Anda di halaman 1dari 1

Pernyataan Profesional Apa Yang Telah Dilalui Sepanjang Praktikum

Sepanjang sudah tiga minggu saya berada di sekolah ini, pelbagai pengalaman dan peristiwa yang berharga telah saya lalui dalam membina jati diri seorang guru. Bagi saya, tugas guru bukanlah sekadar mengajar tetapi lebih kepada mendidik jiwa bangsa ke arah kecemerlangan akhlak. Pada hari pertama saya sampai di sekolah, saya dan kawan-kawan dikejutkan dengan insiden dua orang budak bergaduh sehingga berlaku sedikit pendarahan. Insiden ini mencemaskan jiwa saya yang sememangnya lemah dan mula berfikir mengenai praktikum yang saya akan lalui. Kelas pertama yang saya ajar adalah kelas 3 Cemerlang. Kelas ini boleh dikatakan terkawal dan murid-murid juga mendengar dengan baik arahan saya. Sepanjang bulan puasa, banyak program dan aktiviti sekolah yang dijalankan. Melalui aktiviti dan program yang berlangsung, saya dan kawan-kawan mula bergaul dengan guru-guru kerana program yang berlangsung memerlukan kerjasama antara semua guru. Akhir sekali, saya berharap agar dapat menghadapi hari-hari yang mendatang di sekolah ini dengan kerjasama semua pihak agar saya dapat menyelesaikan praktikum ini dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai