Anda di halaman 1dari 16

100 Meter

Alatan Otot Terlibat Latihan Disediakan oleh : Nur Haziqah Binti Mustafa Kamil

ALATAN
1. STARTING BLOCK/ BLOK PERMULAAN

2. Pistol/Pelepas

3. Fon kepala

4. Balapan

Keperluan lain

Baju/Seluar

Kasut/spike

Nombor peserta
Seperti yang ditunjukkan

Otot-otot yang terlibat


Otot yang terlibat semasa berlari ialah :

Otot Bicep

Otot Quadricep

Otot Calf

Latihan dalam acara 100 meter


Jalan Menendang Kaki Ke Belakang Jalan seperti biasa. Gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa berlari- bengkok pada siku dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang bertentangan dengan kaki di hadapan. Setiap kali mengangkat kaki - tumit kaki ditendang ke belakang dan ke atas seolah-olah ingin menendang punggung sendiri. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter - pusing, patah balik dengan pelakuan yang sama.

Jalan Mendaratkan Bebola Kaki Dahulu Jalan seperti biasa - gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa berlari. Semasa kaki mendarat di hadapan mendaratkan bebola kaki dahulu dengan keadaan lutut bengkok, diikuti oleh tumit kaki. Lakukan pendaratan kaki cara- ini secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

Jalan Dengan Lutut Diangkat Tinggi Jalan seperti biasa - tinggikan hayunan tangan. Semasa kaki dibawa ke hadapan, lutut diangkat seberapa tinggi yang boleh. Lakukan aktiviti mengangkat lutut tinggi secara beruang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

Jalan Dengan Kaki Lurus Ke Hadapan Jalan seperti biasa - hayunkan tangan seperti semasa berlari. Apabila mengangkat lutut tinggi ke hadapan, luruskan kaki ke hadapan dahulu sebelum mendaratkan kaki. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama. Ulangi aktiviti sebanyak 5 atau 6 kali.

Gabungan Kesemua 4 Cara Berjalan Aplikasikan kesemua 4 cara berjalan seperti yang diterangkan di atas. Gabungan dilakukan seeara berterusan, iaitu tanpa berhenti. Tidak perlu ikut turutan tertentu. Boleh tukar bilabila masa secara rawak. Jarak untuk melakukan sesuatu cara jalan serta jarak keseluruhan pelakuan terpulang kepada keperluan dan kemampuan atlet berkenaan. Latihan dilakukan seeara pantas - hayunan tangan pantas seperti aksi larian.

Anda mungkin juga menyukai