Anda di halaman 1dari 5

NAMA : NUR HAZIQAH BINTI MUSTAFA KAMIL MOHD HANIF BIN HAMDAN KELAS : J3.

PENGENALAN ALAM SEKITAR

Alam

sekitar

merupakan

penampung

keperluan

hidupan

dengan

membekalkan sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam sekitar yang dapat memenuhi kesemua keperluan hidupan ini dengan bail dan pencemaran adalah pada paras yang minimum. Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya, udara perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit yang menyerang sistem

respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel adalah air. Air sungai yang dicmeari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya

mengakibatkan kematian. Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu memastikan kewujudan alam sekitar yang berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar yang bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang. Keseimbangan antara pengurusan alam sekitar dengan kepentingan ekonomi dan pembangunan. Kegiatan-kegiatan ekonomi dan pembangunan manusia, seperti menangkap ikan dan membalak adalah untuk meningkatakan taraf hidupnya. Kegiatan ini melibatkan perubahan kepada alam semula jadi di sekeliling, sesuai dengan kehendaknya. Manusia harus tahu merancang untuk mengawal dan mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitarnya. Sumber bumi yang kaya ini boleh dikelaskana kepada dua, iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber yag boleh diperbaharui adalah sumber yang boleh dihasilkan atau diwujudkan kembali di alam semula jadi dalam tempoh yang singkat. Hasil laut seperti kupang, ikan dan rumpai air merupakan satu contoh

hidupan yang boleh diperoleh sepanjang masa. Kayu balak dan rotan mengambil masa yang lebih untuk pertumbuhan, larangan ke atas penggunaan pukat harimau, dan galakan terhadap aktiviti penanaman semula balak dan rotan di Malaysia adalah contoh usaha yang diambil untuk memulihkan amal semula jadi. Sumber yang tidak boleh diwujudkan kembali melalui kegiatan manusia dpanggil sumber yang tidak boleh dikembalikan semula. Sumber yang tidak boleh dikembalikan adalah seperti petroleum dan bijih timah. Kegiatan ekonomi sumber ini perlu dikawal atau dihadkan agar ia tidak kehabisan dalam jangka waktu yang singkat. Kegitan perlombongan di permukaan bumi menghasilkan sisa logam seperti plumbum yang boleh mencemarkan sungai. Permukaan bumi menjadi terdedah kepada agen hakisan. Kawasan lapang yang berpasir akan wujud dan kawasan ini akan menjadi tidak subur dan menakung air. Usaha boleh dijalankan untuk memulihkan kawasan seperti ini kepada kawasan rekreasi seperti Taman Tasik Perdana dan Sunway Lagoon di Kuala Lumpur, Malaysia. Industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan menghasilkan sisa yang toksik dan berbahaya. Sisa ini mendatangkan risiko yng tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah

dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti

mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.

Akta kualiti alam sekeliling,1974 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus,dan mengawal pencemaran serta membaiki kualiti alam sekeliling. Pencemaran merujuk kepada sebarang perubahan secara langsung dan

tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biological terhadap keadaan alam sekeliling JENIS PENCEMARAN A. Pencemaran tanah berlaku akibat hakisan atau runtuhan tanah. Ia berlaku melalui 2 cara: I. II. Runtuhan geologokal akibat perbuatan manusia Disebabkan factor semula jadi seperti fenomena perttembungan angin y Perbuatan manusia yang boleh menyebabkan pencemaran tanah: i. ii. iii. Pembalakan Perlombongan Pertanian

B. Pencemaran air yang berlaku disebabkan tindakan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan air menjadi kotor dan tidak selamat di minum. Ia berpunca daripada: i) Pembuangan sisa industry dan bahan toksik ke dalam sungai atau kawasan perairan. ii) Aktiviti penternakan iii) Hakisan tanah iv) Pembuangan sisa bijih daripada aktiviti perlombongan

C. Pencemaran Bunyi y Berpunca daripada: i) Bunyi ekzos kenderaan, enjin kenderaan dan hon kereta semasa kesesakan lalu lintas. ii) Bunyi yang dihasilkan oleh kapal terbang yang sedang berlepas atau mendarat terutamanya di kaawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang. iii) Bunyi yang dihasilkan oleh mesin-mesin berat di kawasan pembinaan Pendedahan berlebihan terhadap bunyi yang terlalu kuat boleh menjejaskan daya pendengaran manusia D. Pencemaran laut berlaku akibat pembuangan sisa toksik dan tumpahan minyak di kawasan perairan. Laut dijadikan tempat pembuangan bahan sisa pejal yang dihasilkan daripada pelbagai aktiviti perindustrian seperti bahan

radioaktif dan sisa toksik. Pencemaran laut akan mengakibatkan kemusnahan hidupan laut. E. Pencemaran udara berpunca daripada i) Asap kenderaan ii) Asap kilang iii) Kebakaran atau pembakaran hutan iv) Pembakaran sisa pertanian v) L etupan gunung berapi vi) Rebut pasir y Pencemaran udara boleh menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia ELEMEN-ELEMEN PENCEMARAN ALAM SEKITAR Adanya ejen pencemaran sisa buangan toksik kilang yang dibuang ke dalam sungai. Adanya elemen perantaraan merujuk kepada sungai yang digunakan oleh ejen pencemar untuk melakukan pembuangan. Sumber pencemaran merujuk kepada pihak yang menyebabkan berlaku pencemaran. Hukuman yang dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah melakukan pencemaran Jenis pencemaran Pencemaran tanah Hukuman Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali Pencemaran Air Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali Pencemaran Bunyi Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali Pencemaran Laut Denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali Pencemaran Udara Denda tidak melebihi RM100,000 atau

penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali

Anda mungkin juga menyukai