Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI PATRIOTIK DAN NASIONALISME (PSK)

nasionalisme
1 perasaan cinta pd negara dan bangsa sendiri. 2 pergerakan membebaskan negara atau ekonomi drpd
cengkaman kuasa asing.
Kamus
Pelajar Edisi
Kedua
nasionalisme
1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam: sekolah rakyat dlm cerita itu akan
menjadi simbol ~; 2. pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing, se-
mangat kebangsaan: kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi pelopor ~, politik dan kebudayaan.
Kamus
Dewan Edisi
Empat
nasionalisme
1 perasaan cinta pd negara dan bangsa sendiri. 2 pergerakan membebaskan negara atau ekonomi drpd
cengkaman kuasa asing.
Kamus
Pelajar
supransionalisme nasionalisme yg melampaui atau melangkaui batas, sempadan dsb negara.
Kamus
Dewan Edisi
Empat
nasionalistik
berkaitan dgn (berasaskan dsb) nasionalisme, (yg) menunjukkan nasionalisme, (yg) mengutamakan
bangsa dan negara: ia menyenangi Shahnon Ahmad yg sekian lama telah memperlihatkan sikap ~nya;
ertinya Biro ini mahukan dasar belia itu mirip ke arah kepentingan yg lebih ~.
Kamus
Dewan Edisi
Empat













patriotik

bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di
kalangan penduduk tempatan.
Kamus Pelajar Edisi
Kedua
patriotik bersifat patriot: kau sudah mempunyai satu sikap yg ~, kau berani dan tegas.
Kamus Dewan Edisi
Empat
patriotik
bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di
kalangan penduduk tempatan.
Kamus Pelajar
lagu
patriotik
lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara;
Kamus Dewan Edisi
Empat
Nasionalisme
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan
sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk
sekumpulan manusia.
Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy).
Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan
politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.
Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan
nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya
menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme,
pengasingan dan sebagainya.
[sunting]Beberapa bentuk nasionalisme
Nasionalisme boleh menonjolkan dirinya sebagai sebahagian ideologi negara , keagamaan dan ideologi.
Kategori tersebut lazimnya saling kait-mengait dan kebanyakan teori nasionalisme mencampuradukkan
sebahagian atau kesemua elemen tersebut.
Nasionalisme sivik (atau nasionalisme sivil) adalah sejenis nasionalisme
dimana negara memperolehi kesahihan politik dari penyertaan aktif rakyatnya, "kehendak rakyat";
"perwakilan politik". Teori ini mula dibangunkan oleh Jean-Jacques Rousseau dan menjadi bahan-bahan
tulisan. Antara tulisan yang terkenal adalah buku bertajuk On the Social Contract (atau dalam Bahasa
Melayu "Mengenai Kontrak Sosial").
Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari
budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat. Ia dibangunkan oleh Johann Gottfried von Herder, yang
memperkenalkan konsep Volk (bahasa German untuk "rakyat").


Kumpulan Ku Klux Klan yang mempertahankan kedaulatan kaum kulit putih di Amerika Syarikat

Nasionalisme romantik (juga dipanggil nasionalisme organik, nasionalisme identiti) adalah lanjutan
dari nasionalisme etnik dimana negara memperolehikesahihan politik secara semulajadi ("organik") hasil
daripada bangsa atau ras; menurut semangat Romantisme. Nasionalisme romantik adalah bergantung
kepada kewujudan budaya etnik yang menepati idealisme Romantik; kisah tradisi yang telah direka untuk
konsep nasionalisme romantik. Misalnya "Brothers Grimm" yang dinukilkan oleh Herder merupakan koleksi
kisah-kisah yang berkaitan dengan etnik Jerman.
Nasionalisme Budaya adalah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi kesahihan politik dari
budaya bersama dan bukannya "sifat keturunan" seperti warna kulit, ras dan sebagainya. Contoh yang
terbaik ialah rakyat Cina yang menganggap negara adalah berdasarkan kepada budaya. Unsur ras telah
dibelakangkan dimana golongan Manchu serta ras-ras minoriti lain masih dianggap sebagai rakyat negara
Cina. Kesediaan dinasti Quing untuk menggunapakai adat istiadat Cina membuktikan keutuhan budaya
Cina. Malah ramai rakyat Taiwan menganggap diri mereka nasionalis Cina sebab persamaan budaya
mereka tetapi menolak China kerana kerajaannya berfahaman komunisme.
Nasionalisme kenegerian ialah variasi kepada nasionalisme sivik, selalunya digabungkan dengan
nasionalisme etnik. Perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi
hak universal dan kebebasan. Kejayaan suatu negeri itu selalunya kontras dan berkonflik dengan prinsip
masyarakat demokratik. Penyelenggaraan sebuah 'national state' adalah suatu hujah yang ulung, seolah-
olah ia membentuk kerajaan yang lebih baik dengan tersendiri. Contoh biasa ialah Nazisme, serta
nasionalisme Turki kontemporari, dan dalam bentuk yang lebih kecil, Franquisme sayap-kanan di Sepanyol,
serta sikap 'Jacobin' terhadap unitari dan golongan pemusat negeri Perancis, seperti juga nasionalisme
masyarakat Belgium, yang secara ganasnya menentang demi mewujudkan hak kesetaraan (equal rights)
dan lebih autonomi untuk golongan Fleming, dan nasionalis Basque atau Corsican. Secara sistematik, bila
mana nasionalisme kenegerian itu kuat, akan wujud tarikan yang berkonflik kepada kesetiaan masyarakat,
dan terhadap wilayah, seperti nasionalisme Turki dan penindasan kejamnya terhadap
nasionalisme Kurdish, pembangkangan di antara kerajaan pusat yang kuat di Sepanyol dan Perancis
dengan nasionalisme Basque, Catalan dan Corsican.
Nasionalisme keagamaan ialah sejenis nasionalisme dimana negara memperolehi "political legitimacy"
dari persamaan agama. Zionisme di Israel adalah satu contoh yang baik. Walaupun begitu, lazimnya
nasionalisme etnik adalah dicampuradukkan dengan nasionalisme keagamaan. Misalnya,
di Ireland semangat nasionalisme adalah berpunca dari persamaan agama mereka iaitu Katolik;
nasionalisme di India seperti yang diamalkan oleh pengikut parti BJP adalah berpunca dari agama Hindu.
Namun demikian, bagi kebanyakan kumpulan nasionalis agama hanya merupakan simbol dan bukannya
motivasi utama kumpulan tersebut. Misalnya pada abad ke-18, nasionalisme kaum Irish dipimpin oleh
mereka yang menganut agama Protestan. Gerakan nasionalis di Ireland bukannya berjuang untuk
memartabatkan teologi semata-mata. Mereka berjuang untuk menegakkan ideologi yang bersangkut paut
dengan Ireland sebagai sebuah negara merdeka terutamanya budaya Ireland. Justeru itu, nasionalisme
kerap dikaitkan dengan kebebasan.
Disebaliknya Islam menentang Nasionalisme, Tribalisme (Perbezaan kaum), Rasisme, atau sebarang
bentuk diskriminasi manusia yang tidak berdasarkan kepada kepercayaan seseorang itu. Islam
menggalakan keharmonian masyarakat Islam atau ummah. Penduduk Islam diseluruh dunia tidak
kira bangsa, warna dan keturunan bersolat dikiblat yang sama, berpuasa pada bulan Ramadan yang sama
serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Malah sewaktu menunaikan haji atau umrah, semua orang
wajib memakai kain ihram putih yang sama. Perkataan ummah selalu disalah terjemahkan kedalam bahasa
Inggeris sebagai negara (nation) (berlainan dengan gerakan "Nation of Islam" dan ini bertentangan dengan
ajaran Islam dan ditolak olek kebanyakan orang Islam.




















Patriotisme
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pertahanan tanah air adalah perkara biasa dalam patriotisme: Patung di laman dalam cole polytechnique, Paris,
memperingati penglibatan para penuntut dalam mempertahankan Perancis daripada serangan Kerajaan
Campuran tahun 1814.
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa
Latin patria < bahasa Greek patris, ), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau
'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini
bermaksud bangsa dan/ataunegara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan
budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-
ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan
seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun
nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan
politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap
'tanah air' bangsa lain).
Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar bagaimana
sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataan negaraku benar atau
salah - mungkin salah tafsir petikan dari pegawai tentera laut Amerika Syarikat Stephen Decatur, tetapi juga
dianggap dinyatakan oleh Carl Schurz - merupakan bentuk yang teramat sangat bagi kepercayaan ini.
Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding
kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur
dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.
[sunting]Jenis patriotisme


Magnet pada kereta menjadi salah satu cara yang popular untuk menunjukkan patriotisme di Amerika Syarikat ketika
pilihanraya tahun 2004.
Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu,
seperti menghormati bendera.
Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah
kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama
komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh
tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah
tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.
Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu
kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat bampar patriotik pada kenderaan,
atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme
simbolik ketika perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang.
Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri,
namun patriot tidak merendah-rendahkannya.
Sesetengah pihak menegaskan bahawa (tidak seperti nasionalisme moden, iaitu pembentukan negara
abad ke-19), authentic patriotism (seperti yang ditunjukkan perkataan bahasa Latin 'pater') mestilah
berasaskan suatu bentuk genofilia dan perkongsian nenek moyang.
Tahap patriotisme berubah-ubah sepanjang masa, dan berbeza-beza di kalangan komuniti politik.
Biasanya, keamatan patriotik lebih tinggi apabila negeri diancam oleh pihak luar.
Sebaliknya, tahap patriotisme yang tinggi selalu digandingkan dengan sifat suka berperang,
menurut Correlates of War. Sebagai contoh, patriotisme dikatakan pada tahap tinggi oleh Correlates
mengenai Jerman pra-Perang Dunia I, begitu juga bagi AS masa kini dalam World Values Survey.
[sunting]Sumber dan bacaan lanjut

Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Patriotism
Alasdair MacIntyre, 'Is Patriotism a Virtue?', in: R. Beiner (ed.), Theorizing Citizenship, 1995, State
University of New York Press, pp. 209 - 228.
Joshua Cohen and Martha C. Nussbaum, For Love of Country: Debating the Limits of Patriotism,
Beacon Press, 1996. ISBN 0-8070-4313-3.
Jrgen Habermas, Appendix II: Citizenship and National Identity, in Between Facts and Norms:
Contributions to a Discourse Theory of Law and Democracy, trans. William Rehg, MIT Press, 1996.
Maurizio Viroli, For Love of Country: An Essay on Patriotism and Nationalism, Oxford University Press,
1997. ISBN 0-19-829358-5.
Daniel Bar-Tal and Ervin Staub, Patriotism, Wadsworth Publishing, 1999. ISBN 0-8304-1410-X.
Charles Blattberg, From Pluralist to Patriotic Politics: Putting Practice First, Oxford University Press,
2000. ISBN 0-19-829688-6.
Igor Primoratz, ed., Patriotism, Humanity Books, 2002. ISBN 1-57392-955-7.
Paul Gomberg, Patriotism is Like Racism, in Igor Primoratz, ed., Patriotism, Humanity Books, 2002,
pp. 105-112. ISBN 1-57392-955-7.
Craig Calhoun, Is it Time to Be Postnational?, in Ethnicity, Nationalism, and Minority Rights, (eds.)
Stephen May, Tariq Modood and Judith Squires. Cambridge: Cambridge UP, 2004. pp 231-256. Online
at www.ssrc.org.
George Orwell, Notes on Nationalism, in England Your England and Other Essays, Secker and
Warburg, 1953.

Anda mungkin juga menyukai