Anda di halaman 1dari 3

Refleksi BIG: Tan Eik Ter

Apabila saya dengar orang mengeluh Hidup memang susah, saya selalu ingin bertanya, Berbanding dengan apa? Sydney J. Harris Kata-kata Sydney J. Harris yang sangat bermakna ini telah membuka mata saya untuk melihat kehidupan saya daripada perpekstif yang lain. Daripada mengeluh ataupun memberi alasan yang tidak munasabah yang selalu berkait rapat dengan perkataan malas, saya telah bertekad untuk mencontohi sikap -sikap baik yang ditonjolkan oleh kawan-kawan saya. Ramai yang tidak sedar bahawa terdapat lebih kurang 6 juta orang di dunia ini yang kebuluran setiap hari. Jadi, sempena dengan Program Bina Insan Guru Semester 2 PISMP kita, kita telah bercadang untuk melaksanakan Charity Lunch dengan memasak nasi ayam untuk diberikan kepada staf-staf dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Pertama sekali, saya telah memperoleh minat untuk menolong di dapur dan belajar teknik-teknik memotong, mengupas dan memasak sayur-sayuran ataupun daging. Sebenarnya, saya telah menunggu saat-saat seperti ini untuk berlaku kerana saya selalu melihat ibu saya memasak di rumah dan ingin menolongnya sekiranya saya mampu. Saya berasa bangga kerana saya dapat membersihkan cili, memotong tomato, timun dan sayuran lain dengan kemas pada cubaan pertama. Lebih-lebih lagi, saya telah dipuji oleh pensyarah yang membimbing kita semasa projek BIG ini iaitu Encik Mus. Selain itu, pengalaman ini sangat menyeronokkan kerana saya dapat menyumbang tenaga saya bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain. Kepuasan yang saya rasai daripada proses pemasakan, pembelian barang-barang, pembungkusan dan pembersihan tempat dan alat-alatan tidak akan saya lupakan. Semangat bekerjasama sememangnya menjadi keutamaan kerana projek ini tidak akan berjaya tanpa bantuan, tenaga dan masa rakan-rakan kelas L3. Bukan itu sahaja, tulang belakang kelas kita, Puan Suraya, telah banyak membimbing dan memberikan idea-idea yang bernas sebelum taklimat BIG dilaksanakan. Beliau telah memberikan kita motivasi yang tidak ternilai harganya dari semasa ke semasa dan banyak mengambil berat tentang kehidupan dan keselamatan kita.

Di samping itu, semua rakan-rakan saya telah mempamerkan ciri-ciri yang berketrampilan. Projek ini telah membuktikan bahawa seseorang guru bukan hanya tahu mengajar ataupun memberi nasihat, malahan memasak, mengetuai kelas atau kumpulan dan lain-lain lagi. Ciri-ciri yang telah ditonjolkan dan dipraktikkan oleh semua individu boleh dijadikan sebagai teladan. Contohnya, tidak mengeluh ataupun merungut walaupun diberikan tugas baru selepas selesainya sesuatu tugas, melakukan sesuatu secara sukarela dan melihat tugasan sebagai motivasi ekstrinsik yang dapat membantu orang lain secara langung ataupun secara tidak langsung. Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti seperti penghantaran bahan-bahan memasak yang lambat. Walaupun kita dapat menghabiskan proses masakan, ramai daripada kalangan staf-staf sudah ataupun sedang mengambil makanan tengahari mereka kerana pada masa tersebut lebih kurang pukul 1:00 p.m. Bukan itu sahaja, bahan tambahan seperti cabai masak sudah dijual habis semasa Zharif dan saya pergi ke kedai runcit. Mujurlah masakan masih rasa sedap tanpa bahan tambahan. Daripada pengetahuan saya, harga satu beg besar ais juga telah meningkat daripada RM5.00 ke RM6.50. Kenaikan harga ais batu sememangnya tidak dirasai oleh kita kerana kita membeli dalam kuantiti yang kecil tetapi kejadian ini merupakan kesan inflasi dalam negara kita. Kesimpulannya, projek seperti ini memang selaras dengan objektif Bina Insan Guru (BIG) kerana pembentukkan seorang guru yang sihat daripada segi fizikal, jasmani, emosi dan intelek sangat penting untuk memastikan generasi masa hadapan dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Apa yang sudah dipelajari ataupun didapati dalam kehidupan ini mestilah kita balas balik dengan hati yang ikhlas bak kata pepatah memberi adalah lebih baik daripada menerima.

Anda mungkin juga menyukai