Anda di halaman 1dari 42

INSTITUT PERGURUAN ISLAM

EDU 3103
ALAM BELAJAR

PENSYARAH : PN. NORANI BT MANSOR.

NAMA : MUHAMMAD YASIR B. ZAINAL ABIDIN.


870404-08-6103.
KHAIRUL ADNAN B. ABDULLAH.
861010-30-5241.
MOHD SHAHRIN B. SHAMSUDDIN.
870926-11-5207.
MUHAMMAD HADI B. MAHAMOOD.
860303-56-5827.

KULIAH : PPPRP4T 2.02.


MODEL-MODEL PENGAJARAN

1.0 Konsep Model

1) Ragam, cara, fesyen, jenis dan reka bentuk tertentu sesuatu barang yang
dikeluarkan.
2) Barang tiruan yang sama bentuk dan rupanya yang asal tetapi lebih kecil.
3) Peragawan atau peragawati.
4) Seseorang atau sesuatu yang dijadikan contoh (untuk ditiru atau
diteladani).

1.1 Konsep Pengajaran

Adalah satu proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk membawa


perubahan tingkah laku pada diri murid-murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

1.1.1 Ciri-ciri Pengajaran

1. Merancang
2. Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran.
3. Memilih strategi pengajaran.
4. Menetapkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5. Menilai kabarkesanan sesuatu pengajaran.
6. Pengajaran berkait rapat dengan pembelajaran.

1.2 Konsep Pembelajaran

Diertikan sebagai satu proses perubahan tingkah laku yang agak kekal
akibat pengalaman atau latihan yang berulang.
Proses P&P dikatakan berkesan jika murid-murid dapat menguasai
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang di ajar oleh guru dengan
sepenuhnya,

2.0 Model Pemerosesan Maklumat

Telah dikemukakan oleh Robert M.Gagne. Merupakan satu teori bagaimana


manusia memperolehi maklumat dalam proses P&P. Mengikut teori ini,
rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luaran akan diterima dalam
sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat-maklumat yang diterima
ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek dalam otak manusia.
Selepas ditafsirkan, maklumat ini akan dihantar ke stor ingatan jangka masa
panjang dalam otak manusia. Daripada stor ingatan jangka panjang,
maklumat ini akan dihantar ke pergerakan tindak balas melalui sistem saraf
dalam badan manusia.
Terdapat 2 kompenen dalam model ini iaitu :
 Ekspositori.
 Inkuiri.

Pandangan model pemrosesan maklumat terhadap ingatan bergantung


kepada komputer sebagai model. Seperti komputer, otak menerima data,
menyimpan data, mengeluarkan data untuk menggunakannya jika perlu dan
mengubah suai data. Keseluruhan sistem dipandu sedemikian oleh proses-
proses kawalan yang menentukan bagaimana dan bila maklumat menyalur
melalui sistem. Maka, model pemerosesan maklumat menekankan cara-cara
merangsang desakn dalaman manusia untuk mencari makna dengan
memperolehi dan menganalisisi data, menyedari masalah dan menjana
penyelesaian kepad masalah dan membentuk konsep dan bahasa untuk
menyampaikannya.

Bagamana ingatan pemerosesan maklumat berfungsi? Kesemua jenis


ransangan dari alam sekitar akan diterima oleh reseptor (bahagian tubuh
badan yang menerima maklumat sensor). Sebagai contoh, apabila anda
sentuh tangan anda, reseptor deria akan mengesan sensasi tersebut.
Sensasi ini disimpan secara sementara di ingatan deria.

Ingatan deria menyimpan rangsangan (bau, bunyi dsbnya) dalam


masa yang singkat dan ia mempunyai kapasiti yang besar. Walau
bagaimanapun, maklumat sensori hanya ada selama antara satu atau tiga
saat sahaja. Selepas sensasi deria didaftarkan, ia dialih ke ingatan jangka
pendek. Ingatan jangka pendek boleh menyimpan jumlah maklumat yang
terhad pada jangka masa singkat. Ia menyimpan maklumat daripada daftar
sensori yang dipilih oleh otak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan
lepas. Berapa banyak yang dapat disimpan oleh ingatan jangka pendek?
Kapasiti sebenarnya terhad kepada 5 hingga 9 unit maklumat baru. Ini kerana
kita perlu mengulangi maklumat-maklumat tertentu. Jika tidak, maklumat-
maklumat baru akan menolak maklumat-maklumat baru yang lain keluar
daripada ingatan aktif. Satu lagi faktor yang boleh mempengaruhi ingatan
jangka pendek ialah tempoh masa. Maklumat hanya boleh disimpan
sekurang-kurangnya selama 20 saat tanpa praktis (rehearsal).

Bagaimana makluma disimpan dalam ingatan aktif? Seseorang harus


mengulangi maklumat tersebut sendiri. Satu cara lain ialah menyimpan
maklumat dalam ingatan aktif dengan menghubungkaitkannya dengan
sesuatu yang sudah diketahui. Chunking merupakan satu cara
mengelompokkan data-data ke dalam unit-unit yang lebih besar dan
bermakna. Sebagai contoh, nombor telefon sebanyak 8 digit boleh
dikelompokkan kepada 4 chunk iaitu, dari 77175241 kepada 77-27-52-41. ini
bermaksud 4 chunk berbanding dengan 8 digit. Cuba ingat sekuen nombor
kedua-dua cara untuk menentukan cara manakah yang lebih berkesan?

Akan tetapi, kita berkecenderungan untuk lupa apa yang telah


dipelajari. Mengapa ini berlaku? Maklumat dalam ingatan aktif boleh hilang
atau dilupai akibat pereputan (decay). Melebihi 20 saat tanpa latihan
(rehearsal) akan menyebabkan maklumat baru dilupai dan melebihi 5-9 unit
pasti ini juga terdapat beberapa daripada maklumat dilupai.
Tempoh masa juga menyebabkan ingatan kita menjadi lemah.
Sebagai contoh, jika anda tidak melatih semula nombor telefon tersebut,
pereputan akan berlaku dan nombor telefon dikeluarkan daripada ingatan
aktif kita.
Ingatan jangka panjang mempunyai suatu kapasiti yang tidak terhad dan
sekiranya maklumat berada dalam ingatan jangka panjang, ia tetap di situ
secara kekal. Apabila anda mengingat kembali makllumat semasa
peperiksaan, anda mungkin ragu-ragu tentang kekekalan maklumat.
Sebenarnya, maklumat memang ada di situ, namun kesukaran mengingat
kembali ialah retrieval.

Berapakah bilangan kategori dalam ingatan jangka panjang? Terdapat


3 kategori, iaitu ingatan semantik, ingatan episodik, dan ingatan procedural.
Ingatan semantik merupakan ingatan untuk maklumat lisan atau makna.
Ingatan ini boleh disimpan sebagai imej dan skemata. Ingatan episodik
merupakan ingatan untuk peristiwa-peristiwa maklumat yang berkait dengan
tempatdan masa tertentu, dan ia membolehkan kita mengetahui aturan
sesuatu. Sebagai contoh, salah satu plot dalam filem, masa menonton dan
kumpulan rakan-rakan yang menonton bersama anda adalah sebahagian
daripada ingatan episodik. Ingatan procedural adalah bagi cara membuat
sesuatu membuat sesuatu. Ia mengambil masa yang lebih panjang untuk
belajar sesuatu prosedur. Akan tetapi, setelah dipelajari, pengetahuan ini
akan kekal dalam ingatan untuk suatu jangka masa yang panjang. Sebagai
contoh, setelah anda belajar bagaimana menunggang basikal, anda tidak
akan lupa.

Kini, anda harus ketahui bahawa pemerosesan maklumat memberi kita


pelan bagaimana minda memproses, menyimpan dan mengingat kembali
maklumat. Model ini telah mendorong Gagne untuk menyimpulkan sembilan
peringkat pengajaran dan beliau membentuk peristiwa pengajaran untuk
mengakomodasikan setiap peringkat (Gagne, 1965). Model pemerosesan
maklumat memberi pengertian kepada keadaan kognitif proses pemikiran
manusia.
2.1 Ekspositori.

Mengikut pandangan Ausubel mengenai pembelajaran, seseorang menguasai


pengetahan melalui penerimaan bebbandingkan penemuan. Konsep, prinsip-
prinsip dan idea-idea dikemukan dan difahamkan, bukan ditemui. Semakin
tersusun dan tertumpu sesuatu persembahan, semakin lengkap seseorang
individu dapat belajar.

Auubel menegaskan tentang pembelajaran bermakna iaitu maklumat


lisan (verbal), idea-idea dan hubungan antara idea-idea. Dalam
pendekatannyan terhadap pengajaran, guru mempersembahkan bahan
dalam suatu bentuk yang tersusun dan mengikut sekuen. Pelajar menerima
bahan berguna dalam cara yang berkesan. Untuk Ausubel, pembelajaran
berkembang secara deduktif , iaitu daripada umum kepada spesifik dan
bukan secara induktif.

Bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam ekspositori,


peranan guru adalah sebagai penyampai maklumat atau isi kandungan
pelajaran secara langsung kepada murid-murid dalam bilik darjah.
Pengajaran ekspositori berasaskan cara penyampaian pengajaran guru
melalui kaedah-kaedah penerangan, bercerita dan demonstrasi. Dalam
proses ini, guru akan memberi penerangan terlebih dahulu. Murid-murid
mendengar dengan teliti sehingga mereka memehami dan mengingatinya
atau merekodkan isi-isi penting dalam buku latihan mereka. Guru boleh
menggunakan pengajaran ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum,
prinsip atau teorem-teorem matematik. Beberapa contoh cara penyampaian
bahan pengajaran guru dengan menggunakan ekspositori ialah seperti berikut
:
• Merancang dan menginterpretasikan serta menghurai idea-idea dan
konsep dalambuku teks.
• Menerangkan sambil mendemonstrasikan cara-cara dan mmelukis dan
membina bentuk-bentuk geometri.
• Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan
kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.
• Menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.

Maka, bagaimanakah bahan dapat dipersembahkan dalam bentuk yang


tersusun dan bersekuan? Ausubel mencadangkan penggunaan pengurusan
grafik (penyusun awal) pada awal pembelajaran. Beliau percaya bahawa
pembelajaran optimum berlaku apabila terdapat satu pelengkap antara skema
pelajar dengan bahan yang hendak dipelajari. Apakah sebenarnya penyusun
awal? Ia merupakan satu penyataan awalan tentang suatu yang merangkumi
semua maklumat yang berikutnya.

Fungsi penyusun awal adalah menyediakan scraffolding atau sokongan


untuk baru. Ia sebenarnya satu jambatan konseptual antara bahan baru dan
pengetahuan pelajar semasa. Biasanya buku teks mempunyai pandangan
umum untuk mengarahkan perhatian kita kepada apa yang penting dalam
bahan yang akan dikemukan; menonjolkan hubungan antara idea yang akan
dikemukan dan mengingatkan pelajar tentang maklumat relevan yang sedia
ada dalam ingatan.

Terdapat kategori dalam penyusun awal. Apakah kategori-kategori


tersebut? Secara umumnya, penyusun awal terdiri daripada dua kategori iaitu
komparatif dan ekspositori. Penyusun komparatif merangsang skema sedia
ada (Woollfolk, 2004). Penyusun ini mengingatkan kepada kita apa yang telah
dipelajari yang mungkin kita tidak sedar kerelevenannya. Secara bandingan,
penyusun ekspositori menyediakan maklumat baru yang perlu untuk
memahami maklumat akan diterima.

Bagaimana anda menggunakan pendekatan ekspositori dalam pengajaran


anda?
Berikut adalah langkah-langkah suatu pelajaran ekspositori. Langkah-langkah
adalah:
1. Kemukakan penyusun awal.
2. Kemukakan kandungan dari segi persamaan dan perbezaan dengan
menggunakan contoh-contoh spesifik.
3. Bincang dan kaitkan kandungan kepada penyusun awal.

2.2 Inkuiri

Pendekatan ini berasaskan konsep penyelesaian masalah megikut langkah-


langkah yang logikal dan sistematik. Inkuiri didefinasikan sebagai satu
peroses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui proses menyoal.
Manusia biasanya akan membuat pemikiran inkuiri daripada lahir hingga mati.
Langkah-langkah dalam pendekatan inkuiri ialah seperti berikut :
• Menyenaraikan satu masalah pembelajaran.
• Membentuk satu hipotesis mengenai masalah pembelajaran tersebut.
• Mengumpul data dari pelbagai sumber elektonik dan bukan elektonik.
• Menilai semula bukti mengenai masalah tersebut secara terperinci.
• Membentuk satu kesimpulan terhadapa masalah pembelajaran
tersebut.
• Pendekatan ini berujuan untuk menolong murid-murd membuat
penaakulan supaya mereka menjadi lebih cekap dalam menanya
soalan, membina konsep, membuat hipotesis serta menilainya.

Perhatikan situasi-situasi berikut:


• Seseorang guru membawa pelajar-pelajar dalam lawatan sambil
belajar untuk mengumpul daun-daun daripada berbagi jenis pokok.
Pelajar dikehendaki mewujudkan satu sistem klasifikasi untuk daun-
daun.
• Guru kimia memberi pelajar sejenis bahan dan meminta mereka
menguji secara saintifik untuk menentukan kandungan bahan.
• Guru fizik menyoal pelajar " Adakah baik untuk terus membentuk dan
membina loji kuasa nuklear?"
Merujuk kepada situasi di atas, guru sains mewujudkan satu situasi dalam
bilik darjah yang mana pelajar dikehendaki membentuk idea-idea sendiri,
menyatakan pendapat sendiri terhadap isu penting atau mencari jawapan
sendiri. Dalam setiap situasi di atas, pelajar digalakkan menyoal,
menganalisis spesimen atau data, memperoleh rumusan, membuat inferens
atau menjana hipotesis. Dalam kes yang sedemikian, pelajar sebenarnya
merupakan ahli inkuiri, iaitu penyelesai masalah. Inilah intisari model
pengajaran inkuiri. Sebenarnya, apakah model inkuiri?

Model inkuiri merupakan penemuan terpandu. Salah satu kekuatan model


ini ialah kedua-dua kandungan an proses penyiasatan diajar pada masa yang
sama. Langkah-langkah inkuiri mengikut model pemikiran reflektif oleh John
Dewey. Langkah-langkah yang biasa digunakan termasuk:
• Kenal pasti dan menjelaskan masalah
• Membentuk hipotesis
• Mengumpul data
• Analisis dan interpretasi data untuk menguji hipotesis
• Membuat rumusan

2.2.1 Proses inkuiri

Apabila menggunakan proses inkuiri, ia memberi peluang pelajar belajar


dan mempraktikkan kemahiran berkait dengan pemikiran kritis. Kita harus
ingat bahawa inkuiri selalu dan harus menuju kepada pewujudan idea-idea
baru.
3.0 Teori Behavioral

3.1 Pengajaran Langsung

3.1.1 Pengenalan

Pengajaran Langsung adalah frasa umum yang menggambarkan


secara keseluruhan salah satu metod pengajaran yang menggunakan
kaedah syarahan atau demonstrasi bahan. Ia tidak sama seperti
model penerokaan seperti pembelajaran inkuiri (berdasakan perasaan
ingin tahu pelajar).

Metod ini biasanya berlawanan dengan kelas bimbingan,


penyertaan pelajar di dalam makmal, perbincangan, seminar, bacaan
oleh pelajar, dan pembelajaran aktif oleh pelajar. Biasanya ia
melibatkan penerangan secara jelas kaedah dan perkara yang akan
diajar. Ia juga mungkin akan melibatkan atau mungkin tidak
melibatkan penyertaan pelajar semasa proses pengajaran
berlangsung.

Pengajaran langsung adalah salah satu kaedah pengajaran


behavioral yang digunakan di dalam kelas. Ia telah dibangunkan pada
tahun 1960 an oleh Siegfried Engelmann. Ia telah diaplikasikan oleh
Siegfried Engelmann dan Carl Bereiter ke atas kanak-kanak yang
kurang berkemampuan.
3.1.2 Ciri-ciri Pengajaran Langsung.

I Mempunyai perancangan pengajaran bertulis.


Perancangan pengajaran bertulis ini membantu guru untuk
mengurangkan masa yang diambil olehnya untuk menyiapkan
persiapan untuk pengajaran.

II Perlu wujud kaedah simbol yang akan ditunjukkan oleh guru.


Sebagai contoh, apabila guru meletakkan jari telunjuk di mulut,
murid perlu diam.

III Memfokuskan pada kemahiran.


Kemahiran diajar kepada murid sehingga mereka dapat
menguasainya dengan sendirinya.

IV Pengajaran langkah demi langkah.


Guru memberikan panduan diikuti dengan pengulangan oleh
pelajar samada dalam bentuk individu atau berkumpulan.

V Ujian atau penilaian.


Ujian atau penilaian ini perlu diadakan secara kerap untuk
mendapatkan maklumbalas dan kesan pengajaran.

VI Bukan sekadar latihan dan praktis.


Pelajar boleh melibatkan diri lebih banyak dalam tugasan yang
kompleks semasa melakukan apa-apa aktiviti dalam hidupnya.
Ini bermaksud mereka dapat mengaplikasikan perkara yang
dipelajari dalam kehidupan seharian.
3.1.3 Model Pengajaran Langsung

Berdasarkan Kenny (1980), pengajaran langsung mesti mengandungi


ciri-ciri berikut:

a. Matlamat pengajaran adalah jelas di kalangan pelajar. Ini


bermaksud pelajar harus mengetahui apakah hasil
pembelajaran yang akan diperolehi di akhir pembelajaran.
b. Masa yang diambil untuk melaksanakan aktiviti pengajaran
mestilah mencukupi dan berterusan dan bukan hanya untuk
waktu-waktu tertentu.
c. Isi pengajaran mestilah meluas dan tidak bertumpu semata-
mata kepada isi-isi tertentu kerana ini akan dapat meluaskan
pengetahuan pelajar-pelajar tentang sesuatu perkara.
d. Prestasi pelajar harus dipantau dan diperhatikan.
Sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pelajar, guru
harus membetulkannya dan tidak membiarkannya dilakukan
secara berterusan oleh pelajar tersebut.
e. Soalan yang diberikan kepada murid mestilah pada tahap yang
rendah dan mampu dijawab oleh murid. Ini penting untuk
menggalakkan menjawab dan membolehkan mereka
memberikan jawapan yang betul. Ia dapat memberikan rasa
keyakinan diri kepada pelajar untuk menjawab soalan yang
diberikan oleh guru pada masa akan datang.
f. Maklumbalas yang segera perlu diberikan kepada pelajar.
Jangan tunggu untuk satu jangka masa untuk memberikan
maklumbalas kerana mungkin tidak memberi kesan kepada
pelajar.
g. Guru perlu mengawal tujuan pengajaran. Ini bermaksud, guru
perlu memastikan kaedah pengajaran, bahan dan matlamatnya
tidak berubah dari matlamat asal.
h. Guru perlu memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan
pengajaran mengikut tahap pelajar yang diajar.
i. Guru memberi panduan kepada pelajar langkah demi langkah.
j. Interaksi antara guru dan pelajar adalah berstruktur tetapi tidak
bersifat autoriti.

Menurut Huitt (1996), pengajaran langsung boleh disimpulkan


sebagai berikut:

a. Pengajaran guru lebih banyak iaitu melebihi 50% manakala


kerja-kerja latihan atau kerja sampingan perlu kurang daripada
50%.

b. Pembentangan maklumat yang aktif. Ia boleh dilakukan


samada oleh guru, komputer atau pelajar lain. Pembentangan
tersebut haruslah:

I) Dapat menarik perhatian pelajar.


II) Memberikan petunjuk-petunjuk yang dapat memotivasikan
pelajar.
III) Maklumat disusun mengikut kaedah terkini dan mudah
difahami.
IV) Memfokuskan isi-isi penting dan perlu diketahui oleh pelajar.
V) Mengenengahkan dan mengukuhkan isi-isi yang relevan dan
bersesuaian yang boleh diaplikasikan pelajar.

c. Penyusunan maklumat yang jelas. Ini termasuklah memastikan:

a) Perhubungan antara maklumat yang dibentangkan jelas.


b) Susunan maklumat yang mengikut aturan dan turutan.
c) Perhubungan antara maklumat mestilah relevan dan
bersesuaian.
d) Perpindahan antara satu maklumat ke satu maklumat yang lain
boleh difahami.

d. Pengajaran dijalankan langkah demi langkah, dari topik ke topik.

e. Menggunakan banyak contoh, peralatan visual dan demonstrasi.


Ini adalah untuk membezakan antara konsep perkara konkrit
dan abstrak.
f. Penilaian yang berterusan untuk menguji kefahaman murid. Ia
perlu dijalankan sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran berlangsung.
g. Langkah demi langkah perlu dipandu oleh guru berdasarkan
penilaian yang telah dibuat. Guru seharusnya mengambil kira
tahap murid semasa pengajaran kerana perkara terpenting yang
perlu dicapai hasil pembelajaran ialah kefahaman pelajar dan
bukan untuk mengikut silibus semata-mata.
h. Penggunaan masa yang efektif dan mengekalkan perhatian
yang diberikan oleh pelajar. Ia adalah berdasarkan bagaimana
guru dapat mengaplikasikan teknik pengurusan kelas.

Koslov (1999) telah menggariskan perkara berikut untuk memenuhi


kaedah pengajaran langsung.
I Mendapatkan perhatian dan fokus daripada pelajar. Ini adalah
sebagai pembangkit semangat pelajar untuk memberi perhatian
semasa pengajaran berlaku.
II Persiapan oleh guru untuk pengajaran. Guru menerangkan
tujuan pengajaran dan kadangkala perlu didemonstrasikan.
III Pengajaran menggunakan kaedah model. Guru
mendemonstrasikan konsep, kedudukan, strategi dan operasi
sesuatu perkara yang diajar. Ini termasuklah dengan kaedah
pengulangan yang pelbagai, dengan contoh yang berbeza
sebagai cara untuk membantu pengukuhan. Guru juga boleh
bertanya soalan pendek dan menjawab soalan pelajar yang
hanya difokuskan pada sesuatu perkara.
IV Guru perlu menyusun latihan yang dibantu oleh guru sendiri.
Pada permulaannya, pelajar mengikut guru secara kelas,
kumpulan dan seterusnya kumpulan yang lebih kecil sehingga
peringkat individu.
V Pelajar perlu membuat latihan secara individu. Dengan ini guru
dapat memantau prestasi individu dan ia perlu dijalankan secara
bertulis.
VI Maklumbalas kepada pelajar. Kesalahan pelajar dibetulkan
dengan menggunakan kaedah yang positif.
VII Kesalahan pelajar dikenalpasti dan jika perlu, guru perlu
memulakan semula model pengajarannya atau menjalankan
semula ujian.
VIII Penggunaan peralatan tambahan. Pelajar perlu didedahkan
dengan bahan pembelajaran yang berlainan di mana ia
mempunyai strategi dan matlamat yang sama.
3.2 PEMBELAJARAN MASTERI

3.2.1 Takrifan Pembelajaran Masteri


i. Merupakan satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid
dalam suatu perkara yang diajar. (Bloom, 1968).
ii. Berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir
semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan
atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan
sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang
mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajarannya. (Bloom, 1968)

iii. Satu set idea dan amalan pengajaran secara individu


yang dapat membantu murid untuk belajar secara
konsisten …idea dan amalan ini menghasilkan
pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila
menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukan
masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri
dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas.
(Anderson & Block 1975)

iv. Pembelajaran masteri boleh dirumuskan sebagai suatu


pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan
ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
3.2.2 Mengapakah Pembelajaran Masteri?

i. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang


berbeza.
ii. Murid memerlukan pendekatan pembelajaran yang
sesuai dan berkesan.
iii. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang diajarkan.

3.2.3 Prinsip Pembelajaran Masteri

i. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh


guru.
ii. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil
supaya mudah dikuasai.
iii. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk
menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
iv. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit
pembelajaran mestilah jelas.

3.2.4 Ciri-ciri Pembelajaran Masteri

i. Hasil pembelajaran perlu ditentukan.


ii. Hasil pembelajaran disusun mengikt hierarki atau unit
pembelajaran.
iii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah
bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan.
iv. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).
v. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
berkaitan.
vi. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan
setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang baru.
vii. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum
menguasai aras masteri.
viii. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah
mencapai aras masteri.

3.2.5 Model Pembelajaran Masteri

Dalam pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang


perlu dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui
model tersebut :

Unit Pembelajaran 1

Penentuan Hasil
Pembelajaran

Pengajaran dan
pembelajaran

Penilaian

Ya Tidak
Tindakan Sudahkah Tindakan
Susulan Aktiviti murid Susulan Aktiviti
Pengayaan menguasai? Pemulihan

Ya Teruskan
Unit Pembelajaran 2

Rajah 1 :Model Pembelajaran Masteri


3.2.6 Langkah-langkah Pembelajaran Masteri

Bagi melaksanakan Pembelajaran Masteri langkah-langkah


berikut perlu dipatuhi :
i. Penentuan hasil pembelajaran.
ii. Pengajaran dan pembelajaran.
iii. Penilaian.
iv. Tindakan susulan.

3.2.7 Penentuan Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu


dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil
pembelajaran perlu ditentukan bagi :
i. Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.
ii. Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil
pembelajaran.
iii. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar.
iv. Membantu membina ujian formatif dan sumatif.

3.2.8 Hasil pembelajaran dinyatakan.

i. Berdasarkan sukatan pelajaran.


ii. Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan
diukur.
iii. Secara eksplisit, jelas dan terperinci.
iv. Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
v. Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.
3.2.9 Penentuan Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru


harus mengambil kira perkara yang berikut :
i. Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.
ii. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
iii. Kemudahan yang sedia ada.
iv. Masa yang diperuntukkan.

3.2.10 Kenali Murid

Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran.


Justeru guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi
merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran
bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

3.2.11 Kepelbagaian kaedah dan bahan

Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan


pembelajaran supaya :
i. pelajar lebih mudah memahami dan menghayati
kandungan pelajaran.
ii. Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan
menyeronokkan.
3.2.12 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan :


i. Berpusatkan guru
ii. Berpusatkan murid
Dalam pendekatan berpusatkan guru, kaedah yang boleh
digunakan adalah seperti yang berikut.
i. Penerangan
ii. Penjelasan
iii. Bercerita
iv. Huraian
v. Memberi nota
vi. Syarahan
vii.demonstrasi

Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang boleh


digunakan adalah seperti yang berikut :

i. Bercerita
ii. Bacaan
iii. Latih tubi
iv. Pembelajaran akses kendiri
v. Inkuiri penemuan
vi. Soal jawab
vii. Main peranan
viii. Demonstrasi
ix. Penyelesaian masalah
x. Sumbang saran
xi. Projek
xii. Pembelajaran koperatif
xiii. amali

3.2.13 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Selain pelbagai aktiviti dalam Pembelajaran Masteri, bahan


pengajaran dan pembelajaran juga perlu dipelbagaikan selaras
dengan aktiviti yang dipilih. Contoh bahan pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti berikut :

Matapelajaran Hasil pembelajaran Cadangan bahan


Bahasa Mengenal pasti ’huruf’ Kad imbasan huruf
Carta huruf
Bongkah huruf
Matematik Menambah dua nombor Jaka
dalam lingkungan fakta Sida
asas Cip berwarna
Pendidikan jasmani Memukul bola hoki Kayu hoki
dengan cara betul Bola hoki
Sains Menerangkan proses Carta organ
penghadaman penghadaman
Video penghadaman
Geografi Menyatakan bentuk Cakera padat tentang
muka bumi kawasan muka bumi
pinggir pantai Model
Peta
Pendidikan seni Membuat grafik Perisian aplikasi

Jadual 1: Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


3.2.14 Penilaian

Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan,


kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga
adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

3.2.15 Tujuan Penilaian

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk :


i. mengesan pencapaian murid
ii. mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan
lemah.
iii. Mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran sudah atau
belum dikuasai.
iv. Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu
unit pembelajaran.
v. Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu
dijalankan.
vi. Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

3.2.16 Penilaian dalam Pembelajaran Masteri

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina,


dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif
dan sumatif yang berasaskan ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua
penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan
kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.
3.2.17 Masa untuk menjalankan penilaian

Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut


masa yang difikirkan sesuai seperti yang berikut :
i. Semasa pengajaran dan pembelajaran.
ii. Semasa sesuatu unit pembelajaran.
iii. Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan,
pertengahan tahun dan akhir tahun.

3.2.18 Domain yang dinilai

Penilaian dalam Pembelajari Masteri meliputi domain :


i. Kognitif
ii. Afektif
iii. Psikomotor

3.2.19 Cara menilai Pembelajaran Masteri

Hasil pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan


penulisan. Penilaian boleh dijalankan secara berasingan atau
digabungkan mengikut aspek yang hendak dinilai.
3.2.20 Langkah yang diperlukan untuk menilai

Langkah Aktiviti
1. Pembinaan alat ujian i. Menentukan hasil pembelajaran yang
hendak diuji.
ii. Membina jadual penentu ujian
iii. Membina item
iv. Menyediakan skema jawapan
2. Pentadbiran ujian i. Mentadbirkan ujian.
3. Pemprosesan hasil ujian i. Memeriksa respons dan menentukan
penguasaan murid.
ii. Membuat analisis terhadap respons.
iii. Mendiagnos
iv. Merekod pencapaian murid
4. Pelaporan i. Menyediakan laporan
ii. Menyampaikan laporan

Jadual 2 : Langkah-langkah Penilaian

3.2.21 Tindakan Susulan

Tindakan susulan dalam pembelajaran Masteri dijalankan


setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal
pasti. Aktiviti tindakan susulan bertujuan :
i. Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga
terjejas pembelajaran seterusnya.
ii. Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.

Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti :


i. Pemulihan
ii. Pengayaan ( pengukuhan dan pengembangan )
3.2.22 Aktiviti Pemulihan

Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk


membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan
dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang
telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai
dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan
murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan :
i. Mengajar semula mengguna kaedah atau bahan yang lain.
ii. Membetulkan perlakuan yang salah.
iii. Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.
iv. Menggunakan bahan visual.
v. Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.
vi. Menjalankan latih tubi.
vii.Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.
viii.Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersuungguh-
sungguh,
ix. Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk
ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.
x. Melatih murid mengenal pasti idea utama.

3.2.23 Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai


aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi :
i. Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti
pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik.
ii. Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman
murid.
iii. Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran
berfikir.
iv. Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan


pengembangan.

a) Aktiviti Pengukuhan

Aktiviti Pengukuhan bertujuan untuk memantapkan


pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid
dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti
pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti yang berikut :

i. Memberi latihan yang lebih mencabar.


ii. Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.
iii. Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai
bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah.
iv. Melatih murid membuat nota.
v. Menjalankan latih tubi.
vi. Melatih murid mengenal pasti idea utama.
vii.Mengakses maklumat dari laman web.

b) Aktiviti Pengembangan

Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan


pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran
yang sama. Aktiviti pengembangan ini boleh dijalankan oleh
murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan
adalah :

i. Membuat projek.
ii. Membuat tugasan.
iii. Membuat kajian.

Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang


berikut boleh dipertingkatkan :

i. Membuat pemerhatian
ii. Mengumpul data
iii. Mengakses maklumat
iv. Membanding
v. Mengklasifikasi
vi. Meringkas
vii.Merekod
viii.Mentafsir
ix. Membuat keputusan
x. Membuat andaian
xi. Menganalisis
xii.Melapor
xiii.Menyelesaikan masalah.

PEMBELAJARAN MASTERI

Apakah pembelajaran Masteri?

…merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang


berfokuskan penguasaan murid dalam suatu perkara yang diajar.

(Bloom, 1968)
…berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid
boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan
penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi
disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

(Bloom, 1968)

…ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat
membantu murid untuk belajar secara konsisten …idea dan amalan ini
menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila
menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukan masa yang mencukupi
untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang
jelas.

(Anderson & Block 1975)

Berdasarkan pendapat di atas pembelajaran masteri boleh dirumuskan


sebagai :

Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua


murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan
peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti.

Mengapakah Pembelajaran Masteri?

iv. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.


v. Murid memerlukan pendekatan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan.
vi. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
diajarkan.

Prinsip Pembelajaran Masteri

Prinsip asas dalam Pembelajaran Masteri ialah :


v. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.
vi. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya
mudah dikuasai.
vii. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai
sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
viii. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit
pembelajaran mestilah jelas.

Apakah ciri-ciri Pembelajaran Masteri?

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri adalah seperti berikut :


ix. Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
x. Hasil pembelajaran disusun mengikt hierarki atau unit
pembelajaran.
xi. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna,
berkesan, menarik dan menggembirakan.
xii. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).
xiii. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
xiv. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap
unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang
baru.
xv. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai
aras masteri.
xvi. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai
aras masteri.
Model Pembelajaran Masteri

Dalam pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu


dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui model tersebut :

Unit Pembelajaran 1

Penentuan Hasil
Pembelajaran

Pengajaran dan
pembelajaran

Penilaian

Ya Tidak
Tindakan Sudahkah Tindakan
Susulan Aktiviti murid Susulan Aktiviti
Pengayaan menguasai? Pemulihan

Ya Teruskan

Unit Pembelajaran 2

LANGKAH PEMBELAJARAN MASTERI

Apakah langkah Pembelajaran Masteri?


Bagi melaksanakan Pembelajaran Masteri langkah-langkah berikut perlu
dipatuhi :
v. Penentuan hasil pembelajaran.
vi. Pengajaran dan pembelajaran.
vii. Penilaian.
viii. Tindakan susulan.

Penentuan Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai


oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu
ditentukan bagi :
v. Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.
vi. Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
vii. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar.
viii. Membantu membina ujian formatif dan sumatif.

Bagaimanakah hasil pembelajaran dinyatakan?

Hasil pembelajaran dinyatakan :


vi. Berdasarkan sukatan pelajaran.
vii. Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.
viii. Secara eksplisit, jelas dan terperinci.
ix. Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
x. Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

Penentuan Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus


mengambil kira perkara yang berikut :
v. Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.
vi. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
vii. Kemudahan yang sedia ada.
viii. Masa yang diperuntukkan.

Kenali Murid

Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru guru


perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan
pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan.

Mengapakah perlu pelbagai kaedah dan bahan?

Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran


supaya :
iii. pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan
pelajaran.
iv. Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan
menyeronokkan.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan :


xiv. Berpusatkan guru
xv. Berpusatkan murid
Dalam pendekatan berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan adalah
seperti yang berikut.

Penerangan
Penjelasan
Bercerita
Huraian
Memberi nota
Syarahan
demonstrasi
Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan
adalah seperti yang berikut :

Bercerita
Bacaan
Latih tubi
Pembelajaran
akses kendiri
Inkuiri penemuan
Soal jawab
Main peranan
Demonstrasi
Penyelesaian
masalah
Sumbang saran
Projek
Pembelajaran
koeratif
amali

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Selain pelbagai aktiviti dalam Pembelajaran Masteri, bahan pengajaran dan


pembelajaran juga perlu dipelbagaikan selaras dengan aktiviti yang dipilih.
Contoh bahan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut :
Matapelajaran Hasil pembelajaran Cadangan bahan
Bahasa Mengenal pasti ’huruf’ Kad imbasan huruf
Carta huruf
Bongkah huruf
Matematik Menambah dua nombor Jaka
dalam lingkungan fakta Sida
asas Cip berwarna
Pendidikan jasmani Memukul bola hoki Kayu hoki
dengan cara betul Bola hoki
Sains Menerangkan proses Carta organ
penghadaman penghadaman
Video penghadaman
Geografi Menyatakan bentuk Cakera padat tentang
muka bumi kawasan muka bumi
pinggir pantai Model
Peta
Pendidikan seni Membuat grafik Perisian aplikasi

Penilaian

Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan,


keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan.
Mengapakah perlu penilaian?

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk :


vii. mengesan pencapaian murid
viii. mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
ix. Mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum
dikuasai.
x. Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit
pembelajaran.
xi. Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu
dijalankan.
xii. Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan


ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang
berasaskan ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik.
Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah
ditetapkan.

Bilakah penilaian harus dijalankan?

Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang


difikirkan sesuai seperti yang berikut :
iv. semasa pengajaran dan pembelajaran.
v. Semasa sesuatu unit pembelajaran.
vi. Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan
tahun dan akhir tahun.
Apakah Domain yang dinilai?

Penilaian dalam Pembelajari Masteri meliputi domain :


iv. Kognitif
v. Afektif
vi. Psikomotor

Cara menilai Pembelajaran Masteri

Hasil pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan.


Penilaian boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan mengikut
aspek yang hendak dinilai.

Langkah yang diperlukan untuk menilai

Untuk menilai, langkah berikut perlu diikuti :

Langkah Aktiviti
1. Pembinaan alat ujian i. Menentukan hasil pembelajaran yang
hendak diuji.
ii. Membina jadual penentu ujian
iii. Membina item
iv. Menyediakan skema jawapan
2. Pentadbiran ujian i. Mentadbirkan ujian.
3. Pemprosesan hasil ujian i. Memeriksa respons dan menentukan
penguasaan murid.
ii. Membuat analisis terhadap respons.
iii. Mendiagnos
iv. Merekod pencapaian murid
4. Pelaporan i. Menyediakan laporan
ii. Menyampaikan laporan

Tindakan Susulan

Tindakan susulan dalam pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan


dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Aktiviti tindakan susulan
bertujuan :
v. Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas
pembelajaran seterusnya.
vi. Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang telah dikuasai.

Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti :


iii. Pemulihan
iv. Pengayaan ( pengukuhan dan pengembangan )

Aktiviti Pemulihan

Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid


yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki
kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan
pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan
keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan :
xi. Mengajar semula mengguna kaedah atau bahan yang lain.
xii.Membetulkan perlakuan yang salah.
xiii.Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.
xiv.Menggunakan bahan visual.
xv. Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.
xvi.Menjalankan latih tubi.
xvii.Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.
xviii.Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersuungguh-sungguh,
xix.Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas
seperti rajah, carta atau peta minda.
xx. Melatih murid mengenal pasti idea utama.

Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri.
Aktiviti pengayaan dirancang bagi :
xxi.Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang
lebih mencabar dan menarik.
xxii.Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.
xxiii.Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.
xxiv.Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.

a) Aktiviti Pengukuhan

Aktiviti Pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan


kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang
sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti yang
berikut :
viii.Memberi latihan yang lebih mencabar.
ix. Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.
x. Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik
seperti peta minda, carta organisasi dan rajah.
xi. Melatih murid membuat nota.
xii.Menjalankan latih tubi.
xiii.Melatih murid mengenal pasti idea utama.
xiv.Mengakses maklumat dari laman web.

b) Aktiviti Pengembangan

Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan


kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan
ini boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti
pengembangan adalah :
iv. Membuat projek.
v. Membuat tugasan.
vi. Membuat kajian.

Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh


dipertingkatkan :

xiv.Membuat pemerhatian
xv. Mengumpul data
xvi.Mengakses maklumat
xvii.Membanding
xviii.Mengklasifikasi
xix.Meringkas
xx. Merekod
xxi.Mentafsir
xxii.Membuat keputusan
xxiii.Membuat andaian
xxiv.Menganalisis
xxv.Melapor
xxvi.Menyelesaikan masalah.
• DR. RAGBIR KAUR A/P JOGINDER SINGH, PANDUAN ULANGKAJI ILMU
PENDIDIKAN UNTUK KPLI SEKOLAH RENDAH DAN MMENENGAH.

• ILMU PENDIDIKAN, PENGETAHUAN DAN KETRAMPILAN IKHTISAS, BAHAGIAN


PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, 2004.

Anda mungkin juga menyukai