Anda di halaman 1dari 2

PCK 2 Anda dibekalkan 1kg aluminium dengan 1kg air dalam bikar. 1.

Reka bentuk satu ujikaji untuk menunjukkan aluminium ialah pengalir haba yang baik manakala air adalah penebat haba yang baik. 1kg aluminium dipanaskan menggunakan sumber tenaga berkuasa 6V. Thermometer diletakkan dalam blok aluminium dan masa direkodkan. Bacaan suhu setiap minit direkodkan dalam jadual. 1 liter air dalam bikar dipanaskan menggunakan sumber tenaga berkuasa 6V. Thermometer diletakkan dalam bikar berisi air yang dipanaskan dan masa direkodkan. Bacaan suhu setiap minit direkodkan dalam jadual. Kedua-dua data terkumpul diperhatikan dan catatan masa diambil untuk suhu meningkat sebanyak 1 darjah celcius. Catatan masa dibandingkan dan dijelaskan dalam perbincangan. Bacaan suhu aluminium : Masa 0 1 2 3 4 5 6 7 8 / minit Suhu / 26.5 26.5 27.0 27.0 27.5 28.0 28.5 29.0 29.5 0 C Bacaan suhu air : masa 0 1 / minit Suhu / 26.5 26.5 0 C Masa/ 9 minit Suhu/0C 27.0 Masa / minit Suhu /0C 18 27.0 10 27.0 19 27.5

2 26.5

3 26.5

4 26.5

5 26.5

6 27.0

7 27.0

8 27.0

11 27.0 20 27.5

12 27.0 21 27.5

13 27.0 22 27.5

14 27.0 23 28.0

15 27.0 24 28.0

16 27.0 25 28.0

17 27.0 26 28.0

2. Bahan manakah yang mempunyai muatan haba yang lebih tinggi? Bincangkan. Air kerana air mengambil masa yang lebih lama dari aluminium untuk meningkatkan suhunya sebanyak 1 0C. Air = 19 minit Aluminium = 4 minit Air bersifat cecair yang mempunyai molekul yang berjauhan antara satu sama lain. Jarak antara molekul adalah lebih besar. Maka, masa yang diambil untuk memindahkan tenaga haba adalah lebih panjang berbanding aluminium.

Aluminium pula bersifat pepejal yang mempunyai susunan atom yang rapat berbanding air. Jarak untuk pemindahan tenaga haba adalah lebih dekat. Maka, masa untuk tenaga haba dipindahkan adalah lebih singkat. Aluminium juga mempunyai lautan electron dimana elektron bebas bergerak di sekitar atom. Pergerakan elektron menyebabkan pengaliran tenaga haba yang lebih baik. Kesimpulannya, air mempunyai muatan haba yang lebih besar berbanding aluminium. 3. Bahagian manakah dalam kurikulum sekolah rendah yang mengajar tajuk yang berkaitan? Tahun 5, tajuk 4

4. Bincangkan aktiviti P&P yang sesuai. Murid boleh menjalankan aktiviti untuk menyukat suhu, contoh: a) memanaskan air dan merekod suhu setiap beberapa minit, b) penunu Bunsen dipadam dan merekod suhu setiap beberapa minit semasa air menyejuk. Apakah peranan guru? 1. Sebagai fasilitator untuk membantu murid menjelaskan miskonsepsi mereka. 2. Memantau murid untuk menjalankan eksperimen menggunakan teknik yang betul. 3. Membantu murid mencungkil idea dan membina pengetahuan mereka dengan betul berdasarkan eksperimen yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai