Anda di halaman 1dari 10

Komponen-Komponen Gaya Hidup Sihat

Kebersihan diri

Tahukah anda bahawa kebersihan diri merupakan antara kriteria yang penting untuk
mewujudkan kesihatan diri yamg baik? Daripada segi jasmani, tubuh yang bersih dapat
mengurangkan risiko seseorang terhadap kemungkinan jangkitan sesuatu penyakit
terutamanya penyakit yang berhubungan dengan kebersihan diri seperti serangan kuman atau
bakteria pada kulit. mereka juga berkemungkinan untuk dijangkiti oleh penyakit-penyakit
yang berkaitan seperti kudis, kurap, sakit perut, sakit gigi dan lain-lain lagi. Antara aspekaspek yang seharusnya diberikan fokus yang sewajarnya ialah penjagaan anggota badan
sendiri dan alatan peribadi seperti berus gigi, sikat, pakaian, tuala, bantal dan sebagainya.
Sekiranya seseorang tidak dapat menjaga kebersihan dirinya dengan baik, memang mustahil
untuk orang tersebut untuk menikmati hidup yang bebas daripada penyakit.
Kita haruslah mengelakkan daripada terikut-ikut dengan gaya hidup yang tidak
mementingkan kebersihan diri seperti penampilan yang kurang kemas dan tidak rapi, badan
berbau yang kurang menyenangkan, rambut kusut-masai, berkuku panjang, kotor dan
bardaki. Kesan daripada gaya hidup yang negatif ini ialah masalah untuk berinteraksi dengan
golongan lain dan mengakibatkan wujudnya kelemahan daripada segi sosial.

Individu-

individu sedemikian akan kurang disenangi oleh rakan-rakan dan keluarga sendiri.
Berbanding dengan individu yang sentiasa menjaga kebersihan diri dan berusaha untuk
menampakkan penampilan diri yang unggul, golongan sebegini akan lebih berkeyakinan,
mudah mesra dan bergaul dengan masyarakat sekitar dan disenangi ramai.

Pemakanan yang seimbang

Selain itu, pemakanan yang seimbang juga merupakan salah satu daripada komponen
gaya hidup sihat. Secara generalisasinya, tabiat makan yang seimbang akan memberikan
tenaga dan zat-zat yang diperlukan oleh badan. Amalan pemakanan yang seimbang secara
tidak langsung akan memberi kesan kepada aspek jasmani seseorang individu kerana tanpa
makanan yang berkhasiat dan seimbang, individu tersebut tidak dapat mencapai prestasi yang
tinggi dan produktiviti akan menurun. Misalnya, sebuah kereta yang tidak mempunyai
minyak yang mencukupi tidak dapat mencapai destinasinya. Seiring dengan analogi ini,
badan manusia juga mempunyai tindak balas yang sama dan memerlukan rangsangan atau
stimulasi yang merujuk kepada makanan untuk melakukan sesuatu tugasan pada tahap

produktiviti yang optimum. Berdasarkan intipati Garis Panduan Pemakanan Malaysia 1999,
garis panduan ini mencadangkan tiga pertimbangan yang penting apabila merancang
pemakanan yang sihat iaitu, makan makanan yang seimbang, makan pelbagai jenis makanan
dan makan secara sederhana ( Majalah Generasi Pengguna , edisi November 2011 : pg 9 )
Garis panduan ini dapat direalisasikan melalui pelbagai cara dan pada pendapat saya,
cara terbaik ialah dengan mengikuti piramid makanan yang sedia ada. Piramid Makanan
Malaysia bertindak sebagai panduan untuk mengenalpasti jenis dan jumlah makanan yang
boleh diambil dalam kombinasi untuk memastikan pemakanan yang seimbang. Justifikasinya,
seseorang individu perlu memperbanyakkan pengambilan kumpulan makanan yang
disenaraikan di dasar piramid dan mengurangkan pengambilan makanan yang disenaraikan di
bahagian atas piramid. untuk memenuhi keperluan harian ialah makan makanan berbezabeza yang menggabungkan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran , daging, ikan , ayam,
kekacang dan hasil tenusu.

Selain itu , sewajarnya kurangkan pengambilan gula dan garam, serta mengurangkan
pengambilan makanan bergoreng , membanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buahbuahan. Elakkan juga dari makan berlebihan samada dari segi makanan atau kekerapan.
Amalan pemakanan yang berlebihan atau kandungan yang tidak seimbang sering
menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah
tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya.
Berdasarkan Rajah 3 , Piramid makanan :

Aras 1 yang paling bawah merangkumi

makanan yang terdiri daripada bijirin, produk bijirin dan ubi dan perlu dimakan dalam
kuantiti yang paling banyak. Seterusnya Aras 2 pula meliputi makanan yang terdiri daripada
buah-buahan dan sayuran yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak manakala Aras 3
pula merangkumi makanan seperti susu, dadih dan keju, ikan, ayam, daging dan kekacang.
Akhirnya Aras 4 makanan yang seharusnya diambil dalam kuantiti yang paling sedikit
merupakan makanan dari jenis berlemak,berminyak , garam dan gula.

Senaman

Berdasarkan kajian

Universiti Washington yang diterbitkan dalam Anals of

Internal Medicine ,( dipetik dari artikel BBC News , 17.01.2006) mendapati orang yang
bersenam 3 kali seminggu dapat mengurangkan 40 % risiko mendapat penyakit Alzhemier
dan dementia. Oleh itu wajarlah senaman menjadi aktiviti fizikal yang seharusnya
menyeronokkan dan bukannya yang menyeksakan.
Dari sudut jasmani, senaman merupakan satu elemen yang sangat penting dalam
kehidupan seharian. Sekiranya kita bersenam selalu, kita akan mempunyai daya tahan otot
yang lebih tinggi untuk melakukan perkara yang biasanya di luar kemampuan. Bukan itu
sahaja, daya tahan kardiovaskular kita juga akan meningkat secara berperingkat bergantung
kepada kadar dan ulangan senaman supaya kita dapat melakukan perkara tanpa berasa lelah
dan boleh mengekalkan tahap produktiviti yang tinggi walaupun mempunyai banyak tugasan.
Bertitik-tolak daripada perkembangan tersebut, kita dapat melahirkan badan yang sihat dan
cergas dan minda yang cerdas. Otak yang cerdas seterusnya amat berkaitan dengan aspek
intelek yang lebih tinggi bagi golongan yang bersenam. Secara khususnya, senaman dapat
menghilangkan rasa lelah/lenguh dan melancarkan saliran darah ke sel-sel, secara tidak
langsung

melahirkan

insan

yang

proaktif.

Lebih-lebih

lagi,

senaman

dapat

memperkembangkan aspek sosial seseorang. Terdapat sebilangan besar yang inginkan tubuh
badan yang cantik dan tegap agar dapat mewujudkan penampilan diri ataupun imej yang
lebih meyakinkan. Dalam konteks inilah, senaman memainkan peranan yang penting kerana
kita dapat membakar lemak dan berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal
sekiranya berusaha melalui senaman agar dapat kekal yakin untuk berinteraksi dengan orang
ramai. Rentetan itu, hubungan sosial yang dititikberatkan akan menjadi satu unsur yang
sinonim dengan kehidupan seharian kita.
Senaman bukan hanya merujuk aktiviti pergerakkan fizikal yang hanya boleh
dilakukan di tempat tertentu atau aktiviti tertentu sahaja tetapi senaman yang dimaksudkan
boleh juga menjadi satu aktiviti seharian kita yang melibatkan satu pergerakkan anggota
badan dan mengeluarkan peluh tanpa meninggalkan aktiviti rutin harian yang biasa dilakukan
seharian. Dalam kehidupan seharian, aktiviti kecergasan boleh dilakukan sendiri tanpa perlu
ke gymnasium atu tempat-tempat riadah yang jauh. Apa yang perlu kita lakukan ialah
mengubah gaya hidup kita. Contohnya apabila di tempat kerja, elakkan menggunakan lif
sebaliknya sebaliknya menggunkan tangga untuk ke satu tempat. Begitu juga apabila hendak

keluar makan bersama rakan-rakan elakkan menaiki kereta, bahkan lebih baik dan seronok
jika kita sama-sama rakan-rakan atau keluarga berjalan kaki ke tempat tujuan tersebut. Selain
daripada itu waktu rehat boleh digantikan dengan berjalan-jalan selama 15 minit dan bukan
hanya makan-makan sahaja.

Bagi ibu bapa pula sewajarnya mendidik anak-anak untuk pergi beriadah di waktu
petang dengan membawa anak-anak ke taman permainan, berbasikal, bermain bola atau
sebagainya yang sesuai setiap hari. Apabila aktiviti ini menjadi rutin harian , lama-kelamaan
ia akan menjadi kebiasaan. Aktiviti sebegini dapat menghindari anak-anak melakukan aktiviti
yang tidak aktif seperti menonton televisyen, bermain komputer atau game. Mengamalkan
gaya hidup yang tidak aktif seperti menonton television atau duduk sahaja bermain game
atau internet ( melayari facebook, twitter ,email dan lain-lain ) adalah gaya hidup yang tidak
sihat , Ekoran daripada aktiviti yang tidak aktif dari segi fizikal ini akan membawa masalah
bagi jangka panjang seperti kegemukan hipertensi dan sakit jantung.

Bagi individu wanita pula senaman juga wujud apabila melakukan aktiviti membersihkan
rumah seperti menyapu, mengelap lantai , membasuh lantai bilik ai, membasuh kain,
menyidai kain, menyiram pokok bunga, membersihkan longkang rumah dan apa sahaja
aktiviti yang sesuai. Hatta ketika menonton televisyen juga kita boleh melakukan aktiviti
kecergasan seperti menggunakan pemberat tangan atau mengayuh basikal setempat,
melakukan regangan
Di sekolah pula , sejak sekian lama telah diwujudkan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di sekolah- sekolah bagi memberi peluang kepada murid untuk
melakukan aktiviti pergerakan anggota badan secara bebas dengan di bombing dan dipantau
oleh guru. Begitu juga mulai tahun 2011 Negeri Sembilan telah melancarkan Program 1
Murid 1 Sukan yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah pada waktu Ko-kurikulum.
Tujuan program ini adalah untuk memastikan dan memperi peluang setiap murid melibatkan
diri sekurang-kurannya satu jenis sukan di sekolah. Program ini didapati berkesan kerana
minat murid untuk menghadiri aktiviti ko-kurikulum semakin meningkat.

Berdasarkan tajuk senaman yang dihuraikan ini, dapatlah disimpulkan di sini bahawa
dalam melaksanakan aktiviti dan amalan gaya hidup sihat ini , pucuk pangkalnya terletak
pada diri kita sendiri. Segala panduan telah tersedia. Aktiviti senaman dipelbagaikan dan

menjadi sangat mudah, santai dan tidak membuang masa kerana adakalanya aktiviti senaman
dilakukan sewaktu kita melakukan aktiviti

seharian yang telah pun menjadi rutin.

Sememangnya semua perkara pada awalnya memang sukar dilakukan tetapi jika sudah biasa
ianya menjadi keseronokan bahkan kita akan menjadi gelisah dan rasa ekurangan jika tidak
melakukannya ibarat alah bisa tegal biasa .

Rehat yang mencukupi

Sebagai seorang manusia , rehat yang cukup adalah perkara yang sangat diperlukan di dalam
setiap perkara. Aktiviti ini dapat memulihkan semula tenaga yang telah digunakan sewaktu
bekerja atau berurusan dengan segala perkara. Ibarat sebuah mesin yang sentiasa bekerja ,
mesin itu perlu juga direhatkan untuk kerja selanjutnya, jika tidak hayat mesin itu tidak
panjang. Begitu jugalah dengan manusia , jika kita mengabaikan waktu rehat dan asyik
memikirkan kerja dan mengutamakan kerja tanpa ada istilah rehat dalam diri maka pluang
kita diserang penyakit adalah tinggi. Apa yang jelas , kebanyakan orang yang bekerja menjadi
letih , lesu, sakit kepala dan produk yang dihasilkan akan menjadi tidak berkualiti.

Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur.

Kita sering

menganggap tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini
terdapat banyak definasi tentang beberapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap
hari . Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur
juga memerlukan tidur yang berkualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat apabila kita benarbenar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kanag kita lihat ramai orang mengatakan
bahawa mereka perlu tidur petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah
kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan
berkesan.

Berdasarkan perbincangan tadi dapatlah dirumuskan bahawa rehat yang cukup bukan
bermakna rehat yang terlalu panjang dan membazirkan waktu tetapi rehat yang diambil
cukulah untuk mencari kesegaran diri, mengendurkan kembali urat-urat badan yang tegang
dan stress, dan memulihkan pening kepala akibat bebanan kerja yang dilakukan sebelumnya.
Seperti yang dikatakan oleh pakar motivasi , Dr. Fadilah Kamsah, Biar tidur 5 minit tetapi

tidur itu benar-benar tidur dan tiada gangguan daripada tidur seharian tetapi kepala sarat
dengan masalah dan beban kerja dan menjadi igauan ketika tidur .

Berat badan yang ideal

Berat badan merupakan salah satu penanda aras bagi mengukur tahap kesihatan seseorang
individu. Hari ini , kebanyakan penyakit seperti penyakit jantung , diabetis , obesiti, strok ,
tekanan, kanser dan mandul berpunca dari berat badan yang berlebihan manakala kekurangan
berat badan pula menunjukkan individu tersebut malnutrisi.

Merujuk kepada

kesan tidak mengawal berat

badan dan mengamalkan cara

pengambilan makanan yang tidak seimbang , seseorang akan mengalami masalah obesiti. Kes
obesity telah menjadi bualan hangat seluruh dunia dan kajian-kajian demi kajian telah dibuat
untuk melihat sejauhmana masalah ini diperolehi dan cara mengatasinnya.

2. 0 Obesiti

Obesiti merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di
seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang
yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk
jantung dan darah tinggi.

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit
pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan
mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil. Kajian yang dibuat oleh
Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan
wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan
jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal
dengan ketinggian mereka.

Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang
mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka. BMI antara
18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah
obes.Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan
pada bahagian depan perut, istilah ini dipanggil abdominal obesity. Menurut kajian
Panduan Klinikal Untuk Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan

Berat Badan

Berlebihan dan Obesiti di Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35
inci bagi wanita dan lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang
dari paras pusat.

Penyelidik daripada Sistem Kesihatan Universiti Loyola, Chicago, Amerika Syarikat


(AS) dan beberapa pusat berkaitan, membandingkan wanita Afrika-Amerika di kota
metropolitan Chicago dengan wanita di pedalaman Nigeria. Secara purata, wanita Chicago
mempunyai berat kira-kira 83 kilogram (kg) dan wanita Nigeria sekitar 58kg. Masalah obesiti
kian melanda kanak-kanak di negara Malaysia. Salah satu puncanya menurut Harian Metro,
adalah iklan makanan segera.Tubuh montok atau bulat ketika kanak-kanak memang comel
dipandang walaupun sebenarnya ia petanda kurang baik kepada bentuk fizikal yang kurang
menarik apabila menjangkau dewasa.

Kementerian Kesihatan pada 2009 menerusi Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai
juga dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan akan melaksanakan pelbagai usaha untuk
mengawal aktiviti pemasaran dan promosi makanan segera bagi mendidik masyarakat
mengamalkan pemakanan sihat.Beliau berkata, antara langkah yang akan diambil ialah
memperkukuhkan pengawalan iklan makanan segera menerusi televisyen selain menambah
slot dan kekerapan penyebaran mesej pemakanan sihat menerusi radio, televisyen, surat
khabar serta majalah tempatan. Apa pun juga penyebab berlakunya masalah obesiti di
kalangan kanak-kanak negara ini, peranan

utama dalam membentuk mereka ke arah

kehidupan yang sihat adalah bermula daripada amalan pemakanan keluarga dan pemakanan
harian mereka di rumah. Amalan pemakanan yang betul serta melakukan aktiviti senaman

secara berkala dengan betul dapat mengelakkan seseorang daripada mengalami masalah
obesiti yang turut menyumbang kepada punca pelbagai penyakit berbahaya yang boleh
membawa maut seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Tidak menyalahgunakan bahan

Gaya hidup yang sihat juga termasuklah cara pergaulan dengan manusia di sekeliling kita.
Seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa berfikiran positif dan bercampur
dengan masyarakat setempat. Setiap manusia memerlukan kawan , namun untuk berkawan
kita seharusnya pandai memilih kawan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terpengaruh
dan terjerumus dalam perkara yang tidak sihat seperti terlibat dalam

jenayah atau

penyalahgunaan dadah atau ketagih alkohol dan menghisap rokok. Kawan yang bersikap baik
pula dapat dijadikan tempat untuk meluahkan perasaaan dan berbincang tentang perancangan
masa depan.
Perbuatan merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah mendatangkan banyak
keburukan . Antara kesan penyalahgunaan bahan ini menyebabkan kebakaran di mana
perokok sering membuang puntung rokok yang masih menyala ke merata tempat tanpa
menghiraukan nyalaan tersebut berkemungkinan menjadi punca kepada merebaknya
kebakaran terutamanya di kawasan belukar yang kering. Selain itu perbuatan perokok ini
telah mencemarkan kebersihan sekitar . Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang
rokok, dadah dan alkohol boleh menjejaskan kesihatan kepada diri, keluarga , masyarakat
sekeliling dan Negara terlibat juga.
Penyalahgunaan dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan dan perlakuan
seseorang serta mengakibatkan kematian. Oleh itu , kita perlu mengelakkan diri kita
daripada terjebak dengan dadah supaya hidup kita bahagia.

Nama dan maruah keluarga juga tercemar dan masyarakat juga bakal menyisih
mereka dan yang lebih buruk lagi ada di antara ahli kelurga mereka yang terkena
tempias anggapan buruk masyarakat terhadap keluarga si penagih dan tidak kurang
umpat dan keji. Negara juga turut merasai bahang kesan daripada penagihan dadah ini
kerana terdapatnya aktiviti jenayah, kurang keupayaan melaukan kerja , keharmonian
tergugat dan kos perbelanjaan juga meningkat.

Hal yang demikian kerana mereka akan menyimpan satu persepuluh partikel asap dalamn
jantung mereka dan menggandakan risiko mati. Selain memberikan kesan kepada perokok
itu sendiri , merokok juga membawa kesan buruk kepada orang lain. Orang yang tidak
merokok juga diserang penyakit apabila terhidu asap tembakau rokok yang dihembus keluar
oleh perokok. Kandungan asap tembakau ini mengandungi bahan kimia yang beracun jua.
Perokok di kalangan perempuan yang mengandung boleh mencacatkan proses pembesaran
bayi dalam rahim.
Memandangkan jika dilihat dari rajah di atas jelas menunjukan bahawa sebatang
rokok itu sendiri telah membawa pelbagai bahan kimia ke dalam badan seseorang perokok.
Oleh itu jangan menjerat diri atau cuba mati sebelum waktunya. Hargai diri dan waktu yang
diberikan untuk bergelar seorang yang sihat. Bersesuaian dengan itu amalan menjauhi rokok
sangat bertepatan dengan amalan gaya hidup sihat.
Banyak kajian menunjukkan banyak kes-kes jenayah berpunca dari gejala arak. Meminum
arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan
mastyarakat. Kesan yang sangat jelas dan cepat adalah hilang kewarasan berfikir . Selain itu
peminum arak yang mabuk yang membawa kenderaan boleh mengakibatkan kemalanagan di
jalanraya. Kemalangan sebegini akan menyebabkan orang lain yang tidak bersalah
mengalami penderitaan .

Selain itu , kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti
melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku huru-hara dalam sesebuah negara.
Oleh yang demikian dapat kita lihat kesan yang sangat memudaratkan bukan sahaja kepada
kesihatan tubuh badan malahan mengheret orang lain sekali dalam dilema huru-hara,
ketakutan, kebencian dan lain-lain lagi. Amalan meminum arak bukan gaya hidup sihat, oleh
yang demkian jauhi amalan meminum arak untuk kesejaheraan diri dan semua.

Berdasarkan

huraian jelas

menunjukkan aktiviti penyalahgunaan bahan yang

terlarang seperti rokok, arak dan dadah boleh menyebabkan kesihatan diri menjadi kurang,
masyarakat menjadi agak huru-hara, banyak kejadian tidak diingini berlaku dan suasana

persekitaran kejiranan menjadi kurang harmoni. Jadi dengan mengelakkan daripada diri
terjebak dengan penyalahgunaan bahan-bahan tersebut kita telah menyempurnakan amalan
gaya hidup sihat yang lebih beerti untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Pengurusan stres

Anda mungkin juga menyukai