Anda di halaman 1dari 13

Rahsia Tapak

Tangan
1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah
berkaitan dengan kehidupan kamu.
Semakin ia panjang dan terang
garisnya, semakin baik maksudnya.
Dikatakan seseorang itu akan
panjang jangka hayatnya jika
mempunyai garis yang sedemikian
lebih-lebih lagi jika garisnya
mencecah hingga ke
penghujung.
2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula
bersangkutan dengan tahap
pemikiran Dan keupayaan kamu
untuk berjaya ke peringkat tinggi.
Misalnya seorang pelajar, jika IA
jelas, terang Dan lurus, IA
memperlihatkan bahawa kamu
seorang yang bekerja keras untuk
berjaya dalam pelajaran Dan kamu
berupaya untuk belajar dengan lebih
gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan
perlu disertakan dengan usaha yang
gigih. Tidak hairanlah orang yang
mempunyai garis ini mampu
menjejakkan kaki ke me nara gading
tanpa sebarang masalah.
3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan
Dan percintaan kamu. Sekiranya
kamu mempunyai satu garis yang
panjang Dan lurus, IA menunjukkan
bahawa kamu setia dalam percintaan
Dan mungkin hanya mengalami satu
episod cinta saja. Manakala
sekiranya garis itu putus-putus Dan
terdapat cabang-cabang lain, ini
menunjukkan kamu mungkin
mempunyai beberapa pengalaman
gagal dalam bercinta sebelum
menemui cinta yang sejati. Malah
jangan terkejut, Ada di antara kamu
yang mempunyai garis putus-putus
ini ‘ curang’ Dan menjalinkan
hubungan cinta dengan lebih
daripada seorang gadis/jejaka dalam
masa yang sama!
4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang
bertanda nombor 4 ini. Adakah IA
terdiri daripada satu garis sahaja?
Kadangkala terdapat sesetengah
orang yang mempyai dua atau lebih
garisan ini. Dikatakan mereka ini
bakal memperolehi kejayaan
cemerlang dalam dua kerjaya atau
apa juga yang diceburi oleh mereka
nanti, mengikut garis yang terpamer
di telapak tangan kamu itu.
5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang
mempunyai garis ini yang kelihatan
dengan begitu jelas Dan nyata.
Sekiranya kamu mempunyai garisan
sedemikian, IA menunjukkan kamu
akan menjadi kaya Dan terkenal
dalam kehidupan kamu. Sebab
itulah, Ada orang yang mampu
meraih kejayaan dalam dua bidang
yang dilakukan dalam masa yang
sama. Ini kerana sudah tersurat
bahawa mereka ini mudah mendapat
kejayaan.
6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan,
sebaik garisan adalah yang kelihatan
jelas, lurus Dan tidak putus-putus.
Sekiranya garis ini putus-putus, ini
menunjukkan tahap kesihatan kamu
tidak begitu baik. Begitu juga
sebaliknya.
7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk
bulatan menghala ke arah kanan
hingga ke tapak tangan, kamu
diramalkan bakal mempunyai sebuah
perkahwinan yang kekal Dan
bahagia selama-lamanya.
Perkahwinan wujud hanya sekali
saja dalam hidup kamu. Tiada lagi
yang kedua Dan seterusnya…
8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau
menyimpan hasrat untuk memiliki
cahaya Mata sendiri bila tiba
masanya nanti. Berapa orang
anakkah yang kamu inginkan?
Tidakkah kamu perlu
mengetahuinya? Apa yang perlu
kamu lakukan ialah dengan mengira
berapa banyak garisan halus Dan
pendek yang kamu miliki Dan IA
sebenarnya mewakili jumlah bakal
anak kamu nanti. Misalnya kamu
mendapat terdapat empat garisan
Dan ini bermakna jumlah anak kamu
nanti ialah empat orang.
9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang
sukakan sesuatu kehidupan yang
mencabar, suka merantau atau
melawat tempat-tempat asing?
Sudah tentunya kamu ini mempunyai
garisan perjalanan yang cukup jelas
Dan terang, seperti yang dinyatakan
pada garisan bernombor 9. Tidak
hairanlah sekiranya kamu ini juga
suka hidup berpindah-randah Dan
mudah bosan dengan sesuatu
tempat.
10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya
mengimpikan kehidupan yang
sempurna Dan bahagia. Tentu sekali
IA mudah dicapai jika mempunyai
kewangan yang kukuh. Bagi kamu
yang memiliki garisan bernombor 10
ini dengan jelas Dan terang,
dikatakan kamu mampu
memperolehi Wang yang banyak
melalui pekerjaan yang kamu
lakukan itu.
11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada
pergelangan tangan kamu di sebelah
dalamnya. Terdapat garis-garis
seolah-olah gelang kan ?
Diramalkan, setiap garis membentuk
gelang itu mewakili 25 tahun jangka
hayat kamu. Kira saja berapa gelang
yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah
hayat kamu sendiri! Tapi awas!
Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal
Dan maut di tangan Tuhan kan ?
Kita Hanya Merancang
Tapi Tuhan Menentukan

Anda mungkin juga menyukai