Anda di halaman 1dari 1

LOW MON PIN

PENGURUSAN KURIKULUM REKA BENTUK DAN


TEKNOLOGI DI SEKOLAH RENDAH (RBM 2203)

2013

Hari ke- 10: 30 Ogos 2013 (Jumaat)


Pada hari yang terakhir, saya menyelesaikan segala tugasan yang patut saya
perolehi semasa PBS selama 2 minggu. Pada sebelah pagi, saya dan rakan-rakan
telah menghadiri perhimpunan pagi pada pukul 7.30 pagi. Kemudian, guru bertugas dan
guru penolong kanan telah memberikan sedikit ucapan dan nasihat tidak ketinggalan
rakan saya Yeo Kak Soon, Ng Kian Ping selaku wakil kami bertiga telah memberi
ucapan pada pagi tersebut.
Saya juga sempat menemui guru kaunseling SJK(c) New Kota bagi
mendapatkan beberapa pandangan dan nasihat tentang profesion perguruan. Malahan,
saya mengutip apa yang ada dengan meminta izin dari guru-guru segala keperluan
yang diperlukan dalam PBS. Sebelum kami mengundurkan diri, kami telah menemui
guru penolong kanan 1 iaitu Pn. Tan Ah Eng bagi memberikan penghargaan atas
kesudian menerima dan membantu kami sepanjang tempoh 2 minggu tersebut.
Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu pengalaman yang bermakna buat
saya kerana banyak pengalaman baru yang saya perolehi.
Perancangan Pelaksanaan Aktiviti
10

30 Ogos
2013
(JUMAAT)

Mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk pengesahan

kehadiran sepanjang PBS.


Mendapatkan Borang Penilaian Perkembangan Pelajar daripada

Guru Besar.
Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama
yang diberikan.

IPGK TUN HUSSEIN ONN

IPGKTHO

Anda mungkin juga menyukai