya, mata pelajaran ini meninjaukan suasana, faktor
dan keadaan murid yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru akan
didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh
daripada pengalaman dan kajian yang lain. Selain itu, psikologi pendidikan berperanan
membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari segi minat,
motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta pelbagai kaedah
mengajar dan pengurusan kelas. Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan
bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu
didedahkan kepada konsep psikologi perkembangan, psikologi pembelajaran,
pembentukan personaliti dan psikologi sosial.

Psikologi pembelajaran merangkumi pelbagai mazhab teori pembelajaran,


kaedah pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan
pengawalan kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Bidang ini juga menumpukan keupayaan mental manusia seperti pemikiran,
penanggapan, penaakulan, ingatan, kreativiti dan perbezaan individu dari segi
kecerdasan, sikap dan minat.

-1-
Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang individu. Dengan
pengalaman ini, perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku. Oleh itu, psikologi
pembelajaran merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang
membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang individu. Psikologi pembelajaran
akan mengkaji maksud sebenar pembelajaran. Bagi seseorang yang biasa,
pembelajaran hanya bermakna memperoleh kemahiran membaca, mengeja atau
mengira. Sebenarnya, pembelajaran adalah lebih daripada ini. Kanak-kanak akan
mempelajari nilai kebudayaan, peranan jantina yang sesuai, minat, kebolehan dan
perwatakan. Selain daripada itu, mereka belajar supaya mengasihi dan berkeyakinan.

Ahli psikologi pembelajaran akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan


pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran, prinsip-prinsip pembelajaran, proses
pembelajaran. Jenis-jenis pembelajaran dan teori-teori pembelajaran. Kajian ini dapat
membantu guru merancang proses pembelajaran dan pengajaran secara fleksibel dan
wajar untuk setiap situasi yang tertentu. Sebagai kesimpulan, adalah jelas sekali
bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran akan meningkat apabila wujud kajian
psikologi pembelajaran.

-2-
2.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Pembelajaran adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Pembelajaran boleh


berlaku di mana-mana sahaj sama ada di institusi pendidikan formal atau pendidikan
tidak formal. Pembelajaran adalah proses yang dianamik yang mana pelajar perlu
merangsang dirinya sendiri atau dirangsang dan dibimbing kea rah mencapai matlamat
pembelajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pembelajarn dirujuk kepada proses
perolehan tabiat, sikap dan pengetahuan. Proses ini melibatkan seseorang individu
dalam menyiapkan sebrang tugas yang dihadapinya. Pembelajaran juga adalah
sebahagian daripada proses penyesuaian diri dalam keadaan atau situasi yang berbeza
daripada yang sebelumnya. Pembelajaran yang berlaku dapat dilihat atau dibuktikan
pada tingkah laku pelajar.

Ahli psikologi pembelajaran berusaha sedaya upaya untuk menerangkan proses


manusia itu belajar atau mengubah tingkah laku yang sedia ada pada diri mereka.
Berdasarkan perkembangan sejarah teori dan penyelidikan yang dijalankan,pendapat
dan penemuan ahli-ahli psikologi dapat dikelompokkan kepada aliran atau mazhab yang
khusus. Tiap-tiap aliran atau mazhab tersebut mengutarakan pandangan mereka sendiri
berkenaan proses manusia belajar. Penelitian pada teori-teori yang dikemukakan amat
penting untuk memahami perlkuan para pelajar. Para guru dan ibu bapa dapat
mengambil manfaat daripada teori-teori yang dikemukakan. Bagi memudahkan
penghuraian seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penulis, teori-teori pembelajaran
tersebut dapat dibahagikan kepada teori pembelajaran behaviourisme, humanistic,
sosial, psikoanalisis dan kognitif. Setiap teori yang dikemukakan akan menghuraikan
dengan terperinci berkenaan proses pembelajaran yang berlaku.

-3-
3.0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori Pembelajaran Sosial berdasarkan pendekatan behavioris atau teori pembelajaran


tetapi menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Pendirianya ialah manusia
berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan meniru tingkah
laku yang boleh memberi manfaat kepadanya.

Selain itu, teori pembelajaran sosial ini juga dikenali sebagai teori neobehavioris.
Ia turut mengemukakan teori peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam
pembelajaran. Menurut teori ini, dalam proses pembelajaran yang sistematik ,pelajar
menggunakan pemikiran dalaman dan bukan semata-mata bergantung kepada
pelaziman klasik atau operan.

Teori pembelajaran sosial menyarankan pembelajaran berlaku melalui proses


pemodelan atau pembelajaran pemerhatian.Ramai ahli psikologi berpendapat bahawa
teori pembelajaran sesungguhnya meliputi aspek bukan sahaja tingkah laku manusia
yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh
ahli psikologi kognitif. Salah seorang daripada pelopor teori pembelajaran sosial adalah
Albert Bandura yang mensintesiskan perkara-perkara telah dinyatakan oleh beliau.

-4-
3.1 Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Albert Bandura merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal


berdasarkan teori pembelajaran sosial dan teori modelnya. Beliau dilahirkan
dilahirkan pada 4 Disember 1925 di Mundare, Alberta Canada. Apabila
meningkat dewasa beliau menuntut di University of British Columbia di
Vancouver dalam jurusan psikologi. Seterusnya pada tahun 1949 beliau telah
berjaya menamatkan pengajian dengan Anugerah Bolocan dalam bidang
psikologi. Hasil usaha gigihnya, Albert Bandura telah di anugerahkan M.A dan
Phd dari Universiti of Lowa pada tahun1952. Beliau juga telah berjaya
menerbitkan buku yang bertajuk Social Learning Theory.

Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah teori pembelajaran sosial. Teori
ini menyarankan pembelajaran sebagai perolehan tingkah laku sebagai prestasi
yang dapat diperhatikan. Mengikut Bandura, manusia adalah insan yang
berkemampuan berfikir untuk memilih haluan sendiri. Beliau berpendapat
bahawa teori behavioris memberikan penerangan yang kurang lengkap tentang
tingkah laku manusia.Teori pembelajaran sosial menekankan kepentingan
peranan pengalaman (orang lain),simbol dan pengawalan kaedah pemodelan
atau pembelajaran pemerhatian dalam proses pembelajaran.

Pada tahun 1963, Bandura telah membuktikan bahawa kanak-kanak


menjadi lebih agresif (suka berkelahi) setalah menonton model yang agresif

-5-
menerusi televisyen, wayang atau kartun yang menunjukkan unsur-unsur
keganasan. Pelbagai lagi contoh yang dapat menunjukkan bahawa manusia dan
haiwan dapat belajar dengan memerhatikan cara orang lain atau haiwan lain
membuat sesuatu. Bahkan pemerhatian model merupakan suatu proses penting
dalam pembelajaran, terutama sekali apabila kita belajar berbuat sesuatu buat
pertama kali misalnya, menulis, berenang, menunggang basikal dan bermain alat
muzik.Melalui pemodelan,kita bukan sahaja dapat menunjukkan sesuatu tingkah
laku tetapi juga dapat menduga apa yang akan berlaku kepada kita setelah
mempamerkan tingkah laku itu dalam situasi. Misalnya, sekiranya seorang murid
itu melihat rakannya dimarahi oleh guru kerana tidak menyiapkan tugasan yang
diberikan dengan baik, ia akan berhati-hati menyemak kerjanya sebelum
menyerahkan kepada guru.

Pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan mempunyai


beberapa persamaan dengan pelaziman. Misalnya, peneguhan dalam
permodelan boleh mendorong pembelajaran. Namun, pemodelan bukan
merupakan satu perbuatan meniru kerana murid melakukan tingkah laku yang
serupa tetapi bukan menunjukkan tinglah laku pendua. Pemodelan boleh
digunakan untuk mencapai tiga kesan.Pertama,untuk mengajar tingkah laku
yang baru. Kedua menggalakkan pengukuhan ingkah laku yang lama. Ketiga,
untuk mengukuhkan atau melemahkan sesuatu halangan yang bertujuan untuk
membantu murid mengatasi perasaan takut atau malu.

Kita dapat mempelajari banyak perkara melalui pemerhatian atau


mengikut model yang ditunjukkan oleh orang lain. Pemerhatian merupakan satu
proses pemebelajran yang berkesan terutamanya bagi kanak-kanak. Biasanya
kanak-kanak melakukan sesuatu buat pertama kali melalui pemerhatian
terhadap model,misalnya menggosok gigi, menulis dan sebagainya. Melalui
pemodelan,kita belajar cara melakukan sesuatu tinglah laku itu ditunjukkan.
Misalnya kita akan memberhentikan kenderaan apabila melihat lampu isyarat
merah kerana kita pernah melihat orang lain disaman oleh polis kerana
kesalahan tidak mematuhi isyarat lampu merah.

-6-
Pembelajaran melalui pemerhatian terhadap model digunakan untuk
mengajar tingkah laku yang baru, menggalakkan atau mengembangkan tingkah
laku yang lama, serta mengukuhkan atau melemahkan sesuatu penghalang
untuk mengatasi masalah seperti segan dan takut.

a) Memperolehi tingkah laku baru


Murid-murid mempelajari banyak tingkah laku baru daripada
sekolah,misalnya bahasa asing, kemahiran amali sains, kemairan
permainan dan sukan. Murid-murid mempelajari tingkah laku ini daripada
guru dan rakan-rakan sebaya.

b) Menggalakkan tingkah laku lama


Memerhatikan tingkah laku orang lain dapat menggambarkan kepada kita
tingkah laku lama yang mana dapat digunakan. Misalnya, cara yang betul
menulis sepucuk surat rasmi, menyusun kerusi dewan dan cara
membawa diri dalam suatu perhimpunan ramai.

c) Mengukuh atau melemahkan penghalang


Sekiranya murid-mrid dalam sebuah kelas melihat kawan mereka
melakukan kesalahan dan kawan mereka itu tidaak dikenakan denda,
mereka mungkin akan mempelajari perlakuan yang tidak baik itu. Akan
tetapi, apabila guru memberi hukuman kepada murid yang melakukan
kesalahan itu, khususnya jika murid itu seorang ketua kelas, maka kesan
itu dapat dirasai oleh semua murid lain dan seterusnya dapat
menghalang tingkah laku serupa itu daripada berlaku lagi.

-7-
3.2 Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura

Terdapat beberapa ciri yang dapat di kenal pasti melalui teori


pembelajaran sosial ini. Antaranya ialah :

a) Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.

b) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan.

c) Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru


sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh
kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

d) Proses pembelajaran meliputi pemerhatian,pemikiran,peringatan,


peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Menurut Bandura dalam teorinya, peniruan yang dilakukan wujud dalam


tiga bentuk seperti berikut :

a) Meniru secara langsung


Melihat model sendiri atau tidak secara langsung iaitu dengan menonton
filem video, mendengar huraian atau melihat gambar. Contohyan kanak-
kanakmeniru ibu bapa atau guru dari segi berpakaian,pertuturan , gaya
berjalan dan sebagainya.

b) Peniruan melalui sekatlakuan dan tidak sekatlakuan


Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi
A tetapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya,murid yang boleh
bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak boleh
melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid-murid
disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh
menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku.

-8-
Murid–murid juga meniru melalui tidak sekatlakuan. Hal ini
bermakna, murid–murid akan terus meniru amalan ini dipelajari bahawa
tindakan sorak–menyorak tidak sesuai di dalam kelas tetapi kali ini
dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid - murid
berkenaan akan mula menjeritkan jawapan.Maka inilah merupakan
peniruan melalui tidak sekatlakuan.

c) Peniruan melalui elisitasi


Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa
sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun
mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh
orang itu. Contohnya, apabila seseorang murid lain membaca buku cerita
di dalam kelas, Zul pun turut melakukan perkara yang sama.
Keinginannya untuk membaca timbul selepas melihat murid lain
membaca.Sekiranya tidak ada murid yang membaca keinginan Zul untuk
melakukan perkara tersebut tidak wujud atau timbul. Maka, satu-satu
gerak balas seseorang individu hanya timbul setelah memerhati gerak
balas orang lain.

Bandura juga ada menyatakan bahawa, peniruan hanya akan berlaku jika :

a) Perhatian yang teliti diberikan kepada gerak balas yang hendak di


contohi, sama ada melalui penglihatan, pendengaran atau penggunaan
deria-deria.
b) Hasil pemerhatian disimpan dalam ingatan.
c) Gerak balas yang ditimbulkan berdasarkan apa yang dilihat, dirasai dan
didengari.
d) Ganjaran diberikan bagi meneguhkan gerak balas itu.

-9-
Kemungkinan soalan akan ditanya, apakah setiap tingkah laku yang diperhatikan
itu ditiru? Ianya bergantung sama ada gerak balas itu diberikan ganjaran atau
tidak. Contohnya, apabila murid-murid yang berpakaian kemas selalu dipuji
murid-murid laian akan mencontohi mereka, Sekiranya seseorang murid
mencontohi amalan murid yang datang lambat, tindakan itu akan didenda.
Dengan demikian, murid-murid lain tidak akan meniru tingkah laku murid yang
datang lambat. Tindakan itu akan didenda. Dengan itu juga,murid-murid lain tidak
akan meniru tingkah laku murid yang dikenakan hukuman.

Dalam pembelajaran tiruan, perkara-perkara berikut seharusnya ada bagi


menjamin keberkesanan pembelajaran. Antaranya ialah :

a) Umur dan jantina model hendaklah sama dengan murid


b) Status model adalah tinggi.Guru hendaklah mendapatkan kerjasama
murid-murid yang popular untuk menunjukkan tingkah laku yang
hendak menjadi model bagi keseluruhan kelas.
c) Kesamaan model dengan subjek adalah penting
d) Tingkah laku dan model yang diberikan ganjaran adalah lebih banyak
ditiru dan memastikan tingkah laku positif diberi penguhan
e) Subjek hendaklah bermotivasi untuk meniru sesuatu tingkah laku

3.3 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Di dalam bilik darjah,keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai


melalui beberapa cara. Penyampaian seseorang guru hendaklah cekap dan
menarik agar menjadi role model yang gemar dan dicontohi oleh murid-
murid.Oleh itu pakaian, tingkah laku dan bahasa pertuturan guru hendaklah baik.

Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan


pelajar menirunya dengan mudah dan tepat. Guru hendaklah menunjukkan
contoh-contoh yang sesuai seperti hasil tangan, seni lukis atau kemahiran
gimnastik atau permainan yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.Hasilan guru
atau contoh-contoh tersebut hendaklah bermutu tinggi sebelum dipamerkan

- 10 -
kepada murid-murid. Sekiranya kualiti yang dihasilkan tinggi,maka murid-murid
akan mengikut contoh tersebut, malah ingin melakukannya dengan lebih baik
lagi. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang
cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi dalam kelas atau di
luar kelas.

Seterusnya, selain menggunakan model hidup, murid-murid juga boleh


belajar daripada model simbolik. Namun, penerangan guru tentang sesuatu
hendaklah jelas dan jitu. Murid-murid juga belajar dari gambar, video, tayangan
dan filem. Oleh itu, guru hendaklah memastikan tayangan video atau filem tidak
mengandungi unsur-unsur keganasan yang boleh ditiru oleh murid-murid . Selain
itu, guru boleh mengajar nilai murni dan watak-watak yang bersejarah dengan
menggunakan teknik main peranan dan simulasi. Maka, guru boleh mewujudkan
situasi-situasi tertentu bagi mengajar nilai-nilai murni,melakonkan watak dan
sebagainya. Ia turut membantu menjimatkan kos, masa dan tenaga. Contohnya,
melalui simulasi, satu-satu contoh mahkamah boleh diwujudakan bagi membuka
peluang kepada murid-murid memerhati bagaimana satu-satu perbicaraan
dijalankan. Dengan itu, murid-murid tidak perlu pergi ke mahkamah kerana ini
memakan masa,wang dan tenaga.

Teori pemodelan ini dapat menyumbangkan teknik mengubah tingkah


laku. Guru boleh menggunakan teknik ini untuk mengubah tingkah laku yang
tidak diigini kepada tingkah laku yang diingini. Dengan demikian, tingkah laku
yang diingini hendaklah diberi pujian atau ganjaran.

Secara rumusnya, Bandura mengemukakan teori pemerhatian untuk


menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak.Maka
ia dikenali sebagai Teori Pemerhatian Bandura (teori peniruan atau permodelan)

- 11 -
4.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS

Apakah teori pembelajaran humanistik? Psikologi humanistik mempunyai banyak


pendekatan yang berbeza, berkongsi beberapa pegangan iaitu, manusia berbeza
dengan haiwan, bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik mempunyai
potensi yang unggul dan mereka sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut
sepenuhnya.

Bagaimana humanistik berfungsi dalam bilik darjah? Pendekatan humanistik


menekankan ‘keseluruhan murid’ dengan kata lain, aspek emosi dan sosial kehidupan
murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi
untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna.Pendekatan ini
juga menekankan betapa pentingnya peranan guru dalam memberi sokongan dan
mengambil berat, serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara
perlu dilakukan dengan cara tertentu.

Teori ini juga berpendapat pembelajaran hanya bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Ia menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza
dengan individu lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah
diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-murid itu sendiri.
Mengikut ahli psikologi humanis, setiap individu mempunyai keinginan mencapai
kecemerlangan kendiri, maka guru perlu memberi bimbingan supaya potensi mereka
dapat diperkembangankan lagi ke tahap optimum.

Teori humanis mengiktiraf murid adalah manusia biasa yang mempunyai


sikap,perasaan,emosi,kepercayaan dan harapan yang tertentu. Ciri-ciri yang berbeza di
antara individu menyebabkannya sebagai kendiri yang unik. Justeru itu, teori
pembelajaran humanis menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran
yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya.Sebagai
perbandingannya, mazhab behavioris kadang-kadang menetapkan sesuatu proses
pengajaran yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sejenis isi kandungan bagi
segolongan murid dalam keadaan yang tertentu. Maka, hasil pembelajaran biasanya
dianggap dapat diramalkan dahulu mengikut objektif pelajaran. Akan tetapi mazhab
humanis tidak setuju dengan haluan proses hasil itu serta pemberatan yang diberikan

- 12 -
kepada keputusan pembelajaran yang dapat disukat dengan ujian tara. Bahkan
humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. 1 Teori Pembelajaran Humanis Carl Rogers

Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari di Oak Park, Ilinois pada tahun 1902 dan
meninggal dunia pada 4 Febuari 1987 di California. Beliau menuntut di University
of Wisconsin, Madison dan turut menerima BA Sejarah dari universiti yang sama.
Selain itu, beliau berjaya mendaptkan MA dari Columbia University Teachers
College. Pada tahun 1954, beliau telah mnerbitkan sebuah buku yang bertajuk
Psychotherapy and Personality Change bersama rakan-rakannya. Carl Rogers
juga telah menerima anugerah pertama APA Distinguished Contribution

Pendekatan humanis terhadap pembelajaran yang diutamakan oleh Carl


Rogers (1951) berhubung kait dengan personaliti dan tingkah laku pelajar.
Saranan pertamanya dikenali sebagai terapi tumpuan orang (juga disebut terapi
berpusat klien). Teori ini menganggap seorang guru sebagai penasihat
kaunseling, tetapi bukan memberi nasihat atau menyelesaikan masalah bai klien
(murid), malah membantu klien mengenal pasti masalahnya, bertindak terhadap
masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.

Saranan keduanya dikenali sebagai fenomenologi yang melambangkan


penaruhan perhataian terhadap individu, bukan semata-mata mengikut

- 13 -
anggapan yang difikirkan benar. Fenomenologi mementingkan pandangan
peribadi individu terhadap persekitarannya.

Saranan ketiga Carl Rogers ialah humanisme yang berkaitan dengan nilai
manusia, keindividuan,perikemanusian dan hak individu untuk menentukan
tindakan peribadi. Justeru,potensi perkembangan manusia untuk mencapai
sempuna kendiri sangat dipentingkan.

4.1.1 Objektif teori humanis

Carl Rogers menggunakan pendekatan tanpa arah. Hal ini bermakna Rogers
mendorong kliennya meluahkan perasaan-perasaan serta interpretasi-
interpretasi terhadap peristiwa-peristiwa yabg dialaminya. Carl Rogers hanya
mengambil perana duduk, mendengar secar aktif serta menggunakan teknik
refleksi idea dan perasaan dalam sesi-sesi terapi . Teori humanis menekankan
objektif-objektif berikut :

a) Meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid-murid dalam setiap


perbuatan yang dilakukannya.
b) Membantu murid-murid agar lebih bertanggungjawab untuk
menentukan apa yang ingin mereka pelajari.
c) Meningkatkan daya cipta murid-murid dalam melakukan aktiviti yang
digemarinya.
d) Memperkembangkan minat mereka dalam bidang seni agar lebih
kreatif dan berinovatif.
e) Meningkatkan naluri ingin tahu murid-murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

- 14 -
4.1.2 Ciri utama Teori Pembelajaran Carl Rogers

Fenomenomologi Carl Rogers menyarankan setiap individu mengamati dunia itu


dalam cara yang tidak dialami oleh orang lain. Oleh itu untuk memahami orang
lain secara menyeluruh, perlulah kita mengambil kira pandangannya. Sejajar
dengan hakikat ini, Rogers menegaskan pengajaran haruslah berpusat kepada
murid. Guru pula haruslah mengambil peranan sebagai fasilitator pembelajaran,
bukan semata-mata bersikap sebagai pengajar. Sebagai fasilitator pembelajaran,
guru hendaklah bersikap penyayang, peka, jujur dan empatetik terhadap murid.
Berikut merupakan beberapa ciri yang terdapat dalam teoripembelajaran yang
disarankan oleh Carl Rogers :

a) Pengalaman setiap individu adalah fenemonologikal, iaitu


pengalaman yang hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.
Orang lain sukar hendak memahaminya.
b) Tingkah laku digerakkan oleh kehendak untuk mencapai
kesempurnaan kendiri. Hal ini kerana setiap individu mempunyai
keinginan atau kecenderungn menjadi individu yang menyeluruh,
sihat dan cekap melalui kawalan diri.
c) Tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh realiti peribadinya. Cara
yang paling baik untuk memahami tingkah laku seseorang ialah
mengambil kira pendapat dirinya sendiri melalui komunikasi terbuka.
d) Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan
konsep kendiri atau pengertian kendiri. Kita bersikap sama seperti
apa yang kita fikirkan sendiri.
e) Konsep kendiri terbentuk oleh diri sendiri. Setiap individu membentuk
konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri
yang berbeza dengan individu yang lain. Kita mengetahui diri sendiri
melalui pengalaman secara langsung serta mengintegrasikan
pandangan orang lain terhadap kita.

- 15 -
4.1.3 Prinsip Teori Humanis

Murid-murid akan belajar apa yang mereka kehendaki dan apa yang mereka
ingin tahu. Keinginan untuk belajar dan mengetahui bagaimana hendak belajar
adalah lebih penting daripada pemerolehan fakta-fakta. Penilaian yang dibuat
oleh murid-murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya. Perasaan murid-murid
adalah sama penting dengan fakta. Mereka juga harus mempelajari bagaimana
hendak merasa adalah sama penting dengan memepelajari bagaimana hendak
berfikir. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar tidak berasa terancam.
Suasana sosioemosi yang sihat dimana guru lebih memuji daripada mengkritik
dan lebih membimbing daripada memarahi hendaklah diwujudkan. Murid akan
belajar dengan lebih berkesan jika harga dirinya tidak tergugat.

Setiap individu merupakan pusat kepada pengalaman perubahan dunia yang


berterusan. Maksudnya, setipa orang mempunyai pengalaman peribadi dalam
persekitarannya dan ia sukar difahami oleh orang lain. Misalnya, sukar bagi kita
memahami perasaan orang lain. Selain itu, organisma bertindak balas terhadap
sesuatu medan mengikuti pengalaman dan pengamatannya terhadap sesuatu
medan itu. Medan pengamatan ini merupakan reality kepada individu itu.Oleh
kerana pengalaman adalah peribadi, seterusnya realiti juga adalah
peribadi.Bahkan apa yang dirasakan kepada seorang tidak semestinya dianggap
benar oleh individu yang lain. Hal ini disebabkan perbezaan tingkah laku antara
orang (murid) kadang-kadang berpunca daripda berlainan konsep terhadap
relaliti. Setiap organisma mempunyai kecenderungan mencapai sesuatu yang
sempurna kendiri. Organisma tersebut berusaha mencapai pelbagai
matlamatnya.Motivasi ini membolehkannya dapat mengawal diri dan menuju ke
arah yang sihat. Walaupun demikian, sekali-sekala seseorang mungkin
melibatkan diri dalam kegiatan kurang sihat disebabkan pengaruh persekitaran.

Kefahaman tingkah laku seseorang seelok-eloknya diperolehi daripada


rujukan dalam individu itu. Hal ini kerana, reality seseorang adalah persendirian
dan peribadi. Justeru itu kefahaman hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.
Bahkan teknik kaunseling tumpuan orang menggalakkan komunikasi secara
terbuka.Struktur kendiri terbentuk daripada interaksi dengan persekitaran dan

- 16 -
penilaian pula diperolehi daripada interaksi dengan orang lain. Apabila
seseorang menerima maklum balas tentang dirinya sendiri maklumat itu
digabungkan ke dalam konsep kendirinya. Justeru itu, penertian kendiri
dipengaruhi oleh pendapat lain sebgai sangat baik, jahat, pandai, rajin, pemalu
dan sebagainya menjadi sebahagian dirinya seperti diamati. Seterusnya, tingkah
laku yang ditonjolkan oleh suatu organisma adalah selaras dengan konsep
kendiri. Misalnya, seorang yang menganggap dirinya sebagai penyanyi handalan
biasanya sanggup menerima jemputan ke pentas menyanyi dalam sesuatu
himpunan. Sebaliknya, orang yang memikirkan dirinya tidak mempunyai bakat
menyanyi akan segan untuk menyanyi di khalayak ramai.

Secara ringkasnya, fenomenologi Carl Rogers menyarankan setiap individu


mengamati dunia itu dalam cara orang lain secara menyeluruh,perlulah kita
mengambil kira pandangannya. Sejajar dengan hakikat ini, beliau menegaskan
pengajaran haruslah berpusat kepada murid. Guru pula haruslah mengambil
peranan sebagai fasilitator pembelajaran, guru hendaklah bersikap penyayang,
peka, jujur dan empatetik terhadap murid.

4.1.4 Implikasi Teori Pembelajaran Humanis Carl Rogers

Pendekatan teori humanis dalam pendidikan menitikberatkan


perkembangan persendirian individu dan sosial yang sihat. Ia berorientasikan
terhadap penemuan dan tidak mementingkan pembelajaran resepsi
(penerimaan). Perasaan dan keinginan murid serta autonomi ialah untuk
mencapai kesempurnaan kendiri bagi setiap individu. Pendek kata, teori humanis
mengutmakan dua faktor penting dalam pemebalajaran iaitu, keunikan dan
kepentingan seorang individu manusia dan penentangan terhadap pendekatan
nyahinsani (dehumanisasi) dan sikap mekanik menarik terhadap
pembelajaran.Penentangan humanis juga mementingkan pemikiran dan
perasaan murid dalam pembelajaran dan bukan semata-mata untukperolehan
pengetahuan. Oleh itu,

- 17 -
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berorientasikan individu,inkuiri
penemuan , kerja praktik serta aktiviti pengayaan dan pemulihan dan guru perlu
memainkan peranan sebagai fasilitator dan pendorong.

PENEGASAN PENERANGAN

1. Kesan efek Penegasan terhadap perasaan dan pemikiran serta


kurang kepada perolehan pengetahuan

2. Konsep kendiri Penggalakkan perkembangan konsep kendiri yang


positif

3. Komunikasi Penumpuan perhatian atas perkembangan


perhubungan manusia yang positif dan komunikasi
yang jujur

4. Nilai peribadi Pengiktirafan kepentingan nilai peribadi dan


perkembangan nilai yang positif

Jadual 1.0 : Penegasan Asas Menurut Pendekatan Humanis dalam Pendidikan

- 18 -
4.2 Teori Pembelajaran Humanis Abraham Maslow

Abraham Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York. Apabila
meningkat dewasa beliau telah melanjutkan pelajarannya di City College of New
York (CCNY) dalam jurusan undang-undang. Namun beberapa tahun kemudian
beliau telah bertukar ke University of Wisconsin kerana lebih berminat dalam jurusan
psikologi. Hasil daripada ke[utusan itu, beliau telah menerima MA pada 1931, dan
PhD pada 1934, dalam bidang psikologi dari University of Wisconsin. Beliau juga
telah menjadi ‘The chair of the psychology Department’ di Brandeis dari 1951 hingga
1969. Sepanjang menjadi ahli psikologi beliau telah berjaya menulis buku The
Organism.

4.2.1 Pendekatan Humanis Maslow

Keperluan ialah kehendak manusia untuk mempersembahkan keadaaan


kekurangan manusia untuk mempersembahkan keadaan kekurangan, gangguan
dan ketidak bimbangan dalam dirinya. Secara umumnya, keperluan manusia boleh
diklasifikasikan kepada kepada keperluan fisiologi dan keperluan psikologi.
Keperluan fisiologi merupakan merupakan keperluan asas yang lahir daripada
kekurangan organik seperti keperluan makanan dan minuman, oksigen kepuasan
deria, tidur dan rehat dan pembuangan. Manakala keperluan psikologi merupakan
keperluan sekunder yang dilahir daripada perhubungan dan interaksi di antara orang
dalam pelbagai persekitaran. Keperluan sekunder meliputi keperluan keselamatan,

- 19 -
kasih sayang, penghargaan kendiri, kesempurnaan kendiri serta keperluan
maklumat dan keperluan estetika.

Abraham Maslow (1970) berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi


keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Maslow
juga menerangkan tentang motivasi yang berasaskan keperluan, di mana apabila
keperluan sesuatu peringkat dipenuhi, keperluan pada peringkat yang lebih tinggi
pula akan muncul. Hieraki keperluan Maslow menggunakan teori untuk
menerangkan motivasi manusia. Beliau berkata bahawa jika kita mengalami
keperluan yang belum memuaskan, maka kita akan terasa tegang. Rasa tegang ini
akan menyebabkan kita mencapai matlamat kita supaya kita dapat mengurangkan
ketegangan kita. Berdasarkan kepercayaan ini, Maslow mengembangkan suatu
hieraki tujuh keperluan.

Estetika

Keperluan untuk
mengetahui

Keperluan untuk kesedaran diri

Keperluan untuk harga diri

Keperluan untuk kasih sayang dan rasa


kepunyaan

Keperluan untuk keselamatan

Keperluan fisiologi

Rajah 1 : Hieraki Tujuh Keperluan

- 20 -
Maslow telah mengklasifikasikan empat keperluan pertama iaitu keperluan
fisiologi, keperluan untuk keselamatan, keperluan untuk rasa kasih sayang
kepunyaan dan keperluan untuk harga diri. Keperluan pertama adalah sebagai
keperluan kekurangan dan berhujah bahawa semua manusia mengalami keperluan
tersebut. Jika tidak memenuhi keempat-empat keperluan pertama ini, maka motivasi
kita untuk memuridi subjek pada hari tersebut boleh dihadkan secara besar. Jika
salah seorang murid kita rasa seperti tidak disayangi dan tidak sukai oleh ibu
bapanya, maka dia akan mendapati kesukaran untuk memenuhi keperluan
pengetahuan, estetik dan penyempurnaan kendiri. Keperluan utama ini diperlukan

Tiga keperluan yang akhir diklasifikasikan sebagai hidup atau keperluan


pertumbuhan, seperti keperluan kekurangan,motivasi bertambah untuk memuaskan
keperluan hidup. Namun demikian, keperluan hidup tidak boleh dipuaskan
sepenuhnya. Ketika keperluan hidup dipenuhi secara sementara. Maka motivasilah
akan bertambah untuk mencari lebih banyak kepuasan (Henson & Eller, 1999).
Biasanya orang yang berusaha mengejar dan memenuhi keperluan penyuburan
seperti menggunakan bakatnya dalam menyempurnakan kendirinya, memperoleh
ilmu pengetahuan dan menceburinya dalam bidang estetik adalah orang yang telah
berjaya mengatasi semua kekurangnya. Hal ini bermakna, hanya semua keperluan
dalam kategori keperluan kekurangan telah dipenuhi, barulah manusia akan cuba
sedaya upaya dan berusaha menggunakan potensinya untuk memenuhi kekurangan
dalam keperluan terakhir. Berikut merupakan penerangan tentang setiap hieraki
keperluan yang telah dibina oleh Maslow :

Keperluan Penerangan

Keperluan fisiologi Makanan, minuman, tidur dan perlindungan


Keperluan keselamatan keinginan untuk keselamatan
Keperluan untuk rasa kasih sayang kasih sayang dan rasa diperlukan
dan kepunyaan
Keperluan untuk harga diri Hormat diri, rasa kecukupan kecekapan

Jadual 1.1 : Hieraki Keperluan Pertama Maslow

- 21 -
Keperluan Penerangan

Estetika keperluan untuk mengalami dan memahami


keindahan
Keperluan untuk rasa ingin tahu, keperluan untuk hidup di dunia
mengetahui
Keperluan untuk berusaha untuk menggunakan secara penuh dan
kesedaran diri mengeksploitasikan bakat dan keupayaan

Jadual 1.2 : Hieraki Keperluan Terakhir Maslow

4.2.2 Implikasi Teori Pembelajaran Humanis Abraham Maslow

Melalui segala pendapat yang dikemukakan oleh Abraham Maslow dapatlah kita
menjadikannya sebagai rujukan dalam mengaplikasikan dalam kehidupan.
Sebagai guru kita harus mewujudkan suasana [embelajaran yang selesa,
selamat dan terjamin agar murid-murid mempunyai tahap azam kendiri dan rasa
bertanggungjawab terhadap pembelajaran senidir. Selain itu, guru-guru harus
berpegang pada kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak boleh belajar dengan
baik di sekolah, tanpa mengambil kira latar belakang nereka yang berbeza-beza.
Dengan kepercayaan ini, guru-guru akan berikhtiar untuk bekerja keras dan
murid-murid juga akan dimotivasikan untuk belajar dan mendapat pencapaian
yang baik. Walau bagaimanapun, guru-guru tidak harus menekankan motivasi
luaran seperti ganjaran luaran yang tidak membawa hasil yang dinginkan.

Seterusnya, golongan pendidik perlu sentiasa menggunakan motivasi


dalaman dalam pengajaran mereka. Bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti
pembelajaran haruslah berkaitan dengan minat dan rasa ingin tahu murid.
Sebagai contoh, guru boleh menghubung kaitkan murid dan kehidupan murid,
menggunakan nama murid, membina bahan pembelajaran yang jelas dan
menarik dan sebagainya. Permainan dan teka silang kata boleh digunakan untuk
mencetuskan minat dalaman dan merangsang minda. Muridan atau aktiviti
pembelajaran haruslah distrukturkan dengan cara yang mudah supaya murid

- 22 -
dapat mengikutinya. Ia haruslah distrukturkan mengikut tahap pengetahuan dan
kemahiran murid malah guru-guru juga harus melyami keperluan murid termasuk
keperluan untuk azam sendiri. Guru-guru boleh menugaskan murid untuk
melakukan tugas penting seperti mengedar buku dan kertas, menjaga sudut
bacaan dan lain-lain.

5.0 TEORI PEMBELAJARAN DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

Menurut sudut pandangan Islam, teori pembelajaran adalah berdasarkan kepada


tiga kata kunci iaitu :

a) Ya’ qilun : Akal


b) Yatafakkarun : berfikir
c) Yasma’un : dengar

Dalam proses pembelajaran ketiga-tiga unsur ini penting dalam menimba


ilmu pengetahuan. Akal diperlukan bagi memikirkan sesuatu perkara yang
dipelajari dan diperolehi melalui cara mendengar dan memahami segala yang
disampaikan. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984) pembelajaran adalah akidah
yang berdasarkan ilmu pengetahuan bukan berdasrkan penyerahan diri secara
membabi buta sahaja.

Dalam Islam juga ada menyatakan bahawa menuntut ilmu ini merupakan
ibadah yang umum iaitu ibadah fardhu kifayah. Sekiranya dalam suatu golongan
masyarakat itu terdapat beberapa individu yang telah menuntut ilmu tersebut,
orang lain tidak dikenakan syarat wajib untuk menunutut ilmu tersebut. Namun ia
boleh jatuh kepada hokum fardu ain iaitu wajib apabila dalam suatu golongan
masyarakat itu, tiada siapa pun yang menuntut ilmu dalam bidang tersebut,
maka masyarakat perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan perintah yang
telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Ulama Islam seperti Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa ilmu
mahmudah sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan akhirat. Hai ini

- 23 -
bermaksud, ilmu yang baik haruslah dituntut kerana ia memberi manfaat kepada
kita semua jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Segala pembelajaran yang
diperolehi diaplikasikan, sebagai contoh kita telah mempelajari tentang nilai-nilai
murni, maka jadikannya sebagai satu sifat yang boleh diamalkan agar orang lain
memandang mulia kepada kita dan ketika akhirat kita mendapat pahala.

Seterusnya,orang yang berilmu walau pun sedikit, adalah lebih mulia


daripada orang yang tidak mengetahui walau satu perkara pun. Sekurang-
kurangnya kita akan menjadi tempat rujukan apabila orang yang ingin merujuk
sesuatu perkara,kita boleh membantunya atas sekadar yang kita mampu.

Namun, sekiranya kita mendapat sesuatu ilmu adalah berdosa sekiranya kita
menyembunyikannya daripada orang lain. Sesungguhnya Nabi Muhammad telah
bersabda bahawa sebarkanlah ilmu yang ada walaupun sedikit. Ilmu yang sedikit
disebarkan kepada orang lain, orang lain menyebarkan kepada individu yang lain
dan mereka mengamalkannya maka besarlah ganjaran kita di akhirat kelak.

Di samping itu, banyak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Hadith menyatakan


bahawa ilmu itu wajid dituntut dan ianya penting dalam kehidupan kita seharian
untuk dijadikan amalan sebagai bekalan kita dia akhirat. Hal ini kerana terdapat
hadith nabi yang menyatakan bahawa tuntulah ilmu dari dalam buaian hingga ke
liang lahad dan tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China sekalipun. Terdapat
pelbagai lagi hadith dan firman Allah yang menyatakan betapa oentingnya
pembelajaran dalam kehidupan , antaranya ialah :

Firman Allah Hadith Nabi Muhammad

- 24 -
a) Allah berfirman, “apakah sama a) Dalan hadith riwayat Ibnu ‘Ashim
orang-orang yang mengetahui dan Thabrani. Rasulullah s.a.w
dengan orang-orang yang tidak bersabda.”wahai sekalian manusai
mengetahui? Seseunguhnya hanya belajarla! Kerana ilmu pengetahuan
orang-orang yang berakallah yang hanya didapati melalui belajar.
mampu menerima pelajaran.” (Qardhrawi,1999)
(Al-Zumar :9)
b) Allah berfirman, “Dan janganlah b) Dalam hadith Rasulullah ada
kamu membiasakan diri pada apa menyatakan bahawa menuntut ilmu
yang kamu tidak ketahui.” (Al- adalah wajib kepada setiap muslim.
Isra:36)

Jadual 1.3 : Firman Allah dan Hadith Nabi Tentang Teori Pembelajaran

5.1 Teori Pembelajaran Imam Ghazali

- 25 -
AL-Ghazali dilahirkan pada tahun 1058 Masihi. Beliau merupakan murid kepada
Imam al-Kharmin Abu Maali al-Juini seorang imam mazhab Syafii. Al-Ghazali
telah menghasilkan lebih daripada 70 buah kitab dan antara yang terkenal ialah
Al-akhyak Ulumudin. Al- Ghazali juga pernah mengajar di Universiti Nizemi.

Pandangannya tentang pendidikan ialah kanak-kanak haruslah dididik


sejak lahirnya. Bayi jangan diberi kepada orang lain untuk menjaganya kecuali
orang-orang tertentu iaitu orang tersebut mestilah berakhlak mulia dan kuat
agamanya.

Kanak-kanak hendaklah diajar al-Quran, al-Hadis dan ulama-ulama besar


agar kanak-kanak mengenal dan mengasihi mereka. Cerita-cerita yang
berunsurkan kejantinaan dan orang-orang yang rendah moralnya hendaklanh
dielakkan. Kanak-kanak sepatutnya diajar tentang keburukan-keburukan
kelakuan jahat. berbohong, melakukan khianat dan mencuri.

Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada pergaulan kawan-kawan


yang nakal atau jahat, bersenang-lenang, bermalas-malas, bersikap tidak tegas
dan bermanja-manja.

Menurut Al-Ghazali lagi, kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk


bermain dan bersukan. Hal ini kerana, dengan bermain kanak-kanak dapat
menguatkan otot-otot dalam tubuh badan dan menambahkan kecergasan,
menghilangkan kemalasan dan kelesuan badan, mendatangkan kegembiraan
dan keseronokkan, menggambarkan sifat semulajadi kanak-kanak serta
menyediakan peluang untuk berehat selepas penat belajar.

Kanak-kanak hendaklah dibiasakan yang baik dan budi pekerti yang


mulia dan tabiat-tabiat yang baik. Perbuatan dan sikap yang keji hendaklah
ditinggalkan. Sifat-sifat yang perlu dipupuk di kalangan kanak-kanak ialah sifat
merendah diri, berani, sabar, jujur serta menghormati orang yang lebih tua
terutamanya kedua-dua ibu bapa mereka.

- 26 -
Sekiranya kanak-kanak tersebut melakukan kesalahan atau kesilapan,
jangan dirotan atau dipukul. Hal ini kerana, kanak-kanak yang selalu dipukul atau
dimarahi tidak akan berasa takut lagi. Seterusnya,mereka tidak akan
menghormati orang tua. Sebaliknya, nasihat dan bimbingan hendaklah diberikan
kepada mereka.

Pada masa tahap umur mereka mula mengerti tentang sesuatu perkara,
mereka hendaklah diajar tentang kewajipan mereka terhadap agama dan
hokum-hukum yang berkaitan dengannya. Ajarkan mereka tentang kewajipan
sebagai seorang umat di muka bumi Allah ini. Selain itu, mereka perlu diajar
untuk membezakan perkara-perkara yang halal dan yang haram.

Dalam mendidik kanak-kanak, Al-Ghazali berpendapat :

a) Pengasuh hendaklah wanita,kuat berpegang kepada ajaran agama.


Sebagai contoh, bapa Nadi Muhammad s.a.w telah menghantar beliau ke
kampung untuk dijaga oleh Halimatus Saadiah kerana terkenal dengan
peribadinya yang mulia.
b) Kanak-kanak jangan dibiarkan tidur pada waktu siang kerana ia akan
menggalakkan sifat malas.
c) Ajar mereka adab-adab makan supata merka bersopan ketika berada di
meja makan atau ketika malan di rumah orang lain.
d) Ajar mereka supaya mengikis sikap angkuh kerana sikap ini akan
menyebabkan kita tidak disukai oleh orang lain.
e) Mereka tidak digalakkan mengadu kepada orang lain jika dimarahi oleh
guru. Biarkan kanak-kanak ini belajar daripada kesilapan yang telah
mereka lakukan.

- 27 -
5.1.1 Impilkasi Teori Pembelajaran dari sudut Pandangan Islam

Seorang guru haruslah menunujukkan kasih sayang terhadap pelajar dan


mereka hendaklah dianggap sebagai anak-anak sendiri. Hal ini, dapat
menggalakkan seorang murid itu lebih bersemngat untuk belajar kerana
guru tersebut menyayanginya dengan sepenuh hati.

Kita sebagai guru haruslah memberikan ganjaran berbentuk


motivasi bukan hanya ganjaran luaran kerana ini akan menyebabkan
murid-murid akan belajar kerana ingin mendapatkan ganjaran yang
lumayan bukan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Selain itu, guru juga turut berperanan untuk memperbaiki akhlak


pelajar secara lembut. Hal ini bertujuan untuk memberikan murid tersebut
ruang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Murid juga akan mengikut
arahan guru dan kata-kata nasihatnya tanpa ragu-ragu kerana
pendekatan yang digunakan adalah secara berlembut dan sesuai dengan
situasi.

Guru juga perlu mengajar mengikut aras kebolehan murid


tersebut. Setiap aktiviti yang dilaksanakan perlulah sesuai dengan aras
murid yang pandai dan kurang pandai . Contohnya dalam memberi
latihan. Sekiranya soalan aras yang sukar diberikan kepada pelajar yang
kurang pandai ini akan mengakibatkan pelajar tersebut bersa dirinya
kurang ilmu dan putus asa untuk melakukannya. Aktiviti yang sewajarnya
diberikan dan disesuaikan kepada murid yang kurang pandai tetapi
diberikan kepada murid yang pandai akan menyebabkan murid tersebut
bosan untuk mengikuti aktiviti yang berjalan.

Seterusnya, guru perlu mendidik murid-murid supaya


mengamalkan setiap apa yang dipelajarinya. Begitu juga dengan guru.
Guru harus mengamalkan apa yang dipelajari, contohnya mengajar
murid-murid tentang nilai-nilai murni. Amalkan tabiat tersebut agar boleh

- 28 -
dijadikan contoh kepada murid-murid. Guru boleh berperanan sebagai
‘role model’ dalam kehidupan yang dilalui oleh murid-murid.

Dengan ini bolehlah dirumuskan bahawa murid-murid amat


mudah dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya. Sekiranya proses
pembelajaran itu tidak sempurna dan asuhan tidak kena pada caranya,
begitulah tingkah laku dan akhlak yang terbina. Sebaliknya, jika asuhan
dan bimbingan ibu bapa dan gurunya baik, maka kanak-kanak akan
membesar menjadi individu-individu yang bersopan santun dan tinggi
moralnya.

- 29 -
6.0 IMPLIKASI TEORI SOSIAL, HUMANIS DAN ISLAM TERHADAP PROSES
(PNP) BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

6.1 Strategi Kepada Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Definisi Pendidikan khas ialah sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/kurang upaya.
Pendidikan khas merangkumi aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan
pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institut.

6.1.1 Kanak-kanak berkeperluan khas.

Mc Donnell, et. Al. ( 1995 ), telah mengesan beberapa kategori kanak-kanak


berkeperluan khas. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian:

i. Rencatan akal
ii. Gangguan tingkah laku
iii. Dutisme
iv. Gangguan pembelajaran
v. Kecacatan deria
vi. Kecacatan fizikal
vii. Kecacatan kesihatan

Menururt Lerner et. Al ( 1998 ) beliau telah mencadangkan dua kategori kanak-
kanak berkeperluan khas:

a) Kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam


pelajaran di bangku sekolah
b) Kanak-kanak mempunyai kecacatan yang diambil kira dibawah sesuatu
akta / undang-undang khas di sesebuah negara.

- 30 -
Mahmood Nazar (2005) menyatakan bahawa, kanak-kanak berkeperluan khas
boleh ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang dianggap berdepan dengan batasan
keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup
bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya.

Pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada pelajar-pelajar yang


cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat mental, bermasalah dalam
pembelajaran dan tingkah laku, cacat budaya atau sosial, cacat fizikal dan
sebagainya, termasuklah pelajar-pelajar yang pintar cerdas.

Antara tingkah laku utama kanak-kanak berkeperluan khas dan strategi untuk
mengatasinya mengikut teori sosial Bandura ialah jenis kanak-kanak pemarah. Ciri-
ciri kanak-kanak ini ialah seorang yang suka memberontak, kerap tidak puas hati,
berkelakuan ganas serta garang. Manakala strategi untuk mengatasinya ialah
antaranya guru janganlah berkelakuan seperti diri sendiri yang terluka dengan
menunjukkan perasaan tidak puas hati guru terhadap murid tersebut. Tambahan,
sebagai guru haruslah menunjukkan sikap positif terhadap murid tersebut Selain itu
guru perlulah menjelaskan apakah akibatnya sekiranya kanak-kanak tersebut terus
bersikap sedemikian. Seterusnya guru perlu meyakinkan pelajar bahawa dia disukai
oleh semua orang di sekelilingnya. Hal ini dapat menunjukkan seorang guru itu
boleh berperanan sebagai fasilitator mengikut teori humanis Carl Rogers. Selain itu,
guru juga perlu mengetahui apakah keperluan yang diingini oleh murid tersebut.
Guru juga boleh merujuk kepada hieraki tujuh keperluan yang telah dinyatakan oleh
Abraham Maslow. Sekiranya boleh, setiap keperluan itu dipenuhi terutamanya dari
sudut kasih sayang kerana dengan adanya kasih sayang kita boleh melembutkan
hati murid tersebut atau pun mengurangkan sifat marahnya.

Di samping itu, terdapat tingkah laku kanak-kanak yang menonjolkan diri turut
menjadi satu keperluan dalam keperluan khas. Mereka bercirikan seperti suka
menonjolkan diri sendiri tidak kira bila waktu, suka membuat lawak yang keterlaluan
dalam kelas dan digelar sebagai ‘pelawak kelas’. Mereka juga adalah seorang yang
malas. Antara strategi yang boleh digunakan untuk mengatasinya ialah seorang guru
itu mengelakkan daripada berkawan dengan dengan rakan-rakan yang nakal kerana
ini akan menggalakkan mereka terus bersifat malas. Selain itu, Imam Al-Ghazali

- 31 -
turut menyatakan bahawa dalam mendidik kanak-kanak supaya jangan merotan
mereka dan tidak menggunakan ancaman atau ugutan dan menengking. Langkah
yang sepatutnya diambil ialah banyak memberi nasihat dan motivasi dalaman untuk
memupuk semangat mereka dalam belajar.

7.0 RUMUSAN

Setelah mempelajari melalui tajuk ini, kita telah mendapati bahawa terdapat dan
kaedah pelbagai cara bagaimana untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelbagai kaedah diberikan seperti kaedah peniruan , menjadi
pendorong atau fasilitator,mengikut keperluan mahupun mengikut strategi
pendekatan islam (Ee Ah Meng, 1993) . Walaubagaimanapun, guru tetap
memainkan peranan penting dalam menyusun kaedah pembelajaran yang sesuai
bagi murid-muridnya. Hal ini kerana, murid-murid mudah terpengaruh. Mereka ibarat
kain putih kitalah sebagai guru yang perlu mencorakkannya dengan cara yang betul.

- 32 -
REFLEKSI

Saya merupakan ahli kumpulan 6 yang ditugaskan membentangkan tentang Teori


Pembelajaran Sosial dan Pendekatan Humanis. Tuagasan telah dibahagikan antara ahli
kumpulan, setelah membuat undian, saya terpilih untuk mencari bahan tentang teori
pembelajaran Bandura.

Setelah bertungkus lumus mencari bahan di dalam perpustakaan dan juga dapatan
daripada internet dapatlah saya mengumpul maklumat dan memahami apakah perkara
penting dalam teori Bandura ini.

Secara kesuluruhannya Bandura menerangkan tentang konsep permodelan. Setelah


membaca tentang teori ini, Bandura menyatakan bahawa peniruan atau permodelan
ada 3 jenis iaitu sekatlakuan, tak sekatlakuan dan juga elisitasi.

Selepas itu, segala dapatan ini saya bentangkan di dalam kelas agar rakan-rakan
lain dapat memahaminya. Kesan daripada pembentangan ini saya lihat kebanyakan
raka-rakan mula memahami tentang teori ini, secara tidak langsung pemahaman saya
juga bertambah.

Yang menjadikan tugasan ini menarik adalah setiap ahli kumpulan saya iaitu Hairul
Munirah, Akmar Harmimi dan Khalil memberikan kerjasama dan kolaborasi yang sangat
baik. Segala masalah yang dihadapi semasa mencari bahan mahupun menyediakan
pembentangan dapat diatasi melalui perbincangan antara ahli kumpulan. Tidak lupa juga
kepada pensyarah pembimbing Pn Haliza Hussin yang banyak membantu memberi
input.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung. sekian, terima kasih.

ALIF BIN MOHD DRUS


PPPRP4T 2.03

- 33 -
REFLEKSI

Melalui pembahagian tajuk perbincangan bagi kumpulan ke 6 Teori Pembelajaran Sosial


dan Pendekatan Humanis iaitu ,saya telah mendapat tajuk berkenaan Prinsip Abraham
Maslow.

Mengikut Abraham Maslow, ia menekan kepada pendekatan humanis. Ia


menerangkan tentang motivasi yang berasaskan keperluan, di mana apabila keperluan
sesuatu peringkat dipenuhi, keperluan pada peringkat yang lebih tinggi pula akan
muncul.

Selain itu, satu hieraki keperluan dicipta dimana terdapat 4 keperluan utama iaitu
keselamatan, kasih sayang, harga diri dan fisologi. Namun mengetahui sesuatu, estetika
dan keselamatan diri juga tidak dilupakan. Semua keperluan ini diletakk didalam satu
sistem piramid.

Semasa tugasan ini disiapkan, kerjasama antara ahli kumpulan amat dititik beratkan.
Semua tugasan di beri sama adil kepada setiap ahli kumpulan dan segala masalah
dibicang bersama-sama.

Alhamdulilah,segala yang diatur dapat dijalankan secara lancar. Pembentangan bagi


tajuk ini dan tajuk yang lain dibahagi mengikut tugasan yang ditetapkan. Akhir kata,
terima kasih kepada pensayrah bimbingan kami bagi subjek Murid dan Alam Belajar iaitu
Pn Haliza Hussin dan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terima
kasih.

MOHAMED KHALIL BIN ABDUL RAHMAN


PPPRP4T 2.03

- 34 -
REFLEKSI

Alhamdulillah, dengan segala limpah kurnia-Nya saya dapat menyelesaikan tugasan


yang diberi dengan jayanya. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk
menjalankan kerja kursus ini. Semasa menjalankan kerja kursus ini saya dapat meneliti
tentang teori Carl Rogers yang menekankan konsep individualistik atau konsep kendiri.

Melalui pendedahan tentang teori ini, saya dapat mengenalpasti langkah-langkah


yang sesuai untuk membentuk kesempurnaan diri murid-murid saya pada masa akan
datang. Fenomenomologi Carl Rogers menyarankan setiap individu mengamati dunia itu
dalam cara yang tidak dialami oleh orang lain. Oleh itu untuk memahami orang lain
secara menyeluruh, perlulah kita mengambil kira pandangannya.

Sejajar dengan hakikat ini, Rogers menegaskan pengajaran haruslah berpusat


kepada murid. Guru pula haruslah mengambil peranan sebagai fasilitator pembelajaran,
bukan semata-mata bersikap sebagai pengajar. Sebagai fasilitator pembelajaran, guru
hendaklah bersikap penyayang, peka, jujur dan empatetik terhadap murid. Prinsip Teori
Humanis Carl Rogers ini juga lebih menekankan minat pelajar untuk belajar dari
pemerolehan fakta-fakta.

Teori ini penting supaya saya dapat membentuk dan menarik minat murid-murid
masa akan datang supaya mereka berminat untuk mengikuti pengajaran saya. Teori-
teori lain yang dibentangkan oleh rakan-rakan saya juga amat menarik. Contohnya
Abraham Maslow yang menekankan hierarki 7 keperluan setiap manusia. Ianya amat
bertepatan dengan ciri-ciri keperluan yang perlu ada pada setiap manusia.

Saya merasa berbangga kerana dapat mengetahui sesuatu yang tidak diketahui
sebelum membuat kerja kursus ini. Kerja kursus ini memerlukan bahan yang banyak
untuk menyiapkannya. Di samping itu juga, ianya turut melibatkan tunjuk ajar dari
pensyarah yang mengajar iaitu Puan Haliza Hussin dan Puan Norani Mansor. Saya
telah mendapat banyak manfaat tentang pembelajaran ini. Rakan-rakan juga banyak
membantu saya semasa menjalankan kerja ini. Mereka juga amat mementingkan sikap
bekerjasama dan saling mengambil berat diantara satu sama lain. Ahli kumpulan saya

- 35 -
terdiri daripada Alif bin Drus, Mohd Khalil bin Abdul Rahman dan Hairul Munirah binti
Mohd Arif.

Semua ilmu yang diperoleh semasa menjalankan kerja kursus ini mahupun
melalui pembelajaran dalam kelas akan saya manfaatkannya apabila mengajar nanti.
Melalui penulisan yang telah saya hasilkan ini, saya dapat memahami bagaimanakah
tahap pemikiran kanak-kanak dan persekitaran mereka. Kesimpulannya, tugasan ini
banyak memberikan saya ilmu pengetahuan sebagai seorang guru sekolah rendah yang
perlu peka terhadap tahap penerimaan ilmu bagi murid-murid sekolah rendah.

AKMAR HARMIMI BT KAMAROZZAMAN


PPPRP4T 2.03

REFLEKSI
- 36 -
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, akhirnya tugasan bagi subjek Murid dan Alam
Belajar dalam Teori- teori Pembelajaran ini dapat saya siapkan dengan kerjasama ahli
kumpulan pada masa yang ditetapkan. Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini ia
benar-benar menguji kredibiliti dan semangat saya bagi memastikan semuanya berjalan
dengan lancar. Pada mulanya, terdapat sedikit kekeliruan berkaitan dengan tajuk yang
diberikan. Namun, setelah berbincang dengan Puan Norani dan merujuk kepada Puan
Haliza, akhirnya saya dan rakan sekumpulan dapat memahami apa yang dikehendaki
dalam tajuk berkenaan. Perkara yang saya belajar di sini ialah pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan guru dan murid-murid berdasarkan teori- teori
pembelajaran yang berkaitan dari sudut sosial, humanis dan pandangan oerspektif
islam. Sebagai seorang pelajar dan juga seorang guru, teori-teori pembelajaran ini amat
penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PNP) agar ia berjalan
mengikut perancangan yang ditetapkan di samping dapat melahirkan masyarakat yang
berilmu pada masa akan datang.

Apabila kami mendapat tugasan ini, pada mulanya kami mengambil masa yang
agak lama untuk mencari bahan kerana terdapat beberapa bahan rujukan yang tidak
dapat kami perolehi. Namun, atas kerjasama dari pihak Puan Norani dan Puan Haliza,
maka tugasan ini berjalan lancar. Tambahan pula kami mendapat sedikit bantuan dari
kumpulan kuliah yang lain. Kami membahagikan tugasan kepada setiap ahli. Jadi kami
berperanan membentangkan tajuk masing-masing dan menyediakan ‘hand-out’
mengikut tajuk tersebut. Setiap ahli menunjukkan kerjasama yang baik dan
pembentangan dapat dijalankan dengan lancar. Semasa pembentangan dijalankan,
Puan Norani yang memantau hasil pembentangan yang dijalankan oleh kumpulan kami.
Hal ini kerana Puan Haliza mempunyai beberapa urusan lain yang perlu diselesaikan,
maka Puan Norani menggantikan beliau.Namun begitu, kami tetap mendapat sokongan
yang baik dari Puan Norani dan rakan-rakan sekelas

Di samping itu, saya berpeluang untuk mempelajari tentang teori-teori


pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi yang terkenal seperti Albert
Bandura. Beliau merupakan pelopor bagi teori pembelajaran sosial. Dalam teori beliau,
pembelajaran secara peniruan amat penting dalam kehidupan seharian. Bandura telah
membuktikan bahawa kanak-kanak menjadi lebih agresif (suka berkelahi) setalah

- 37 -
menonton model yang agresif menerusi televisyen, wayang atau kartun yang
menunjukkan unsur-unsur keganasan. Pelbagai lagi contoh yang dapat menunjukkan
bahawa manusia dan haiwan dapat belajar dengan memerhatikan cara orang lain atau
haiwan lain membuat sesuatu. Bahkan pemerhatian model merupakan suatu proses
penting dalam pembelajaran, terutama sekali apabila kita belajar berbuat sesuatu buat
pertama kali proses pembelajaran yang berlaku dalam seseorang individu. Dalam
teorinya juga Albert Bandura telah mengelaskan beberapa jenis peniruan. Peniruan
boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu peniruan sekatlakuan, peniruan tidak
sekatlakuan dan peniruan secara elisitasi. Perkara penting yang saya perolehi dalam
teori ini adalah,kita sebagai guru haruslah menjadi ‘role moel’ atau contoh yang baik
kepada murid-murid kerana setiap tingkah laku kita sering diperhatikan dan menjadi
rujukan, mahupun dalam cara berjalan, bercakap atau berpakaian. Sebagai muridpula,
kita harus bijak dalam memilih contoh-contoh untuk diikuti dan dijadikan amalan.
Peneguhan yang diberikan dalam setiap tingkah laku boleh menjadi rujukan untuk kita
ikuti sama ada ia perkara yang baik atau pun tidak.

Terdapat teori lain yang terlibat dalam teori-teori pembelajaran ini. Carl Rogers
dan Abraham Maslow merupakan pelopor bagi teor humanis. Menurut Carl rogers
pembelajaran adalah berhubung kait dengan personaliti dan tingkah laku pelajar.
terdapat tiga saranan yang telah dikemukakan oleh beliau. Saranan pertamanya dikenali
sebagai terapi tumpuan orang (juga disebut terapi berpusat klien). Teori ini menganggap
seorang guru sebagai penasihat kaunseling, tetapi bukan memberi nasihat atau
menyelesaikan masalah klien (murid), malah membantu klien mengenal pasti
masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.Saranan
keduanya dikenali sebagai fenomenologi yang melambangkan penaruhan perhatian
terhadap individu, bukan semata-mata mengikut anggapan yang difikirkan benar.
Saranan ketiga Carl Rogers ialah humanisme yang berkaitan dengan nilai manusia,
keindividuan,perikemanusian dan hak individu untuk menentukan tindakan peribadi.
Justeru,potensi perkembangan manusia untuk mencapai sempuna kendiri sangat
dipentingkan. Oleh yang demikian, kita sebagai guru perlu menjadi fasilitator yang baik,
malahan pendengar yang baik sekiranya terdapat murid yang memerlukan bantuan kita
untuk mendengar rintihan yang ditaggungnya. Sebagai murid pula kita haruslah
berkongsi masalah atau apa-apa perkara yang berkaitan untuk dijadikan sebagai
rujukan atau tempat untuk mengadu masalah. Tetapi kita harus sedar komitmen harus

- 38 -
diberikan sepenuhnya dan kepercayaan terhadap seseorang itu harus diberikan dalam
usaha untuk meneyelesaikan masalah ini. Saya meneyedari perkara seperti ini kadang-
kala berlaku sendiri dlam kehidupan saya. Apa yang saya lakukan adalah lebih kurang
sama dengan apa yang dikemukakan oleh teori Carl Rogers ini. Saya perlu mengambil
beberapa inisisatif tertentu dalam usaha memastikan ianya berjaya.

Abraham Maslow ada menyatakan perkara yang melibatkan tentang keperluan


manusia. Secara umumnya, keperluan manusia boleh diklasifikasikan kepada kepada
keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Hieraki keperluan Maslow menggunakan
teori untuk menerangkan motivasi manusia. Beliau berkata bahawa jika kita mengalami
keperluan yang belum memuaskan, maka kita akan terasa tegang. Rasa tegang ini akan
menyebabkan kita mencapai matlamat kita supaya kita dapat mengurangkan
ketegangan kita. Berdasarkan kepercayaan ini, Maslow mengembangkan suatu hieraki
tujuh keperluan. Beliau telah membahagikan tujuh keperluan tersebut kepada dua
kategori iaitu keperluan pertama dan keperluan terakhir. Keperluan pertama iaitu
keperluan fisiologi, keperluan untuk keselamatan, keperluan untuk rasa kasih sayang
kepunyaan dan keperluan untuk harga diri. Tiga keperluan yang akhir diklasifikasikan
sebagai hidup atau keperluan pertumbuhan, seperti keperluan kekurangan,motivasi
bertambah untuk memuaskan keperluan hidup. Seorang guru haruslah menyedari setiap
keperluan yang diperlukan oleh setiap pelajarnya. Hal ini kerana, tidak semua murid-
murid datang dari kelompok latar belakang yang sama. Ada yang hidup dalam
kesempitan wang bahkan ada yang hidup denagn mempunyai golongan ibu bapa yang
berpendidikan tinggi. Maka, sebahagian daripada murid-murid ini mempunyai masalah
dalam pembelajaran atau sebagainya.

Teori pembelajaran yang melibatkan dari sudut pandangan islam ada


menyatakan bahawa adalah berdasarkan kepada tiga kata kunci iaitu ya’ qilun
bermaksud akal yatafakkarun bermaksud berfikir dan yasma’un mendengar. Dalam
proses pembelajaran ketiga-tiga unsur ini penting dalam menimba ilmu pengetahuan.
Ulama Islam seperti Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa ilmu mahmudah sebagai
ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan akhirat. Di samping itu, banyak terdapat
dalam Al-Quran dan Al-Hadith menyatakan bahawa ilmu itu wajid dituntut dan ianya
penting dalam kehidupan kita seharian untuk dijadikan amalan sebagai bekalan kita dia
akhirat. Hal ini kerana terdapat hadith nabi yang menyatakan bahawa tuntunlah ilmu dari

- 39 -
dalam buaian hingga ke liang lahad dan tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China
sekalipun. Malahan, banyak terdapat firman Allah dan sabda rasulullah berkaitan
dengan perkara ini. Sebagai seorang guru yang beragama islam, saya berperanan
dalam menyebarkan syiar islam ke landasan yang benar dan hati saya perlu ikhlas
dalam mendidik anak bangsa. Segala perbuatan yang mazmumah janganlah dipupuk
dan didik sebaliknya guru berperanan untuk menyemai sikap mahmudah dalam diri
murid-murid. Guru juga haruslah menyemai nilai-nilai murni dalam diri agara menjadi
ikutan oleh mereka. Jadikanlah diri kita sebagai contoh. Selain iu, murid-murid harus
bijak dalam menguruskan diri agar tidak terjebak ke lembah kehinaan dan kita haruslah
memilih cintoh yang baik untuk diikuti.

Seterusnya, saya sebagai guru dan juga sebagai pelajar haruslah


mengaplikasikan segala teori pembelajaran yang dikemukakan. Banyak implikasi yang
berkaitan dalam kehiupan seharian yang boleh dijadikan sebgai ikhtibar dalam
kehidupan yang saya tempuhi kini.

Pada akhir pembentangan kami mengadakan slot untuk menjawab kuiz dan
dapatan yang diperolehi adalah amat positif. Para pelajar memberikan kerjasama yang
amat baik sekali, bahkan terdapat beberapa pelajar yang (rujuk lampiran B dan C). Akhir
sekali, saya berharap agar dapat membuat tugasan yang seterusnya dengan lebih baik
daripada tugasan ini.

Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih
kepada golongan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
tuigasan ini, terutamanya penghargaan kepada ahli kumpulan saya yang sentiasa
bekerjasama.

HAIRUL MUNIRAH BINTI MOHD ARIF


PPPRP4T 2.03

- 40 -
BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng. 1995. Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sd. Bhd.

Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open
University (OUM).

Lee Shok Mee. 1993. Asas Pendidikan 2 : Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee. 1995. Asas Pendidikan 2 : Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mook Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas
Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi Pembelajaran &


Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan.


Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.

Bibliography of Albert Bandura, Abraham Maslow and Carl Rogers


http://www.nidus.org. Akses pada 2 Ogos 2007.

- 41 -
LAMPIRAN

- 42 -
Lampiran B

- 43 -
KUIZ MURID DAN ALAM BELAJAR
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL, HUMANIS DAN ISLAM
Jawab semua soalan berikut.

1. Sebutkan pelopor bagi teori :


a) Teori Sosial : __________________
b) Teori humanis : __________________
__________________
c) Teori dari sudut perspektif Islam :______________
______________

2. Jelaskan 3 ciri peniruan Albert Bandura


i) ________________________________
ii) ________________________________
iii) ________________________________

3. Nyatakan salah satu cirri utama Teori Pembelajjaran Carl Rogers


i) __________________________________________________

4. Senaraikan 4 keperluan utama pendekatan Abraham Maslow


i) ___________________________________________
ii) ____________________________________________
iii) ____________________________________________
iv) ____________________________________________

5. Nyatakan 3 kata kunci dalam pembelajaran Imam Ghazali


i) _____________________________________
ii) _____________________________________
iii) _____________________________________

6. Ciri-ciri pengasuh dalam mendidik kanak-kanak:


_____________________________________

- 44 -
Lampiran C

BORANG PENILAIAN

Markah Kuiz Teori-teori Pembelajaran Sosial, Humanis dan Islam

BILANGAN NAMA PELAJAR MARKAH CATATAN


1 Amir Amzar bin Abdul Aziz 14 / 17 SEDERHANA
2 Khairul Kamal bin Abd Rahman 16 / 17 SEDERHANA
3 Mohammad Fakrullah bin Abdul Razak 17 / 17 SEDERHANA
4 Mohd Nassir bin Shamsudin 17 / 17 SEDERHANA
5 Muhammad Alif Saufwan bin Abas 16 / 17 SEDERHANA
6 Muhd 'Amru bin Muhd Umran 16/ 17 SEDERHANA
7 Muhd Faiq bin Suhaimi 17 / 17 SEDERHANA
8 Nasharul Nizar bin Ramli 16 / 17 SEDERHANA
9 Zaihan Azuan bin Abdul Rashid 17 / 17 SEDERHANA
10 Faizah bt. Amat 17 / 17 SEDERHANA
11 Ika Arisha bt.Ridwan 17 / 17 CEMERLANG
12 Marzuwani bt. Mokhtar 17 / 17 CEMERLANG
13 Mashitah bt. Mohd Fakri 17 / 17 SEDERHANA
14 Nor Lina bt. Hud 17 / 17 SEDERHANA
15 Rosyati bt. Mohd Rofee 17 / 17 CEMERLANG
16 Siti Mariam bt. Mohd Yusof 17 / 17 SEDERHANA

15 / 10 HINGGA 17 / 17 = CEMERLANG
8/ 10 HINGGA 14 / 10 = SEDERHANA
0 / 10 HINGGA 7 / 10 = LEMAH

- 45 -

Anda mungkin juga menyukai