Anda di halaman 1dari 3

Transkip temubual Temubual 1 Penemubual Responden : P : R

P R P R P R

: : : : : :

Assalamualaikum. Waalaikumusalam. Boleh saya menemubual anda seketika? Boleh. Apakah pandangan anda terhadap kualiti pendidikan di IPG ini? Pada pandangan saya, kualiti pendidikan di IPG ini adalah bagus dan memuaskan. Subjek-subjek yang diajar kepada para guru pelatih adalah amat berkait rapat dengan bidang pendidikan yang bakal mereka ceburi. Contohnya seperti subjek pedagogi yang mengajar guru pelatih tentang perkembangan kanak-kanak. Ia serba sedikit akan dapat menjadikan guru pelatih untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi apabila berada di sekolah. Kualiti pendidikan di IPG ini juga membantu guru pelatih mendapat tempat di sekolah kelak. Namun begitu, dari segi kemudahan teknologi, IPG ini telah jauh tertinggal berbanding IPG yang lain.

P R

: :

Sejauhmanakah penerimaan anda ketika ini dalam profesion perguruan? Pada mulanya saya memang tidak berminat terhadap profesion perguruan ini tetapi setelah mendalami profesion ini ia telah membuka mata dan menarik minat saya untuk menerimanya dengan sepenuh hati.

P R

: :

Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk ditemubual. Sama-sama.

Temubual 2

Penemubual Responden

: P : R

P R P R P R

: : : : : :

Assalamualaikum. Waalaikumusalam. Boleh saya menemubual anda seketika? Boleh. Apakah pandangan anda terhadap kualiti pendidikan di IPG ini? Saya rasa kualiti pendidikan di IPG ini boleh dikatakan di tahap memuaskan dan menepati syarat bagi pentauliahan ijazah bagi guru pelatih. Pendidikan yang lebih berbentuk praktikal seperti program PBS, praktikum dan bina insan guru amat berkesan bagi menyediakan diri guru pelatih bagi melangkah ke alam pekerjaan. Selain itu, pembelajaran di IPG lebih berbentuk independent learning yang mengajar guru pelatih untuk lebih berdikari. Tetapi terdapat sedikit kekurangan terutamanya daripada segi infrastrukturnya. Para pensyarah pula sering terlibat dengan aktiviti luar yang menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran sering terganggu.

P R

: :

Sejauhmanakah penerimaan anda ketika ini dalam profesion perguruan? Setelah berada di IPG ini selama beberapa tahun, saya rasa semakin bersedia untuk menjadi seorang guru. Melalui kelas teori pedagogi yang diikuti, pemahaman saya terhadap bidang pendidikan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Disamping itu, pengalaman pengajaran sebenar ketika di sekolah telah banyak membantu meningkatkan identiti keguruan dalam diri dan semangat cinta akan profesion ini.

P R

: :

Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk ditemubual. Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai